Refleksi Mini Olahraga

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Refleksi mini olahraga

REFLEKSI KEJOHANAN MINI OLAHRAGA

Oleh :Siti Noor Farhanis Binti Idris

910401-03-5400

Syukur ke hadrat Yang Esa kerana dengan izin-Nya dapat saya dan rakan-rakan yang lain
menyempurnakan tugasan projek kami dalam matapelajaran WAJ3112, iaitu Kokurikulum
Olahragayang diamanahkan dengan jayanya pada hariRabu, 20 Mac 2013 yang dikelolakan oleh
PISMP Prasekolah dan Matematikambilan Januari 2011.

Tugasan projek kelolaan kedua-dua kelas tersebutmerupakan Kejohanan Mini Olahraga yang
melibatkan semua guru pelatih semesterlima Institut Pendidikan Guru Perempuan Melayu, Melaka
(IPG KPM), sama adabertindak sebagai peserta kejohanan mahupun pegawai teknik semasa
kejohananyang telah berlangsung selama empat jam.

Sepanjang program ini dijalankan, saya memperoleh banyak ilmu baharu,terutamanya mengenai
peraturan-peraturan tertentu sepanjang kejohananberlangsung ekoran berlaku beberapa kesulitan
dari segi pengelolaan.

Antara input baharu yang saya peroleh ialah mengenai tugas antara pegawai-pegawai
teknikalkeohanan sepanjang kejohanan berlangsung. Contohnya hakim pelepas yang perlumerujuk
koordinator pelepas dan penolong pelepas sebelum memulakan sesuatuacara pertandingan. Malah
sebelum itu, koordinator pelepas juga perlu memastikanbahawa hakim balapan, penjaga masa, dan
pegawai lain bersedia sebelum memberiisyarat kepada pelepas.

Perkara yang saya pelajari ialah setiap pegawai perlu saling berhubung agar tidak berlaku salah
faham yang boleh menyusahkan peserta pertandingan dan menimbulkan rasa tidak puas hati
daripada pelbagai pihak.Saya turut memperoleh pengalaman melalui peluang untuk membuat
bantahanberikutan terdapat kesalahan yang dilakukan oleh pihak pengelola sendiri sebaga ipegawai
yang bertugas. Saya berpeluang mempelajari cara untuk berhubung dengan pihak tertentu
mengenai bantahan yang ingin dilakukan walaupun bantahanyang dibuat tidak diendahkan oleh
pihak pengelola. Malah secara tidak langsung,kesulitan tersebut mengajar saya untuk lebih bersabar
menghadapi pelbagai karenah manusia di sekeliling, terutamanya sebagai seorang bakal guru murid
bermasalahpembelajaran di aliran Pendidikan Khas kelak.

Kekuatan yang terdapat dalam projek yang kali ini ialah dapat memberipeluang kepada semua guru
pelatih bagi mempelajari ilmu kepegawaian danolahraga secarapraktikal selepas melalui kursus dan
Peperiksaan Pegawai Teknik Kejohanan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) baru-baru ini.
Pengetahuan yang diperoleh sepanjang menjadi Pegawai Teknik Kejohanan ini juga dapat
membantuguru pelatih melakukan amali kelak sekiranya memperole keputusan lulus
dalampeperiksaan KOAM yang dilalui pada hujung minggu lepas.

Di samping itu, projek ini juga turut mendedahkan kepada guru pelatih mengenai peraturan yang
terdapatdalam acara olahraga secara lebih praktikal ekoran guru pelatih bukan sahajabertindak
sebagai pegawai, malah turut menjadi peserta dalam kejohanan.Kekuatan saya dari segi penglibatan
sebagai peserta Kejohanan Mini Olahraga pula ialah mempunyai pengalaman dalam menyertai
beberapa acara dalam olahragasejak dari sekolah rendah.Pengalaman sedia ada memudahkan
penglibatan sayasebagai peserta acara lompat jauhekoran mengetahui peraturan yang
terdapatdalam acara ini. Namun berikutan sudah lama tidak melibatkan diri dalam acaralompat jauh
ini berbanding acara lompat kijang, saya hanya berjaya memperolehtempat ketiga daripada 10 orang
peserta.

Walau bagaimanapun, projek yang dikelolakan oleh rakan daripada unit lain buat julung-julung kali
ini masih terdapat beberapa kelemahan yang tidak dapatdielakkan berikutan kami semua masih
dalam proses pembelajaran.

Antaranya ialah mengenai spesifikasi pembahagian tugas yang kurang efektif dalam kalangan
gurupelatih yang bertindak sebagai Pegawai Teknik Kejohanan kali ini. Hal ini berikutanberlaku
beberapa kesulitan sepanjang projek ini dilangsungkan. Salah satudaripadanya ialah pegawai teknik
yang membatalkan penyertaan pasukan semasapertandingan dijalankan. Sewajarnya, pasukan
tersebut diberi peluang bertandingdalam bantahan sehingga tamat acara yang dipertandingkan.
Malah salah fahamantara hakim balapan, penjaga masa, dan pelepas turut menjejaskan prestasi
larianpeserta acara 100 meter wanita ekoran terpaksa mengulangi larian mereka sebelumcukup
waktu rehat yang sepatutnya, iaitu 45 minit bagi acara 200 meter ke bawah.

