TNT - Kerja Lebih Masa

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 18

JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA

PROSEDUR KERJA
SENARAI SEMAK PEMBAYARAN

TAJUK : TUNTUTAN PERJALANAN KERJA LEBIH MASA DILUAR WAKTU PEJABAT


RUJUKAN DOKUMEN : MUKASURAT : 1/3
KELUARAN : PINDAAN : TARIKH UBAHSUAI :

Bil Perkara Maklumat Yang Perlu Disemak Rujukan


1. Tuntutan
Perjalanan Seseorang pegawai dikehendaki bekerja lebih daripada
Kerja Lebih masa bekerja biasa yang disyaratkan baginya atau
Masa Diluar dipanggil bertugas dalam masa kecemasan.
Waktu Pejabat
Takrifan

Pegawai
Seorang pegawai di dalam Perkhidmatan Awam
Kerajaan Persekutuan dan Perkhidmatan Awam
Kerajaan Negeri termasuk yang dilantik secara tetap
dan sementara.

Sementara
Jawatan yang diwujudkan untuk menjalankan sesuatu
fungsi bagi suatu tempoh tertentu di mana peruntukan
emolumennya ditetapkan di bawah anggaran belanja
mengurus dan tersenarai dalam senarai perjawatan.

Gred
Gred Gaji di bawah Sistem Saraan Malaysia mengikut
Pekeliling Perkhidmatan bil 4 Tahun 2002 dan
pindaannya. Pegawai yang memilih tidak menerima
Sistem Saraan Malaysia boleh terus mengemukakan
tuntutan elaun, kemudahan dan bayaran di bawah
pekeliling ini berdasarkan Gred/Kategori masing-
masing di bawah Sistem Saraan Baru (SSB) /
Kumpulan gaji masing-masing di bawah Laporan
Jawatankuasa Kabinet 1976 (JKK 1976) mengikut
mana berkenaan.
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA

PROSEDUR KERJA
SENARAI SEMAK PEMBAYARAN

TAJUK : TUNTUTAN PERJALANAN KERJA LEBIH MASA DILUAR WAKTU PEJABAT


RUJUKAN DOKUMEN : MUKASURAT : 2/3
KELUARAN : PINDAAN : TARIKH UBAHSUAI :

Bil Perkara Maklumat Yang Perlu Disemak Rujukan

Tuntutan i) Pendapatan (RM) termasuk gaji pokok dan


Perjalanan elaun-elaun
Kerja Lebih
Masa Diluar ii) Kenderaan – jenis/model, no.pendaftaran,
Waktu Pejabat kuasa (c.c) & kelas tuntutan

iii) Alamat Pejabat & Alamat Rumah hendaklah


dilengkapkan.

Ibu Pejabat
Tempat biasa seorang pegawai melaporkan diri untuk
bertugas dan lingkungan jarak pentadbirannya ialah:-

i) 25km jika boleh dihubungi oleh jalanraya;


ii) 16km jika boleh dihubungi oleh jalan tanah yang
boleh dilalui oleh kenderaan bermotor;
iii) 8km jika boleh dihubungi oleh jalan basikal dan
sungai.

Luar Waktu Pejabat


Menjalankan tugas rasmi/tugas secara khas yang
diarahkan selepas waktu bekerja biasanya atau pada
hari rehat mingguan dan hari kelepasan am.

Tugas Rasmi
Tugas yang berkaitan dengan tugas pejabat selain
daripada menghadiri kursus yang dibenarkan.
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA

PROSEDUR KERJA
SENARAI SEMAK PEMBAYARAN

TAJUK : TUNTUTAN PERJALANAN KERJA LEBIH MASA DILUAR WAKTU PEJABAT


RUJUKAN DOKUMEN : MUKASURAT : 3/3
KELUARAN : PINDAAN : TARIKH UBAHSUAI :

Bil Perkara Maklumat Yang Perlu Disemak Rujukan

Tuntutan Tugas Secara Khas


Perjalanan Tugas “Secara Khas” ini dimaksudkan sebagai kerja-
Kerja Lebih kerja berupa cemas atau darurat yang perlu
Masa Diluar diselenggara serta merta bagi menjaga kepentingan
Waktu Pejabat awam atau perkhidmatan. Kerja-kerja tersebut juga
tidak boleh ditangguhkan untuk dilaksana pada waktu-
waktu bertugas biasa.

