Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 8

FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL

BBD 40102 PENGURUSAN KOKURIKULUM

TUGASAN REFLEKSI INDIVIDU

NAMA NUR HIDAYAH BINTI MOHD RADZIR

NOMBOR MATRIK CB170028

SEKSYEN 2

NAMA PENSYARAH TS. MAZIANA BINTI YAAKOB @ MOHAMED


REFLEKSI INDIVIDU

PENGALAMAN

Subjek pengurusan kokurikulum merupakan salah satu subjek yang wajib diambil oleh semua
pelajar Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional (FPTV). Subjek di bawah jabatan ikhtisas
ini merupakan subjek berkredit dua jam dan pelajar FPTV mengambil subjek ini pada tahun
akhir pengajian. Sepanjang saya mempelajari subjek ini, saya memperolehi beberapa perkara
antaranya bagaimana ingin mengendalikan sesebuah program bermula daripada peringkat
perancangan sehingga kepada perlaksanaan program. Terdapat dua program yang dijalankan
bagi melengkapkan tugasan subjek pengurusan koko. Disebabkan faktor jadual kelas yang
bercanggah, Ahli Majlis Tertinggi iaitu pengarah program bagi kedua-dua program menetapkan
supaya kelas saya menjadi ahli jawatankuasa utama yang akan menguruskan program forum
“Philosophy in TVET” yang telah berlangsung pada 19 November 2019. Program kedua iaitu
“Funrace” telah berlangsung pada 4 Disember 2019 di Masjid Sultan Ibrahim, UTHM.

Bagi program “Philosophy in TVET” saya dipilih oleh rakan saya sebagai pembantu bagi
ahli jawatankuasa (AJK) bagi hubungan luar. AJK hubungan luar diketuai oleh Rabiatul
Adawiyyah Binti Rohaimi dan saya ditugaskan untuk membantu beliau di mana tugasan utama
yang perlu dilakukan adalah berhubung dengan pihak luar iaitu Encik Nik daripada Volkswagen
Batu Pahat. Tugas pertama yang dilakukan ialah berjumpa dengan Dr. Sofurah yang merupakan
pensyarah yang memberi idea bagi menganjurkan program ini. Setelah mendapatkan maklumat
seperti tujuan perlaksanaan program dan peserta yang bakal menghadiri program tersebut, Dr.
Sofurah juga memberi nombor telefon Encik Nik untuk dihubungi. Maka bermulalah proses yang
paling mencabar iaitu perlu berhubung dengan Encik Nik untuk mendapatkan maklumat lanjut dan
berbincang tarikh yang sesuai untuk menjalankan program. Sepanjang proses tersebut, saya diberi
peluang untuk ke Pusat Jualan Volkswagen Batu Pahat untuk bersua muka dengan Encik Nik bagi
membincangkan perkara yang berbangkit seperti tentatif program yang akan berlangsung.
Perbincangan berlaku dengan baik dan mendapat beberapa keputusan setelah beberapa pertemuan.
Pada waktu tersebut, segalanya kelihatan berjalan lancar seperti yang dirancang bersama dengan
pihak luar. Pihak Volkswagen juga kelihatan sangat teruja pada masa tersebut untuk membuat
Autoshow, Test Drive and Win pada tarikh yang dirancang.

Program “Funrace” merupakan program yang melibatkan pelajar yang berumur antara 4
sehingga 13 tahun. Program tersebut juga bertujuan untuk mengisi waktu cuti akhir tahun bagi
pelajar sekolah rendah di sekitar Parit Raja. Bagi program kedua ini, saya telah ditugaskan sebagai
fasilatator dalam slot “Story Telling” dan salah seorang ahli penjaga checkpoint kelima dinamakan
“Build Your Own Sandwich”. Terdapat enam kumpulan peserta dan setiap kumpulan peserta
mempunyai ahli seramai lima atau enam orang. Setiap kumpulan peserta akan ke setiap checkpoint
dan satu kumpulan sahaja pada setiap checkpoint dalam satu masa. Kumpulan yang menunggu
untuk ke checkpoint seterusnya perlu menunggu di checkpoint khas yang dibuat untuk menunggu
sebelum ke checkpoint seterusnya. Semasa di “Build Your Own Sandwich”, peserta perlu
mendengar penerangan bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat roti telur hancur dengan
bantuan kad imbas yang bercetak, kemudian melihat demonstrasi bagaimana ingin membuat roti
telur hancur dan seterusnya menyiapkan sendiri roti telur hancur mengikut kreativiti masing-
masing sama ada secara berpasangan atau berkumpulan. Kemudian, pelajar dibenarkan untuk
merasa roti telur hancur yang dibuat selepas juri yang merupakan salah seorang ahli dalam
kumpulan saya merekodkan markah bagi kumpulan peserta tersebut.

