Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

KERTAS KERJA

BENGKEL KERJAYA PERTANIAN

TEMA
PERTANIAN SEBAGAI SATU
KERJAYA

TARIKH
21-22 DISEMBER 2019

ANJURAN
PERSATUAN AGROPRENUER SABAH (PAPS)

DENGAN KERJASAMA
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS)
CAWANGAN SANDAKAN
PERTUBUHAN PELADANG KAWASAN (PPK)
SANDAKAN
PENDAHULUAN

Pertanian merupakan antara sektor yang terpenting dalam menghasilkan


sumber makanan bagi sesebuah negara. Sumber modal insan yang mahir dan
berpengetahuan dalam bidang pertanian amat diperlukan oleh negara dalam usaha
untuk memajukan dan meningkatkan hasil keluaran dalam sektor pertanian.

Peningkatan jumlah penduduk dalam negara mahupun di dunia menyebabkan


permintaan tehadap sektor makanan semakin meningkat dari semasa ke semasa.
Fungsi pertanian pada peringkat awalnya adalah untuk memenuhi keperluan asas
manusia iaitu makanan dan minuman. Namun apabila meningkatnya tamadun
manusia, maka fungsi pertanian telah berubah. Di Malaysia, sektor pertanian telah
memainkan peranan yang penting dalam pembangunan sosial dan ekonomi.

Dalam memenuhi keperluan industri pertanian yang semakin rancak


berkembang pada masa kini, penyediaan modal insan yang serba boleh dan mantap
dari segala aspek sangat mustahak. Penyediaan modal insan yang berkualiti perlu
untuk meningkatkan keupayaan negara dalam menghasilkan pelbagai sumber
berasakan pertanian serta dapat memenuhi permintaan di dalam negara di samping
mengukuhkan lagi ekonomi dan kewangan sejagat.

Penglibatan golongan belia dalam bidang pertanian seharusnya digerakkan


agar bidang ini tidak lagi menjadi tumpuan golongan tua. Pendedahan tentang
penting dan menariknya bidang pertaniaan perlulah dimulakan di sekolah rendah,
menengah dan juga di pusat-pusat pengajian tinggi.

Atas kesedaran itu, Persatuan Agropruner Sabah (PAPS) dengan Kerjasama


Universiti Malaysia Sabah, Cawangan Sandakan telah mengambil inisiatif untuk
menganjurkan Program Bengkel Kerjaya Pertanian sebagai satu kerjaya. Diharapkan
program ini dapat memberikan pendedahan kepada golongan belia khususnya
pelajar bahawasanya bidang pertanian merupakan satu pekerjaan yang mempunyai
masa depan yang cerah.

TUJUAN PELAKSANAAN

Kertas kerja ini disediakan untuk memohon bantuan kewangan daripada Badan-
Badan Kerajaan atau Korporat kepada Persatuan Agropreneur Sabah (PAPS) bagi
tujuan mengadakan bengkel berkaitan pertanian kepada kumpulan sasar iaitu
pelajar-pelajar sekitar Sandakan.
OBJEKTIF:

1. Mendedahkan peserta dengan ilmu dan maklumat berkaitan pertanian dan


peluang kerjaya pada masa hadapan.

2. Mendedahkan peserta dengan kewujudan teknologi teknologi pertanian yang


boleh membantu mereka bertani dengan lebih berkesan dan menghasilkan
hasil yang lebih baik.

3. Memupuk minat peserta kepada bidang pertanian dan keusahawanan.

4. Memberi pendedahan kepada peserta tentang kerjaya kerjaya dalam bidang


pertanian.

KUMPULAN SASARAN

Pelajar-pelajar tingkatan empat disekitar bandar Sandakan seramai 50 orang akan


dipilih.

YURAN

Yuran yang dikenakan adalah PERCUMA.

