Bab 3aa PDF

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 50

MAHYUDDIN KHALID emkay@salam.uitm.edu.

my
PENGENALAN

3.1
Hasil Pembelajaran

HUBUNGAN ETNIK
• Menjelaskan latar belakang sejarah
3.2 Perlembagaan Persekutuan 1957
• Menjelaskan peruntukan yang
terkandung dalam Perlembagaan
3.3 Persekutuan
• Menjelaskan kepentingan Perlembagaan
KANDUNGAN BAB 3 Persektuan dari sudut hubungan etnik
3.4 • Menganalisa peranan kontrak sosial
dalam perlembagaan
• Membuktikan unsur-unsur tradisi
menjadi teras perlembagaan dalam
3.5
menjalin hubungan etnik yang harmoni
2
3.6
KONSEP PERLEMBAGAAN
• Perkara yang menyentuh isu bahasa, agama, bumiputera dan kewarganegaraan dalam
Perlembagaan Malaysia menjadi faktor penting untuk mewujudkan hubungan etnik

HUBUNGAN ETNIK
yang erat dan utuh di kalangan rakyat Malaysia.

• Perkara-perkara yang dianggap menguntungkan orang Melayu dalam Perlembagaan


Malaysia diimbangi dengan peruntukan lain yang juga memberi kelebihan kepada kaum
bukan bumiputera.

• Bagi sebuah negara yang berdaulat, perlembagaan merupakan sumber undang-undang


tertinggi sesebuah negara dan setiap individu perlu mematuhi keluhurannya.

• Dalam konteks Perlembagaan Islam, negara Islam pertama iaitu Madinah di bawah
pimpinan Rasulullah s.a.w telah membentuk Sahifah Madinah bagi melicinkan
pentadbiran negara Madinah yang terdiri daripada pelbagai kaum. 3
DEFINISI Perlembagaan

HUBUNGAN ETNIK
adalah sumber
PERLEMBAGAAN undang-undang
tertinggi sesebuah
Satu set peraturan tentang hak, kuasa dan negara.
prosedur serta tanggung jawab pihak yang
mengawal dengan memandu hubungan di
antara satu autoriti dengan autoriti yang
lain, dan juga antara autoriti dengan
rakyat awam.
Berperanan
sebagai panduan
bagi pembentukan
Satu dasar atau formula yang menyatakan undang-undang
tugasan kuasa-kuasa awam di dalam
sesebuah negara dibahagikan dan sama ada di pihak
digunakan. kerajaan atau 4
rakyat
JENIS PERLEMBAGAAN

HUBUNGAN ETNIK
Perlembagaan Bertulis Perlembagaan Tidak
• Perlembagaan yang dikumpul Bertulis
dan disusun dalam satu kanun • Semua prinsip perlembagaan
atau dokumen. yang tidak terkumpul dalam satu
• Sukar dipinda kecuali wujud dokumen seperti adat resam dan
peruntukan dalam perlembagaan tradisi, undang-undang yang
yang membenarkannya. diluluskan oleh parlimen dan
• Contoh negara yang keputusan-keputusan mahkamah
mengamalkan : Malaysia • Contoh negara yang
mengamalkan : United Kingdom,
5
New Zealand & Israel
CIRI-CIRI PERLEMBAGAAN

Ciri sesebuah

HUBUNGAN ETNIK
negara

Sifat
Hak asasi Perlembagaan

Hak dan
Kuasa
tanggungjawab

6
Kewarganegaraan
KEPERLUAN PERLEMBAGAAN

• Menjamin kestabilan politik dan sistem pemerintahan,

HUBUNGAN ETNIK
• Mewujudkan rangka sistem politik yang sistematik

• Mengatur sistem ekonomi dan pengagihan kekayaan negara


dengan adil dan saksama

• Memudahkan perpaduan nasional dan pembangunan Negara

• Melindungi kepentingan semua etnik di dalam negara 7


PERANAN PERLEMBAGAAN

• Setiap perkara dalam


Sumber

HUBUNGAN ETNIK
perlembagaan boleh diperhalusi
sebagai sumber undang-undang

Garis • Perlu dirujuk apabila hendak


menggubal sesuatu peraturan
Panduan undang-undang

• Mengatur pemerintahan
Peraturan sesebuah negara 8
KETERTINGGIAN PERLEMBAGAAN

Di Malaysia, tidak ada institusi yang boleh mengatasi ketertinggian


Perlembagaan Malaysia.

HUBUNGAN ETNIK
Malah ketiga-tiga badan kerajaan (Perundangan, Kehakiman, Eksekutif) & YDPA
juga tertakluk kepada Perlembagaan Malaysia.

• Contoh: kuasa perundangan dan kehakiman (mahkamah) dijalankan tertakluk kepada


sekatan-sekatan yang dikenakan oleh Perlembagaan.

Undang-undang persekutuan atau negeri mengenai sesuatu perkara boleh


diisytiharkan TIDAK SAH oleh mahkamah jika undang-undang itu bercanggah
dengan Perlembagaan Persekutuan.

