Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

SMK TELUK BAYU

08000, SUNGAI PETANI, KEDAH

MINIT MESYUARAT AHLI LEMBAGA KOPERASI BIL 1/2019

KOPERASI SMK TELUK BAYU SUNGAI PETANI BERHAD

Tarikh : 26 Jun 2019 (Rabu)

Tempat : Bilik Mesyuarat Bayu Perdana

Masa : 1.30 petang

Pengerusi : Tn. Hj. Mohamad Jalil Bin Ahmad (Pengetua SMK Teluk Bayu)

KEHADIRAN :

1. Tn. Hj. Mohamad Jalil Bin Ahmad


2. Pn. Siti Norshaadah bt Rahmat
3. En. Mohd Nazri bin Abd Rahman
4. En. Khairul ‘Afifi bin Abdullah
5. Pn. Roshidah bt Long
6. Pn. Azmahani bt Abdullah
7. Pn. Azmira bt Othman
8. Pn. Norhayati bt Jelani
9. Pn. Adilah bt Amir

TIDAK HADIR :

1. Pn. Adilah bt Yahaya (Cuti bersalin)

AGENDA I: PERUTUSAN PENGERUSI

1. Mesyuarat dimulakan dengan bacaan Al Fatihah. Pengerusi mengucapkan terima


kasih kepada semua Ahli Lembaga Koperasi kerana dapat hadir ke mesyuarat kali
pertama pada hari ini.
2. Tuan Pengerusi mengalu-alukan kehadiran ahli lembaga koperasi yang baru iaitu Pn.
Adilah Amir yang menggantikan Pn. Balkis Musa.
3. Pengerusi memaklumkan bahawa, beliau amat mengambil berat hal ehwal koperasi
dari segi untung, rugi dan akan mempelbagaikan langkah-langkah untuk
memperkemaskan lagi koperasi sekolah.
4. Tuan Pengerusi memaklumkan untuk semua ahli merujuk kepada Undang-Undang
Kecil Koperasi yang telah dibekalkan kepada semua ahli.

1
5. Untuk makluman, koperasi sekolah adalah di bawah seliaan dan tanggungjawab PK
Kokurikulum iaitu Pn. Siti Norshaadah bt Rahmat yang telah dilantik sebagai PK
Kokurikulum yang baru menggantikan Mendiang En. Rathakrishnan a/l Doraisamy.
6. Makluman kepada semua ahli, persediaan untuk audit koperasi akan berlangsung di
Pejabat Tanah, yang akan dihadiri oleh Bendahari.

AGENDA II : MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG LALU

7. Minit mesyuarat diedarkan kepada semua ahli yang hadir.


8. En. Khairul Afifi bin Abdullah mewakili Pn. Adilah bt Yahaya sebagai pencatat minit
telah membentang dan mengesahkan minit Mesyuarat ALK Bil 3/2018 untuk diterima
dan disahkan.

Cadangan : En. Mohd Nazri b. Abd Rahman

Sokongan : Pn. Azmahani bt Abdullah

AGENDA III : PERKARA-PERKARA BERBANGKIT

9. Perkara 22, Puan Azmahani memaklumkan kutipan wang lot parking berjalan dengan
lancar.
10. Perkara 23, perancangan membuat pembahagi (partition) dalam ruang Koperasi dan
menceriakan koperasi belum dilaksanakan.
11. Perkara 31, pemberian elaun bulanan RM50.00 kepada Pengurus, Setiausaha dan
Bendahari belum dilaksanakan kerana keuntungan koperasi yang tidak begitu
menggalakkan.

AGENDA IV : LAPORAN PENGURUS JUALAN

12. Dalam mesyuarat Agong tahun 2018, ada usul untuk pembayaran elaun kepada 3
orang guru ALK iaitu ( Pengurus, Bendahari dan Setiausaha)
13. Murid yang membantu guru menguruskan koperasi (Koperator) akan dibawa
membuat lawatan menggunakan duit koperasi.
14. Timbul isu integriti di kalangan murid yang membantu guru menguruskan koperasi dan
pemilihan pembantu diambil dari murid di kelas hadapan sahaja.
15. Cadangan untuk mempelbagaikan jualan di koperasi seperti beras, minyak, gula,
tepung dan sebagainya seperti di kedai runcit. Cadangan ditangguhkan dahulu
kerana bilangan murid yang tidak begitu ramai.
16. Sehingga kini, keuntungan koperasi adalah daripada penjualan air yang dihantar oleh
pembekal.

