Akidah Akhlak

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 2

JUMAAT - 14 Mac 2014

Agama F1
KONSEP AQIDAH

1. Pengertian Aqidah:

Segi bahasa : Kepercayaan yang kukuh dalam hati.


Segi Istilah : Kepercayaan dan keyakinan yang mantap tentang kewujudan Allah
serta sifat-sifat kesempurnaannya berdasarkan dalil Naqli dan Aqli.

2. Ciri-ciri Aqidah yang betul dan Aqidah yang salah

Aqidah yang Betul Aqidah yang Salah

Apakah Aqidah yang betul ? Apakah Aqidah yang salah ?

Aqidah yang betul ialah : Aqidah yang salah ialah :


Kepercayaan yang betul berlandaskan Kepercayaan yang bercanggah dengan
dalil al-Quran dan Sunnah dalil Al-Quran dan Sunnah.

Apakah ciri-ciri Aqidah yg betul ? Apakah ciri-ciri Aqidah yg salah ?

1-Kepercayaan yang teguh terhadap 1-Menafikan kewujudan, keesaan dan


kewujudan, keesaan dan kekuasaan kekuasaan Allah
Allah 2-Melakukan perbuatan yang
2-Tidak menyekutukan Allah dgn mensyirikkan Allah
sesuatu 3. Mengamalkan kepercayaan yang
3-Kepercayaan dan keyakinan yang bertentangan dengan al-Quran dan
berlandaskan al-Quran dan Sunnah Sunnah

3. Apakah Tujuan mempelajari ilmu Aqidah :

1. Memantapkan keyakinan dalam hati tentang kewujudan Allah


2. Dapat mengenal pasti aqidah yang betul & salah / sesat
3. Untuk mempertahan aqidah drpd diresapi ajaran yang menyeleweng
4. Menjaga iman supaya tetap & selamat di dunia dan di akhirat
5. Mendidik umai Islam mengenai akhlak & pekerti yang mulia

4. Aqidah berdasarkan 'Alam Syahadah'.

Alam Syahadah ialah : Setiap kejadian alam yang dapat dilihat, diperhati dan
dikaji oleh pancaindera, seperti : pokok, matahari, bulan
yang menjadi bukti kewujudan dan kekuasaan Allah
5.Apakah Hubungan Aqidah dengan Syariat ?

AQIDAH Ialah kepercayaan dlm hati tentang kewujudan Allah, Malaikat. Kitab,
Rasul , Hari Akhirat serta Qada' dan Qadar
SYARIAT: Ialah peraturan dan hukum-hukum yang telah ditentukan oleh Allah
sama ada perkara yang berkaitan dengan suruhan atau tegahan

HUBUNGAN ANTARA AQIDAH & SYARIAT :


 Merupakan dua perkara yang tidak dapat dipisahkan dalam kehidupan
seseorang mukmin. Jika diabaikan salah satu daripadanya tidak sempurna /
pincang / rosak lah iman seseorang
 Syariat adalah pelengkap kepada akidah - Akidah umat Islam dapat dinilai
melalui ucapan, kelakuan & amalan tentang syariat

 Elemen penting akidah & syariat :

AKIDAH SYARIAT
1. Kepercayaan kpd Allah 1. Taat laksanakan perintah Allah
2. Kepercayaan kpd Malaikat 2. Melakukan kebaikan & meninggalkan kejahatan
& kemungkaran
3. Kepercayaan kpd Rasul 3. Mengamalkan sunah Rasulullah s.a.w.
4. Kepercayaan kpd Kitab 4. Melaksanakan hokum & menunaikan ibadat khusus
5. Kepercayaan kpd 5. Berusaha untuk kebaikan di dunia & di akhirat
Qada' & Qadar

SOALAN LATIHAN :

1. Apakah maksud akidah?


2. Senaraikan tiga perbezaan antara ciri akidah yang benar dengan akidah yang salah.
3. Jelaskan tiga tujuan anda mempelajari ilmu akidah.
4. Apakah maksud alam syahadah dan syariat?
5. Jelaskan hubungan antara akidah dengan alam syahadah.
6. Terangkan kaitan antara akidah dengan syariat.

You might also like