Tugasan Ethic

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 11

Pengenalan

Perniagaan merupakan aktiviti jual beli barang dan perkhidmatan dengan menggunakan wang
atau alatan lain bagi memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan pada harga, masa dan tempat
yang sesuai bagi mendapatkan keuntungan, faedah dan kepuasan.

Dalam tugasan ini, perkara yang akan dibincangkan ialah tentang bagaimana untuk
membangunkan dan mengekalkan hubungan dengan pihak berkepentingan yang dikenalpasti
terhadap satu jenis perniagaan yang dipilih. Katakan saya ingin membangunkan sebuah
perniagaan perkongsian, saya perlu mengenalpasti terlebih dahulu persekitaran perniagaan ini
dan siapakah pihak-pihak yang berkepentingan perlu diambil perhatian.

Perniagaan perkongsian merupakan perniagaan yang dibentuk secara gabungan dan persetujuan
antara dua atau lebih individu dengan tujuan mendapat keuntungan (tidak melebihi 20 orang).
Perniagaan ini sukar dikenalpasti, melainkan dengan merujuk kepada daftar perniagaan.
Mengikut Akta Syarikat 1965,Seksyen 14(3)(b) bagi perniagaan biasa, tidak lebih daripada 10
orang bagi perniagaan perbankan yang bertujuan untuk mendapatkan keuntungan atau sebarang
faedah.

Berdasarkan teori sistem, sesebuah organisasi perniagaan itu tidak dapat berdikari. Organisasi
perniagaan dikelilingi oleh elemen-elemen persekitaran yang berinteraksi dan mempengaruhi
pembuatan keputusan dan tingkah lakunya. Sebelum saya sebagai peniaga merancang strategi
perniagaan, saya perlu mengenali, menganalisa dan memahami keadaan persekitaran perniagaan
terlebih dahulu. Namun, persekitaran perniagaan boleh ditinjau dari dua perspektif iaitu
persekitaran perniagaan dalaman dan persekitaran perniagaan luaran.

Pihak yang berkepentingan bagi perniagaan perkongsian

Perkongsian ialah satu bentuk perniagaan yang terdiri daripada sekurang-kurangnya dua orang
hingga dua puluh orang. Contoh perkongsian adalah seperti Klinik Mansor & Rakan-rakan, Lim
& Associates Chartered dan Ahmad & Partners Peguambela & Peguamcara. Ahli-ahli
perkongsian akan membuat satu perjanjian yang dinamakan ikatan perkongsian. Sekiranya tiada
perjanjian dibuat, segala perselisihan akan diselesaikan menurut Akta Perkongsian.

Pihak-pihak yang berkepentingan dalam sesebuah organisasi perniagaan perkongsian terdiri


daripada elemen-elemen perniagaan asas seperti pemilik perniagaan, pekerja, pengguna, pesaing
dan pembekal. Elemen-elemen ini berinteraksi dan mempunyai hubungan langsung dalam
pembentukan polisi, prosedur-prosedur dan sistem sesebuah organisasi perniagaan.

a. Pemilik perniagaan
Pemilik perniagaan ialah tuan punya perniagaan. Pemilik perniagaan perkongsian terdiri
daripada individu atau kumpulan-kumpulan individu yang telah menyumbangkan modal
dan memiliki organisasi perniagaan. Pada amnya, pemilik perniagaan yang mengendali
dan menjalankan operasi harian perniagaan. Penglibatan pemilik perniagaan secara
langsung dalam operasi harian pasti akan mempengaruhi perjalanan perniagaan.

b. Pekerja
Pekerja merupakan sumber manusia yang penting dalam sesebuah organisasi perniagaan
perkongsian. Pekerja terlibat secara langsung dalam operasi perniagaan. Oleh itu, pekerja
dibayar gaji dan juga faedah-faedah lain seperti cuti sakit, cuti tahunan, bonus dan
sebagainya, dilindungi oleh kesatuan sekerja dan juga kerajaan.
Interaksi pekerja dengan perniagaan perlu diberi perhatian yang rapi. Namun,
pengambilan pekerja, hubungan perindustrian diantara pemilik perniagaan dan kesatuan
sekerja serta kerajaan akan memberi kesan kepada penentuan bentuk sistem, dasar,
perancangan strategi dan aspek-aspek lain yang berkaitan dengan perniagaan.