• Ini kerana, perlembagaan memperuntukkan dengan nyata dalam Perkara 4(1):


Perlembagaan Malaysia adalah undang-undang utama persekutuan dan apa-apa 9
undang-undang yang diluluskan yang berlawanan dengan perlembagaan adalah
terbatal setakat mana yang berlawanan.
PENGGUBALAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA

Kesan Penjajahan
Rundingan London Suruhanjaya Reid
Perjuangan

HUBUNGAN ETNIK
Merdeka Memorandum
Kebangsaan

Malayan Union Pilihanraya Unsur Tradisi


Penentangan Perikatan Identiti Negara

CLC MMKP 3 Perkara


Rundingan Kaum Sistem Ahli 3, 152, 153

Persekutuan Perlembagaan 10
Kontrak Sosial
Tanah Melayu Islam
Persetujuan
9 Ciri Perbandingan
SEJARAH PENGGUBALAN PERLEMBAGAAN
MALAYSIA
• Sepanjang penjajahan, orang Melayu sentiasa bangkit menentang
• Selain perjuangan berdarah yang bermula sejak penjajahan Portugis di Melaka,
Perjuangan

HUBUNGAN ETNIK
kebangsaan
Belanda, Inggeris & Jepun, perjuangan juga digerakkan melalui semangat kebangsaan.

• Menjelang abad ke 20, muncul pertubuhan-pertubuhan seperti Kesatuan Melayu


Singapura, Kesatuan Melayu Perak, Kesatuan Melayu Muda dll yang menjadi medium
Pertubuhan menentang penjajah.

• Media massa seperti akhbar & majalah juga berperanan sebagai medium penyebaran
semangat perjuangan seperti Utusan Melayu, Majlis, Al-Imam, Saudara dan Warta
Media Sarawak.
Massa

• Muncul tokoh-tokoh intelektual Melayu seperti Rahim Kajai, Ibrahim Yaakob, Pak Sako
dll menyedarkan orang Melayu supaya bangun menuntut kemerdekaan. 11
Tokoh
MALAYAN UNION
Selepas Jepun menyerah
Parlimen British Sir Harold Mac Michael
kalah Pentadbiran
meluluskan dilantik wakil British

HUBUNGAN ETNIK
Ketenteraan British
Malayan Union untuk mendapatkan
(BMA) mengambilalih
pada 10 Oktober tandatangan raja-raja
pentadbiran Tanah
1945 Melayu
Melayu

Malayan Union Malayan Union tetap


ditentang hebat diisytiharkan pada 1 April
oleh orang 1946 dan Sir Edward Gent
Melayu. sebagai gabenor pertama.

Orang Melayu memulaukan


majlis pengisytiharan itu,
British sedar tanpa sokongan
akhirnya British mengalah dan 12
orang Melayu Malayan Union
menggantikan Malayan Union akan gagal.
kepada Persekutuan Tanah
Melayu.
TUJUAN PENUBUHAN MALAYAN UNION
Mengurangkan dan mengawal kuasa politik orang Melayu

HUBUNGAN ETNIK
Menjimatkan perbelanjaan pentadbiran British

Menjamin terus penguasaan British

Memastikan sumbangan golongan migran

Mengukuhkan pertahanan British

Mewujudkan pentadbiran yang cekap dan seragam

Menyediakan Tanah Melayu ke arah berkerajaan sendiri


13

Membentuk satu bangsa Malayan Union


Singapura dijadikan
tanah jajahan

HUBUNGAN ETNIK
berasingan di bawah
seorang Gabenor
Gabenor dibantu British
oleh Majlis
Kedaulatan Raja-Raja
Mesyuarat
Melayu dihapuskan
Persekutuan dan
Majlis Undangan

Semua negeri
Melayu kecuali CIRI – CIRI Hak kerakyatan yang
Singapura disatukan
di bawah MALAYAN sama bagi semua
berasaskan Jus Soli
pemerintahan 14
Gabenor British UNION
SEBAB PENENTANGAN MALAYAN UNION

Kuasa Raja-Raja Melayu dilenyapkan dalam urusan


pentadbiran negeri.

HUBUNGAN ETNIK
Singapura dipisahkan dari Malayan Union dan ia kekal
sebagai tanah jajahan Inggeris.

Hak kerakyatan liberal berdasarkan prinsip Jus Soli.

Hak sama rata kepada semua warganegara tanpa mengira


bangsa iaitu penduduk peribumi tidak memiliki apa-apa
keistimewaan.