Kerja Kecemasan
Sebarang tugas yang diisytiharkan oleh Ketua Jabatan
sebagai tugas kecemasan yang memerlukan tenaga
pekerja lebih daripada biasa.

Lazimnya kerja kecemasan ini ialah bagi memulihkan


semula perhubungan-perhubungan atau perkhidmatan-
perkhidmatan penting yang terputus atau terganggu;
atau memelihara perhubungan-perhubungan atau
perkhidmatan-perkhidmatan tersebut daripada
terganggu atau terancam. Contohnya satu bencana
yang berlaku di peringkat Global seperti bencana alam
(banjir dan tanah runtuh).

kenderaan selain dari kepunyaan sendiri


Ketua Jabatan boleh menimbangkan permohonan
untuk menuntut Elaun Perjalanan Kenderaan daripada
pegawai yang
menggunakan kenderaan selain dari kepunyaannya
sendiri semasa menjalankan tugas rasmi dengan
syarat :
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA

PROSEDUR KERJA
SENARAI SEMAK PEMBAYARAN

TAJUK : TUNTUTAN PERJALANAN KERJA LEBIH MASA DILUAR WAKTU PEJABAT


RUJUKAN DOKUMEN : MUKASURAT : 3/3
KELUARAN : PINDAAN : TARIKH UBAHSUAI :

Bil Perkara Maklumat Yang Perlu Disemak Rujukan

Tuntutan i. kenderaan Jabatan tidak dapat disediakan bagi


Perjalanan kegunaan pegawai
Kerja Lebih
ii. pegawai hendaklah mengesahkan bahawa
Masa Diluar
kenderaan yang dipinjam itu berada dalam
Waktu Pejabat
keadaan baik dan selamat sebelum dan semasa
digunakan

tuan punya kenderaan tersebut tidak ada menuntut


Elaun Perjalanan Kenderaan ke atas kenderaan yang
sama di sepanjang tempoh tuntutan dibuat oleh
pegawai.

Elaun Makan
Layak dituntut oleh seseorang pegawai yang
menjalankan tugas rasmi di luar Ibu Pejabatnya bagi
tempoh 24 jam atau lebih bermula dari waktu bertolak.

Elaun Harian
Layak dituntut oleh seseorang bagi pegawai yang
menjalankan tugas rasmi luar Ibu Pejabatnya melebihi
8 jam tapi kurang 24 jam. Kadar mengikut kadar
separuh dari kelayakan elaun makan.

Sewa Hotel
Bayaran sewa hotel adalah layak dituntut bagi pegawai
menjalankan tugas rasmi di luar Ibu Pejabatnya dan
perlu menginap.
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA

PROSEDUR KERJA
SENARAI SEMAK PEMBAYARAN

TAJUK : TUNTUTAN PERJALANAN KERJA LEBIH MASA DILUAR WAKTU PEJABAT


RUJUKAN DOKUMEN : MUKASURAT : 3/3
KELUARAN : PINDAAN : TARIKH UBAHSUAI :

Bil Perkara Maklumat Yang Perlu Disemak Rujukan

Tuntutan Seseorang pegawai tidak layak menuntut Bayaran


Perjalanan Sewa Hotel atau Lojing jika tempat penginapan
Kerja Lebih disediakan oleh Kerajaan atau Penganjur.
Masa Diluar
Waktu Pejabat Sekiranya tuntutan Bayaran sewa hotel adalah
melebehi kelayakan pegawai, Pegawai Pengawal
boleh meluluskan tuntutan tersebut dengan kadar
melebihi 20% daripada kadar kelayakan pegawai
selaras prinsip Let Manager Manage

Elaun Lojing
Dibayar sekiranya pegawai tidak menginap dihotel
sebaliknya menumpang di rumah kawan/saudara-mara
/ lain-lain tempat.

