Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 11

PENGENALAN

Kuih (juga dieja Indonesia: kue, Hokkian: kueh atau kway; dari Hokkien: 粿 KUA)

adalah makanan ringan menggigit bersaiz kecil atau makanan pencuci mulut yang biasa ditemui
di Indonesia, Malaysia, Singapura dan ada beberapa dari China Selatan iaitu dari wilayah
Fujian dan Canton, juga di Belanda melalui zaman penjajahan di Indonesia. Kuih adalah satu
istilah yang agak luas yang boleh termasuk perkara-perkara yang akan dipanggil kek, kuih,
kuih, puding, biskut, pastri atau dalam Bahasa Inggeris dan biasanya diperbuat daripada nasi
atau pulut. Kuih lebih kerap dikukus daripada dibakar, dan oleh itu sangat berbeza dalam
tekstur, rasa dan rupa kek dari Barat atau pastri sedutan. Banyak kuih yang manis, tetapi ada
yang tidak manis. Kuih digunakan secara meluas di kawasan-kawasan Indonesia dan Malaysia
untuk merujuk kepada pencuci mulut manis atau tidak manis. Walaupun dipanggil dengan
nama-nama lain, seseorang itu mungkin untuk mencari pelbagai versi sama kuih di negara-
negara jiran seperti Vietnam, Thailand dan Myanmar. Sebagai contoh, yang berwarna-warni
kue lapis kukus dan kaya kuih bingka ubi juga boleh didapati di Myanmar, Thailand, dan
Vietnam.

Bagi penyediaan sesuatu kuih-muih, peruntukan masa yang lama diperlukan kerana
kebanyakan kuih-muih menggunakan banyak kaedah memasak terutamanya kaedah
mengukus dan membakar.

Bagi kuih tempatan pula ialah kuih yang dihasilkan dengan menggunakan bahan tempatan
yang mudah didapati di negara kita. Kuih tempatan biasanya dihasilkan dengan menggunakan
bahan tempatan seperti pisang, ubi keledek, ubi kayu, sagu, tepung beras, tepung pulut, gula
Melaka, keladi, santan dan sebagainya.

Kuih tempatan seringkali dijadikan sebagai pencuci mulut, makanan bekal dan hidangan untuk
sajian minum teh pagi dan petang. Mempunyai banyak nutrisi seperti karbohidrat dan lemak.
Terdapat dua jenis kuih tempatan ;-

1) Jenis manis
- Rasa sesuatu kuih tersebut manis dan berlemak. Contoh kuih cara, lapis, tepung
Gombak dan seri muka
2) Jenis savouri
- Rasa sesuatu kuih tersebut pedas dan dihidangkan panas. Contoh popia sambal,
cucur badak dan pulut serunding.
KAEDAH REBUS
Merebus ialah kaedah memasak makanan dalam air mendidih(100 degree celcius)dan dibiarkan
masak secara mereneh sehingga lembut. Cecair daripada makanan yang direbus mengandungi
nutrien yang boleh digunakan untuk membuat sos, kuah, sup, dan air rebusan.Makanan seperti
daging dan karangan laut seharusnya dimasukkan setelah air mendidih supaya lapisan luarnya
membeku. Cara ini dapat mengurangkan kehilangan jus dan nutrien bagi makanan tersebut.Telur
dan sayuran berubi hendaklah dimasukkan ke dalam air yang masih sejuk dan suhu meningkat
perlahan-lahan sehingga mendidih untuk mengelakkan kulit telur retak dan selulosa ubi dapat
dilembutkan.Bagi makanan yang hendak dimasak dengan cepat, makanan itu hendaklah dipotong
nipis dan kecil sebelum merebusnya.
HIDANGAN BERASASKAN BERAS PULUT

BUBUR PULUT HITAM

BIL BAHAN KUANTITI UNIT KETERANGAN


KUPAS DAN
1 PULUT HITAM 2 CAWAN
REBUS
2 AIR SECUKUPNYA
3 SANTAN PEKAT 2 CAWAN
4 SANTAN CAIR 2 CAWAN SECUKUPNYA
5 GULA MELAKA 1 KETUL
6 GULA PASIR 1 CAWAN
7 MINYAK MASAK 1 CMB
8 DAUN PANDAN 2 HELAI
9 GARAM HALUS 1 CMT

KAEDAH PENYEDIAAN :

1) Rebus pulut hitam bersama air dan garam, masukkan 1 sudu besar minyak masak ke
dalam periuk. (masak sehingga empuk).
2) Bila pulut hitam dah betul – betul empuk, masukkan santan cair, daun pandan yang di
simpul dan gaul rata.
3) Masukkan gula pasir kemudian masukkan pula gula melaka yang di racik. Kacau hingga
gula larut dan sebati.
4) Masukkan santan pekat dan gaul sebati. Biarkan mendidih sebentar dan tutup api.
5) Setelah siap bolehlah di hidangkan.
HIDANGAN BERASASKAN TEPUNG