15
Cara Sir Harold Mc Michael mendapatkan tandatangan raja-
raja Melayu yang menggunakan cara paksaan dan ugutan.
PENENTANGAN MALAYAN UNION
Secara individu Melalui akhbar

HUBUNGAN ETNIK
Warta
Dato Onn &
Negara dan
Raja-Raja
akhbar
Melayu
Melayu

Secara kolektif Melalui berkabung

Demonstrasi
Dihadapan
aman dan
Ahli
kesatuan-
Parlimen
kesatuan
British
Melayu 16
KERJASAMA KEARAH KEMERDEKAAN
• Jawatankuasa Kerja
• 4 wakil raja-raja Melayu, 2 wakil UMNO dan 6 pegawai British

HUBUNGAN ETNIK
• Bertanggung jawab merangka perlembagaan baharu yang boleh diterima
Julai 1946 oleh orang Melayu

• Jawatankuasa Perundingan
• Dianggotai orang Eropah, Cina dan India
Disember • Bertujuan mendapatkan pandangan orang bukan Melayu mengenai
1947 perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu

• Persekutuan Tanah Melayu diisytiharkan


• Perjanjian yang mempunyai beberapa ciri penting ke arah pemerintahan
Februari sendiri
1948 • Membawa kepada penubuhan CLC 17
KONTRAK SOSIAL 1948
Persetujuan yang dicapai di antara Melayu, Cina dan India semasa mewujudkan Persekutuan Tanah
Melayu 1948 di bawah naungan Inggeris

HUBUNGAN ETNIK
Berkait rapat dengan bantahan Melayu terhadap Perlembagaan Malayan Union 1946

Peruntukan dalam Kontrak Sosial 1948 menjamin ketuanan Melayu dalam proses politik negara

Ia mengambil kira kedudukan bukan Melayu iaitu Cina dan India dalam negara yang bakal merdeka
dari Inggeris

Merupakan hasil proses tawar menawar antara Melayu dan bukan Melayu

18

Kontrak Sosial 1948 menjadi asas kepada Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948
PERKARA DALAM KONTRAK SOSIAL 1948

HUBUNGAN ETNIK
MELAYU BUKAN MELAYU
• ISLAM • HAK KEWARGANEGARAAN
• Islam ialah agama Persekutuan • Hak kerakyatan berdasarkan prinsip Jus
• RAJA-RAJA MELAYU Soli
• Kedudukan dan kedaulatan Raja-Raja
Melayu tidak boleh dipersoalkan
• KEISTIMEWAAN MELAYU
• Hak istimewa Melayu bagi mengutuhkan
dominasi Melayu di Persekutuan Tanah
Melayu
• BAHASA MELAYU
• Bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan 19
CIRI – CIRI PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
TANAH MELAYU 1948

• 9 negeri termasuk Pulau Pinang dan Melaka.


Negeri

HUBUNGAN ETNIK
• Singapura kekal Tanah jajahan yang berasingan

• Pengenalan konsep Raja Berperlembagaan


Sultan • Sultan diberi semula kuasa memerintah tetapi dengan nasihat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
(EXCO) dan Majlis Undangan Negeri

• Syarat kewarganegaraan diketatkan iaitu:


• Seseorang pemohon mestilah:
• Lahir di Tanah Melayu dan telah bermastautin 8 tahun dari 12 tahun sebelum permohonan
‘atau’
Kewarganegaraan • Menetap dan bermastautin di Tanah Melayu tidak kurang 15 tahun dari 20 tahun sebelum
permohonan.
• Umur minimum bagi kedua-dua situasi tersebut adalah 18 tahun dan mempunyai pengetahuan
Bahasa Melayu yang baik

20
• Orang Melayu diberi hak keistimewaan sebagai kaum bumiputera dan mempunyai perwakilan
Bumiputera terbesar dalam Kerajaan Persekutuan dan Negeri
CIRI – CIRI PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
TANAH MELAYU 1948
• Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu akan diketuai

HUBUNGAN ETNIK
Pesuruhjaya Tinggi British
Pentadbiran • Dibantu Majlis Perundangan Persekutuan dan Majlis
Mesyuarat Kerja Persekutuan

Majlis • Sistem ahli bertaraf menteri


• Majlis Mesyuarat Kerja Persekutuan dianggotai 3 ahli
Mesyuarat ex-officio, 4 anggota rasmi serta 5-7 ahli tidak rasmi
Kerja yang dilantik Pesuruhjaya Tinggi

• Sistem Parlimen
• Majlis Perundangan Persekutuan dipengerusikan oleh
Majlis Pesuruhjaya Tinggi, mempunyai 3 ahli ex-officio, 9
orang Yang Dipertua Majlis-Majlis Mesyuarat Negeri, 21
Perundangan 2 wakil Majlis Tempatan Melaka dan Pulau Pinang, 10
ahli rasmi serta 50 ahli tidak rasmi (kesemua dilantik
oleh Pesuruhjaya Tinggi)
MAJLIS MESYUARAT KERJA PERSEKUTUAN

Tujuannya untuk melatih pemimpin tempatan Proses ke arah berkerajaan sendiri


bagi mendapatkan pengalaman memerintah

HUBUNGAN ETNIK
secara demokrasi

Melalui Sistem Ahli yang diperkenalkan pada


1951

British melantik beberapa orang pegawai Anggota Sistem Ahli:


tadbir memegang jawatan dan diberi taraf • Dato’ Onn Jaafar (Ahli Dalam Negeri)
seperti menteri • Dato’ Mahmud Mat (Ahli Tanah, Perlombongan &
Perhutanan)
• E.E.C Thuraisingham (Ahli Pelajaran)
• Lee Tiang Keng (Ahli Kesihatan)
• J.D Mead
• Tunku Yaacob
• J.D Hodgkinson
22
• O.A Spencer
PILIHANRAYA
• Pilihanraya 1
• 1 Disember 1951, Pilihan raya Bandaran Georgetown
• UMNO & MCA bekerjasama membentuk pakatan politik

HUBUNGAN ETNIK
1951 • Menang kesemua sembilan kerusi yang dipertandingkan.

