Garis Panduan Permohonan Zoning Bagi Hospital Swasta

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 5

Lampiran 1

GARIS PANDUAN PERMOHONAN KELULUSAN ZONING (LOKASI) BAGI


PENUBUHAN HOSPITAL SWASTA

PENGENALAN

1. Diantara perkara yang perlu diambilkira untuk kelulusan menubuhkan hospital


swasta baru termasuklah menilai keperluan kemudahan dan perkhidmatan
jagaan kesihatan (KPJK) tersebut dalam sesuatu kawasan sepertimana yang
ditetapkan bawah Seksyen 9, Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan
Kesihatan Swasta 1998 [Akta 586] dan kemampuan pemohon untuk
mengadakan KPJK tersebut selaras dengan Seksyen 11, Akta 586.

2. Sehingga 31 Disember 2013, secara keseluruhannya Kementerian Kesihatan


Malaysia (Kementerian) telah meluluskan penubuhan bagi 288 buah hospital
swasta dengan kapasiti 24,977 katil di seluruh Malaysia.

3. Bagi mana-mana entiti yang layak dan berhasrat untuk menubuhkan hospital
swasta, boleh mengemukakan permohonan kelulusan zoning secara bertulis
kepada Bahagian Amalan Perubatan di Putrajaya sebelum mengemukakan
Permohonan Kelulusan Menubuhkan Atau Menyelenggarakan (Borang 1) bagi
penubuhan hospital swasta.

4. Oleh itu, satu garis panduan dikeluarkan untuk digunapakai oleh pemohon
mengenai tatacara atau prosedur permohonan kelulusan zoning bagi penubuhan
hospital swasta sebelum mengemukakan Borang 1.

5. Garis panduan dan prosedur Pemohonan Kelulusan Zoning ini adalah


berdasarkan kepada –

5.1. Seksyen 9 & 11, Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan
Swasta 1998 [Akta 586];

5.2. Peraturan-peraturan Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan


Swasta (Hospital Swasta dan Kemudahan Jagaan Kesihatan Swasta
Lain) 2006 [P.U. (A) 138/2006];

5.3. Polisi-polisi Kerajaan yang berkaitan seperti Perintah Am (General Order),


Arahan Perbendaharaan dan sebagainya; dan

5.4. Kelulusan kabinet mengenai Dasar Penyertaan Ekuiti Asing Dalam


Kemudahan Jagaan Swasta pada 8 Julai 2015 (telah dikuatkuasa pada
29 Julai 2015).

6. Tujuan zoning bagi penubuhan hospital swasta dilakukan adalah untuk –

6.1. menggalakkan pihak swasta menubuhkan hospital swasta di kawasan-


kawasan yang lebih memerlukan serta membantu Kerajaan memastikan
equal accessibility terhadap hospital swasta selaras dengan hasrat World
Health Organisation;
6.2. mengawalselia kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan dalam
sesuatu kawasan bagi menjamin keselamatan pesakit dan kualiti jagaan
kesihatan di Malaysia mengikut kualiti dan standard yang ditetapkan; dan

Prosedur Permohonan Kelulusan Zoning (Lokasi) Bagi Penubuhan Hospital Swasta (Ver. 2) 011015 1/5
6.3. memastikan hospital swasta yang telah ditubuhkan dapat berkembang
dengan lebih baik (viable with fair competition).

7. Di antara perkara yang akan dipertimbangkan dalam keperluan zoning


termasuklah seperti berikut –

7.1. jenis kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan sama ada


multidisiplin atau ‘niche’ (specialised services atau centre of excellence);

7.2. takat KPJK swasta dan kerajaan sedia ada di kawasan yang berkenaan;

7.3. keperluan bagi KPJK dalam sesuatu kawasan dengan nisbah


2.5 katil:1000 penduduk dalam lingkungan 30km bagi Semenanjung
Malaysia dan 50km bagi Sabah & Sarawak;

7.4. keperluan masa depan bagi KPJK dalam sesuatu kawasan; dan

7.5. perkara-perkara lain yang relevan seperti menggantikan hospital swasta


sedia ada atau untuk kesihatan pelancongan dengan syarat pemohon
boleh menunjukkan kemudahan sokongan yang bersesuaian untuk
kesihatan pelancongan dan sebagainya.

PROSEDUR PERMOHONAN

1. Pemohon boleh mengemukakan permohonan kelulusan zoning secara bertulis


melalui Pengarah Bahagian Amalan Perubatan.

