Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

SEMESTER 1 SESI 2019/2020

KRP 60404

TAJUK :ANALISIS ARTIKEL 1

DISEIAKAN OLEH

NAMA NO.MATRIK PROGRAM


NESAMALAR A/P BALAN M20191000659 M191-KRP60404A
PENGARANG :NORA’AZIAN NAHAR
FADZILAH ABD RAHMAN

TAHUN : 2018

TAJUK ARTIKAL: TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN


BERTUTUR BAHASA MELAYU
DALAM KALANGAN MURID BUKAN
PENUTUR NATIF

JURNAL : PENDIDIKAN BAHASA MELAYU

MUKA SURAT : 11

JILID :8
SINOPSIS
. Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti tahap profesiensi kemahiran
bertutur dalam kalangan murid bukan penutur natif. Seramai 414 orang sampel
kajian daripada 5 buah sekolah SJKC dan SJKT di Daerah Kuantan telah dipilih.
Analisis kajian menggunakan Ujian Bertutur UPBM_SR dan borang soal selidik.
Data diproses menggunakan IBMSPSS Versi 23 dengan reka bentuk tinjauan
hirisan rentas. Keputusan menunjukkan majoriti murid mendapat Tahap 4 dan
sebanyak 55.7% masih tidak fasih dalam kemahiran bertutur. Secara
keseluruhan analisis menunjukkan tahap kemahiran bertutur murid di SJK
Daerah Kuantan adalah tahap sederhana. Usaha untuk melahirkan murid yang
profesien bertutur dalam bahasa Melayu perlu dipergiat. Murid bukan Melayu
wajib mempraktikkan penggunaan bahasa Melayu dalam kehidupan secara
berterusan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berketrampilan dalam
berbahasa.
KELEBIHAN
Jurnal ini mempunyai permasalahan kajian, objektif kajian, kepentingan kajian
secara konsisten namun tidak mempunyai latar belakang masalah, hipotesis kajian
yang mempunyai kepentingan tersendiri bagi mengukuhkan analisis sesuatu kajian.

Jurnal ini mempunyai prosedur penyelidikan yang baik seperti masalah kajian,
objektif umum dan spesifik kajian, soalan kajian serta kepentingan kajian, namun
tujuan kajian tidak dinyatakan dengan jelas. Selain itu, skop kajian juga tidak
dinyatakan kerana hal ini dapat memudahkan pembaca jurnal ini bagi
menentukan kefahaman terhadap hasil penemuan kajian.

Kaedah tinjauan ini selaras dan tepat untuk digunakan bagi menjawab persoalan
kajian yang dinyatakan dalam jurnal ini. Populasi kajian ini adalah terdiri daripada
Seramai 414 murid dari5 buah sekolah SJKC dan SJKT di daearah Kuantan.

Jurnal ini menyatakan tentang data analisis kajian menggunakan kaedah


pengumpulan data secara kuantitatif dengan reka bentuk tinjauan hirisan rentas
.Analisis deskriptif telah digunakan untuk menentukan tahap Penguasaan bahasa
Melayu responden. Kaedah analisis data yang telah dinyatakan dalam jurnal adalah
tepat dan bersesuaian dengan pembolehubah yang diukur. Walaubagaimanapun,
dapat dicadangkan bahawa terdapat beberapa pembolehubah yang boleh diukur
menggunakan kaedah lain seperti analisis regresi, t-test dan sebagainya bagi
mendapatkan jawapan yang lebih tepat dalam sesuatu kajian.

KELEMAHAN

Dalam jurnal ini hanya mengutarakan isu-isu berkenaan keperluan yang


diperlukan oleh setiap pelajar bagi mencapai tahap penguasaan yang efektif dalam
bahasa Melayu. Selain itu, kajian ini juga hanya mengetengahkan isu pendekatan
pembelajaran yang tidak sesuai dan hal ini menyebabkan pelajar cepat bosan, tidak
bermotivasi dan tidak mengambil perhatian yang sepenuhnya semasa Ujian Bertutur
UPBM SRdan boring soal selidik bermula. Walau bagaimanapun, kajian ini tidak
memberikan kriteria-kriteria atau personaliti yang spesifik bagi setiap pelajar yang
mana harus di ambil perhatian. Faktor persekitaran, dan latar belakang kehidupan
juga perlu diberi perhatian untuk meneliti sebab dan berlakunya sesuatu isu atau
permasalahan.