• Pilihanraya 2
• Februari 1952, Pilihan raya Bandaran Kuala Lumpur
• 12 kerusi dipertandingkan
1952 • Pakatan UMNO-MCA menang 9 kerusi, selebihnya oleh IMP dan calon bebas.

• Konvensi Nasional diadakan


• Perikatan UMNO dan MCA dibentuk
1954
• Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan (52 kerusi):
• 8 parti bertanding
• MIC meyertai Perikatan dan Perikatan menang 51kerusi 23
1955 • PAS menang 1 kerusi (di Kerian, Perak)
KERJASAMA PERIKATAN

• Sebelum pilihanraya, MCA & MIC bukanlah parti politik tapi lebih bermotifkan menjaga
kebajikan & kepentingan kaum masing-masing.

HUBUNGAN ETNIK
• Pelawaan orang Melayu menggambarkan sifat keterbukaan mereka & sedia berkorban, rela
kongsi kuasa & toleransi demi perpaduan.

• Melalui pilihanraya umum pertama (1955), pengorbanan & kompromi UMNO cukup besar.
• Perikatan yang didominasikan oleh UMNO sepatutnya boleh membentuk kerajaan tanpa perlu
bergabung dengan MCA & MIC namun hal ini tidak dilakukan.

• Inggeris mensyaratkan bahawa kemerdekaan akan hanya diberikan sekiranya rakyat negara ini
bersatu padu & bekerjasama.

• Kemenangan PERIKATAN menjadi bukti kepada Inggeris bahawa orang Melayu & bukan 24
Melayu boleh bekerjasama.
ROMBONGAN LONDON
Januari 1956 : Rombongan 8 wakil ke London
• 4 wakil Raja Melayu & 4 wakil Perikatan

HUBUNGAN ETNIK
• Diketuai Tunku Abdul Rahman.
• Rombongan bertujuan berunding dengan Pegawai British sebagai usaha menuntut
kemerdekaan
WAKIL RAJA-RAJA MELAYU WAKIL PERIKATAN
• KETUA: Datuk Panglima Bukit Gantang • KETUA: Tunku Abdul Rahman Putra Al-
(MB Perak) Haj (Ketua Menteri & Menteri Hal Ehwal
• En.Abdul Aziz Hj Abdul Majid (MB Dalam Negeri)
Selangor) • Datuk Abdul Razak Hussain (Menteri
• Datuk Mohammad Seth Mohammad Pelajaran)
Said (MB Johor) • Kol.H.S.Lee (Menteri Pengangkutan)
• Datuk Nik Ahmad Kamil Hj Mahmood • Dr.Ismail Datuk Abdul Rahman (Menteri
(bekas MB Kelantan) Hasil Bumi)
• SETIAUSAHA: En. Abdul Kadir • SETIAUSAHA: T.H.Tan 25
Shamsuddin
PERJANJIAN LONDON

HUBUNGAN ETNIK
Perjanjian London ditandatangani pada 8 Februari 1956 dan hasilnya
persetujuan:

• Kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957


• Tanah Melayu berada dalam lingkungan Komanwel
• Menjalankan pemerintahan secara demokrasi
• Perjanjian pertahanan dengan British bagi menjaga kepentingan
British di Tanah Melayu (AMDA/ FPDA)
• Badan bebas ditubuhkan bagi menggubal Perlembagaan Tanah
Melayu iaitu Suruhanjaya Reid
• Jawatan Setiausaha Kewangan & Pengarah Gerakan akan diganti
26
dengan Menteri Kewangan & Menteri Pertahanan yang dipegang
oleh rakyat tempatan.
SURUHANJAYA REID

Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu telah digubal oleh Suruhanjaya


Reid yang ditubuhkan 1956.

HUBUNGAN ETNIK
Keahliannya dari pakar perlembagaan negara Komanwel:
• Lord William Reid (British)
• Sir Ivor Jennings (British)
• Sir William Mckell (Australia)
• B.Malik (India)
• Hakim Abdul Hamid (Pakistan)

Suruhanjaya ini ditugas merangka perlembagaan baharu untuk Persekutuan


Tanah Melayu berpandukan syarat berikut:
• Membentuk negara persekutuan dengan kerajaan pusat yang kuat
• Mengekalkan hak dan kedudukan raja-raja Melayu sebagai pemerintah berpelembagaan.
• Memelihara kedudukan istimewa orang Melayu serta hak sah kaum lain 27
• Mewujudkan sistem kewarganegaraan yang seragam
• Menubuh sebuh negara berasaskan prinsip demokrasi
SURUHANJAYA REID

