Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 13

BML 3053

MORFOLOGI BAHASA MELAYU

Konsep Kata Akar dan Kata Dasar

NURUL NAJWA BINTI AHMAD ROSE

ISMP BAHASA MELAYU


SEM 1, SESI 2019/2020

PENSYARAH
PROF. MADYA AHMAD KHAIR BIN MOHD NOR

FAKULTI BAHASA DAN KOMUNIKASI


KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKA SURAT

1.0 KONSEP DAN DEFINISI 1

2.0 DAPATAN DAN PERBINCANGAN KAJIAN

2.1 KATA AKAR 2

2.2 KATA DASAR 4

3.0 KESIMPULAN 8

4.0 RUJUKAN 10

i
SENARAI JADUAL

BIL JADUAL MUKA SURAT


JADUAL 1 Kata Akar 2
JADUAL 2 Kata Tunggal 5

SENARAI RAJAH

BIL RAJAH MUKA SURAT


RAJAH 1 Proses Pembinaan Perkataan 6
‘Keberkesanan’

ii
1.0 KONSEP DAN DEFINISI

Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji perkataan dari segi struktur, bentuk
dan penggolongan kata (Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa dan Abdul
Hamid Mahmood, 2015). Menurut Abdullah Hassan (2006), morfologi ialah satu bidang
ilmu yang mengkaji bentuk perkataan. Hal ini bermakna morfologi ialah salah satu bidang
yang mengkaji pembentukan perkataan yang bermula dari morfem dan kata. Morfem dan
kata ini berada di hierarki tatabahasa pada tingkat yang paling bawah sekali.

Asmah Haji Omar (2008) menyatakan morfem didefinisikan sebagai satu unit
nahu yang paling kecil yang mempunyai makna makanala Abdullah Hassan (2006)
berpendapat morfem ialah unit bahasa yang terkecil mempunyai makna atau fungsi
tatabahasa. Menurut Asmah Haji Omar (2008) kata adalah unit nahu yang merupakan
unsur dalam frasa, dan boleh berdiri sendiri sebagai ayat minimal manakala Nik Safiah
Karim et al. (2015) menjelaskan kata ialah satu unit ujaran yang bebas dan mengandungi
makna, yang terdiri daripada satu atau gabungan beberapa bentuk bunyi bahasa. Maka
dengan itu, morfem merupakan satu unit terkecil yang mempunyai makna dan
mempunyai tatabahasa manakala kata merupakan unsur dalam frasa yang mengandungi
makna dan boleh berdiri sendiri sebagai ayat minimal.

Kata akar dan kata dasar merupakan salah satu unsur dalam kata atau perkataan.
Menurut Abdullah Hassan kata akar ialah perkataan-perkataan yang tidak menggunakan
imbuhan. Manakala Mukhlis Abu Bakar (2010) menjelaskan walaupun hanya akar sahaja
yang boleh menjadi morfem bebas, namun tidak semua akar adalah bebas. Ada beberapa
akar yang tidak boleh berdiri sendiri. Akar-akar ini memerlukan unsur-unsur
pembentukan kata yang lain. Akar seperti ini dipanggil morfem terikat.

Manakala kata dasar pula bermaksud bentuk kata terkecil yang tidak menerima
sebarang imbuhan, atau bentuk terbitan, iaitu bentuk yang dihasilkan daripada proses
memperluas kata dasar tadi melalui berbagai-bagai cara pembentukan kata (Nik Safiah
Karim et al. 2015). Manakala Abdullah Hassan (2009) menyatakan bahawa kata dasar
adalah kata akar atau kata terbitan yang digunakan sebagai dasar bagi menerbitkan kata

1
terbitan. Dengan kata lain, kata dasar adalah bentuk yang dicantumkan imbuhan bagi
menghasilkan kata terbitan.