Jurnal ini juga tidak mempunyai kerangka konseptual kajian (Research


Conseptual Framework) atau kerangka teoritikel kajian (Reserach Theoretical
Framework) yang mana penyelidikan biasanya bermula dengan peringkat teoretikal,
seterusnya ke peringkat konseptual dan akhirnya ke peringkat operasional. Menurut
Chua Yan Piaw (2006), pada peringkat teoritikal, terdapat sebilangan pernyataan,
interaksi dan anggapan tentang perhubungan antara konsep-konsep yang abstrak.
Beliau juga menyatakan bahawa pada peringkat ini, pernyataan, interaksi dan
anggapan biasanya dilakukan dengan merujuk kepada teori-teori atau model-model
yang sedia ada.

Manakala pada peringkat konseptual, hubungan antara konsep-konsep


tersebut dinyatakan dalam bentuk hipotesis konseptual. Menurut beliau, peringkat
operasional pula konsep dijadikan sebagai asas pengukuran dan setiap variabel
konseptual dinyatakan secara tepat bagaimana ia diukur. Oleh yang demikian,
gambaran keseluruhan bagi kajian ini tidak dapat dinyatakan dengan jelas serta
bagaimana carta aliran sebenar untuk membuktikan bahawa kajian ini dijalankan
dengan teratur serta mengikut prosedur yang sebenar.

Selain itu, latar belakang kajian juga tidak berlandaskan teori-teori atau model-
model pembelajaran yang seharusnya dijadikan sesuatu bukti yang kukuh untuk
menyokong jangkaan awal pengkaji. Jurnal ini menyatakan Kemahiran bertutur
menggunakan bahasa Melayu wajib dikuasai oleh setiap murid di Malaysia untuk
kelangsungan hidup atau ‘survival’ dalam kalangan masyarakat yang pelbagai etnik
di Malaysia (Fa’izah et al. 2009).

Sampel bagi kajian ini dipilih berdasarkan kaedah persampelan bukan murid
bukan penutur natif tahap 2 di SJK Daerah Kuantan, Pahang. Jumlah keseluruhan
sampel kajian adalah seramai 414 orang. Responden berumur 11 hingga 12 tahun
dipilih kerana mengambil kira pandangan daripada Krashen (1995) dalam Hipotesis
Urutan Alamiah, dan ahli psikolinguistik sependapat mengatakan bahawa kanak-
kanak yang berumur 13 tahun ke bawah akan mempelajari bahasa kedua secara
semula jadi bersama-sama bahasa ibunda mereka. Selepas meningkat 14 tahun
kanak-kanak tidak lagi menguasai bahasa kedua secara pemerolehan tetapi melalui
proses pembelajaran yang sukar. Walaubagaimanapun, prosedur persampelan dan
jadual penentuan sampel tidak dinyatakan dengan spesifik dalam artikel jurnal yang
mana ia amat penting dalam penentuan ukuran ke atas keseluruhan populasi dan
kefahaman pembaca terhadap kajian yang telah dilakukan.
Sampel yang digunakan dalam kajian ini menggunakan populasi berdasarkan
persampelan secara rawak sistematik. Jurnal ini menyatakan dengan terperinci
tentang aspek pemilihan sampel berdasarkan pemilihan sampel bertujuan.
Pemilihan sampel dilakukan dengan lebih jelas tentang aspek permasalahan
populasi kerana ia memberi impak yang besar kepada dapatan kajian yang baik.
Selain itu, jurnal ini juga ada menyatakan tentang instrumen kajian yang telah
digunakan iaitu Ujian Bertutur UPBM_SR dan borang soal selidik. Pembahagian
konstruk dan kategori-kategori pembolehubah dinyatakan dengan jelas. Hal ini
demikian membentuk suatu pengukuran yang relevan sesuai dengan kehendak
persoalan yang telah dibina.
KESIMPULAN

Walaubagaimanapun, terdapat cadangan yang boleh diketengahkan bagi


memperbaiki mutu penjelasan berkenaan instrumen borang selidik iaitu membuat
jadual bagi setiap set instrumen supaya pembaca lebih memahami konsep-konsep
konstruk yang diketengahkan.
Prosedur Pengumpulan Data
Jurnal ini menyatakan tentang data analisis kajian menggunakan kaedah
pengumpulan data secara kuantitatif dengan reka bentuk tinjauan hirisan rentas
.Analisis deskriptif telah digunakan untuk menentukan tahap Penguasaan bahasa
Melayu responden. Kaedah analisis data yang telah dinyatakan dalam jurnal adalah
tepat dan bersesuaian dengan pembolehubah yang diukur. Walaubagaimanapun,
dapat dicadangkan bahawa terdapat beberapa pembolehubah yang boleh diukur
menggunakan kaedah lain seperti analisis regresi, t-test dan sebagainya bagi
mendapatkan jawapan yang lebih tepat dalam sesuatu kajian.
Penerangan yang jelas tentang kriteria-kriteria atau ciri-ciri sampel tidak
dinyatakan dengan jelas. Hal ini demikian akan menyebabkan keraguan kepada
penilai tentang aspek pengukuhan analisis dapatan data kajian.