Suruhanjaya ini telah mengadakan tinjauan dan pertemuan untuk

HUBUNGAN ETNIK
meminta cadangan dan pandangan parti-parti politik, orang ramai,
individu-individu dan Raja-raja Melayu

Antara perkara yang dipersetujui:


• Pembentukan sebuah negara persekutuan dengan pembahagian kuasa kerajaan
persekutuan dan kerajaan negeri
• Kerakyatan Jus Soli kepada yang lahir di Tanah Melayu
• Mengekalkan kedudukan istimewa orang Melayu tanpa menjejaskan hak kaum lain
• Bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan, bahasa Cina dan Tamil boleh dikembangkan
dan diamalkan
• Agama Islam menjadi agama Persekutuan, tetapi agama lain bebas diamalkan

Jadi, Perlembagaan Malaysia sekarang telah mendapat persetujuan dan 28


pandangan semua rakyat. Inilah yang dikatakan KONTRAK SOSIAL
KONTRAK SOSIAL & PERLEMBAGAAN

KONTRAK SOSIAL DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN


• Iaitu semua kaum Melayu dan bukan Melayu bersetuju atas beberapa perkara yang sangat

HUBUNGAN ETNIK
penting kepada kestabilan negara
Perlembagaan Malaya ini diisytiharkan pada 31 Ogos 1957

Diperbaharui apabila Singapura, Sabah & Sarawak bergabung membentuk Malaysia pada 16
September 1963

Orang Melayu Bukan Melayu


• Diperuntukkan dalam • Diberikan hak
perlembagaan mengenai kewarganegaraan yang
agama Islam, Bahasa longgar berasaskan prinsip
Melayu, kedudukan Jus Soli
istimewa orang Melayu • Pengecualian tentang
serta kedudukan Raja-raja perlunya mengetahui 29
Melayu bahasa Melayu bagi bukan
Melayu
UNSUR TRADISI & PERLEMBAGAAAN

Unsur-unsur tradisi meliputi:


Unsur Tradisi:

HUBUNGAN ETNIK
• 1. Bahasa
• Merupakan kontrak sosial
yang telah disepakati semasa • 2. Agama
menggubal undang-undang • 3. Kedudukan istimewa orang Melayu &
Bumiputera Sabah Sarawak
• 4. Pemerintahan Beraja

Ciri-ciri Unsur Tradisi:


• Berperanan menstabilkan sistem Unsur-unsur tradisi adalah
politik negara faktor penting untuk
• Dilindungi di bawah Akta Hasutan mewujudkan identiti
• Dianggap sebagai isu sensitif Malaysia & memupuk
• Dilarang dijadikan isu persefahaman ke arah 30
perbincangan awam perpaduan.
ISU HUBUNGAN ETNIK DALAM
PERLEMBAGAAN
• Islam adalah agama Persekutuan
PERKARA 3 • Mempunyai fasal imbangan berkaitan dengan kebebasan beragama (Perkara 11)

HUBUNGAN ETNIK
• Kesamarataan & hak sama rata
PERKARA 8 • Pengecualian peruntukan ini dalam soal agama, kedudukan istimewa orang Melayu
dan seumpamanya.

• Batasan hak kebebasan bersuara daripada menyentuh kedudukan Raja-raja, Islam,


PERKARA 10(4) orang Melayu, kewarganegaraan & seumpamanya.

• Kebebasan beragama; kebebasan mengamalkan ajaran agama lain dalam mana-


PERKARA 11 mana bahagian Persekutuan serta beberapa peruntukan pencegahan yang
berkaitan.

• Peruntukan mengenai kewarganegaraan yang boleh diperoleh melalui beberapa


PERKARA 14 cara serta peruntukan berkaitan perlucutan kewarganegaraan.

31
• Kuasa Majlis Raja-raja menghalang parlimen membuat undang-undang yang
PERKARA 38 menyentuh kedudukan Raja-raja Melayu, orang Melayu, Islam & bahasa Melayu.
ISU HUBUNGAN ETNIK DALAM
PERLEMBAGAAN
• Peruntukan berkaitan Tanah Rezab Melayu
PERKARA 89 • Melindungi tanah rezab orang Melayu daripada diambil alih atau dijual kepada bukan

HUBUNGAN ETNIK
Melayu

• Kedudukan Mahkamah Syariah.


PERKARA 121(1)(a) • Mahkamah bidang kuasa sivil tidak boleh mempunyai bidang kuasa dalam bidang
kuasa Mahkamah Syariah

• Kedudukan agama Islam, adat istiadat Melayu dan bumiputera Sabah Sarawak,
PERKARA 150(6)(a) kewarganegaraan;
• Meskipun dalam keadaan darurat.

• Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan


PERKARA 152
• Tanpa menafikan hak-hak bangsa lain menggunakan bahasa mereka.