c. Pengguna
Pengguna merupakan individu, institusi, firma dan kerajaan yang perlu diberi keutamaan
oleh organisasi perniagaan. Kejayaan sesebuah organisasi perniagaan amat bergantung
kepada kepada golongan pengguna. Permintaan golongan pengguna terhadap barangan
atau perkhidmatan atau kedua-duanya yang disediakan oleh organisasi perniagaan
perkongsian menetapkan sejauh manakah pencapaian objektif / matlamat organisasi
perniagaan iaitu mendapat keuntungan.

d. Pembekal
Pembekal membekalkan bahan yang diperlukan oleh organisasi perniagaan untuk
dijadikan barangniaga yang boleh dijual dan memenuhi citarasa pengguna. Pembekal
sendiri juga peniaga yang mendapat keuntungan daripada jualan bahannya kepada
organisasi perniagaan lain seperti perniagaan perkongsian.
Pembekal sentiasa berinteraksi dengan organisasi perniagaan perkongsian. Pada
hakikatnya, kedua-duanya saling memerlukan diantara satu sama lain dalam dunia
perniagaan. Interaksi diantara pembekal dan organisasi perniagaan perkongsian banyak
memberi kesan kepada penetapan corak perjalanan / operasi dan kemajuan sesebuah
organisasi perniagaan perkongsian. Hubungan baik dengan pembekal adalah perlu untuk
menjamin perjalanan / operasi sesebuah organisasi perniagaan tidak terganggu dan terus
berkembang.

e. Pesaing
Pesaing merujuk kepada syarikat yang mengeluarkan produk yang sama dan dijual dalam
pasaran yang sama dengan produk usahawan. Pesaing boleh memberi sumbangan dari
segi meningkatkan kualiti produk secara umum. Persaingan perlu adil tanpa melanggar
etika/peraturan perniagaan

Persekitaran Umum

Persekitaran perniagaan luaran terdiri daripada elemen-elemen yang berinteraksi dan


mempengaruhi organisasi perniagaan secara tidak langsung. Diantaranya elemen-elemen
persekitaran perniagaan luaran ialah persaingan, persekitaran ekonomi, persekitaran teknologi,
persekitaran sosiobudaya, persekitaran politik dan undang-undang, institusi kewangan dan
persekitaran global / antarabangsa.
a. Persaingan
Dalam sistem ekonomi kapitalis, organisasi perniagaan sering menghadapi persekitaran
persaingan yang dinamik. Persaing iaitu organisasi perniagaan lain yang mengeluarkan
barangniaga atau perkhidmatan yang sama, boleh menentukan daya tahan dan kreativiti,
kemajuan dan kejayaan atau kegagalan sesebuah organisasi perniagaan di dunia
perniagaan. Persaing cuba membaiki produk mereka supaya dapat berdaya saing dengan
produk pengeluar lain malah menguasai pasaran. Contohnya, di bidang automobil Proton
telah berjaya mengeluarkan kereta yang dapat berdaya saing dengan pengeluar-pengeluar
kereta yang lain di Malaysia. Dengan perkataan lain, persaingan boleh memberi kesan
secara tidak langsung kepada perjalanan sesebuah organisasi perniagaan.

b. Ekonomi
Dalam perancangan organisasi perniagaan baik jangka masa pendek mahupun jangka
masa panjang, peniaga-peniaga harus prihatin dan peka kepada perubahan ekonomi.
Keadaan ekonomi baik ekonomi tempatan mahupun ekonomi antarabangsa atau global,
banyak berinteraksi dengan organisasi perniagaan. Ia akan mempengaruhi operasi,
prestasi dan dasar sesebuah organisasi perniagaan. Misalnya, apabila kadar faedah
pinjaman asas bank meningkat, tanggungan pembiayaan pinjaman organisasi perniagaan
turut bertambah. Begitu juga dengan peningkatan kadar inflasi. Kos pengeluaran akan
meningkat apabila kadar inflasi meningkat. Peningkatan kadar inflasi akan
mengakibatkan harga bahan mentah yang diperlukabn daripada pembekal turut naik.
Untuk mempertahankan keuntungan dan meneruskan kewujudan organisasi perniagaan
dengan peningkatan kos yang mendadak dalam pasaran, maka peniaga terpaksa bertindak
sama ada menurunkan kos pengeluaran dan mencari barangan pengganti bagi bahan-
bahan mentah yang digunakan selama ini ataupun menaikkan harga jualan barangniaga di
pasaran.

