Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

TEKS UCAPAN

PERASMIAN PENUTUP KARNIVAL BAHASA INGGERIS

SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DAERAH __________,

4 APRIL 2019 DI DEWAN ____________

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Yang Berusaha Pengetua _______Nama Sekolah_______, Nama Pengetua,

Yang Dihormati Guru Penolong Kanan 1, _______Nama__________,

Yang Dihormati Guru Penolong Kanan Kokurikulum, ______Nama________

Ketua-ketua Bidang,

Guru-guru serta tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian.

Syukur ke Hadrat Allah Subhanahu Wataala kerana dengan izin Nya kita dapat berhimpun pada hari
ini untuk memeriahkan dan menjayakan Karnival Bahasa Inggeris Sekolah-Sekolah Menengah
Daerah __________ bagi tahun 2019. Semoga melalui pelaksanaan program seumpama ini
penglibatan murid-murid sekolah menengah dalam aktiviti-aktiviti Koakademik dapat ditingkatkan.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan tahniah kepada seluruh
Jawatankuasa Pelaksana Karnival Bahasa Inggeris Sekolah-Sekolah Menengah Daerah _________,
2019 atas kesudian dalam mengurus dan melaksanakan program seumpama ini. Mudah-mudahan
kerjasama erat ini akan berterusan pada masa-masa akan datang sebagai satu wadah perjuangan
memperkukuh penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan murid-murid di Malaysia khususnya
murid-murid sekolah menengah.

Hadirin yang saya hormati,

Bahasa merupakan alat komunikasi. Lebih daripada itu, bahasa juga merupakan sarana dalam
membina tamadun sesuatu bangsa dan negara. Sebagai alat komunikasi, pembinaan dan
pembentukan sesebuah negara harus memfokus kepada usaha memperkasa bahasa kebangsaan
atau bahasa rasmi negara tersebut. Tanpa alat komunikasi yang berkesan, segala hasrat dan
tindak-tanduk sesebuah kerajaan akan mengalami

kekangan malahan boleh mewujudkan jurang komunikasi dan salah maklumat. Di Malaysia,
bahasa yang diangkat menjadi bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu. Perkara
ini dinyatakan dengan jelas dalam Fasal 152 Perlembagaan Persekutuan dan Akta Bahasa
Kebangsaan 1967. Namun begitu kepentingan Bahasa Inggeris tidak dapat diketepikan lantaran
Bahasa Inggeris merupakan bahasa komunikasi antarabangsa yang perlu dikuasai dengan baik bagi
membolehkan penerokaan pelbagai bidang ilmu seterusnya memastikan memberi peluang kepada
murid-murid di Malaysia untuk bersaing di peringkat nasional mahupun global. Oleh yang demikian,
usaha dalam melaksanakan program sebegini merupakan suatu usaha yang bijak dalam melahirkan
modal insan cemerlang demi kegemilangan Negara.

Hadirin yang saya hormati,

Usaha memperkukuh Bahasa Inggeris ini akan berkembang sekiranya program-program


kebahasaan dan kesusasteraan dilaksanakan menggambarkan latar pelbagai kaum di negara ini
sejajar dengan komponen rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan etnik, berbilang
kepercayaan, agama, dan budaya. Melalui usaha ini diharapkan semua golongan rakyat akan
dapat menghayati dan memperkukuh penggunaan Bahasa Inggeris khususnya dalam kalangan
murid-murid sekolah menengah di Negara kita.

Akhir kata, saya sekali lagi mengucapkan jutaan terima kasih kepada Jawatankuasa Pelaksana
Karnival Bahasa Inggeris Sekolah-Sekolah Menengah Daerah ________, dan semua pihak yang
telah menyumbangkan idea, tenaga, dan komitmen yang tinggi dalam menjayakan program ini.

Dengan lafaz Bismilahirahmanirrahim, saya merasmikan Karnival Bahasa Inggeris Sekolah-Sekolah


Menengah Daerah ___________ bagi tahun 2019.

You might also like