1.0 Pastikan kenyataan tuntutan perjalanan kerja lebih


masa diluar waktu pejabat disertakan dengan
dokumen sokongan berikut :

1.1 Dokumen Surat Kebenaran / Arahan


daripada Ketua Jabatan Borang Tuntutan
1.2 Memo arahan kerja lebih masa
1.3 Resit – resit berkaitan (jika ada)
1.4 Pengesahan alamat bercuti sekiranya Lampiran A
pegawai bukan berada di tempat tinggal
tetap ketika arahan kecemasan melakukan
kerja lebih masa diterima. (contoh surat di
Lampiran A)
1.5 Borang tuntutan Lampiran B
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA

PROSEDUR KERJA
SENARAI SEMAK PEMBAYARAN

TAJUK : TUNTUTAN PERJALANAN KERJA LEBIH MASA DILUAR WAKTU PEJABAT


RUJUKAN DOKUMEN : MUKASURAT : 3/3
KELUARAN : PINDAAN : TARIKH UBAHSUAI :

Bil Perkara Maklumat Yang Perlu Disemak Rujukan

Tuntutan 2.0 Semak bulan dan tahun kewangan untuk


Perjalanan memastikan tuntutan dikemukakan tidak lewat Arahan
Kerja Lebih daripada 10 hari bulan bulan berikutnya. Jika bukan Perbendaharaan
Masa Diluar tahun semasa pastikan Sijil AP58(a) disertakan & (AP58(a))
Waktu Pejabat memenuhi syarat berikut :-

2.1 tuntutan hendaklah dibayar dalam tahun


kewangan kelulusan AP58(a) diterima.

2.2 baki peruntukan dalam tahun kewangan


perbelanjaan dan baki peruntukan semasa
adalah mencukupi.

Jika syarat AP58(a) tidak dipatuhi, pastikan surat


kelulusan perbendaharaan disertakan.

3.0 Pegawai yang layak

Seorang Pegawai yang dikehendaki atau diarahkan


oleh Ketua Jabatannya untuk melaksanakan kerja lebih
masa atau dipanggil bertugas dalam masa kecemasan
sama ada di pejabatnya atau di luar Ibu Pejabat.

Pegawai boleh membuat tuntutan dalam keadaan di


mana seseorang pegawai dikehendaki atau diarahkan
bertugas “Secara Khas” sama ada di pejabatnya atau
di tempat-tempat lain selepas waktu pejabat biasa atau
di hari-hari kelepasan am.

Pegawai layak membuat tuntutan perjalanan jika


diarahkan secara bertulis oleh Ketua Jabatan untuk
datang ke Pejabat
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA

PROSEDUR KERJA
SENARAI SEMAK PEMBAYARAN

TAJUK : TUNTUTAN PERJALANAN KERJA LEBIH MASA DILUAR WAKTU PEJABAT


RUJUKAN DOKUMEN : MUKASURAT : 3/3
KELUARAN : PINDAAN : TARIKH UBAHSUAI :

Bil Perkara Maklumat Yang Perlu Disemak Rujukan

Tuntutan atau ke mana-mana tempat yang diarahkan bagi


Perjalanan menjalankan tugas rasmi selepas waktu bekerja
Kerja Lebih biasanya atau pada hari cuti rehat mingguan dan hari
Masa Diluar kelepasan am.
Waktu Pejabat
Perjalanan yang boleh dituntut ialah
i. Perjalanan dari rumah ke pejabat dan balik.
ii. Perjalanan dari rumah ke pejabat kemudian ke
tempat bertugas atau sebaliknya.
iii. Perjalanan dari rumah terus ke tempat bertugas
dan terus balik ke rumah.

4.0 Pegawai Yang Tidak Layak

Seseorang pegawai yang tidak mendapat surat


Kebenaran/ Arahan daripada Ketua Jabatan adalah
tidak layak menuntut elaun perjalanan di luar waktu
pejabat.

