Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 1

SEJARAH RINGKAS PENUBUHAN SMK BUNDU TUHAN RANAU

SMK Bundu Tuhan telah ditubuhkan pada tahun 1979. Ia merupakan sekolah menengah kedua di
daerah Ranau selepas SMK Mat Salleh Ranau. Pada peringkat awal penubuhan, ia hanyalah
merupakan cawangan kepada SMK Mat Salleh Ranau. Pada ketika itu, operasinya bermula
dengan hanya satu kelas Tingkatan Satu dan menggunakan Balai Raya Kampung Bundu Tuhan
selama setahun.
Pada tahun 1980, SMK Bundu Tuhan mula menerima kemasukan pelajar selain dari
kampung Bundu Tuhan sendiri. Dua kelas Tingkatan Satu telah dibuka dan operasinya telah
berpindah ke bangunan Sekolah Rendah Bundu Tuhan.
Sekolah ini telah melakar sejarah apabila berjaya melahirkan kohot pertama pelajar yang
menduduki Sijil Rendah Pelajaran (SRP) pada tahun 1982. Pada tahun itu, sebagai sekolah
menumpang, SMK Bundu Tuhan hanya mampu menampung enam kelas iaitu dua kelas tingkatan
satu, dua kelas tingkatan dua dan dua kelas tingkatan tiga.

Sekolah ini beroperasi sebagai sekolah cawangan selama lima tahun sehinggalah ia
berdikari sendiri pada tahun 1984. Pada tahun ini, bilangan kelas telah bertambah kepada
sembilan buah iaitu tiga kelas tingkatan satu, tiga kelas tingkatan dua dan tiga kelas tingkatan tiga.
Pada tahun 1997, sekolah ini sekali lagi mencipta sejarah apabila julung kalinya berjaya
mengadakan SPM.

Dalam tempoh 30 tahun penubuhannya, sekolah ini telah mencipta pelbagai kejayaan
khususnya dalam bidang akademik. Sekolah ini berjaya melahirkan ramai pelajar dengan
keputusan yang sangat cemerlang dalam peperiksaan awam seperti SRP/PMR dan SPM. Namun
statusnya sebagai sekolah menumpang berterusan selama lebih 30 tahun sehinggalah ia
berpindah ke tapak bangunan sendiri pada tahun 2013.

Pada masa kini sekolah ini mempunyai seramai 610 orang pelajar dan membuka 20 kelas
iaitu empat kelas bagi setiap tingkatan dari tingkatan satu hingga tingkatan lima. Sekolah
mempunyai kekuatan sumber manusia seramai 54 orang yang terdiri daripada 45 orang guru dan
sembilan orang AKP.

Pada tahun ini, di bawah kepimpinan pengetua baru dan hasrat seluruh warga sekolah
untuk maju setapak ke hadapan, VISI dan MISI baru sekolah diwujudkan. Dengan visi baru
‘MENJANA KEGEMILANGAN’, pengurusan sekolah menetapkan lima (5) Bidang Keberhasilan
Utama Sekolah (School Key Result Areas – ScKRA) dan mewujudkan Petunjuk Prestasi Utama
(Key Performance Index – KPI ). ScKRA ini meliputi kegemilangan kurikulum, kokurikulum, sahsiah
dan disiplin, prasarana, aspek pengurusan dan sumber manusia.

You might also like