32
• Kedudukan istimewa orang-orang Melayu
PERKARA 153
• Tanpa menafikan kedudukan yang sah bagi kaum lain.
TANAH REZAB MELAYU

Perkara 89: Rasional Perkara 89:

HUBUNGAN ETNIK
• Tanah yang direzab untuk diberi milik
kepada orang Melayu atau
bumiputera bagi Negeri di mana tanah Menyekat tanah kerajaan dalam
terletak kawasan Rizab Melayu
dilupuskan dengan apa cara
sekalipun kepada orang bukan
Melayu
Tanah Yang Boleh Diisytiharkan
Sebagai Rizab Melayu:
• Tanah Kerajaan (di Wilayah Menyekat Tanah Rizab
Persekutuan sebagai Tanah Melayu daripada dibuat
Persekutuan) urusniaga persendirian
• Tanah Hutan Simpan (private dealings) diantara
Melayu dengan bukan 33
• Tanah Rizab Awam
Melayu.
• Tanah Milik Persendirian
KEWARGANEGARAAN
Cara Memperoleh
Kewarganegaraan: Perlucutan

HUBUNGAN ETNIK
Kewarganegaraan:
Melalui
Kuatkuasa Pendaftaran
Undang-Undang
Memperolehi atau menggunakan
Tempat Lahir hak kewarganegaraan asing

Keturunan

Perlucutan dengan cara


Perkahwinan pendaftaran/ permohonan

34
Bermastautin
PERKARA 3

HUBUNGAN ETNIK
PERKARA 3
• Agama Islam adalah agama persekutuan

IMPLIKASI
Pihak kerajaan (persekutuan atau negeri) mempunyai
kebebasan, kuasa dan keistimewaan untuk :
• Menubuhkan, menyelenggara, membantu penubuhan institusi
Islam
• Melaksanakan ajaran Islam 35
• Mengeluarkan perbelanjaan yang diperlukan utk tujuan itu.
RASIONAL PERKARA 3

Walaupun Islam adalah agama persekutuan tetapi kebebasan


beragama dijamin dalam perlembagaan.

HUBUNGAN ETNIK
Islam telah diterima sebagai agama negeri-negeri Melayu sejak
zaman Kesultanan Melayu Melaka sehinggalah ke zaman
penjajahan Inggeris.

Penggunaan undang-undang Islam telah diiktiraf di negeri-negeri


Melayu sebelum penjajahan Inggeris.

Semasa penjajahan Inggeris, kedudukan agama Islam langsung tidak


diganggu dan Inggeris menyerahkan urusan agama Islam kepada
raja-raja Melayu.

36
Sesuai dengan takrif Melayu; Perkara 160 mendefinisikan Melayu
sebagai seorang yang beragama Islam, lazimnya bertutur dalam
bahasa Melayu dan mengamalkan adat istiadat Melayu.
PERKARA 11
PRINSIP KEBEBASAN BERAGAMA
• Agama lain boleh diamalkan dengan aman & damai di mana-mana bahagian persekutuan

HUBUNGAN ETNIK
• Setiap orang berhak untuk menganut & mengamalkannya tertakluk kepada Perkara 11(4)
Peruntukan Perlembagaan berkaitan Kebebasan Beragama:
• Perkara 11(4): Undang-undang negeri dan wilayah boleh menyekat atau mengawal pengembangan
agama-agama lain kepada penganut Islam
• Perkara 12(3): Larangan memaksa penganut menerima ajaran dan upacara sembahyang bukan
agamanya.
• Perkara 12(4): Penetapan agama bagi yang berumur bawah 18 tahun

Perkara 11(3) menyatakan tiap-tiap kumpulan agama berhak:

• Menguruskan hal ehwal agamanya sendiri


• Menubuh dan menyelenggara institusi bagi maksud agama atau
khairat
• Memperolehi dan memiliki harta benda serta memegang dan 37
mentadbirnya mengikut undang-undang
PERKARA 152

PERKARA 152

HUBUNGAN ETNIK
• Bahasa kebangsaan ialah Bahasa Melayu (yang
mengikut implikasi yang diperlukan mestilah
digunakan untuk maksud-maksud rasmi)
IMPLIKASI
• Tiada sesiapa pun dilarang atau ditahan daripada
menggunakan (selain dari maksud rasmi) atau
mengajar atau belajar apa-apa bahasa lain.
38
• Kerajaan berhak mengekalkan penggunaan dan
pembelajaran bahasa lain dalam persekutuan.
RASIONAL PERKARA 152

Perlunya bahasa kebangsaan bagi

HUBUNGAN ETNIK
menyatupadukan rakyat pelbagai kaum

Bahasa Melayu telah menjadi lingua franca di


Nusantara sejak berabad lamanya

Bahasa Melayu lebih mudah dipelajari dan


bersifat lebih tekal dari segi istilah dan sebutan

Bahasa Melayu telah digunakan secara meluas 39


sebelum Perang Dunia bagi tujuan rasmi.
PERKARA 153

PERKARA 153

HUBUNGAN ETNIK
• Tentang kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera Sabah Sarawak