5.0 Kadar Kelayakan

GAJI (RM) KELAS CC


KENDERAAN
Tidak kurang dari A 1400 s.s dan ke
RM2625.45 sebulan atas
Tidak kurang dari B 1000 s.s dan ke
RM2333.00 sebulan atas
Tidak kurang dari C Di bawah 1000
RM1820.75 sebulan s.s.
Kurang dari D Tidak kurang 175
RM1820.75 sebulan s.s.
Kurang dari E Di bawah 175 s.s.
RM1820.75 kebawah
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA

PROSEDUR KERJA
SENARAI SEMAK PEMBAYARAN

TAJUK : TUNTUTAN PERJALANAN KERJA LEBIH MASA DILUAR WAKTU PEJABAT


RUJUKAN DOKUMEN : MUKASURAT : 3/3
KELUARAN : PINDAAN : TARIKH UBAHSUAI :

Bil Perkara Maklumat Yang Perlu Disemak Rujukan

Tuntutan 5.1 Kadar per km mengikut kelas kenderaan dan jarak


Perjalanan :-
Kerja Lebih
Masa Diluar Kelas
Jarak
Waktu Pejabat A B C D E
500km pertama 70 60 50 45 40
501-,1000km 65 55 45 40 35
1,001-1,700km 55 50 40 35 30
1,701km dan seterusnya 50 45 35 30 25
seterusnya
5.2 Tuntutan tambang pengangkutan awam adalah
seperti berikut :-

i) Teksi / kereta sewa / bas / motobot dan lain-


lain.
Mengikut tambang lazim dan disokong dengan
resit
sekiranya resit dikeluarkan. Sekiranya tiada,
buat perakuan bahawa perbelanjaan telah
dilakukan dan dibayar oleh pegawai.

ii) Keretapi / kapal laut dan lain-lain


Kelas 1 : Gred 27 ke atas
Kelas 2 : Gred 1 – 26

Seorang pegawai yang dikehendaki menggunakan


perkhidmatan kapal terbang atau kereta api bagi
menjalankan tugas rasmi di tempat yang boleh
dihubungi terus oleh kapal terbang atau kereta api dan
oleh itu tidak layak menuntut Elaun Perjalanan
Kenderaan melainkan di dalam keadaan berikut :-
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA

PROSEDUR KERJA
SENARAI SEMAK PEMBAYARAN

TAJUK : TUNTUTAN PERJALANAN KERJA LEBIH MASA DILUAR WAKTU PEJABAT


RUJUKAN DOKUMEN : MUKASURAT : 3/3
KELUARAN : PINDAAN : TARIKH UBAHSUAI :

Bil Perkara Maklumat Yang Perlu Disemak Rujukan

Tuntutan a) jika jarak di antara kedua-dua tempat adalah


Perjalanan kurang 240km;
Kerja Lebih
b) apabila seorang pegawai dikehendaki juga
Masa Diluar
menjalankan tugas rasminya di beberapa
Waktu Pejabat
tempat di sepanjang perjalanan;

c) apabila didapati mustahak dan terpaksa bagi


seseorang pegawai berkenderaan sendiri; dan

apabila seorang pegawai mustahak dan terpaksa


membawa pegawai lain sebagai penumpang yang juga
menjalankan tugas rasmi

5.3 Tuntutan elaun makan / elaun harian

Elaun Makan layak dituntut sekiranya tidak disediakan


oleh Kerajaan. Sekiranya sebahagian daripada
kemudahan makan disediakan, pegawai hanya
layak menuntut bahagian makanan yang tidak
disediakan tertakluk kepada kadar seperti berikut :

(a) sarapan pagi - 20% daripada Elaun Makan


(b) makan tengah hari - 40% daripada Elaun Makan
(c) makan malam - 40% daripada Elaun Makan