2. Dalam permohonan tersebut, pemohon perlu mengemukakan ‘feasibility study’


yang lengkap dengan maklumat seperti yang berikut:

i. Surat yang menjelaskan permohonan kelulusan zoning daripada


pemohon.

ii. Lokasi sebenar untuk penubuhan hospital swasta yang dicadangkan


dengan mengemukakan:
a) alamat lengkap bagi tapak yang dicadangkan; dan
b) peta bagi tapak yang dicadangkan.

iii. Menyatakan jenis bangunan yang akan didirikan bagi penubuhan


hospital swasta. Bangunan yang dicadangkan adalah sebaik-baiknya
bangunan “purpose built”.
* Nota:
Bangunan pejabat atau lot kedai tidak digalakkan kerana
kegagalan bangunan-bangunan sedia ada mematuhi peruntukan
yang ditetapkan di bawah Peraturan-peraturan [P.U. (A)
138/2006].
Pertimbangan masih boleh diberikan bagi bangunan sedia ada
yang mematuhi keperluan perundangan dan perlu menyatakan
ketinggian siling, saiz lif, saiz & lebar koridor/tangga dan
sebagainya (perlu mematuhi sepenuhnya Akta 586 dan
Peraturan-peraturan [P.U. (A) 138/2006]).

iv. Justifikasi penubuhan hospital swasta di lokasi yang dicadangkan

Prosedur Permohonan Kelulusan Zoning (Lokasi) Bagi Penubuhan Hospital Swasta (Ver. 2) 011015 2/5
v. Feasibility study bagi penubuhan hospital swasta yang dicadangkan
dengan mengemukakan perkara-perkara seperti berikut:
a) menyenaraikan kesemua hospital kerajaan dan swasta (dengan
jumlah bilangan katil) yang terletak dalam lingkungan 30km (dan
50km bagi Sabah dan Sarawak) dari lokasi yang dicadangkan.
b) populasi yang dijangkakan (dalam tempoh 3 tahun akan datang)
yang terdapat dalam lingkungan 30km (dan 50km bagi Sabah dan
Sarawak) dari lokasi yang dicadangkan.

vi. Menyenaraikan jenis perkhidmatan yang dicadangkan sama ada


multidisiplin (seperti Perubatan, Pembedahan Am, Obstetrik &
Ginekologi, Pediatrik, Oftalmologi dan sebagainya) atau ‘niche’.

vii. Menyenaraikan kemudahan yang dicadangkan dengan seperti berikut


(sekiranya berkaitan):
a) bilangan katil (termasuk katil ICU/HDU/NICU dan sebagainya);
b) bilangan Bilik Bedah (major/minor) dan cathlab;
c) bilangan Bilik Bersalin;
d) mammogram, MRI, PET Scan, CT Stimulator, Linear Accelerator,
CT Scan (slices) dan sebagainya; dan
e) kemudahan-kemudahan lain yang berkaitan.
* Nota:
Bagi kelengkapan berteknologi tinggi seperti PET Scan, CT
Simulator dan Linear Accelerator – pemohon perlu
memastikan takat kemudahan kelengkapan berteknologi tinggi
tersebut dalam sesuatu kawasan masih belum dipenuhi
dengan nisbah 3 radas dalam lingkungan 30km radius (dan
50km radius bagi Sabah & Sarawak) dari lokasi hospital
swasta yang dicadangkan.
Jika berkaitan, pemohon perlu:
 menyenaraikan bilangan radas berteknologi tinggi
sedia ada di hospital swasta dan hospital kerajaan yang
terletak dalam lingkungan 30km radius (dan 50km radius di
Sabah & Sarawak) dari lokasi hospital swasta yang
dicadangkan; dan
 mengemukakan justifikasi bagi penyediaan radas
tersebut di hospital swasta yang dicadangkan.

viii. Entiti pemohon, selaras dengan ketetapan di bawah Seksyen 6, Akta


586) seperti berikut:
* Nota:
Penubuhan hospital swasta tidak terbuka untuk penjawat
awam.
Penglibatan ekuiti asing untuk penubuhan hospital swasta
dibenarkan 100%. Walau bagaimanapun, Pengamal Perubatan
Berdaftar yang disenaraikan sebagai ahli lembaga pengarah
dan Orang Yang Bertanggungjawab (OYB) kelak perlu
merupakan rakyat Malaysia.