BUAH MELAKA

BIL BAHAN KUANTITI UNIT


1 TEPUNG PULUT 100 GM
2 TEPUNG BERAS 20 GM
3 DAUN PANDAN 4 HELAI
4 GULA MELAKA 2 KEPING
5 KELAPA PARUT MUDA PUTIH 200 GM
6 GARAM HALUS SEDIKIT
7 AIR KAPUR SEDIKIT

KAEDAH PENYEDIAAN :

1) Bancuh tepung pulut dan tepung beras dengan air daun pandan dan air kapur sedikit
demi sedikit sehingga adunan boleh digentel dan tak meleket di tangan.
2) Panaskan air di dalam periuk sehingga mendidih.
3) Masukkan bebola tepung tadi dan tunggu sehingga ianya timbul di permukaan air
menandakan ianya telah masak dan sedia dicceduk keluar.
4) Toskan dan terus masukkan ke dalam pinggan kelapa parut yang telah digaulkan
bersama sedikit garam. Golekkan kuih di atas kelapa tadi sehingga ianya betul – betul
bersalut. Sediakan untuk dihidangkan.
BEBOLA UBI KELEDEK

BIL BAHAN KUANTITI UNIT


1 UBI KELEDEK 2 CAWAN
2 GULA PASIR 1/2 CAWAN
3 TELUR 1 BIJI
4 SERBUK PENAIK 1/2 SDT
5 TEPUNG GANDUM 1/2 CAWAN
6 MINYAK 500 GM
SECUKUP
7 GARAM
RASA

KAEDAH PENYEDIAAN :

1) Rebus ubi keledek kemudian toskan. Masukkan kedalam mangkuk dan lenyekkan.
2) Masukkan telur, tepung sedikit demi sedikit bersama serbuk penaik dan garam membentuk
doh.
3) Uli doh hingga tak melekat di tangan. (jika masih melekat, tambah lagi sedikit tepung)
4) Bentuk doh menjadi bentuk bulat.
5) Sementara itu panaskan minyak di dalam kuali.
6) Goreng doh yang telah dibentuk sehingga warna keemasan.
7) Angkat dan toskan
8) Sedia untuk dihidangkan.
HIDANGAN BERASASKAN SANTAN

BUBUR CHA CHA

BIL BAHAN KUANTITI UNIT


1 CHA CHA 200 GM
2 SANTAN 1 KOTAK KECIL
3 GULA PASIR CAWAN
4 GARAM HALUS 1 CMT
5 AIR 1 CAWAN
6 DAUN PANDAN 2 HELAI

KAEDAH PENYEDIAAN :
1) Rebus cha cha sehingga lembut. Angkat, bilas dengan air dan toskan.
2) Masukkan cha cha yang telah direbuskan ke dalam periuk. Tambahkan 1 cawan air,
gula dan daun pandan. Masak hingga gula larut.
3) Kemudian, masukkan santan dan garam. Jika pekat tambahkan lagi air kerana apabila
bubur sejuk, ia akan menjadi lebih kilat.
4) Kacau sebati. Apabila kuah mula mendidih. Tutup api.
5) Sedia untuk dinikmati.
BUBUR TEPUNG PULUT

BIL BAHAN KUANTITI UNIT


1 TEPUNG BERAS 100 GM
2 TEPUNG PULUT 100 GM
3 GULA MELAKA 100 GM
4 GULA PASIR 100 GM
5 SANTAN 500 ML
SAGO 70 GM
PEWARNA TT
6 DAUN PANDAN 2 HELAI

KAEDAH PENYEDIAAN :
1. Campurkan tepung beras & pulut, sedikit pewarna, adunkan tepung dengan air dan uli
hingga menjadi doh kemudian bentukkan mengikut kesukaan.

2. Masak air hingga mendidih dan masukkan tepung yang sudah dibentuk. Angkat apabila
tepung tadi timbul dan ketepikan.

3. Dalam periuk lain masak santan. Kemudian masukkan gula melaka, gula pasir dan daun
pandan. Kacau hingga sebati.

4. Masukkan pula adunan tepung yang dibentuk tadi dan biji sago. Renih dengan api
perlahan hingga mendidih.
RUMUSAN

Apa yang kami dapat melalui proses pembelajaran masakan local sweet & savoury delicacy
ini adalah dapat mengenalpasti lebih dalam tentang kuih muih dan pencuci mulut. Selain itu,
kami dapat mengetahui dengan lebih dalam setiap resepi dan masakan tersebut mengikut
kaedah masing – masing. Di samping itu, kami juga dapat berkongsi cita rasa, idea, kreativiti
dalam plated setiap masakan dan inovatif bersama pensyarah dan rakan – rakan sekelas.
Kami juga dapat belajar secara berkumpulan dan melakukan kerja secara berkerjasama
dalam tolong antara satu sama lain. Akhir sekali, kami dapat belajar cara menepati masa
dengan betul dan tepat dalam masak mahupun dalam disiplin diri dalam dapur.

SUMBER RUJUKAN

 https://wongmeeyii0168884897.wordpress.com/makanan-dan-pemakanan/prinsip-
memasak/kaedah-merebus/

 https://myresipi.com/recipes/bubur-candil-d5630473-fd78-45b9-a58b-f6088617c4ec

You might also like