c. Teknologi
Perkembangan teknologi terutamanya teknologi maklumat yang pesat akan memberi
kesan secara langsung kepada organisasi perniagaan. Perkembangan teknologi banyak
membantu perkembangan organisasi perniagaan. Misalnya, operasi organisasi perniagaan
seperti proses pengeluaran dengan penggunaan mesin berteknologi tinggi dan canggih
dapat mengurangkan kesilapan manusia dan menurunkan kos pengeluaran. Kerja-kerja
pengurusan pejabat seperti merekod, menyediakan Penyata Kewangan dan sebagainya
dikendali dan dipermudahkan dengan penggunaan sistem komputer. Aktiviti perniagaan
iaitu pembelian dan penjualan barangan dan perkhidmatan melalui perdagangan
elektronik atau “e-commerce” dapat mengurangkan belanja dan masa.
Walaupun perkembangan teknologi membawa kesan yang positif kepada organisasi
perniagaan, tidak dapat dinafikan bahawa ia juga mendatangkan kesan-kesan negatif atau
sampingan seperti peningkatan kesesakan lalu lintas serta pencemaran udara dan air
akibat pembuangan sisa-sisa toksik, tenaga buruh digantikan oleh mesin, interaksi dengan
mesin berbanding dengan manusia dan sebagainya.

d. Institusi Kewangan
Organisasi perniagaan tidak dapat mengelakkan diri daripada berinteraksi dengan
institusi kewangan. Institusi kewangan merupakan salah satu elemen persekitaran luaran
perniagaan yang juga mempengaruhi organisasi perniagaan. Organisasi perniagaan yang
ingin meluaskan atau mengembangkan lagi aktiviti perniagaannya tetapi tidak
mempunyai modal yang cukup boleh mendapatkan kemudahan pinjaman seperti
pinjaman jangka masa pendek, kemudahan “overdraft” dan sebagainya daripada institusi
kewangan. Modal dapat memberi kesan yang ketara kepada jenis, saiz dan aktiviti-
aktiviti perniagaan yang akan diusahakan.

e. Sosial dan Budaya


Dalam dunia perniagaan, penilaian terhadap persekitaran sosial dan budaya tidak dapat
diringankan kerana masyarakat yang menggunakan barangniaga dan perkhidmatan yang
dikeluarkan oleh organisasi perniagaan mempunyai tahap sensitiviti tersendiri. Setiap
masyarakat seperti masyarakat majmuk di Malaysia mempunyai nilai-nilai etika yang
tersendiri mengikut bangsa dan agama.
Organisasi perniagaan perlu menghormati perbezaan nilai-nilai etika di kalangan
masyarakat. Misalnya, makanan yang dikeluarkan khas untuk masyarakat beragama
Islam di Malaysia diwajibkan mempamerkan logo “halal” daripada Jabatan kemajuan
Islam Malaysia (JAKIM). Kesedaran tentang perbezaan, keinginan untuk mempelajari,
mengetahui dan memahami perbezaan dan persamaan nilai-nilai etika yang diamalkan
oleh sesebuah masyarakat dapat membantu organisasi perniagaan untuk maju dan
mengembangkan perniagaannya sepanjang masa.

f. Persekitaran Politik dan Undang-undang


Organisasi perniagaan juga harus prihatin dan peka kepada persekitaran politik dan
undang-undang yang telah ditetapkan oleh kerajaan di tempat ia beroperasi. Perniagaan
tidak dapat dipisahkan daripada kuasa politik. Ia mungkin menyulitkan aktiviti-aktiviti
organisasi perniagaan atau memberi peluang kepada organisasi perniagaan. Misalnya,
untuk melindungi dan mengembangkan industri kereta yang baru, kerajaan Malaysia
sebagai pemegang kuasa politik mengenakan kadar cukai import yang tinggi terhadap
kemasukan barangan seperti komponen dan alat ganti kereta dari negara luar. Selain itu,
undang-undang dan peraturan yang digubahkan bertujuan menjamin etika perniagaan.

Cadangan bagaimana membangunkan dan mengekalkan hubungan dengan pihak


berkepentingan

Hubungan perniagaan merupakan perhubungan organisasi dengan individu atau entiti yang
berada di dalam atau di luar sesebuah organisasi. Bagi organisasi perniagaan perkongsian,
hubungan perniagaan dapat membantu menjaya proses-proses perniagaan yang seterusnya dapat
membantu mencapai objektif-objektif perniagaannya. Kelebihan yang ada pada hubungan
perniagaan bukan sahaja dapat bermanfaat kepada organisasi secara keseluruhan tetapi turut
berupaya melicinkan operasi unit-unit di dalam organisasi berkenaan.

