Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Modul Permainan Congkak

1.1 Peraturan

1.1.1 Bilangan Peserta

 Dua orang pemain dalam satu masa.

1.1.2 Sistem pertandingan (Liga)

 Sistem Liga Kalah Mati


 Pertanding akan dijalankan serentak setelah undian dibuat.
 Papan congkak yang diguna mestilah mengandungi 7 rumah anak
dan 1 rumah ibu
 Pertandingan akan dijalankan sebanyak4 papan serentak. Jika kedua
pemain memenangi satu papan seorang, permainan papan ketiga
akan diadakan untuk menentukan pemenang.

1.1.3 Kesalahan

1. Bermain dengan genggam terlungkup dan tidak memasukkan


buah/guli ke rumah ibu atau rumah anak.
2. Sentuhan buah/guli yang tidak berjalan/menapak.
3. Berfikir melebihi lima (5) saat.
4. Buah/guli akhir digenggam tidak dilepaskan sebelum mengambil bawa
buah/guli yang baru atau memasukkan buah/guli di mana-mana
rumah anak dan ibu lebih dari satu (1) butir.

1.2 Faktor Kemenangan

1.2.1 Cara yang menentukan kemenangan

1. Menang tapak (pihak lawan telah ketiadaan buah/guli di anak


kampung) tiap papan.
2. Pemenang ialah pemain yang memenangi dua (2) papan/pusingan,
atau pihak lawan membuat tiga (3) kali kesalahan yang sama.
3. Pemenang adalah pasukan yang mengalahkan pemain pasukan
lawan.
1.2.2 Bilangan Hadiah

3 pasukan yang terbaik.

1.3 Peralatan

1.3.1 Spesifikasi dan Ukuran Peralatan

1. 6-8 papan congkak


2. guli

1.4 Lokasi Pertandingan


 Perpustakaan / bilik darjah

1.5 Cara Bermain

1. Dua orang pemain duduk berhadapan menghadap papan congkak,


dimulakan dengan kedua-dua pemain serentak mencapai buah di
kampung masing-masing dan memasukkan buah satu demi satu di
dalam lubang kampung dengan pergerakan dari kanan ke kiri hingga
ke rumah dan kampung lawan.

7 biji guli dimasukkan ke dalam setiap kampung.

2. Gerakan diteruskan hingga buah yang terakhir pada tangan


dimasukkan dalam kampung kosong di kawasan sendiri atau lawan
dan pemain hendaklah berhenti, sekiranya buah itu jatuh atau mati di
kampung sendiri. Pemain itu boleh menembak kampung lawan yang
setentang dengan kampungnya iaitu mengaut kesemua buah (jika
ada) di dalam kampung tersebut, hanya selepas membuat satu
pusingan.
3. Pihak lawan mengambil giliran meneruskan permainan hingga
buahnya mati. Sekiranya buah terakhir jatuh di dalam rumah sendiri,
pemain boleh meneruskan permainan dengan mengambil buah yang
masih banyak di mana-mana kampung sendiri. Sekiranya buah
terakhir jatuh di kampung kosong pihak lawan, maka permainan itu
mati di situ sahaja dan pihak lawan boleh memulakan permainan
seterusnya hingga mati.

4. Sekiranya tidak terdapat sebarang buah di kampung pemain


sungguhpun giliran berada dipihaknya, maka giliran untuk
menggerakkan buah akan berpindah kepada pihak lawan.

5. Setelah tamat pusingan pertama, setiap pemain mengisi semula


kampung dengan buah congkak dan jika ada kampung yang tidak
cukup buah, ia dianggap 'terbakar'. Kampung ini tidak boleh diisi
apabila bermain pada pusingan yang kedua, ketiga dan seterusnya
hingga pihak lawan mengaku kalah.

6. Di akhir permainan, pemenang dikira jikalau menang 2 pusingan.


Pemain dikira menang pusingan tersebut apabila pihak lawan telah
ketiadaan guli di kampung (menang tapak)

You might also like