Kadar elaun harian adalah separuh daripada kadar


elaun makan.
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA

PROSEDUR KERJA
SENARAI SEMAK PEMBAYARAN

TAJUK : TUNTUTAN PERJALANAN KERJA LEBIH MASA DILUAR WAKTU PEJABAT


RUJUKAN DOKUMEN : MUKASURAT : 3/3
KELUARAN : PINDAAN : TARIKH UBAHSUAI :

Bil Perkara Maklumat Yang Perlu Disemak Rujukan

Tuntutan Kadar kelayakan elaun makan :


Perjalanan Gred Semenanjung Sabah, Labuan &
Kerja Lebih Malaysia Sarawak
Masa Diluar (RM) (RM)
Waktu Pejabat Utama/Khas A 115.00 165.00
dan ke atas
Utama/Khas B 100.00 130.00
dan C
53 dan 54 85.00 115.00
45 hingga 52 60.00 80.00
41 hingga 44 45.00 65.00
17 hingga 40 40.00 55.00
16 dan ke 35.00 55.00
bawah

5.4 Tuntutan bayaran sewa hotel / lojing perlu


disertakan resit hotel asal.
Gred Semenanjung Sabah, Labuan
Malaysia & Sarawak
(RM) (RM)
Utama/Khas A Sebenar Sebenar
dan ke atas (Standard suite) (Standard suite)
Utama/Khas Sebenar Sebenar
B dan C (Bilik Superior) (Bilik Superior)
53 dan 54 Sebenar Sebenar
(Bilik Biasa) (Bilik Biasa)
45 hingga 52 240.00 270.00
41 hingga 44 220.00 250.00
17 hingga 40 200.00 230.00
17 hingga 40 180.00 210.00
16 dan ke 160.00 190.00
bawah
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA

PROSEDUR KERJA
SENARAI SEMAK PEMBAYARAN

TAJUK : TUNTUTAN PERJALANAN KERJA LEBIH MASA DILUAR WAKTU PEJABAT


RUJUKAN DOKUMEN : MUKASURAT : 3/3
KELUARAN : PINDAAN : TARIKH UBAHSUAI :

Bil Perkara Maklumat Yang Perlu Disemak Rujukan

Tuntutan 5.5 Elaun Lojing perlu semak sama ada pegawai


Perjalanan menginap di hotel atau tidak. Pegawai adalah layak
Kerja Lebih menuntut Elaun Lojing jika Pegawai tidak menuntut
Masa Diluar sewa hotel.
Waktu Pejabat
Gred Semenanjung Sabah, Labuan
Malaysia & Sarawak
(RM) (RM)
Utama/Khas A 80.00 85.00
dan ke atas
Utama/Khas 75.00 80.00
B dan C
53 dan 54 70.00 75.00
45 hingga 52 60.00 70.00
41 hingga 44 55.00 60.00
27 hingga 40 45.00 50.00
17 hingga 26 40.00 45.00
16 dan ke 35.00 40.00
bawah

5.6 Tuntutan Pelbagai

a) Bayaran tol dan tempat letak kereta (di luar


kawasan pejabat)

Hanya layak dituntut jika pegawai membawa


kenderaan sendiri dengan mengemukakan
resit sebagai dokumen sokongan.
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA

PROSEDUR KERJA
SENARAI SEMAK PEMBAYARAN

TAJUK : TUNTUTAN PERJALANAN KERJA LEBIH MASA DILUAR WAKTU PEJABAT


RUJUKAN DOKUMEN : MUKASURAT : 3/3
KELUARAN : PINDAAN : TARIKH UBAHSUAI :

Bil Perkara Maklumat Yang Perlu Disemak Rujukan

Tuntutan 6.0 Kod Objek


Perjalanan
Kerja Lebih Pastikan kod objek yang dipertanggungkan di atas
Masa Diluar baucar bayaran adalah menggunakan objek lanjut di
Waktu Pejabat bawah objek sebagai 21000 dan 29000.