Carroll dan Buchholtz (2006) mengenal pasti tiga langkah strategik yang boleh membawa
organisasi mereka berjaya.

 Mengintegrasikan pengurusan pihak berkepentingan ke dalam falsafah firma itu, kenal


pasti visi & misi organisasi, nilai-nilai dan norma. Kemudian, nyatakan kumpulan
berkepentingan dan isu-isu berkaitan dengan organisasi
 Buat wawasan atau pernyataan nilai yang termasuk pihak-pihak berkepentingan.
Mengukuhkan komitmen organisasi kepada pihak-pihak berkepentingan dalam satu
kenyataan awam.

 Melaksanakan sistem pengukuran prestasi yang berkepentingan. Sistem seperti ini perlu
diaudit, bersepadu dan dipantau sebagai menandakan hubungan pihak berkepentingan
yang bertambah baik. Pengukuran menunjukkan bahawa terdapat niat yang serius untuk
mencapai keputusan dan kehadiran sistem tersebut akan memastikan komitmen
berterusan pihak berkepentingan untuk organisasi.

Secara asas, perniagaan perkongsian bergantung kepada pembangunan dan pengekalan hubungan
dengan pekerja, pembekal, pelanggan iaitu individu atau entiti yang terlibat dalam proses-proses
perniagaan bagi sesebuah organisasi. Organisasi yang memupuk dan mengekalkan hubungannya
akan lebih berjaya berbanding organisasi yang mengabaikan perhubungan (Tuzkaya & Onut,
2007). Hubungan perniagaan yang kuat dapat mengalakkan kesetiaan pelanggan dan kolaborasi
antara organisasi di dalam rantaian pembekalan.

Hubungan perniagaan yang erat mampu memberikan kesan kewangan yang positif kepada
organisasi. Hubungan tersebut dapat membantu organisasi melakukan yang terbaik di dalam
setiap tindakannya. Sebagai contoh, membina hubungan dengan pelanggan dapat membantu
mengenalpasti dengan benar kehendak dan kemahuan pelanggan yang akhirnya dapat
menghasilkan produk yang sesuai dengan kehendak dan kemahuan golongan tersebut (Hawkins,
2011). Ini sudah tentu mampu melariskan produk, apabila ia dipasarkan kelak. Malah organisasi
mampu membuat keputusan dengan lebih efektif disebabkan hubungan perniagaan yang kuat
kerana ia membolehkan organisasi akses kepada maklumat yang dipunyai rakan perhubungannya
yang tidak mampu diperolehi tanpa perhubungan (Chinuntdej, 2003). Kelebihan-kelebihan yang
ditunjukkan ini sudah tentu mampu diterjemahkan menerusi pemerolehan peningkatan dalam
prestasi. Keperluan kepada perhubungan bukan sahaja wujud pada organisasi secara keseluruhan
tetapi turut melibatkan jabatan atau unit operasi organisasi tersebut. Kegagalan perhubungan
dengan pihak-pihak berkepentingan sudah tentu mampu menjejaskan operasi perniagaan secara
keseluruhan.
Apabila rakan perhubungan telah dikenalpasti, langkah seterusnya ialah mengetahui apakah
elemen yang perlu wujud bagi memastikan kejayaan hubungan tersebut. Dalam hal ini,
Chinuntdej (2003) menyebut bahawa dalam perhubungan perlu ada kepercayaan. Kepercayaan
ditakrifkan sebagai keyakinan yang dimiliki oleh satu pihak disebabkan keandalan (reliability)
dan integriti pihak yang lain. Kepercayaan adalah keyakinan yang wujud pada satu pihak
disebabkan penaruhan kepercayaan kepada pihak yang lain disebabkan pihak tersebut
mempunyai andalan dan integriti yang tinggi (Morgan & Hunt, 1994). Apabila kepercayaan
dapat diwujudkan, organisasi akan mendapati bahawa segala koordinasi dan usahasama bersama
rakan perhubungan membawa ke arah perolehan keputusan yang melampaui apa yang mampu
dicapai oleh organisasi berkenaan jika ia bertindak secara bersendirian (Anderson & Narus,
1990).

