Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 2

RUMUSAN PENGURUSAN MARKAH

1. Masuk ke laman web di url sppat.moe.gov.my.


a. Pilih paparan untuk Pemeriksa.
b. Masukkan nama login dan kata laluan yang dibekalkan.
c. Lakukan Pengesahan Login dengan nama login dan kata laluan pemeriksa2019.

2. Masalah login dan lupa kata laluan - hubungi pegawai meja.

3. Isi markah dipaparan:

N – Calon Biasa

M – Calon Tumpang

B – Calon Bantahan

T – Calon Cicir

S – Calon Salah Maklumat

H – Calon Hospital

C – Calon Cacat

J – Calon Tahanan

4. Apakah perkara utama yang perlu diberi perhatian oleh pemeriksa/ pengguna?
a. Perkara utama yang perlu diberi perhatian adalah memastikan no kad
pengenalan dan angka giliran di K15, sistem dan Skrip Jawapan adalah sama
sebelum memasukkan markah.

5. Maklumat calon tiada dalam sistem


a. Tambah dalam mana-mana satu paparan online (M, B, T…etc)
b. Isi BMT - maklumat + markah calon. Catat “maklumat calon tiada dalam sistem”.

6. Maklumat tiada dalam sistem dan CALON TIDAK HADIR.


a. Isi dalam salah maklumat catat (maklumat tiada dalam sistem ; tidak hadir)
b. Isi BMT

7. Menumpang.
a. Cuba memasukkan markah di ruangan calon tumpang, calon salah maklumat
atau calon cicir di pusat tumpang (rujuk ppt SPPAT).
b. Tambah dalam K15 – tuliskan diruang terakhir K15 pusat tumpang.
c. Isi BMT, catat : markah masuk pusat tumpang.
8. Menumpang dan tidak hadir.
a. Isi BMT

9. Maklumat calon yang diisi dalam salah maklumat tidak boleh disimpan/dihantar.
a. Isi maklumat + markah calon dalam BMT sahaja.

10. Maklumat calon berbeza antara skrip/K15/sistem.


a. Isi online, bahagian salah maklumat (rujuk ppt SPPAT)
b. K15 – Tanda tiada skrip (R), catatkan “salah maklumat”.
c. Isi BMT, catat salah maklumat. Contah: no kp berbeza, di skrip 750723035171.
Isi markah calon.

11. Calon ada dalam K15 (Borang Markah) tetapi tiada nama dalam paparan sistem.
a. Pengguna boleh cuba masukkan markah melalui ruangan calon cicir, calon
tumpang, atau calon salah maklumat (C, T, S etc)

12. Apa yang perlu dimasukkan untuk calon tidak hadir:


a. Calon yang tidak hadir hanya perlu tandakan () di ruangan tidak hadir dan
tidak perlu masukkan markah.
b. K15 – catat TH

13. Apakah fungsi ruangan calon salah maklumat?


a. Calon salah maklumat adalah untuk calon yang tiada rekod di dalam sistem
mungkin disebabkan no kad pengenalan yang didaftarkan tidak sama dengan
yang dicatatkan di Skrip Jawapan. Jika ruangan ini digunakan, pengguna perlu
membuat catatan di ruangan catatan dan juga di K15 (Borang Markah).

14. Calon ada di dalam K15 dan sistem tetapi tiada Skrip Jawapan
a. K15 – catat R
b. Sistem - Tandakan () di ruangan tiada skrip
*** Perlu pastikan bahawa LP/Am29 dan bilangan SJP di dalam bungkusan telah akur ketika
semakan bungkusan pada Mesyuarat Tempatan 1.

15. No kad pengenalan yang terdapat pada K15 tidak sama dengan sistem atau skrip
Jawapan - rujuk no kad pengenalan yang terdapat pada K15.

16. Pemeriksa telah menghantar markah dan apabila disemak terdapat pembetulan
terhadap markah yang telah dimasukkan ke dalam sistem. Apakah yang perlu
dilakukan?
a. Pembentulan markah yang telah dihantar boleh dibuat dengan memohon
secara rasmi kepada Pengarah Peperiksaan.

17. Skrip yang diperuntukkan kepada pemeriksa tidak sama dengan pusat yang terdapat
di dalam sistem - hubungi pegawai meja mata pelajaran.

18. Pusat yang terdapat di dalam sistem tiada calon - hubungi pegawai meja mata
pelajaran yang terlibat, berkemungkinan pusat yang diagihkan adalah pusat yang tidak
aktif.

SEKIAN

You might also like