PERISTIWA KRITIKAL

Seminggu sebelum program berlangsung, AJK hubungan luar program “Philosophy in


TVET” mengalami peristiwa kritikal apabila Dr Sofurah mencadangkan supaya forum dijalankan
pada hari yang mempunyai kelas kerana kesemua peserta merupakan pelajar tahun satu yang tidak
mempunyai pengangkutan untuk menghadiri program pada hujung minggu. Maka dengan itu, AJK
hubungan luar berbincang dengan pengerusi program forum bagi menyelesaikan masalah ini dan
perkara pertama yang dilakukan sejurus selepas itu ialah berbincang dengan Encik Nik tarikh lain
yang sesuai untuk pihak Volkswagen ke FPTV. Nasib menyebelahi kami apabila Encik Nik
bersetuju untuk hadir pada tarikh baru yang merupakan pada hari selasa 19 November 2019 di
waktu malam kerana pada tarikh yang sama pada waktu petangnya Autoshow, Test Drive and Win
dijadualkan berlangsung. Malangnya, masalah lain pula timbul apabila panel daripada FPTV yang
telah bersetuju untuk menghadiri forum pada tarikh asal tidak dapat menghadirkan diri pada tarikh
baru yang telah ditukar. AJK hubungan luar turut bekerjasama dengan meminta pertolongan
daripada AJK makanan untuk turut serta dalam menghubungi mana-mana pensyarah yang sudi
untuk menjadi panel daripada FPTV untuk forum tersebut.
Kemudian, masa sudah semakin suntuk iaitu hanya tinggal tiga hari sahaja sebelum forum
dan Autoshow Test Drive and Win dijadualkan berlangsung dan kami masih tidak mendapat lagi
mana-mana pensyarah yang sudi menjadi panel untuk forum tersebut. Saya mengambil pendekatan
untuk berbincang dengan Dr. Sofurah bagi meminta beliau menjadi panel daripada FPTV
sebaliknya Dr. Sofurah menolak dengan baik dengan alasan beliau merupakan salah seorang
penganjur program. Walaubagaimanapun, Dr. Sofurah juga membantu pihak kami dengan
memberi nombor pensyarah lain yang boleh dihubungi untuk meminta menjadi panel pada forum
tersebut. Hal ini demikian, kebanyakkan pensyarah menolak untuk menjadi panel kerana mereka
tidak berkelapangan pada malam tersebut. Masalah ini berlanjutan sehingga sehari sebelum forum
berlangsung dan akhirnya pengerusi program sendiri berhubung dengan Encik Nik bagi meminta
beliau memberi Talk secara bersendirian pada malam esoknya. Nasib menyebelahi kami apabila
Encik Nik bersetuju dengan perkara tersebut dan tugas kami sekarang hanya perlu mencari
pensyarah FPTV yang bakal merasmikan Talk tersebut. Pada pagi sebelum program berlangsung,
akhirnya Lt. Kol. Ts. Safiee bersetuju untuk menjadi perasmi Talk yang bakal berlangsung pada
sebelah malamnya.
Program “Funrace” melalui peristiwa kritikal pada peringkat awal lagi iaitu apabila ingin
mencari peserta yang sesuai untuk menghadiri program yang ingin dijalankan. Kebanyakkan
institusi yang berdekatan dengan UTHM telah cuba dihubungi bagi membuat persetujuan untuk
bekerjasama untuk menjalankan program di tempat mereka. Malangnya, disebabkan faktor ada
sesetengah institusi pelajarnya telah bercuti pada tarikh yang dicadangkan membuatkan mereka
menolak untuk bekerjasama. Pada masa yang sama, peristiwa kritikal berlarutan sehingga
berminggu-minggu dan menjadikan pensyarah memberi idea untuk menjalankan program ini
bersama dengan pelajar sekolah rendah yang sudah mula bercuti sekolah sempena penghabisan
penggal pada tahun ini. Pensyarah juga mencadangkan supaya menghebahkan maklumat
berkenaan program ini kepada pensyarah dan staf UTHM agar mereka boleh menghantar anak
mereka seharian dalam program ini.
KESEDARAN KENDIRI & PERASAAN