Kakitangan Polis/
Perkara
Awam tentera
Elaun Makan/Harian 21101 21201
Elaun Lojing/Hotel 21102 21202
Kereta Api/ ERL/ LRT/
21103 21203
Komuter
Pejalanan Kenderaan
21104 21204
(Kereta/ Teksi/ Bas)
Feri/ Bot 21105 21205
Kapal Terbang/
21106 21206
Tambang Gantian
Tol/tempat Letak
21199 21399
Kereta/ Telefon/Fax
Bayaran Dobi 29130 29130
Yuran Pendaftaran
29107 29107
Kursus
LAMPIRAN A

CONTOH
PENGESAHAN ALAMAT BERCUTI SEKIRANYA PEGAWAI BUKAN BERADA DI
TEMPAT TINGGAL TETAP KETIKA ARAHAN KECEMASAN MELAKUKAN KERJA
LEBIH MASA DITERIMA.

Kepada
Ketua Jabatan

Tuan

Adalah dimaklumkan bahawa saya, Nama pegawai……. , No Kad Pengenalan……,


dengan ini mengesahkan bahawa saya tidak berada di tempat tinggal tetap semasa
arahan melalukan kerja lebih masa diterima tetapi berada di alamat seperti di bawah:

Alamat semasa bercuti:


25, Jalan Keruing
Taman Pebadanan Islam
80250 Johor Bahru

Sekian, terima kasih.

………………………….
(Tandatangan Pegawai Yang Menuntut)

PENGESAHAN KETUA JABATAN

Saya mengesahkan bahawa pegawai di atas tidak berada di tempat tinggal tetap tetapi
berada di alamat yang dinyatakan di atas semasa arahan melakukan kerja lebih masa
diterima.

………………………………..
(Tandatangan Ketua Jabatan)
Nama
Jawatan
LAMPIRAN B
CONTOH BORANG TUNTUTAN PERJALANAN BERTUGAS LEBIH MASA
Contoh : Arahan bertugas lebih masa pada hari Sabtu dan Ahad (17 DAN 18/1/2016) untuk
penyelenggaraan/pembaikan server yang tidak boleh dilakukan pada hari kerja biasa

KENYATAAN TUNTUTAN ELAUN PERJALANAN DALAM NEGERI


BAGI BULAN JANUARI 2016

MAKLUMAT PEGAWAI
Nama (Huruf Besar) : ALI BIN ABDULLAH
No. Kad Pengenalan : 111111111111
Gred/Kategori/Kumpulan
: F29
Kategori/Kumpulan
Jawatan : PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT
Nama & Alamat
MAYBANK ISLAMIC BERHAD,
Bank
Butiran Bank & Akaun
Jenis/Nombor
222222222222 - WADIAH SAVINGS ACCOUNT
Akaun

No. Gaji 3996055

Gaji RM 2,400.00

Pendapatan (RM) Elaun-Elaun RM 640.00

Jumlah RM 3,040.00

Jenis Model HONDA CITY

No.
Kenderaan WA 347 X
Pendaftaran

Kuasa 1500 CC
Kelas
B
Tuntutan

JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA


Alamat Pejabat
NEGERI SELANGOR
BANGUNAN AFFIN BANK, LOT PRESINT 3.4
PERSIARAN PERBANDARAN, SEKSYEN 14
40000 SHAH ALAM, SELANGOR

16 JALAN INDAH 1/11B


Alamat Rumah TAMAN UNIVERSITI INDAH
43300 SERI KEMBANGAN SELANGOR
KENYATAAN TUNTUTAN

Tarikh Waktu Waktu Tempat Tujuan Jarak


Bertolak Sampai (k.m.)

