Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Mekanisme pembekuan darah

1. 1. Mengapa pembekuan darah itu penting? a) Mencegah kehilangan darah daripada


individu yang tercedera. b) Mencegah kemasukan mikroorganisma seperti bakteria. c)
Membolehkan luka sembuh dengan lebih cepat. d) Mencegah penurunan tekanan darah
ke aras yang berbahaya akibat kehilangan darah yang terlalu banyak. e) Mengekalkan
peredaran darah dalam sistem peredaran tertutup.
2. 2.  Pembekuan darah menghentikan atau meminimumkan kehilangan darah di
bahagian salur darah yang tercedera atau rosak.
3. 3. Apabila salur darah rosak, tisu penghubung dalam dinding salur akan terdedah
kepada darah. Tisu tercedera  Platlet akan melekat pada gentian kolagen.
4. 4. Gumpalan Platlet  Platlet bergumpal dan mengisi kawasan luka.  Gumpalan platlet,
sel yang rosak dan faktor pembeku akan mengaktifkan tromboplastin. mengaktifkan
Gumpalan sel Sel rosak Faktor pembeku tromboplastin
5. 5. Tromboplastin  Tromboplastin dibantu oleh vitamin K dan kalsium, menukarkan
protrombin kepada trombin. tromboplastin protrombin trombin kalsium Vit K
6. 6. Pembentukan Fibrin  Trombin memangkin penukaran fibrinogen (protein larut)
kepada fibrin (protein tak larut).  Fibrin membentuk satu jaringan di permukaan luka
untuk menghalang eritrosit keluar dari salur darah.  Darah membeku dan keruping
terbentuk untuk menutup luka. Trombin Fibrinogen Fibrin
7. 7. Darah membeku
8. 8. 1. Hemofilia  Ialah penyakit keturunan di mana darah tidak boleh membeku atau
lambat membeku.  Pendarahan adalah banyak dan berterusan jika tidak dihentikan. 
Disebabkan oleh ketiadaan faktor pembeku.
9. 9. Pesakit Hemofilia
10. 10. 2. Trombosis  Darah menggumpal dalam salur darah.  Jika darah bergumpal
dalam arteri koronari, trombosis koronari akan berlaku dan boleh menyebabkan
serangan jantung.  Penggumpalan darah dalam aliran darah ke arteri yang terlalu kecil
menyebabkan arteri tersumbat. Jika berlaku di otak, akan menyebabkan angin ahmar.
11. 11. Trombosis Koronari

Masalah Pembekuan Darah

Pembekuan darah (blood clotting) ialah mekanisme yang sangat penting kepada organisma hidup.

Masalah akan timbul apabila darah seseorang sukar membeku ataupun darah membeku di dalam
salur darah, contohnya, hemofilia dan trombosis.

Hemofilia

Hemofilia (haemophilia) merupakan penyakit yang disebabkan oleh kekurangan salah satu faktor
pembeku darah (defect of a blood clotting) yang dipanggil Faktor VIII.

Pesakit hemofilia mengalami masalah pembekuan darah. Darah pesakit tersebut tidak dapat
membeku atau sukar membeku, lalu mengakibatkan pendarahan yang berpanjangan. Pesakit
hemofilia akan kehilangan banyak darah walaupun mengalami luka yang kecil (minor injury).
Penyakit hemofilia tidak dapat diubati, tetapi rawatan melalui pemindahan darah atau suntikan
Faktor VIII boleh diberikan.

Hemofilia ialah penyakit genetik terangkai seks yang boleh diwariskan (a sex-linked genetic
hereditary disease). Penyakit ini lazimnya dihidapi oleh lelaki berbanding perempuan (perempuan
ialah pembawa dan lelaki ialah pesakit).

Trombosis

Trombosis (thrombosis) disebabkan oleh pembentukan bekuan darah (blood clot) di dalam salur
darah.

Terdapat dua jenis trombosis, iaitu:

Trombosis vena.

Trombosis vena berlaku apabila darah membuka di dalam vena.

Trombosis arteri.

Trombosis arteri berlaku apabila darah membeku di dalam arteri.

Bekuan darah biasanya terbentuk di dalam arteri utama yang mempunyai masalah atherosklerosis
(atherosclerosis) dan jarang berlaku pada vena.

Gizi (diet) yang kaya dengan kolestrol dan lemak tepu menyebabkan atherosklerosis. Kolestrol dan
lemak tepu yang berlebihan akan terenap (deposited) pada dinding arteri. Akibatnya, arteri menjadi
semakin sempit dan menghalang kelancaran aliran darah.

Arteri yang menjadi sempit dan keras akibat pengenapan kalsium menyebabkan pengaliran darah
semakin perlahan. Arteri ini juga hilang sifat kekenyalannya (elasticity) seterusnya mengalami
arteriosklerosis (arteriosclerosis).

Pengenapan kolestrol pada salur darah merangsang penggumpalan platelet (agglutination of


platelets) yang seterusnya menyebabkan pembentukan bekuan darah di dalam arteri.

Trombosis arteri menghalang pengaliran darah di dalam arteri seterusnya menyebabkan sel-sel
badan tidak dapat menerima bekalan darah tersebut.
Trombosis koronari (coronary thrombosis) berlaku apabila darah membeku di dalam arteri koronari.
Ini menghalang pengaliran darah ke otot kardium jantung. Angina (sakit dada) merupakan simptom
awal bagi gejala ini. Akhirnya, otot kardium akan mati dan menyebabkan serangan jantung (heart
attack) dan kemungkinan kematian.

Trombosis yang berlaku pada arteri yang membawa darah ke otak akan menyebabkan strok (stroke).

Embolus ialah bekuan darah kecil yang bergerak dalam salur darah. Embolus boleh dialirkan ke
tempat tempat lain dan menyebabkan arteri yang lebi kecil tersumbat. Keadaan ini dipanggil
embolisme (embolism).

You might also like