Analisis Dapatan Kajian

Jurnal ini menerangkan tentang hasil kajian rintis yang telah digunakan bagi
menentukan tahap reliabiliti bagi sesuatu instrumen. Walaubagaimanapun, alat
pengukuran untuk menguji tahap kesahan dan kebolehpercayaan kajian ini tidak
dinyatakan secara terperinci dalam segenap aspek. Tambahan pula, ulasan yang
dinyatakan dalam jurnal berkenaan alat pengukuran kesahan dan kebolehpercayaan
tidak memberi gambaran yang luas bagaimana ia digunakan dan prosedur kajian
rintis yang sepatutnya digunakan bagi menentukan tahap kebolehpercayaan sesuatu
instrumen kajian.
Kesimpulan dalam kajian dalam jurnal ini sejajar dan konsisten dengan hasil
penelitian yang dibuat oleh penyelidik. Walaubagaimanapun, jurnal ini sepatutnya
menyatakan lebih banyak sokongan maklumat daripada kajian-kajian terkini dan
terdahulu bagi mengukuhkan kesimpulan yang telah dibuat.
Hasil dapatan data atau interpretasi oleh penyelidik kajian dalam jurnal ini hanya
mengetengahkan langkah-langkah atau metod dalam aspek strategi yang
difokuskan oleh kajian Hasil kajian ini tidak memberikan pengaruh atau kesan
secara signifikan terhadap pelajar, tenaga pengajar atau perangka kurikulum dalam
menghasilkan sesuatu model atau teori yang memberikan produk atau outcome
dalam menjayakan tujuan sebenar kajian ini.
Hasil kajian dalam jurnal ini berjaya membuktikan bahawa alat artikulasi mereka
sudah biasa dan terlatih menyebut bunyi dalam bahasa ibunda. Keadaan ini
menyebabkan mereka mengalami gangguan bawaan daripada bahasa pertama Hal
ini demikian sangat berkait rapat dengan penguasaan kemahiran bertutur murid.
Hasil dapatan kajian yang dinyatakan dalam artikel jurnal ini adalah: (1) Hasil
dapatan kajian menunjukkan bahawa Penutur hanya menunjukkan kefasihan
bertutur yang sangat terhad dan terbatas. Penutur hanya boleh menuturkan
perkataan lazim yang digunakan dalam keadaan tidak lancar. Keseluruhan
pengucapan kurang petah, kurang fasih dan kurang lancar. Kebanyakan
pengucapan tidak mencapai maksud, kurang tepat dan kurang bertatasusila.
Kedapatan juga penutur yang langsung tidak memberikan respons terhadap
ujian.
Kebanyakan murid juga didapati mengambil langkah dengan menghafal dahulu
ayat atau tema sebelum menduduki Ujian Bertutur. Keadaan ini menyebabkan
penutur hanya menunjukkan kefasihan bertutur yang terhad dan terbatas. Penutur
hanya boleh menuturkan perkataan lazim dalam keadaan tidak lancar.
Kepelbagaian kegunaan, iaitu kebolehan untuk menyiasat hampir kesemua
permasalahan dan persoalan.Penguasaan, iaitu data daripada pelbagai pemboleh
ubah boleh digabungkan tanpa meningkatkan kos dan penggunaan masa.
Pemungutan data dapat dilakukan dalam masa yang singkat.Generalisasi boleh
dibuat terhadap populasi kajian yang lebih besar dengan tepat dan berkesan.

KESIMPULAN
Secara keseluruhan, artikel jurnal dapat menerangkan dengan jelas
kepentingan penguasaan kemahiran berkomunikasi dalam kalangan murid bukan
penutur natif. Walaupun populasi tidak menyeluruh, namun hasil kajian yang
dijalankan secara empirikal ini dapat mengukuhkan fenomena yang berlaku di
Malaysia. Dapatan kajian ini juga dapat membantu penyelidik memahami situasi
sebenar yang dialami oleh murid di SJK. Tahap penguasaan kemahiran bertutur
murid bukan penutur natif masih kurang
Selain itu, jurnal juga menerangkan tentang penguasaaan bahasa Melayu
yang mempunyai kesan terhadap prestasi akademik. Hasil dapatan kajian ini
dapat digeneralisasikan kepada keseluruhan sampel kerana kajian ini adalah
berdasarkan pemilihan sampel secara rawak. Hal ini demikian adalah kerana
sampel ini menumpukan kepada jantina perempuan lelaki dan sekolah SJKT
dan SJKC. Jurnal ini juga mencadangkan tindakan bagi mengukuhkan
penguasaan bertutur perlu selari dengan anjakan kedua Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia agar menjelang 2025 semua murid di Malaysia profesien
bertutur menggunakan bahasa Melayu.

You might also like