Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Tok Mat dan Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN)

Dalam kes ini Tok Mat didapati melakukan kesalahan Pengelakkan cukai.

Pengelakan cukai merupakan kesalahan jenayah yang melibatkan sengaja salah menafsirkan keadaan
sebenar urusan orang kepada pihak berkuasa cukai iaitu LHDN untuk mengurangkan liabiliti cukai
termasuk tidak jujur dalam pelaporan, seperti mengisytiharkan pendapatan yang rendah berbanding
pendapatan sebenar, keuntungan yang lebih rendah daripada jumlah yang sebenarnya diperolehi, atau
potongan cukai berlebihan

Pemakaian seksyen 114 Akta Cukai Pendapatan 1967 berhubung dengan pelarian cukai dengan sengaja
dan kesalahan yang berkaitan dengannya. Ia berkuat kuasa mulai dari 1 Januari 2001.

Pihak LHDN telah meminta Tok Mat untuk mengemukakan Penyata Modal (Capital Statement) yang
digunakan bagi tujuan pengiraan cukai pendapatan. Disebabkan Penyata Modal (Capital Statement)
disediakan oleh agen cukai (bermaksud Tok Mat tidak menyimpan resit @invoice), Tok mat perlu
menunjukkan agen cukainya semua aset dan liabilitinya. Ini juga termasuk aset dan liability daripada
pasangan Tok Mat dan kanak-kanak di bawah umur. Aset di sini bermaksud semua deposit bank,
termasuk tunai, pelaburan dalam instrumen boleh niaga, pelaburan dalam entiti berkaitan, akaun
semasa, kenderaan, barang kemas dan juga perabot, kelengkapan dan lain-lain aset lain

Bagi Kes Pengelakkan cukai ini, Denda atau hukuman yang boleh dikenakan keatas tok mat adalah:-

Peruntukan Di
Jenis Kesalahan Jumlah Denda (RM)
Bawah ACP 1967

1,000 hingga 20,000 / penjara /


Sengaja mengelak cukai / membantu orang
114(1) kedua-duanya dan 300% atas
lain mengelak cukai
cukai terkurang lapor

Membantu / menasihati orang lain dalam


2,000 hingga 20,000 / penjara /
penyediaan Borang Nyata Cukai Pendapatan 114(1A)
kedua-duanya
menyebabkan terkurang cukai

Berdasarkan kes ini juga, Tok Mat perlu membayar cukai pendapatan sebanyak RM 9 juta. Bagi
pengiraan cukai, jumlah cukai pendapatan hendaklah termasuk jumlah penalti. LHDN akan mengenakan

Hak Tok Mat:-

1) Membuat Pembayaran secara ansuran

Menurut Seksyen 107 (B) Akta Cukai Pendapatan

Hak Tok Mat (Membuat Rayuan Cukai)

Selain pembayaran Seksyen 99 ACP memperuntukkan bahawa seseorang yang tidak berpuas hati dengan
sesuatu taksiran yang telah dibuat untuk mana-mana tahun taksiran ke atasnya oleh Ketua Pengarah Hasil
Dalam Negeri (KPHDN) berhak merayu terhadap taksiran itu.
Seksyen 99 ACP 1967 hanya terpakai untuk rayuan terhadap notis taksiran yang dibuat untuk mana-
mana tahun taksiran bagi kes-kes seperti di bawah:

a) Taksiran/taksiran tambahan/taksiran pendahuluan yang dibuat oleh KPHDN hasil daripada


penemuan audit meja atau audit luar; ATAU

b) Taksiran anggaran (best judgement assessment) yang dibuat tanpa BNCP atau BNCP lewat
dikemukakan iaitu di luar tempoh yang ditetapkan di bawah subseksyen 90(3) ACP 1967.

Rayuan hendaklah dibuat dengan mengemukakan Borang Q tidak lewat dari tiga puluh (30) hari selepas
notis taksiran diserahkan sepertimana yang diperuntukkan di bawah subseksyen 99(1) ACP 1967.

You might also like