Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT

PENYELARASAN KEJOHANAN SUKAN PEMBANGUNAN KATMO DAN MINI OLIMPIK


(RAGBI RIMAU) BAWAH 10 DAN BAWAH 11 TAHUN MSSD GOMBAK 2017

Tarikh : 5 September 2017

Masa : 2.30 Petang

Tempat : Bilik Mesyuarat, Sk (1) Gombak

Kehadiran : 1. En. Nor Azman bin Hassan (PK Kokurikulum SK (1) Gombak)
2. En. Mohd Bukhari bin Mohd Nor (PT Ragbi Rimau MSSD Gombak)
3. En. Mohd Faris bin Mohd Zulkifli (Setiausaha Sukan SK (1) Gombak)
4. En. Mohd Noor b Abdullah (SK (1) Gombak)
5. En. Muhammad Azim Harifi (SK Taman Bukit Indah)
6. En. Muhammad Nazmi bin Samsuddin (SK Lembah Keramat)
7. En. Muhammad Irfan bin Bazli (SK Gombak Utara)
8. En. Azli Hashim (SK Taman Seri Gombak)
9. En. Mohamad Nur Aiman bin Rosli (SK Sungai Kertas)
10. En. Mohd Amir Jumrah bin Abdullah (SK Sungai Pusu)
11. En. Nor Azlan b. Azmi (SK Batu Arang)

AGENDA:

1. Perutusan Pengerusi
1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran ahli mesyuarat ke SK
(1) Gombak. Pengerusi juga mengucapkan tahniah kepada sekolah yang
menyertai Kejohanan Sukan Pembangunan KATMO dan Mini Olimpik
(Ragbi Rimau) Bawah 10 dan 11 tahun MSSD Gombak 2017. Beliau
mengingatkan bahawa kerja sepasukan sangat penting membawa daerah
Gombak ke peringkat Lebih Tinggi. Beliau juga menyatakan bahawa guru
perlu seimbangkan perkembangan Ko-akademik dan akademik murid.

1.2 Mesyuarat Dimulakan dengan bacaan surah Al-fatihah dan bacaan doa
oleh En. Mohd Noor b Abdullah

Untuk Makluman

2. Pembentangan Kertas Kerja / Laporan / Isu

2.1 Pencapaian 2016


2.1.1 Pengerusi Teknik, En. Bukhari memaklumkan
pencapaian pasukan KATMO ragbi rimau daerah
Gombak telah menjadi Johan bowl pada 2016.
Untuk Makluman
2.2 Yuran Kejohanan
2.2.1 Yuran sebanyak RM150 dikenakan untuk menyertai
kejohanan pada kali ini untuk 1 pasukan. Sekiranya
sekolah ingin menghantar 2 pasukan, iaitu 1 pasukan
bawah 10 dan 1 pasukan bawah 11 tahun, yuran yang
dikenakan adalah sebanyak RM200. Jumlah ini telah
dipersetujui sebulat suara.

2.2.2 Sekiranya murid terpilih untuk mengikuti latihan pusat


untuk ke kejohanan peringkat Negeri Selangor, ianya
ditanggung oleh sekolah masing-masing.

Untuk Makluman

2.3 Tarikh Kejohanan


2.3.1 Tarikh kejohanan yang ditetapkan ialah pada 19, 20
dan 21 September 2017 di Padang Sk (1) Gombak.
Manakala kejohanan peringkat Negeri Selangor ialah
pada 13 dan 14 Oktober 2017 yang akan diadakan di
Sabak Bernam.

Untuk Makluman

2.4 Peraturan Pertandingan


2.4.1 Terdapat sedikit perubahan di dalam peraturan
pertandingan kali ini, iaitu pasukan diasingkan untuk
bawah 10 tahun dan bawah 11 tahun.

2.4.2 Pasukan akan bermain mengikut sistem Round-Robin.

Tindakan : Guru Pengurus Pasukan

2.5 Pasukan ke Kejohanan peringkat negeri


2.5.1 Jurulatih yang pasukannya johan pada kejohanan pada
kali ini akan terus dilantik menjadi ketua jurulatih
daerah untuk pasukan pada kali ini.

2.5.2 Jurulatih yang pasukannya naib johan pada kejohanan


kali ini akan terus dilantik menjadi penolong ketua
jurulatih daerah untuk pasukan pada kali ini.

Untuk Makluman

2.6 Pengadil
2.6.1 Guru yang berminat untuk menjadi pengadil boleh
memberikan nama mereka kepada Encik Bukhari

Tindakan: Guru Pengurus Pasukan

3. HAL-HAL LAIN
3.1 Semua guru pengurus pasukan harus mengutamakan aspek keselamatan
murid semasa latihan dan juga semasa kejohanan.

Tindakan: Guru Pengurus Pasukan

3.2 Semua guru dikehendaki melengkapkan borang RO2 dan diminta untuk
menyerahkan semasa pendaftaran.

Tindakan: Guru Pengurus Pasukan

4. Penutup
4.1 Pengerusi merakamkan ucapan terima kasih kepada semua guru yang
hadir dan semoga kejohanan kali ini berjalan dengan baik dan lancer.
4.2 mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.40 petang

Disediakan Oleh,

…………………………………………….
Mohd Faris bin Mohd Zulkifli
Setiausaha Sukan
SK (1) Gombak

You might also like