Selain kepercayaan, komitmen perlu ada dalam perhubungan tersebut. Komitmen ialah usaha
untuk mengekalkan hubungan kerana menganggap hubungan tersebut sangat berharga dan turut
dianggap sebagai salah satu elemen penting dalam hubungan perniagaan (Morgan & Hunt,
1994). Komitmen menyebabkan pihak-pihak yang terbabit dalam perhubungan tersebut sanggup
melakukan pelaburan dari segi masa, wang dan lain-lain sumber. Pihak yang berkomited dalam
perhubungan akan bersama-sama menyelesaikan masalah dan cuba mengimbangi pengorbanan
jangka pendek dengan pemerolehan manafaat yang bersifat jangka panjang (Chinuntdej, 2003).
Selain itu, kerjasama turut diperlukan dalam perhubungan. Menurut Deepen, Goldsby, dan
Knemeyer, (2008) kerjasama adalah merujuk kepada situasi di mana pihak-pihak yang terbabit
bekerja bersama-sama untuk mencapai matlamat-matlamat yang telah dipersetujui. Menurut
mereka lagi, kerjasama berlaku disebabkan pihak-pihak yang terbabit mahu mencapai matlamat-
matlamat tertentu yang tidak mampu dicapai jika dilakukan secara bersendirian. Keperluan
kepada kerjasama amat penting kerana Calipinar (2007) telah mendedahkan bahawa kegagalan
perlaksanaan rantaian bekalan adalah berpunca daripada kelemahan dalam kerjasama dengan
ahli-ahli dalam rantaian bekalan berkenaan. Antara elemen lain yang perlu ada dalam
perhubungan ialah kebergantungan. Sytch dan Gulati (2008) yang telah menyatakan
kebergantungan organisasi kepada organisasi yang lain boleh memberikan nilai yang besar
disebabkan nilai yang terkumpul dapat diagihkan-agihkan yang mana kedua-dua pihak dapat
menikmati nilai tersebut dan seterusnya akan dapat meningkatkan prestasi masing-masing.
Kebergantungan boleh ditakrifkan sebagai “the extent to which a trade partner provides
important and critical resources for which there are few alternative source of supply” (Skarmeas
& Katsikeas, 2001). McQuiston (2001) menyatakan kebergantungan merupakan faktor penting
dalam membina hubungan antara organisasi yang terbabit.

Pembuatan keputusan yang berkesan tidak akan berlaku apabila tiada maklumat. Sebuah
organisasi secara bersendirian tidak mampu memperolehi semua maklumat yang diperlukan bagi
membuat keputusan yang berkesan. Organisasi perlu kepada rakan perhubungan bagi
memperolehi maklumat dan ini mengesahkan bahawa aspek pertukaran maklumat perlu ada bagi
menjayakan sesebuah perhubungan. Chinuntdej (2003) telah menjelaskan bahawa pertukaran
maklumat sebagai kemahuan pihak-pihak yang berhubungan untuk berkongsi maklumat penting
antara rakan-rakan dalam lingkungan hubungan tersebut. Johnson dan Sohi (2001) telah
menambah bahawa semakin banyak dan berkualiti maklumat yang bertukar tangan, maka
semakin kurang tahap kesamaran yang dihadapi oleh organisasi-organisasi yang berhubungan.

Kesimpulan

Umum telah mengetahui bahawa tiada sebuah organisasi perniagaan mampu kekal tanpa
mempunyai hubungan perniagaan dengan organisasi lain. Malah, walaupun sesebuah organisasi
itu mempunyai produk atau praktis yang baik tetapi masih tidak mampu untuk berjaya dalam
perniagaannya jika ia tidak mempunyai hubungan yang baik dengan pihak lain. Secara asas,
perniagaan bergantung kepada pembangunan dan pengekalan hubungan dengan pekerja,
pembekal, pelanggan iaitu individu atau entiti yang terlibat dalam proses-proses perniagaan bagi
sesebuah organisasi. Organisasi yang memupuk dan mengekalkan hubungannya akan lebih 72
berjaya berbanding organisasi yang mengabaikan perhubungan (Tuzkaya & Onut, 2007).
Hubungan perniagaan yang kuat dapat mengalakkan kesetiaan pelanggan dan kolaborasi antara
organisasi di dalam rantaian pembekalan.