IMPLIKASI
• YDPA dikehendaki melaksanakan dasar bagi melindungi keistimewaan
orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak
• Dari segi jawatan dalam perkhidmatan awam, biasiswa, pendidikan,
perniagaan dan kemudahan khas lain yang diberikan
• Tanggungjawab ini perlu dilaksanakan berhati-hati untuk memastikan tiada
sesiapa merasakan kehilangan hak yang dinikmati mereka selama ini akibat
dari pelaksanaan dasar tersebut.
• Walaubagaimanapun, perkara ini juga melindungi kaum-kaum lain iaitu
40
adalah menjadi tanggungjawab YDPA untuk melindungi hak-hak mereka
yang sah melalui peruntukan lain
RASIONAL PERKARA 153

Kerakyatan

HUBUNGAN ETNIK
• Prinsip Jus soli dengan kerakyatan kepada 800,000 bukan Melayu.
Manfaat serta merta sebagai warganegara – undi pilihanraya dan hak-
hak lain sebagai warganegara
• Hak istimewa meliputi jawatan dalam perkhidmatan awam, biasiswa,
pendidikan, perniagaan dan kemudahan khas lain yang diberikan.
Seperti bercanggah dengan Perkara 8 iaitu Hak sama rata, maka ini
prasyarat penerimaan kewarganegaraan

Perkhidmatan Awam

• Menentukan rezab bilangan jawatan


• Diimbangi dengan tidak boleh melucut jawatan sedia ada
• Semasa zaman penjajah dan di awal kemerdekaan, terlalu sedikit orang 41
Melayu yang bekerja dengan kerajaan meliputi 36% saja (1968)
RASIONAL PERKARA 153
Ekonomi

HUBUNGAN ETNIK
•Kemiskinan orang Melayu 64.8% (1970) Jurang Pendapatan melebar antara etnik
•Negeri majoriti Melayu miskin khususnya di pantai timur
•Pemilikan kekayaan negara bagi Melayu hanya 2.4% tahun 1970
•Pembahagian kekayaan dan agihan pendapatan merupakan faktor terkuat
mempengaruhi hubungan etnik (13 Mei)
•Orang Melayu masih kurang menceburi perniagaan dan perlu dibantu dan dibimbing

Pendidikan
•Bilangan pelajar ijazah pertama di IPTA dalam sosial dan sains adalah masih rendah
antara Melayu dan bukan Melayu
•Peratusan golongan profesional, bumiputera hanya 4.9% berbanding bukan
bumiputera 84.3% 1970
•Pengekalan Sekolah Jenis Kebangsaan – seolah bercanggah dengan Penyata Razak
seperti yang terkandung dalam perenggan 12 iaitu “tujuan dasar pelajaran di dalam
negeri ini ialah bermaksud untuk menyatukan budak-budak daripada semua bangsa di 42
dalam negeri ini dengan memakai satu peraturan pelajaran yang meliputi semua
bangsa dengan menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar,
walaupun perkara ini tidak dapat dilaksanakan dengan serta merta melainkan
hendaklah diperbuat dengan beransur-ansur”.
PERKARA 160

Adalah perlu juga diperjelaskan siapakah yang dikatakan orang Melayu dan

HUBUNGAN ETNIK
bumiputera Sabah dan Sarawak itu.

Dalam Perlembagaan Malaysia (Perkara 160),Melayu itu ditakrifkan sebagai:

• Lazimnya bertutur dalam Bahasa Melayu


• Menganut agama Islam
• Mengamalkan adat istiadat Melayu

Manakala takrifan bumiputera

• Sarawak
• terdiri dari mana-mana satu kaum asli iaitu Bukitan, Bisayuh, Dusun, Dayak Laut, Dayak Darat,
Kadayan, Kalabit, Kayan, Kenyah, Kajang, Lugat, Lisum, Melayu, Melanau, Murut, Penan, Sian,
Tagal, Tabun dan Ukit atau dia berketurunan campuran dari kaum tersebut. 43
• Sabah
• anak atau cucu kepada seorang dari suatu kaum asli Sabah dan dia telah dilahirkan di Sabah.
PIAGAM MADINAH
PIAGAM MADINAH
• Perlembagaan bertulis pertama di dunia

HUBUNGAN ETNIK
• Sebagai panduan untuk membentukkan sebuah negara
Islam yang berdaulat.
• PM bukan sahaja membentukkan persaudaraan antara
Ansar dan Muhajirin tetapi juga perpaduan antara orang
Islam dengan orang bukan Islam terutamanya orang Yahudi.