Bagi program “Philosophy in TVET” acara Autoshow, Test Drive and Win telah
berlangsung pada petang itu berjalan dengan lancar walaupun keadaan cuaca yang mendung
seakan-akan seperti hujan akan turun membasahi bumi. Sejujurnya, saya berasa sedikit kecewa
dengan sikap AJK keselamatan yang ditugaskan untuk menjaga lalu lintas di tempat letak kereta
fakulti. Hal ini kerana, mereka seolah-olah datang dan ingin menjadi peserta yang melihat dan
merasai pengalaman Autoshow, Test Drive and Win sahaja tanpa membantu kami yang sepatutnya
menguruskan Talk pada waktu malam malahan tiba lambat daripada masa yang telah
dimaklumkan. Tetapi, semangat yang ditunjukkan oleh mereka semasa pihak Volkswagen
membuat Autoshow pada petang tersebut memberi kelegaan kepada saya dan daripada perkara
tersebut saya merasakan bahawa saya tidak patut berasa kecewa dengan mereka kerana mereka
tidak diberi arahan yang jelas sebelum mereka menghadiri Autoshow tersebut. Program pada
sebelah petang tersebut selesai sekitar jam 6 petang dan pada waktu tersebut saya pulang untuk
bersiap untuk program pada sebelah malamnya pula.
Saya berasa sangat gementar sebaik sahaja memasuki Studio Pendidikan kerana peserta
masih tidak penuh walhal pada ketika itu hanya tinggal 20 minit sebelum Talk berlangsung dan
saya ditugaskan sebagai penjaga pada bahagian tengah studio. Encik Nik yang berpakaian kemas
telah tiba di FPTV sejak jam 5 petang telah bersedia tetapi pensyarah perasmi masih belum tiba
dan peserta juga masih belum memenuhi ruang tempat duduk di dalam studio. Akhirnya, program
bermula lewat 10 minit daripada masa yang dijadualkan. Semasa program berlangsung, kami
berhadapan masalah teknikal apabila mikrofon tidak berfungsi dengan baik. AJK teknikal terpaksa
menggunakan pembesar suara mudah alih yang digunakan pada waktu petang untuk dibawa ke
studio. Pada masa tersebut, saya menyedari bahawa dengan menunding jari menyalahkan AJK
teknikal bukanlah jalan penyelesaiannya kerana AJK teknikal telah membuat persiapan sebelum
“Talk” berlangsung dengan menguji kesemua mikrofon dan sistem suara di dalam Studio
Pendidikan. “Talk” tersebut selesai tepat pada masanya dek kerana peserta yang menaiki bas
UTHM untuk pulang ke asrama perlu menepati jadual bas yang ditetapkan. Saya berasa sangat
seronok apabila peserta mengucapkan terima kasih kerana menjalankan Talk ini dan pihak
hubungan luar iaitu Volkswagen juga pulang dengan hati yang gembira walaupun telah penat
daripada petang sehingga ke malam di FPTV. Gambar kenangan bersama pihak Volkswagen juga
memberi kesan yang mendalam dalam diri saya sebagai salah satu pencapaian yang baru bagi diri
saya dalam menjadi AJK hubungan luar.
Kemudian, semasa program “Funrace” saya menjadi fasilatator bagi slot “Story Telling”
dan pada waktu tersebut saya berasa sangat seronok kerana dapat mengenali peserta dengan lebih
mendalam di samping pengalaman mengendalikan peserta bernama Dania yang berusia 4 tahun.
Cabarannya ialah apabila Dania menyatakan dia mengantuk dan ingin tidur pada waktu tersebut.
Jadi saya mengambil keputusan untuk terus memberi semangat kepada Dania untuk terus kekal
dalam slot tersebut. Saya berasa sungguh lega semasa slot tersebut selesai kerana berjaya memujuk
Dania untuk membuat pembentangan bersama peserta lain dalam kumpulan peserta yang saya
kendalikan sebagai fasilatator. Seterusnya, semasa menjadi ahli penjaga checkpoint kelima saya
berasa sangat terhibur dengan gelagat peserta yang begitu teruja semasa saya memberi penerangan
kepada peserta bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat roti telur hancur. Mereka kelihatan
begitu bersemangat untuk menyiapkan roti telur masing-masing semasa di checkpoint tersebut.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Selepas berlangsungnya kedua-dua program, saya ingin memberi beberapa cadangan