Hubungan perniagaan yang erat mampu memberikan kesan kewangan yang positif kepada
organisasi. Hubungan tersebut dapat membantu organisasi melakukan yang terbaik di dalam
setiap tindakannya. Sebagai contoh, membina hubungan dengan pelanggan dapat membantu
mengenalpasti dengan benar kehendak dan kemahuan pelanggan yang akhirnya dapat
menghasilkan produk yang sesuai dengan kehendak dan kemahuan golongan tersebut (Hawkins,
2011). Ini sudah tentu mampu melariskan produk, apabila ia dipasarkan kelak. Malah organisasi
mampu membuat keputusan dengan lebih efektif disebabkan hubungan perniagaan yang kuat
kerana ia membolehkan organisasi akses kepada maklumat yang dipunyai rakan perhubungannya
yang tidak mampu diperolehi tanpa perhubungan (Chinuntdej, 2003). Kelebihan-kelebihan yang
ditunjukkan ini sudah tentu mampu diterjemahkan menerusi pemerolehan peningkatan dalam
prestasi.

Pengurus perlu memastikan hubungan perniagaannya dengan rakan-rakan strategik dapat dibina,
disuburkan dan dikekalkan. Kepentingan hubungan perniagaan kepada sesebuah organisasi dapat
dilihat dengan jelas menerusi perspektif Pandangan Berasaskan Sumber (Resource Based View,
RBV). Pandangan ini telah melihat hubungan perniagaan sebagai salah satu sumber penting
kepada organisasi. Sirmon & Hitt, (2003) menganggap hubungan perniagaan sebagai sumber
organisasi yang cukup bernilai. Beliau telah menamakan hubungan perniagaan sebagai ‘social
capital’ yang melibatkan hubungan dengan pembekal, pelanggan, firma sokongan dan lain-lain
pihak. Barney (1991), pula telah mengkelaskan hubungan perniagaan dalam organisasi yang
meliputi hubungan formal dan tak formal antara kumpulan dalam organisasi itu sendiri dan
antara organisasi dengan organisasi dalam persekitaran. Bagi memperluaskan pengetahuan
tentang fenomena hubungan perniagaan dengan prestasi organisasi, adalah disarankan
penyelidikan masa akan datang membuat perbandingkan tahap pengaruh hubungan perniagaan
dengan lain-lain sumber organisasi ke atas prestasi organisasi. Ini kerana terdapat pihak
menyatakan sumber organisasi seperti modal insan (Barney, 1991), kemahiran pengurusan
(Carmeli & Tishler, 2004a), budaya organisasi (Carmeli & Tishler, 2004b) dan lain-lain lagi
turut dianggap sebagai sumber berharga dan penting kepada organisasi. Pengetahuan tentang
tahap pengaruh sesuatu sumber ke atas prestasi berbanding sumber lain dapat membantu
pengurus menentukan sumber manakah yang patut diberikan perhatian serius dan sumber
manakah pula yang patut dikemudiankan. Ini kerana pengurus tidak mampu untuk memperolehi
ke semua sumber yang ia patut perolehi dan ia juga tidak punyai masa dan tenaga yang cukup
untuk memberikan perhatian kepada pelbagai sumber dalam satu-satu masa.
Rujukan

1. Hairul Nizam Hassan. Persekitaran Perniagaan. (Dikemaskini pada March 2014).


https://pengajianperniagaan.wordpress.com/bab-1/bab-1/1-2-persekitaran-
perniagaan/

2. Pengenalan Perniagaan. (Dikemaskini pada Monday, July 17, 2017).


http://pengurusanmatrik.blogspot.com/2017/07/pengenalan-perniagaan.html

3. Khairunnisak Ahmad Shakir. (2010). Impak Hubungan Perniagaan Ke Atas Prestasi


Organisasi: Penelitian Ke Atas Hubungan Dan Pengaruh Hubungan Perniagaan Ke Atas
Prestasi Operasi Gudang Pengilang Di Semenanjung Malaysia. Pusat Pengajian
Pengurusan Perniagaan, Kolej Perniagaan, Sintok, Kedah.

4. Anderson, J. C., & Narus, J. A. (1990). A model of distributor firm and manufacturer
firm working partnerships. Journal of Marketing, 54(January), 42-58.

5. Autry, C. W., Griffins, S. E., Goldsby, T. J., & Bobbitt, L. M. (2005). Warehouse
management system: Resource commitment, capabilities and organizational
performance. Journal of Business Logistics, 26(2), 165-183.

6. Barney, J. (1991). Firm resources and sustained competitive advantage. Journal of


Management, 17(1), 99-120.

7. Calipinar, H. (2007). A theoretical model proposal in supply chain management for


Turkish SMEs. Problems and Perspectives in Management, 5(2), 90-99

8. Carmeli, A., & Tishler, A. (2004a). The relationships between intangible organizational
elements and organizational performance. Strategic management journal, 25, 1257-1278.

You might also like