TARIKH:

21-22 Disember 2019

TEMPAT:

Kampus Universiti Malaysia Sabah (UMS)


Cawangan Sandakan

BENTUK PELAKSANAAN:

Selain daripada bengkel dan ceramah, peserta akan dibawa melawat ke kawasaan
projek-projek pertanian yang diusahakan oleh pihak UMS dan ahli usahawan
Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Sandakan. Ianya bertujuan agar peserta
dapat merasai sendiri aktiviti pertanian dan penternakan yang dijalankan. Antara
kawasan cadangan yang hendak dilawati adalah seperti berikut;

1. Projek Fertigasi Cili - UMS


2. Projek Penternakan Itik Penelur - Rancangan Sungai Manila (Ahli PPK)
3. Projek Madu Kelulut - Rancangan Sungai Manila (Ahli PPK)
4. Projek Ternakan Ketam Lembut - Kg. Bambangan (Ahli PPK)

Peserta akan diberikan taklimat dan penerangan tentang cara-cara pelaksanaan


projek-projek ternakan dan pertanian di atas semasa berada di tapak projek tersebut.
TENTATIF PROGRAM

Hari Pertama (Sabtu)

07.30 am : Pendaftaran Peserta


08.30 am : Sarapan Pagi dan Sesi Taklimat Ringkas
09.00am : Majlis Perasmian Bengkel Kerjaya Pertanian
En. Haris Alimuddin
Ahli Lembaga Pengarah
Pertubuhan Peladang Malaysia
10.00 am : Ceramah Kerjaya Dalam Bidang Pertanian
Pensyarah Pertanian UMS
12.00 am : Rehat / Solat Zohor / Makan Tengahari
02.00 pm : Lawatan Ke Projek Pertanian UMS
05.00 pm : Minum Petang / Solat Asar / Rehat
06.00 pm : Solat Maghrib
06.15pm : Kuliah Maghrib
07.00pm : Isyak / Makan Malam
08.00pm : Ceramah Motivasi Kerjaya Pertanian
Gikgu Malin Bin Mani
10.30pm : Minum Malam
11.00pm : Tidur

Hari Kedua (Ahad)

05.00 am : Khidmat Diri / Solat Subuh / Sarapan Pagi


07.30 am : Lawatan ke Tapak Projek Projek Penternakan Itik Penelur
Rancangan Sungai Manila
10.30am : Lawatan Ke Tapak Projek Madu Kelulut
Rancangan Sungai Manila
12.30pm : Solat Zohor / Makan Tengahari
01.30pm : Lawatan Ke Tapak Projek Penternakan Ketam Lembut
Kampung Bambangan
04.00pm : Minum Petang / Solat Asar
05.00am : Bersurai
JAWATANKUASA PELAKSANA

Penasihat : Haris Alimuddin


Ahli Lembaga Pengarah (ALP)
Lembaga Pertubuhan Peladang Malaysia
Pengarah : Mohammad Nizamuddin Bin Ridwan
Timbalan Pengarah : Jumaine Bin Gaffar
Setiausaha : Ayuni
Bendahari : Dasri Paddu

AJK Pelaksana
Persiapan Tempat : Dzulkifli Ehun
Makanan : Anuar Gaffar
Penginapan : Tawakal Bin Gaffar
Pengangkutan : Pilim Bin Kilis
Teknikal : Maarof bin Kasimin
Penceramah : Ust. Suhaimi
Tugas-Tugas Khas : Darwis Bin Paddu

PENUTUP:

Semoga usaha-usaha murni ini mendapat sokongan dan bantuan daripada semua
pihak.

Sekian, Wasallam.
”Islam Rahmatan Lil A'lamin"

Yang Menjalankan Tanggungjawab

tt

Mohammad Nizamuddin Bin Ridwan


Pengarah
BENGKEL KERJAYA PERTANIAN
ANGGARAN KOS YANG TERLIBAT

HARGA JUMLAH
BIL PERKARA KUANTITI
SEUNIT (RM) (RM)

Pengangkutan
1 Peserta (Sewa Bas) 1000.00 2 buah 2000.00
Urusetia 100 5 buan 500.00
2 Modul Program / Peralatan / Sijil 50.00 50 org 2500.00
3 Cenderamata Penceramah 300.00 5 orang 1500.00
4 Makan Minum Peserta/Urusetia

Hari Pertama 30.00 80 org 2400.00

Hari Kedua 20.00 80 org 1600.00

PA System / Alat Siaraya /


5 1000.00 2 hari 2000.00
LCD Projektor / Layar LCD

6 Penginapan / Dewan 50.00 50 org 2500.00

Publisiti
6 150.00 5 unit 750.00
(Kain Rentang)

7 Baju T Shirt 30 80 org 2400.00

8 Lain-lain 3000 1 3000.00

JUMLAH 21150.00

You might also like