Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Penyataan masalah

Sejak kebelakangan ini negara sering digemparkan dengan isu hak kebebasan untuk berhimpun
secara aman. Beberapa pihak menuduh pemerintah di Malaysia telah menyekat hak kebebasan rakyat.
Manakala pihak Suruhanjaya Hak Asasi ManusiaMalaysia (suhakam) pula menyatakan bahawa hak
kebebasan untuk berhimpun adaIah dibenarkan oleh Perlembagaan

Persekutuan. Kenapa isu ini diperdebatkan dari segi amalan sekiranya ia telah dijamin amalannya oleh
Perlembagaan Persekutuan.

Walaubagaimanapun, terdapat juga beberapa akta yang membatasi hak rakyat yang digubal
untuk menjaga keamanan dan kesejahteraan Malaysia.Persoalannya adakah akta-akta ini menjejaskan
hak kebebasan mengeluarkan pendapat di Malaysia? Timbul juga isu dimana rakyat sering
menggunakan media sosial sebagai tempat untuk menyuarakan pendapat .Kesannya , mereka
mengeluarkan pendapat dengan bebas dan boleh menimbulkan kekecohan dan menggugat keamanaan
Malaysia.

Isu mengena hak wanita juga amat hebat diperkatakan.Penglibatan wanita dalam politik dan
pilihan raya di Malaysia menunjukkan peningkatan dan perubahan. Mereka mampu dan mempunyai
hak untuk menyertai parti politik termasuk bertanding dalam pilihan raya. Persoalannya ialah
bagaimana dan apakah hak-hak wanita dalam konteks kehidupan berpolitik di Malaysia.

You might also like