Professional Documents
Culture Documents
Ayat Aktif Dan Ayat Pasif
Ayat Aktif Dan Ayat Pasif
Ayat Aktif Dan Ayat Pasif
1. Ayat aktif dan ayat pasif ialah dua bentuk ayat yang berbeza tetapi menyampaikan makna yang sama.
2. Ayat aktif boleh ditukar menjadi ayat pasif. Tetapi hanya ayat aktif transitif dapat dipasifkan. Ayat aktif
tak transitif tidak boleh dipasifkan kerana tidak ada objek.
3. Ayat pasif dapat dibahagikan kepada 3 jenis:
Ayat pasif diri pertama
Ayat pasif diri kedua
Ayat pasif diri ketiga
4. Cara untuk membentuk ayat pasif diri pertama dan ayat pasif diri kedua adalah sama.
5. Apabila menukar ayat aktif kepada ayat pasif, semua imbuhan awalan perlu digugurkan manakala
imbuhan akhiran perlu dikekalkan.
6. Jika terdapat kata bantu (sudah, telah, pernak dan lain-lain) dalam ayat aktif, ia perlu diletakkan di
hadapan kata ganti nama diri (pertama/kedua) dalam ayat pasif.
7. Cara untuk menukar ayat aktif pelaku diri ketiga kepada ayat pasif ialah
8. Semua kata kerja pasif perlu menggunakan imbuhan awalan di- dan diikuti kata sendi nama oleh.
9. Jika terdapat kata bantu (sedang, telah, mesti dan lain-lain) dalam ayat pasif diri ketiga, ia perlu
diletakkan di hadapan kata kerja pasif