Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

ULASAN LAPORAN KEWANGAN 2019

PIBG
Assalamualaikum dan selamat pagi.Yang hormat Dato Hj Azlan bin haji Uzir, Yang Dipertua PIBG
SMK BESERAH.Yang berusaha Puan Pengetua Puan Maznah Bt Arifin barisan AJK PIBG, dan Guru-guru
sekalian. Berikut ialah laporan aliran tunai Tetuan PIBG SMK Beserah sehingga 5 November 2019.

Tuan-puan boleh rujuk lampiran yang telah disediakan . Bagi akaun Tetuan PIBG Jumlah Wang
masuk ialah RM 68 636.37 sen dan jumlah wang keluar ialah RM 41 970.84 sen . saya akan perincikan
jumlah penerimaan dan pembayaran sehingga 06 November 2019.

Bagi Dana Pibg, kutipan bermula pada bulan Jun yang melibatkan 4 unit iaitu Dana PIBG, Dana
Pendidikan Khas, E-perpatih dan Tingkap .Jumlah kutipan bagi 4 unit ini ialah RM 28 002 ringgit. Mengikut
perolehan data dari APDM jumlah keluarga pada tahun ini ialah 1021 orang. Secara keseluruhan yang
membayar dana pibg ialah seramai 404 orang atau 40 %. Seterusnya ialah dana terakru iaitu pembayaran
oleh murid SPM DAN PT3 tahun lepas sebanyak RM 4 350.

Hibah bank atau faedah yang diperolehi sepanjang tahun ini ialah RM 13.34 sen. Bagi sumbangan luar
atau akaun tumpang pula sebanyak RM 12 720.

Kita lihat aliran wang keluar. Pada aliran ini, saya bahagikan kepada 2 bahagian iaitu perbelanjaan
utama dan Perbelanjaan Pengurusan. Bagi perbelanjaan utama iaitu kurikulum Hem dan Ko kurikulum.
Perbelanjaan bagi ketiga-tiga unit ini ialah berjumlah RM 16 156 . Perbelanjaan ini melibatkan sumbangan
pibg kepada kecerian sekolah, kelengkapan ICT untuk para pelajar dan sekolah, kecemerlangan pelajar
dan aktiviti sukan.

Bagi Perbelanjaan pengurusan pula Finger print e-perpatih kita sudah membuat dua kali pembayaran
sebanyak RM 8000. caj bank RM 12.50 sen, Token kecemerlangan RM 1000 di berikan kepada pelajar
SPM, Coway Pendidikan khas yang dibayar secara Bersama dengan Pendidikan khas berjumlah RM 1050 ,

Seterusnya servis / Aircond berjumlah RM 4 000. Ini sumbangan luar RM 3 500 dan RM 500 dari PIBG
untuk menampung pembelian aircond baru yang rosak di makmal computer.

Seterusnya perbelanjaan makan minum mesyuarat AJK PIBG dan Mesyuarat Agung berjumlah
RM 4 807.49 sen. Belanja Alatan PIBG ialah pembelian resit rasmi berjumlah RM 550. Seterusnya
Anugerah atau majlis yang disumbangkan oleh PIBG kepada sekolah RM 5 844.85 sen seperti jamuan
Pengawas sekolah,Jamuan Pelajar Pendidikan Khas,Jamuan akhir tahun Guru dan sebagainya.

Jumlah baki keseluruhan bagi Akaun Tetuan PIBG SMK BESERAH ialah RM 26 665.53 sen.
DKC

Seterusnya ialah Tetuan Dana Kecemerlangan bagi tahun berakhir 06 November 2019. Seperti Akaun PIBG
juga, kutipan bagi dana kecemerlangan setiap tingkatan bermula bulan JUN. untuk pengetahuan kutipan
bagi tingkatan 124 ialah RM 40 , Tingkatan 3 ialah RM 100 dan Tingkatan 5 pula ialah RM 150 di kenakan
setiap seorang pelajar. Jumlah kutipan bagi bagi 3 unit ini ialah RM 35 906.
Bagi dana terakru ialah RM 7030 iaitu kutipan dari pelajar SPM dan PT3 tahun lepas. Dan Hibah bank yang
diperolehi ialah RM 11.00 sahaja. Jumlah keseluruhan wang masuk ialah RM 64 824.44 sen.

Bagi aliran wang keluar pula jumlah perbelanjaan pada tahun ini ialah berjumlah RM 58 945.48 sen.
Secara detail tuan puan boleh lihat pada aliran wang keluar iaitu untuk perbelanjaan percetakan kertas,
InK dan Master untuk keperluan PDPC dan Peperiksaan sepanjang tahun RM 33 078.48. Seterusnya Modul
PDPC untuk para pelajar berjumlah RM 1 479.20 sen , Caj bank untuk pengeluaran cek RM 11.00. Hari
Anugerah Kecemerlangan PT3 dan SPM berjumlah RM 5 832.80 sen, seterusnya seminar dan bengkel
menjawab soalan peperiksaan dan perkampungan akademik SPM berjumlah RM 16 850,
Yang terakhir ialah perbelanjaan jamuan majlis seperti majlis solat hajat perdana dan majlis penyerahan
ilmu yang berjumlah RM 1694.

Kesimpulannya jumlah terkini baki dana kecemerlangan ialah RM 5 878.96 sen.

Dengan ini, saya mirza amiro bin Mohamad bendahari PIBG SMK Beserah membentang,
menerima dan meluluskan penyata kewangan PIBG bagi tahun berakhir 06 November 2019. Sekian terima
kasih.

You might also like