Prosedur Permohonan Kelulusan Zoning (Lokasi) Bagi Penubuhan Hospital Swasta (Ver. 2) 011015 3/5
a) Pertubuhan Perbadanan
Mengemukakan dokumen konstituen yang diperakui sah seperti
berikut:
Borang 8 atau 9, Akta Syarikat 1965 (Perakuan Pemerbadanan
Syarikat Sendirian – Perakuan Pendaftaran dengan
Suruhanjaya Syarikat Malaysia [SSM]).
Borang 24.
Senarai individu beserta pegangan saham dalam syarikat.
Borang 49 (memastikan sekurang-kurangnya seorang Ahli
Lembaga Pengarah adalah Pengamal Perubatan Berdaftar).
b) Perkongsian (memastikan sekurang-kurangnya seorang
pekongsi adalah Pengamal Perubatan Berdaftar):
Mengemukakan dokumen konstituen yang diperakui sah seperti
berikut:
Surat pengesahan perkongsian yang ditandatangani oleh
semua pekongsi (SSM tidak mendaftarkan perkongsian).
Perjanjian perkongsian (jika ada).
c) Tuan Punya Tunggal (merupakan seorang Pengamal Perubatan
Berdaftar):
Mengemukakan dokumen sokongan yang diperakui sah bagi
Pemohon seperti berikut:
Salinan kad pengenalan.
Salinan Sijil kelayakan profesional (Asas atau Kepakaran jika
berkaitan).
Salinan Sijil Perakuan Amalan Tahunan semasa.

ix. Tenaga kerja yang dicadangkan:


a) bilangan pakar/sub-kepakaran (memastikan kesemua pakar
adalah residen bagi setiap perkhidmatan pesakit dalam dan
perkhidmatan sokongan yang dicadangkan);
b) bilangan jururawat terlatih (memastikan norma kakitangan anggota
kejururawatan adalah 45% - JT dan 55% - lain-lain); dan
c) lain-lain yang berkaitan (perlu disenaraikan)
* Nota:
Menyatakan sumber tenaga kerja yang dicadangkan akan
diperolehi. Sebagai contoh: mendapat tenaga kerja jururawat
terlatih daripada kolej kejururawatan tempatan, menarik minat
pakar perubatan tempatan yang mempunyai asas pendidikan
luar negara untuk pulang bekerja di Malaysia atau
sebagainya.
x. Anggaran kos penubuhan hospital swasta yang dicadangkan

3. Pemohon boleh menghantar permohonan yang lengkap berdasarkan


maklumat yang disenaraikan berserta dokumen-dokumen sokongan yang
berkaitan ke alamat:
Cawangan Kawalan Amalan Perubatan Swasta
Bahagian Amalan Perubatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia
Aras 3, Blok E1, Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62590 Putrajaya

Prosedur Permohonan Kelulusan Zoning (Lokasi) Bagi Penubuhan Hospital Swasta (Ver. 2) 011015 4/5
4. Permohonan yang tidak lengkap akan dikembalikan kepada pemohon, manakala
permohonan yang lengkap akan diproses dan dibentangkan dalam Mesyuarat
Jawatankuasa Penilaian (JKP) dalam tempoh 4 hingga 5 minggu.

5. Sebarang keputusan Mesyuarat JKP sama ada permohonan diluluskan atau


sebaliknya akan dimaklumkan kepada pemohon secara bertulis melalui surat
yang telah ditandatangani oleh Ketua Pengarah Kesihatan.

6. Kelulusan zoning tidak boleh ditukar hak milik. Sekiranya permohonan telah
diluluskan, pemohon yang sama perlu mengemukakan permohonan Borang 1
yang lengkap dalam tempoh 6 bulan dari tarikh surat kelulusan zoning
dikeluarkan. Penetapan tempoh tersebut adalah bertujuan memberi –

6.1. masa yang mencukupi untuk pemohon mengemukakan permohonan


Borang 1 yang lengkap secara rasmi; dan

6.2. peluang kepada pihak lain sekiranya pihak pemohon tidak dapat
memenuhi keperluan tersebut.

7. Sekiranya tiada maklum balas yang diterima daripada pemohon dalam tempoh
yang telah ditetapkan, pihak pemohon akan dianggap tidak berminat untuk
meneruskan permohonan dan kelulusan zoning tersebut boleh dianggap
sebagai ditarik balik, melainkan jika suatu pelanjutan masa telah dipohon dan
diberikan oleh Ketua Pengarah.

8. Pada masa yang sama, sekiranya permohonan tersebut dianggap ditarik balik,
Kementerian seterusnya boleh mempertimbangkan permohonan kelulusan
zoning dari pihak lain.

Prosedur Permohonan Kelulusan Zoning (Lokasi) Bagi Penubuhan Hospital Swasta (Ver. 2) 011015 5/5

You might also like