penambahbaikan antaranya adalah setiap AJK yang dilantik perlu mengetahui dengan jelas bidang
tugas dan peranan masing-masing sebelum melakukan sesuatu yang kerja. Hal ini kerana, masih
terdaapat AJK yang seperti ingin melepaskan batuk di tangga dan melakukan tugasnya separuh
jalan dan AJK yang tiada kena mengena perlu menyiapkan tugas tersebut. Seterusnya, pengerusi
program perlulah lebih tegas menggunakan kuasa yang diberikan kepadanya untuk membahagikan
tugas kepada anak buahnya secara sama rata dan adil. Maksud tegas di sini adalah mereka yang
mendapat tugsan yang diberikan oleh pengerusi program perlulah bersedia untuk melakukan apa
sahaja menurut perintah pengerusi tersebut selagi ianya tidak bercanggah dengan bidang tugas
AJK masing-masing. Jika bercanggah dengan bidang tugas, suarakan pertanyaan kepada pengerusi
bagi mendapatkan khidmat nasihat apa yang perlu dilakukan seterusnya dan anggaplah
memberikan pertolongan walaupun ianya bukan berada di bawah bidang tugas masing-masing.
Akhir sekali, cadangannya adalah pelan kontigensi perlu ada dalam setiap program yang ingin
dijalankan agar jika sesuatu terjadi, setiap orang telah tahu apa yang perlu dilakukan bagi
menangani masalah tersebut.
KAITAN PROGRAM DENGAN KOKURIKULUM

Terdapat kaitan antara program “Philosophy in TVET” yang berlangsung dengan


kokurikulum khususnya dari segi kelab dan persatuan di mana bagaimana sebuah kelab atau
persatuan lakukan untuk menganjurkan program berbentuk bual bicara bagi membantu ahli
persatuan atau orang ramai mencapai tujuan program. Contohnya, ahli persatuan perlu
menubuhkan jawatankuasa bagi menganjurkan sesuatu program yang akan menjadi tulang
belakang bermula dari proses perbincangan sehingga selepas program berlangsung. Ahli persatuan
yang produktif dapat menjadikan nama baik kelab supaya disebut oleh orang lain sebagai persatuan
yang sangat aktif dalam menganjurkan program. Oleh itu, semua ahli kelab perlu menawarkan diri
bagi mendapatkan pengalaman yang beharga ini.

Seterusnya, bagi program “Funrace” ianya lebih berkait dengan elemen badan beruniform
dan sukan dan permainan. Hal ini kerana, permainan di setiap slot dan checkpoint mempunyai
maksud tersirat disebalik nama yang diberikan contohnya bagi checkpoint ikatan tali memberi
maksud bagaimana badan beruniform pengakap mengikat tali untuk membuat gajet semasa di
dalam hutan untuk meneruskan kehidupan. Begitu juga dengan “Funrace” yang pastinya memberi
maksud sukaneka yang berkait dengan elemen sukan dan permainan. Maka dengan itu, kedua-dua
program yang dijalankan menepati 3 elemen yang terdapat di bawah kokurikulum.

Dalam konteks subjek ini, sebagai seorang bakal guru pastinya suatu hari nanti akan
mengendalikan atau menjadi ahli jawatankuasa bagi program yang akan berlangsung di sekolah
kelak. Maka dengan itu, ilmu untuk menganjurkan dan mengendalikan program perlu penuh di
dada agar mampu menjadi guru yang serba tahu dan serba boleh dalam pelbagai perkara semas di
sekolah. Bukan itu sahaja, setiap kali membuat perjumpaan semasa waktu kokurkulum pastinya
ilmu seperti membuat notis mesyuarat dan minit mesyauarat sangat penting untuk diketahui oleh
semua bakal guru. Notis mesyuarat yang mempunyai format yang perlu dipatuhi oleh semua guru
terutamanya jika dilantik sebagai setiausaha program yang akan turut menulis minit mesyuarat
selepas mesyuarat selesai. Dari situ, dapat dilihat bahawa pengalaman yang didapati pada subjek
pengurusan kokurikulum ini dapat diaplikasikan pada suatu hari nanti oleh semua bakal guru yang
mengambil subjek ini.
KESIMPULAN

Natijahnya, pengalaman yang sangat berharga ini akan saya gunakan pada masa akan datang
sebagai batu loncatan yang menjadi penanda aras kemajuan diri ke peringkat yang lebih baik
daripada sebelumnya. Pengalaman merupakan sesuatu yang tidak boleh dibeli tetapi hanya boleh
didapati dengan merasainya. Ini bermakna, tiada tarikh luput untuk mendapat pengalaman
mengendalikan program dan hasilnya perlu diterapkan dan berbalik kepada diri sendiri sebagai
perkembangan kendiri. Pengurusan kokurikulum bukanlah hanya berkaitan dengan kejayaan
menjalankan program sahaja, tetapi proses yang berlaku sepanjang merancang sehingga program
selesai merupakan cabaran yang sebenarnya bagi subjek ini. Dengan itu, saya ingin merakamkan
ucapan penghargaan terima kasih yang tidak terhingga kepada Puan Maziana kerana memberi
impak yang positif semasa saya mengambil subjek pengurusan kokurikulum pada semester ini,
dalam segala apa ilmu yang diberi dan dikongsikan akan disimpan kemas dalam ingatan dan akan
digunakan kelak apabila tiba masanya.

You might also like