Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

XXXXXXXXX

LOT PT XXXXX
KG DUYUNG SEBERANG TAKIR,
21300 KUALA NERUS,
TERENGGANU.
.........................................................................................................................................................
Ketua Sektor,
Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu,
Jalan Bukit Kecil,
20604 Kuala Terengganu,
Terengganu. 21 Mac 2019

Tuan,

KEIZINAN PERTUKARAN SEKOLAH

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas dan permohonan pertukaran
sekolah isteri saya, XXXXXXXXXXXXXXXXXXX melalui laman web E-GTukar (No.
Permohonan T20192099) adalah berkaitan.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa saya seperti nama di atas memberi keizinan kepada isteri
saya, XXXXXXXXXXXXXXXX (No. Kad Pengenalan :XXXXXXXXXX) yang kini bertugas di
SEKOLAH KEBANGSAAN XXXXXXXXX untuk berpindah ke mana-mana sekolah di dalam
daerah Kuala Nerus, Terengganu.

3. Untuk makluman tuan, saya mewakili isteri saya berharap agar pihak tuan dapat meluluskan
permohonan perpindahan ini atas faktor keselamatan kerana terpaksa bertolak pada awal pagi
yang masih gelap ke sekolah untuk mengelakkan kesesakan lalulintas (menempuh 8 “traffic
light).

4. Sehubungan itu, besarlah harapan saya agar permohonan pertukaran isteri saya mendapat
pertimbangan sewajarnya dan seterusnya diluluskan oleh pihak tuan.

5. Sekiranya pihak tuan memerlukan sebarang maklumat lanjut, pihak tuan boleh menghubungi
kami di talian XXXXXXXXX (NAMA) atau XXXXXXXX (NAMA). Segala kerjasama daripada
pihak tuan saya dahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

-------------------------
(NAMA)

You might also like