Berdasarkan definisi-definisi tersebut, kata akar bermaksud perkataan yang


menjadi asas kepada sesuatu perkataan yang mempunyai makna namun terdapat beberapa
kata akar yang tidak bertaraf perkataan yang memerlukan imbuhan atau bergabung
dengan perkataan lain bagi membentuk sebuah perkataan yang bermakna. Manakala kata
dasar merupakan kata yang menjadi dasar bagi sesuatu kata yang menerima imbuhan
yang dihasilkan melalui proses pembentukan kata.

2.0 DAPATAN DAN PERBINCANGAN KAJIAN

Penulisan ilmiah ini akan memfokuskan kepada kata akar dan kata dasar. Kata akar dan
kata dasar ini merupakan bidang di bawah Morfologi. Dalam kajian ini, perbincangan
mengenai kata akar dan kata dasar akan dijelaskan secara berasingan. Perbincangan kata
akar akan dijelaskan terlebih dahulu sebelum perbincangan kata dasar.

2.1 Kata Akar

Kata atau perkataan ialah bentuk bebas, yang mempunyai makna dan dapat berdiri
sendiri. Seperti yang dinyatakan dalam bahagian konsep dan definisi, kata akar
bermaksud perkataan yang menjadi asas kepada sesuatu perkataan yang mempunyai
makna namun terdapat beberapa kata akar yang tidak bertaraf perkataan yang
memerlukan imbuhan atau bergabung dengan perkataan lain bagi membentuk sebuah
perkataan yang bermakna. Maka, kata akar yang tidak bertaraf kata ini dipanggil sebagai
morfem terikat bukan imbuhan.

Kata akar ini dapat menjadi kata apabila kita menggabungkan atau membentuk
kata akar tersebut dengan imbuhan atau dengan perkataan lain. Jika tidak digabungkan
dengan imbuhan atau dengan perkataan lain, kata akar ini tidak mempunyai makna yang
jelas. Berikut merupakan contoh perkataan-perkataan bagi kata akar:

2
tawa juang tani igau tera
renang tapa masing lanjur suai
temu mudi anai pura kura
rangkak jerumus lema kanak rana
Jadual 1: Kata Akar

Jadual 1 merupakan contoh perkataan-perkataan bagi kata akar. Kesemua kata akar ini
tidak mempunyai makna yang jelas. Sebagai contoh, tawa tidak mempunyai maksud yang
jelas tetapi jika kita menggabungkan tawa dengan apa-apa imbuhan seperti ke-, ter-, di-
…-an, dan disebagainya, akan menjadi sebuah perkataan yang bermakna iaitu ketawa,
tertawa, diketawakan, dan sebagainya. Maka, dengan menggabungkan kata akar dengan
imbuhan, kata akar tersebut akan menjadi sebuah perkataan yang baru dan mempunyai
maknanya yang tersendiri.

Selain itu, kata akar ini juga boleh digabungkan dengan perkataan lain untuk
menjadikan sebuah perkataan yang bermakna dan boleh berdiri dengan sendiri. Perkataan
yang digabungkan bersama dengan kata akar merupakan morfem bebas iaitu unit yang
terkecil dalam bahasa yang mempunyai fungsi gramatis atau yang menjalankan tugas
nahu (Nik Safiah Karim et al., 2015). Apabila semangat (morfem bebas) digabungkan
dengan juang (morfem terikat bukan imbuhan), ia menjadi semangat juang yang
bermaksud semangat untuk berjuang demi mencapai, mendapatkan atau memperoleh
sesuatu (kejayaan, kemenangan dan sebagainya) (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2015).
Maka, kata akar ini hanya dapat berdiri sendiri jika digabungkan dengan morfem bebas
untuk membentuk perkataan yang bermakna.

Selain itu, kata akar morfem terikat bukan imbuhan dapat digandakan untuk
menjadi perkataan yang bermakna. Antaranya ialah lauk-pauk, kuih-muih, sayur-mayur
dan sebagainya. Sebagai contoh, lauk-pauk merupakan gabungan antara kata lauk dan
pauk. Perkataan lauk mempunyai makna namun pauk tidak mempunyai makna yang jelas.
Maka, untuk menjadikan pauk mempunyai makna, ia perlu menggabungkan dengan kata
lauk menjadi lauk-pauk. Sama juga dengan perkataan anai dimana ia perlu digandakan

3
menjadi anai-anai untuk memberikan makna yang jelas. Jelaslah bahawa kata akar ini
memerlukan perkataan lain bagi mendapatkan makna yang khusus.

