Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

RANCANGAN MALAYSIA KE-10 (RMK10)

Rancangan yang bertemakan “Rancangan Kemakmuran Ekonomi dan Keadilan Sosial” itu
memperuntukkan RM230 bilion bagi perbelanjaan pembangunan bagi tempoh lima tahun
berkenaan. Daripada jumlah itu, 55 peratus diagihkan kepada sektor ekonomi, 30 peratus
kepada sektor sosial, 10 peratus kepada sektor keselamatan dan lima peratus untuk
pentadbiran am. RMK10 yang akan dilaksanakan berasaskan hala tuju strategik, program dan
peruntukan adalah bagi merealisasikan Wawasan 2020 dan membawa negara ke arah
mencapai status negara berpendapatan tinggi dan maju menjelang 2020.

5 Teras Strategik
Datuk Seri Najib Razak telah menggariskan lima teras strategik di bawah Rancangan
Malaysia Ke-10 (RMKe-10), ke arah mencapai status negara berpendapatan tinggi dan maju
menjelang 2020. Bagi menuju ke arah itu, Perdana Menteri berkata Malaysia telah merangka
pendekatan baru yang mengutamakan modal insan berkualiti, inovasi dan kreativiti serta
kerajaan bertindak umpama sebuah syarikat yang berdaya saing. 5 teras tersebut ialah:

1. Menggubah falsafah dan pendekatan kerajaan ke arah mentransformasikan Malaysia


dengan metodologi Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan Prestasi
Petunjuk Utama (KPI).

2. Mewujudkan persekitaran kondusif bagi menggerakkan pertumbuhan ekonomi.

3. Menuju ke arah pembangunan sosioekonomi secara inklusif.

4. Membangun dan mengekalkan modal insan bertaraf dunia.

5. Mewujudkan persekitaran kondusif ke arah mempertingkatkan kualiti hidup.

You might also like