16/1/2016 7.00 pg 7.45 pg Dari rumah ke Pejabat JANM Selangor untuk


(Sabtu) menjalankan kerja lebih masa penyelenggaraan server 32

Bayaran Tol(T&G)
Plaza Tol Puchong Selatan
RM2.10
Plaza Tol Puchong Barat
RM2.10

7.00 mlm 7.45 mlm Dari pejabat balik ke rumah


Bayaran Tol(T&G)
Plaza Tol Puchong Barat 32
RM2.10
Plaza Tol Puchong Selatan
RM2.10

17/1/2016 7.00 pg 7.45pg Dari rumah ke Pejabat JANM Selangor untuk


(Ahad) menjalankan kerja lebih masa penyelenggaraan server 32
Bayaran Tol(T&G)
Plaza Tol Puchong Selatan
RM2.10
Plaza Tol Puchong Barat
RM2.10

7.00 mlm 7.45 mlm Dari pejabat balik ke rumah 32


Bayaran Tol(T&G)
Plaza Tol Puchong Barat
RM2.10
1.00tgh 1.45 ptg Plaza Tol Puchong Selatan
RM2.10

JUMLAH BESAR 128


TUNTUTAN ELAUN PERJALANAN KENDERAAN

Bagi
500 km pertama 128 km x 60 sen / km RM 76.80
hingga 1000
501 km ...... km x 55 sen / km RM
km
hingga 1700
1001 km ….. km x 50 sen / km RM
km
1701 km & seterusnya ….. km x … sen / km RM

Jumlah RM 76.80

TUNTUTAN TAMBANG PENGANGKUTAN AWAM

Teksi : [ Resit : RM

Bas : [ Resit : RM

Kereta Api : [ Resit : RM

Feri : [ Resit : RM

Lain-Lain [ Resit : RM

Jumlah RM

TUNTUTAN ELAUN MAKAN/ELAUN HARIAN

hari X Elaun Makan sebanyak RM 40.00 / hari RM

hari X Elaun Harian sebanyak RM 20.00 / hari RM

Jumlah RM
TUNTUTAN BAYARAN SEWA HOTEL (BSH)/ELAUN LOJING

hari X BSH sebanyak RM / hari * RM -


[Resit : ………………………………………….]

Bayaran Perkhidmatan dan Cukai Kerajaan RM


X Elaun Lojing sebanyak RM / hari RM

Jumlah RM 0.00

TUNTUTAN PELBAGAI

Tol * : Touch 'n Go RM 16.80


Tempat
Letak : [Resit ……………-…..………] RM
Kereta *
Dobi : [Resit …………………………] RM
Pos : [Resit …………………………] RM
Telefon,
Teleks, : [Resit …………………………] RM
Faks
Lain-lain - Tiket
: [Resit ………………………...] RM
Kapalterbang MAS
Kerugian pertukaran matawang asing (@3%) RM
[Bagi Singapura, Selatan Thailand, Kalimantan
dan Brunei Darussalam
sahaja].

Jumlah RM 16.80

Jumlah Tuntutan RM 93.60


PENGAKUAN

Saya mengaku bahawa:

(a) Perjalanan pada tarikh-tarikh tersebut adalah benar dan telah dibuat atas
urusan rasmi;

(b) Tuntutan ini dibuat mengikut kadar dan syarat seperti yang dinyatakan
dibawah peraturan-peraturan bagi pegawai-pegawai bertugas rasmi dan/
atau pegawai berkursus yang berkuatkuasa semasa;

(c) Perbelanjaan yang bertanda (*) berjumlah sebanyak RM……………... telah


sebenarnya dilakukan dan dibayar oleh saya;
(d) Panggilan telefon sebanyak RM ……………. Dibuat atas urusan rasmi; dan

(e) Butir-butir seperti yang dinyatakan di atas adalah benar dan saya
bertanggungjawab terhadapnya.

Tarikh : ..…………………………
Tandatangan

PENGESAHAN

Adalah disahkan bahawa perjalanan tersebut adalah atas urusan rasmi.

Tarikh: ..…………………………
Tandatangan

PENDAHULUAN DIRI (Jika Ada)

Pendahuluan Diri
RM
Diberi

Tolak: Tuntutan sekarang RM

Baki dituntut / Baki dibayar balik: RM

Catatan:

(*) Jika pegawai memilih untuk tidak menerima SSB

(**) Potong mana yang tidak berkenaan

You might also like