Berdasarkan penerangan tersebut, kita dapat mengatakan bahawa kata akar ini
memerlukan perkataan sampingan bagi mengukuhkan maknanya yang tersendiri. Tanpa
ada penggabungan perkataan lain dan imbuhan, kata akar ini tidak dapat berdiri dengan
sendiri. Kata akar yang tidak mempunyai makna akan menyebabkan sesuatu ayat menjadi
tidak lengkap, tidak gramatis dan tergantung. Kesannya akan menyebabkan mesej tidak
dapat disampaikan kepada penerima. Maka, dengan adanya pembentukan kata melalui
penggabungan imbuhan atau perkataan lain, kata akar ini akan menjadi perkataan yang
bermakna dan boleh diguna pakai.

2.2 Kata Dasar

Dalam bahasa Melayu, sesuatu perkataan boleh menerima imbuhan serta perkataan lain
bagi membentuk sebuah perkataan baru yang mempunyai makna tersendiri. Kata dasar
inilah yang menjadi dasar bagi sesuatu perkataan. Kata dasar ini digunakan dalam proses
pembentukan kata untuk membentuk perkataan yang mempunyai makna yang lain.
Proses pembentukan kata terdiri daripada proses pengimbuhan, proses penggandaan,
proses pemajmukan dan proses pengakroniman. Daripada penjelasan ini, kita dapat
mengelaskan kata dasar kepada 6 jenis, iaitu kata akar, kata tunggal, kata terbitan, kata
ganda, kata majmuk dan frasa.

Jenis kata dasar bagi kata akar boleh digunakan untuk menjadi kata dasar bagi
sesebuah perkataan. Namun begitu, hanya kata akar yang tidak boleh berdiri sendiri atau
dikenali sebagai morfem terikat bukan imbuhan sahaja yang boleh dijadikan sebagai
dasar bagi sesebuah perkataan. Contohnya, perkataan jurutera, kata akar tera menjadi
kata dasar bagi perkataan jurutera. Dengan penggabungan imbuhan tersebut, tera
menjadi perkataan yang bermakna iaitu jurutera yang bermaksud orang yang terlatih
dalam mereka, membuat dan menggunakan (menjaga) jentera atau terlatih dalam mana-
mana cabang kejuruteraan.

4
Pembentukan kata dasar melalui penggunaan kata tunggal pula dapat dilakukan
dengan menjadikan kata tunggal tersebut sebagai kata dasar bagi sesebuah perkataan.
Pembentukan ini melibatkan proses pengimbuhan dengan menggunakan imbuhan seperti
imbuhan awalan, imbuhan akhiran, imbuhan apitan dan imbuhan sisipan. Berikut
merupakan contoh bagi kata tunggal:

makan minum mandi kesan punca


buka cantik lari tidur bahaya
masyarakat keluarga bangun manfaat dunia
cakap basuh sepak potong budaya
lihat dera air kawasan tempat
Jadual 2: Kata Tunggal

Jadual 2 merupakan contoh kata tunggal yang dapat dijadikan sebagai dasar dalam
sesebuah perkataan. Antara contoh yang boleh digunakan ialah kata makan (kata tunggal)
yang menerima imbuhan untuk menghasilkan kata terbitan seperti makanan, pemakanan,
pemakan, memakan, dan sebagainya. Selain itu, kata dasar juga dapat menjadi dasar
dalam kata akronim. Sebagai contoh, sitkom menerima imbuhan untuk menghasilkan kata
terbitan seperti pensitkoman, mensitkomkan dan disitkomkan (Ismail Dahaman, 2017).
Maka, kata tunggal dan kata akronim ini menjadi kata dasar dalam kata terbitan tersebut.

