Surat Rasmi Yb A.sivasubramaniam

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

YB TUAN A.

SIVASUBRAMANIAM,

PENGERUSI JAWATANKUASA HAL EHWAL

BUKAN ISLAM NEGERI PERAK & ADUN BUNTONG 29 DISEMBER 2019

PER: AGENDA –AGENDA TAHUNAN

Menurut perkara di atas, saya setiausaha Persatuan Penganut Sri Muniswarar ingin memaklumkan

kepada pihak Dato, bahawa Persatuan kami setiap tahun mengadakan pelbagai program bagi penduduk
di sekitar kawasan Sungai Gedong.

2. Setiap tahun kami akan mengadakan pelbagai program yang sangat berfaedah untuk penduduk

setempat. Kami ingin memohon sumbangan daripada pihak tuan, agar kami dapat meneruskan program-

program seperti ini pada masa akan datang. Kewangan menjadi suatu cabaran yang besar semasa kami

menjalankan sebarang program kemasyarakatan di tempat kami. Di sini saya ingin menyenaraikan semua
program yang telah berjaya dilaksanakan oleh Persatuan sepanjang tahun ini:

i. 11.02.2019 - Sumbangan Sempena Kejohanan Olahraga Yang Ke-44 SJK(T) Saint

Mary’s, Bagan Serai.

ii. 24.03.2019 - Majlis Bersama Orang Awam 2019

iii. 31.03.2019 - Sumbangan Kepada Puan M.Nagu daripada Perdana Simpang Empat, Pulau

Pinang

iv. 05.05.2019 - Majlis Hari Pekerjaan 2019

v. 24.05.2019 - Sumbangan kek sempena Hari Guru 2019 SJK(T) Bagan Serai.

vi. 09.07.2019 - Wang sumbangan kepada saudara Sarveswaran untuk perbelanjaan

perubatan.
vii. 10.08.2019 - Menyediakan khemah air sempena Perayaan Tahunan Kuil Sri Mariamman

Ladang Gedong.

viii. 27.08.2019 - Sumbangan 10 kotak air mineral kepada En. Thamotharan.

ix. 31.08.2019 - Menyertai Majlis ‘Tharmam Thalaikakum’ 2019 anjuran Pertubuhan MGR

Marumalarchi Negeri Pulau Pinang.

x. 14.09.2019 - Sumbangan 10 kotak air mineral kepada En. Arumugam.

xi. 18.09.2019 - 15kg Kacang Kuda serta 15kg Molasses telah didermakan sempena

perayaan Kuil Shree Maha Pattabrama Swamy di Ladang Ising.

xii. 06.10.2019 - Sumbangan memasang 4 khemah di SJK(T) Bagan Serai Sempena

Kejohanan Sukan Tahunan Kali Ke-44 SJK(T) Bagan Serai.

xiii. 22.11.2019 - Sumbangan sebanyak 50 roti kepada Sekolah Tamil di Ladang

Kelompang.

xiv. 26.11.2019 - Jamuan Hari Deepavali 2019 dengan Penyelaras Adun Selinsing.

xv. 29.12.2019 - Sambutan Hari Keluarga.

Dengan ini saya ingin memohon sumbangan sebanyak RM 20,000 daripada pihak tuan agar

dapat meringankan beban kami agar dapat meneruskan serta memperbanyakkan lagi program-profram

seperti ini pada masa akan datang. Dengan ini saya sertakan sekali laporan serta gambar aktiviti yang

telah dilaksanakan sepanjang tahun ini.

Sekian, terima kasih.

_____________________________

(GUNALAN A/L LOGANATHAN)

Setiausaha,

Persatuan Penganut Sri Muniswarar

You might also like