Mengandungi 47 fasal yang merangkumi 2 bahagian:


• Bahagian Pertama
• 23 fasal menyentuh hubungan & tanggungjawab orang Islam
sesama Islam (Muhajirin & Ansar)
• Bahagian Kedua
• 24 fasal membabitkan kaum Yahudi dan tanggungjawab mereka
terhadap negara Islam Madinah 44
KEPENTINGAN PIAGAM MADINAH

Rasulullah SAW memperkenalkan PM bagi menyelesaikan

HUBUNGAN ETNIK
persoalan semasa ketika itu lebih-lebih untuk mentadbir negara
yang mempunyai rakyat pelbagai etnik, agama, kepercayaan dan
budaya

Kepentingan Piagam Madinah:


• Digubal setelah terbentuk negara Islam Madinah
• Model perpaduan masyarakat majmuk
• Pengisytiharan hak asasi manusia
• Menjelaskan persoalan negara Islam, perundangan, siasah, hak asasi, kebebasan,
ekonomi dan yang berkaitan kehidupan masyarakat majmuk
• Merupakan kerangka pembentukan negara Islam pertama pada tahun 622M
yang didokong oleh warganegara Madinah yang terdiri golongan 45
Quraisy(Muhajirin) dan golongan Yathrib(Ansar, Khazraj dan Yahudi) serta
golongan yang mengikut dan berjuang bersama-sama mereka
Pembentukan

HUBUNGAN ETNIK
Ummah
(Fasal 1)
Melindungi Hak Asasi
Negara Manusia
(Fasal 39-41) (Fasal 2-10)

Kandungan
Piagam Persatuan
Pemimpin
Negara
(Fasal42-44)
Madinah Segenap
Warganegara
(Fasal 16-23)

Tugas Golongan
Warganegara Minoriti 46
(Fasal 36-38) (Fasal 24-35)
Sumber Utama Wahyu Allah merupakan sumber utama undang-undang negara

Masyarakat •Masyarakat berbilang agama dan keturunan dianggap sebuah masyarakat yang
mempunyai kewajipan dan tanggungjawab yang sama terhadap negara Islam
Madinah.
•Setiap anggota sahifah mestilah menjalinkan hubungan yang erat tanpa
mengira agama dan keturunan.

Kepimpinan Nabi Muhammad s.a.w. adalah pemimpin masyarakat dan ketua negara

Hak Beragama •Kaum Yahudi diberikan kebebasan mengamalkan ibadat mengikut agama
mereka selama mereka mematuhi undang-undang Islam dan peraturan yang
diterima umum.
•Orang Islam dan bukan Islam dapat hidup secara aman damai dan bebas
menjalankan aktiviti masing-masing.

Fungsi Sahifah Fungsi sahifah ialah menegakkan keadilan dan membanteras kezaliman

Keselamatan Memberi jaminan keselamatan terhadap orang bukan Islam yang 47


menganggotai dan mematuhi peraturan sahifah.
ELEMEN PERSAMAAN PIAGAM MADINAH
DAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA
Kebebasan Hak mendapat Perlindungan

HUBUNGAN ETNIK
• Beragama • Perlindungan dari pencerobohan luar
• Bekerja dan mencari keuntungan • Perlindungan dari kezaliman dalaman
• Menjawat jawatan dalam Kerajaan • Perlindungan terhadap darah dan jasad
• Jaminan hak Asasi

Jaminan
• Ketika lemah, dewasa dan ketiadaan harta

48
PENGUKUHAN
• Bincangkan TIGA (3) impak perkongsian kuasa dalam sistem
pemerintahan dan pentadbiran negara masa ini

HUBUNGAN ETNIK
• Bincangkan TIGA (3) fasal Piagam Madinah yang berkaitan dengan
kontrak sosial.
• Buktikan TIGA (3) aspek keadilan yang dikanun dalam Piagam Madinah
kepada masyarakat bukan Islam.
• Jelaskan TIGA (3) elemen persamaan antara Perlembagaan Malaysia
dengan Piagam Madinah dalam konteks hubungan etnik di Malaysia.
• Jelaskan TIGA (3) faktor penyumbang kepada pembentukan
Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.
• Huraikan EMPAT (4) rasional peruntukan unsur tradisi dalam
Perlembagaan Persekutuan.
• Bincangkan TIGA (3) cabaran pelaksanaan terhadap beberapa
peruntukan Perlembagaan Persekutuan dalam konteks hubungan etnik
di Malaysia. 49
• Huraikan EMPAT (4) unsur tradisi dan rasional ia dikanunkan dalam
Perlembagaan Persekutuan.
PENGUKUHAN
• Bincangkan TIGA (3) hak keistimewaan orang Melayu sebagaimana
yang terdapat dalam Perkara 153.

HUBUNGAN ETNIK
• Buktikan TIGA (3) bentuk kerjasama antara pelbagai etnik di Malaysia
menjelang kemerdekaan.
• Huraikan TIGA (3) rasional peruntukan Islam sebagai agama
Persekutuan.
• Jelaskan TIGA (3) hak berhubung dengan hal ehwal keagamaan
berdasarkan peruntukan Perkara 11 dalam Perlembagaan
Persekutuan.
• Bincangkan EMPAT (4) cabaran yang boleh menjejaskan perlaksanaan
Islam sebagai agama Persekutuan.
• Huraikan EMPAT (4) asas Piagam Madinah dalam mengekalkan
keharmonian hubungan etnik yang boleh diaplikasikan di Malaysia.
• Bincangkan TIGA (3) peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan
berkaitan dengan kedudukan agama Islam sebagai agama Persekutuan. 50
• Analisakan TIGA (3) cabaran semasa dalam memelihara kedaulatan
Islam di Malaysia.

You might also like