2
17. Murid boleh menebus baucar hadiah Minggu Akademik yang diadakan di koperasi
sekolah untuk menambahkan keuntungan.
18. Pengurus jualan menyenaraikan nama-nama syarikat yang berurusan dengan
koperasi sekolah.
18.1 Syarikat Whombly – Pembekal buku tulis
18.2 Syarikat Swan – Pembekal baju sukan dan seluar sukan
18.3 Syarikat TSON – Pembekal alat tulis
18.4 Syarikat F&N – Pembekal Air Minuman
19. Stok buku MPSPK masih ada di koperasi.
20. Makanan yang dijual di kantin tidak boleh sama seperti yang dijual di koperasi untuk
menjaga hubungan baik antara pengurusan kantin dan koperasi. Makanan yang
dijual di koperasi adalah pizza sahaja.
21. Pengurus koperasi, En Khairul ‘Afifi b. Abdullah dan ahli lembaga koperasi, En Mohd
Nazri b. Abd Rahman telah menghadiri kursus koperasi di The Jerai Inn pada 15 Jun
2019.
22. Koperasi sekolah belum pernah memenangi apa-apa anugerah koperasi. SMK
Badlishah, Kulim telah memenangi Anugerah Koperasi Unggul manakala Koperasi SMK
Mahang mengeluarkan produk kopi MAK HANG yang sangat laris.
23. Pengurus mencadangkan agar diadakan lawatan penanda aras ke koperasi sekolah
yang mempunyai bilangan murid yang hampir sama dengan murid di sekolah ini dan
telah memenangi anugerah.

AGENDA V: LAPORAN BENDAHARI

24. Bendahari memaklumkan bayaran wang yang banyak berlaku pada awal tahun
melibatkan proses pengeluaran cek dan biasanya selesai sebelum Tahun Baru Cina.
25. Bendahari turut memaklumkan bahawa Tabung Pendidikan, Tabung Derma, Tabung
Lawatan dan Tabung Kebajikan Am tidak pernah menggunakan duit tabung koperasi.
Koperasi hanya menyumbangkan hamper untuk acara-acara di sekolah sahaja.
26. Setakat ini, pihak koperasi tiada hutang kepada pembekal.
27. Bendahari mencadangkan agar baju unit beruniform dijual di koperasi sekolah.
28. Cadangan untuk menjual baju korporat di koperasi untuk guru dari Syarikat Koala Bear.

AGENDA VI: HAL-HAL LAIN

29. Tuan Pengerusi meminta setiap ahli lembaga koperasi menyenaraikan kekuatan dan
kelemahan koperasi sedia ada.
30. En. Mohd Nazri menyatakan kekuatan jualan koperasi sekarang adalah kepada jualan
air dan pizza semasa waktu rehat.

3
31. Bendahari mencadangkan agar tempat simpanan kertas A4 dan rak pameran baju
sukan yang bergantung diwujudkan.
32. Pemberian syer kepada murid Tingkatan 5 pada bulan November.
33. Bendahari turut mencadangkan agar buku resit dan buku akaun diletakkan di rak
yang tersusun.
34. Pn Roshidah Long mencadangkan agar koperasi diceriakan dan semua ALK dapat
menyumbangkan idea dan tenaga.

AGENDA VII: UCAPAN PENANGGUHAN

35. Tuan Pengerusi mengharapkan agar lawatan penanda aras dapat dibuat ke koperasi
sekolah yang berpotensi memenangi anugerah.
36. Tuan Pengerusi turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ALK yang telah
menjalankan tugas dengan baik.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.45 petang.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

_____________________ ________________________

(AZMIRA BT OTHMAN) (KHAIRUL ‘AFIFI B. ABDULLAH)


Ahli Lembaga Pengurus
Koperasi SMK Teluk Bayu Koperasi SMK Teluk Bayu
Sg Petani Berhad Sg Petani Berhad

Disahkan oleh:

__________________________________

(TN HJ. MOHAMMAD JALIL B. AHMAD)

Pengerusi

Koperasi SMK Teluk Bayu

Sg Petani Berhad

4
MAKLUM BALAS

MINIT MESYUARAT ALK BIL 1 / 2019

AGENDA PERKARA TINDAKAN STATUS


I Perkara 6
Audit koperasi yang dihadiri oleh Puan Azmahani Bendahari Selesai

IV Perkara 12
Pembayaran elaun RM50.00 kepada Pengurus, Bendahari Belum
Bendahari dan Setiausaha Koperasi dilaksanakan

Perkara 13
Murid yang membantu guru menguruskan
koperasi (Koperator) akan dibawa membuat Pengurus Selesai
lawatan menggunakan duit koperasi.

Perkara 15
Mempelbagaikan jualan di koperasi seperti beras, Pengurus Belum
minyak, gula, tepung dan sebagainya seperti di dilaksanakan
kedai runcit

Perkara 23
Lawatan penanda aras ke koperasi sekolah lain. Pengurus Belum
dilaksanakan

V Perkara 27
Cadangan penjualan baju unit beruniform di Bendahari Dalam
koperasi sekolah. perbincangan

Perkara 28
Cadangan penjualan baju korporat untuk guru di Bendahari Dalam
koperasi sekolah. perbincangan

VI Perkara 32
Pemberian syer kepada murid Tingkatan 5 pada Bendahari Akan
bulan November. dilaksanakan

Perkara 34
Keceriaan dan ubahsuai koperasi sekolah. ALK Belum
dilaksanakan

You might also like