Seterusnya, kata dasar ini dapat menjadi dasar dalam kata terbitan. Proses ini
berlaku apabila kata terbitan tersebut menjadi dasar dalam sesebuah perkataan. Bagi
proses ini, kita perlu memastikan kata dasar tersebut merupakan kata terbitan terlebih
dahulu. Contohnya ialah keberkesanan merupakan kata di mana kata dasarnya iaitu
berkesan merupakan kata terbitan. Proses ini dapat dipecahkan melalui rajah berikut:

5
Rajah 1: Proses pembinaan perkataan ‘keberkesanan’

(Sumber: Struktur dan Makna dalam Bahasa)

Berdasarkan rajah tersebut, kesan merupakan kata tunggal dan apabila diimbuhkan
dengan imbuhan awal ber-, ia menjadi berkesan yang menjadi kata terbitan. Kata terbitan
ini menjadi kata dasar apabila diimbuhkan dengan imbuhan apitan iaitu ke-…-an menjadi
keberkesanan. Berdasarkan rajah ini, kita dapat mengetahui proses bagaimana kata
terbitan menjadi kata dasar dalam sesuatu perkataan.

Selain itu, kata ganda juga dapat dijadikan kata dasar bagi sesuatu perkataan.
Proses ini berlaku apabila kata ganda menjadi dasar bagi sesuatu perkataan. Sebagai
contoh, angan-angan (kata ganda) menjadi dasar bagi berangan-angan, mengangan-
angankan dan diangan-angankan. Seperti yang kita ketahui, angan-angan membawa
maksud gambaran atau bayangan dalam fikiran (seseorang yang sedang berkhayal),
khayalan, fikiran atau ingatan (yang timbul dalam menungan) (Kamus Dewan Edisi
Keempat, 2015) namun apabila kata ini menjadi dasar dalam mana-mana kata terbitan
tersebut, makna tersebut menjadi lain. Perkara ini juga berlaku pada semua kata dasar
yang menjadi dasar bagi mana-mana perkataan.

Selain daripada kata akar, kata tunggal, kata terbitan dan kata ganda, kata majmuk
juga boleh menjadi kata dasar bagi sesuatu perkataan. Bagi kata majmuk, kata majmuk
ini menjadi dasar dalam kata terbitan dan boleh menerima imbuhan bagi membentuk
perkataan yang baru dan mempunyai makna yang tersendiri. Sebagai contoh,
tanggungjawab merupakan salah satu daripada kata majmuk dan menjadi dasar bagi

6
perkataan bertanggungjawab. Contoh lain pula ialah terima kasih yang menjadi dasar
kepada berterima kasih.

Disamping itu, sesuatu frasa juga berfungsi untuk menjadi kata dasar dalam
sesuatu perkataan. Pada bahagian ini, frasa yang menjadi dasar bagi sesuatu perkataan
perlu diimbuhkan dengan kata terbitan. Contohnya, menyalahgunakan merupakan kata
terbitan di mana kata dasarnya adalah frasa salah guna atau tidak mampu yang menjadi
kata dasar bagi ketidakmampuan. Maka, penggunaan kata majmuk yang tepat bagi
menjadi kata dasar bagi sesuatu perkataan dapat memastikan perkataan tersebut betul dan
mempunyai makna yang tersendiri.

Lebih penting lagi, apabila kata dasar ini menjadi dasar bagi sesebuah perkataan,
perkataan ini kadang-kala menyebabkan fungsinya berubah sama ada mengubah bentuk
kata, mengekalkan golongan kata, mengubah golongan kata atau menghasilkan pelbagai
makna. Kesannya, setiap perkataan yang terbentuk daripada kata dasar tersebut membawa
makna yang berbeza atau mengekalkan makna antara satu sama lain. Berikut merupakan
contoh kata dasar yang mempunyai fungsi yang berbeza apabila berlakunya proses
pembentukan kata:

i. Mengubah bentuk kata


Apabila besar (kata dasar) diberikan imbuhan apitan ke-…-an, perkataan ini
menjadi kebesaran (kata terbitan). Apabila besar ini digabungkan dengan
perkataan lain iaitu kepala, perkataan ini menjadi besar kepala (kata majmuk).