3Manakala kelemahan yang ada pada diri sayadan rakan yang lain pula ialahtidak dapat
menguruskan emosi dengan baik sehingga menyebabkan kekecohanberlaku sewaktu kejohanan
dilangsungkan. Perkara ini jelas dan disaksikanbeberapa pensyarah yang hadir semasa acara lari
berganti-ganti 400 meter danacara 100 meter wanita. Terdapat guru pelatih yang bertikam lidah
berikutanterdapat terlalu banyak kesilapan dari segi pengelolaan pegawai yang bertugas.Malah
kesilapan yang dilakukan mereka tampak jelas apabila tidak terdapat seorangpegawai pun yang
membawa buku peraturan KOAM untuk pemudahcara sekiranyaberlaku bantahan dan kesulitan-
kesulitan lain semasa mengelolakan sesuatukejohanan yang melibatkan banyak pihak.Sehubungan
daripada itu, saya mendapati perihal pihak pengelolaan inimerupakan satu ancaman bagi peserta
pertandingan dan pegawai teknik daripadakelas lain ekoran kecuaian mereka dari segi pengelolaan
bukan sahaja mengganggudaya fizikal, malah turut melibatkan emosi dan perasaan yang boleh
menyebabkanpertelingkahan berlaku. Oleh itu, bagi mengelakkan perkara ini berlaku,
pengelolaharus mentelaah undang-undang yang terdapat dalam buku Peraturan KOAMterlebih
dahulu sebelum menganjurkan projek besar seperti ini. Ancaman lain yangsaya dapati daripada
projek Kejohanan Mini Olahraga ini ialah mengenai peruntukanmasa yang kurang efektif dalam
kalangan para pengelola. Hal ini kerana kamidimaklumkan bahawa projek yang akan dilaksanakan
hanya memakan masa selamadua jam dan perkara sebenar berlaku ialah selama empat jam.
Pengurusan masa inimengakibatkan masa pengajaran dan pembelajaran bagi subjek lain
terpaksaditunda dan diganti pada hari yang lain.Pada pandangan saya bagi proses penambahbaikan,
pihak pengelolasepatutnya lebih peka mengenai spesifikasi tugas bagi setiap pegawai teknik
agartidak berlaku salah faham dan sebagainya yang boleh membawa kesan negatifkepada pihak
lain.Pihak pengelola perlu bijak menyusun dan memilih senaraipegawai yang bertugas semasa
kejohanan berlangsung agar setiap pegawai yangdipih mahir dalam bidang masing-masing.
Contohnya meletakkan Wan Nor Farhanabinti Megat Haron sebagai referi berikutan sudah memiliki
sijik Pegawai TeknikKejohanan dan mempunyai banyak pengalaman dalam mengendalikan
kejohanan dibeberapa tempat yang berbeza.

4. Selain itu, peruntukan masa bagi sesuatu majlis atau program besar seperti inimemerlukan latihan
atau raptai penuh agar peruntukan masa yang dibuat mencukupiatau hanya melebihi beberapa
minit seperti yang dijangkakan. Hal ini penting bagimemastikan perjalanan majlis yang dianjurkan
berjalan dengan lancar tanparungutan daripada pihak lain yang turut serta dalam program tersebut.
Malahperuntukan masa yang salah dan melebihi masa yang sepatutnya juga akanmenjejaskan
program lain yang akan berlangsung sejurus selepas itu. Maka hal inijelas menyusahkan banyak
pihak selain pihak penganjur sendiri.Secara keseluruhannya, projek ini sangat sesuai dilaksanakan
dalam kalanganguru pelatih ekoran banyak ilmu yang diperoleh sepanjang mengelola dan
menjadipeserta dalam projek yang dikelolakan ini. Di samping itu, guru pelatih jugaberpeluang untuk
mendalami ilmu teori yang dipelajari di dalam kelas secarapraktikal semasa kejohanan berlangsung.
Konklusinya, projek sebegini perludijalankan lebih kerap dalam kalangan guru pelatihagar ilmu yang
diperoleh dapatdiaplikasikan segera dan lebih kerap untuk memahirkan pengetahuan sedia
ada.Malah projek ini turut memberi peluang kepada guru pelatih untuk mengamalkangaya hidup
yang sihat melalui aktiviti sukan dan senaman dengan cara yang betul.Justeru itu, saya berharap agar
segala yang saya pelajari sepanjangmenyiapkan tugasan projek kaliini dapat membantu saya
membentuk jati diri sayauntuk menjadi seorang guru yang mempunyai ciri-ciri guru yang serba boleh
dandisenangi oleh semua pihak. Melalui pengalaman menyempurnakan tugasan ini,saya juga
berharap agar mampu melatih diri saya untuk menjadi seorang guru yangberfikiran kreatif, kritis,
kritikal dan berdaya saing bagi membimbing serta menjadirole model kepada anak didik kelak.

You might also like