ii. Mengekalkan golongan kata


Apabila pandai (kata adjektif) diberikan imbuhan awalan se-, perkataan ini
menjadi secantik (kata adjektif) yang menjadikan kata ini mengekalkan golongan
katanya.

iii. Mengubah golongan kata

7
Pada bahagian ini, apabila kata dasar diberi imbuhan, kata ini akan mengubah
golongan kata. Sebagai contoh, kotor (kata adjektif) apabila diberikan imbuhan
akhiran –an, menjadi kotoran yang telah mengubah golongan kata dari kata
adjektif kepada kata nama.

iv. Menghasilkan pelbagai makna


Apabila sesuatu perkataan diberi imbuhan yang tertentu, perkataan tersebut akan
menghasilkan maksud yang pelbagai. Sebagai contoh:

kemas : tersusun dengan elok dan bersih; teratur, rapi.


pengemas : orang yang mengemaskan.
berkemas : menyusun atau mengatur supaya elok, bersih dan lain-lain.

Oleh itu, kata dasar membawa maksud kata yang menjadi dasar bagi sesuatu perkataan
yang berlaku dalam pembentukan kata. Sesebuah perkataan yang terhasil daripada
pembentukan kata, dapat kita ketahui kata dasar yang digunakan dalam perkataan
tersebut. Kita juga dapat mengetahui bahawa sesuatu perkataan dapat diperkembangkan
dan membawa makna yang berbeza dengan kata dasar tersebut.

3.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, kata akar merupakan kata yang tidak bertaraf perkataan yang
memerlukan penggabungan imbuhan atau perkataan lain untuk membentuk sebuah
perkataan yang bermakna. Kata akar ini turut dikenali sebagai morfem terikat bukan
imbuhan kerana kata akar ini bukanlah salah satu daripada mana-mana imbuhan dalam
bahasa Melayu. Jika tidak digabungkan dengan mana-mana imbuhan atau perkataan lain,
sesuatu ayat akan menjadi tidak lengkap dan gramatis. Maka, kata akar akan menjadi
bermakna dan boleh berdiri sendiri jika berlakunya pembentukan kata.

Seterusnya, kata dasar merupakan kata yang menjadi dasar bagi sesuatu perkataan
yang berlaku dalam proses pembentukan kata sama ada proses pengimbuhan, proses
pengakroniman, proses penggandaan dan proses pemajmukan. Kata dasar juga turut hadir
dalam kata tunggal, kata terbitan, kata akar, kata ganda, kata majmuk dan frasa. Proses

8
yang berlakunya kebanyakannya akan menyebabkan fungsi sesebuah perkataan berubah
dimana akan berlakunya perubahan bentuk kata, mengekalkan golongan kata, mengubah
golongan kata atau menghasilkan pelbagai makna. Kesannya, perkataan ini akan
mengekalkan makna ataupun berubah makna.

Akhir sekali, pengkaji berharap agar kajian ini dapat dijadikan sebagai rujukan
bagi para pelajar yang ingin mengkaji kata akar dan dasar dalam bahasa Melayu. Pengkaji
juga berharap agar lebih banyak kajian yang akan dibuat dengan lebih meluas dan lebih
mendalam dalam bidang Morfologi bahasa Melayu.

9
4.0 RUJUKAN

Abdullah Hassan (2006). Morfologi: siri pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu.
Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Abdullah Hassan (2009). Tatabahasa pedagogi: untuk sekolah menengah. Kuala


Lumpur: PTS Professional.

Asmah Haji Omar (2008). Nahu kemas kini: panduan bahasa yang baik dan betul. Kuala
Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Ismail Dahaman (2017). Canggihnya bahasa Melayu: sistem pembentukan kata, unsur
bergabung tutur bersambung. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mukhlis Abu Bakar (2010). Struktur dan makna dalam bahasa pengantar sintaksis dan
semantik bahasa Melayu. Singapura: Pustaka Nasional Pte Ltd Singapore.

Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa & Abdul Hamid Mahmood (2015).
Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

10

You might also like