Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI KELAMBU

42700 BANTING, SELANGOR

MINIT MESYUARAT PANITIA SAINS


BILANGAN 2 / 2019

Tarikh : 30.07.2019

Hari : Selasa

Masa : 2.30 petang

Tempat : Bilik Sains Ibnu Sina SK Sungai Kelambu

Kehadiran :

Bil Nama Jawatan

1. Puan Nor Haniah binti Ab Rahman PK Pentadbiran


2. Puan Asmahani binti Mad Lias KP Sains
3. Puan Norazah binti Ahmad Markeh Setiausaha
4. Puan Nurulfadillah binti Jais AJK
5. Puan Suziana binti Buyanin AJK
6. Puan Fauzilah binti Roslan AJK
7. Puan Nadiah binti Mohd Senin AJK

Turut Hadir
- Tiada –

Tidak Hadir (Bersebab)


- Tiada –

Urus Setia Mesyuarat :

1. Puan Norazah binti Ahmad Markeh Setiausaha Panitia Sains

1 PERUTUSAN PENGERUSI

1.1. Pengerusi memulakan mesyuarat dengan bacaan ummul kitab.


1.2 Mengucapkan tahniah atas pencapaian murid secara keseluruhan atas usaha gigih
para guru Sains mempelbagaikan teknik dan pendekatan yang kreatif dalam PdPc
PAK21.
1.3 Mengucapkan tahniah atas kejayaan wakil sekolah yang menyertai pelbagai
aktiviti koakademik STEM anjuran PPD Kuala Langat dan program kolaborasi
pihak NGO dan komuniti setempat.
2 PEMBENTANGAN MINIT MESYUARAT

2.1 Puan Fauzilah mencadangkan minit yang dibentang disahkan.


2.2 Puan Nurulfadillah menyokong cadangan tersebut.

3 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT

3.1 Tiada perkara berbangkit.

4 PERKARA-PERKARA BAHARU

4.1 Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc )

4.1.1 Guru-guru disarankan untuk menerapkan elemen KBAT dalam PdPc


dengan mempelbagaikan teknik penyoalan bagi mewujudkan suasana
pembelajaran aktif berpusatkan murid.
4.1.2 Pembelajaran terbeza perlu dititik beratkan dalam perancangan dan
pelaksanaan aktiviti PdPc supaya setiap murid dapat dibimbing mengikut
pencapaian mereka.
4.1.3 Pentaksiran formatif juga perlu turut diaplikasikan dalam bilik darjah bagi
menguji capaian kejayaan PdPc.

4.2 Ujian / Analisa Peperiksaan Awam dan Dalaman

4.2.1 Pentaksiran Bilik Darjah ( PBD )

4.2.1.1 Semua Ujian Bulanan dan peperiksaan telah dijalankan mengikut


perancangan takwim sekolah. Ujian Bulanan hanya untuk Tahap 2
sementara pentaksiran berterusan untuk Tahap 1.
4.2.1.2 Tindakan susulan telah dibuat dari masa ke semasa oleh guru Sains
setiap kelas.
4.2.1.3 Tahap penguasaan murid turut diuji secara berterusan berdasarkan
DSKP dan direkod dalam tapak pelaporan offline.

4.3 Penyemakan Buku Latihan

4.3.1 Penghantaran buku latihan adalah sebanyak dua kali iaitu pada bulan Mac
dan Ogos.
4.3.2 Bilangan buku yang perlu dihantar bagi tujuan semakan adalah sebanyak 15
buah.
4.3.3 Rekod penyemakan buku latihan disimpan oleh PK Pentadbiran.

4.4 Pertandingan Koakademik

4.4.1 Karnival Science, Technology, Engineering and Mathematics (STEM) Sekolah


Rendah Daerah Kuala Langat.
4.4.1.1 Acara yang telah disertai adalah Story Telling dan Pertandingan
Pelancar Roket Sasaran dan Payung Terjun.
4.4.1.2 Pencapaian peserta adalah seperti berikut.
Acara Pencapaian
Bercerita Sains Saguhati
Roket Air Sasaran Ketiga
Roket Air Payung Terjun Saguhati

4.4.2 Pertandingan Robotik ~ FIRST LEGO League Junior Challenge 2019


4.4.2.1 Butiran lanjut berkaitan pertandingan.
Anjuran : Sasbadi Educational Sdn. Bhd.
Kolaborasi Bersama : Kementerian Pelajaran dan LEGO Malaysia.
Peringkat : Kebangsaan
4.4.2.2 Pencapaian peserta adalah seperti berikut.
Acara Pencapaian
FLL Junior Outstanding Teamwork
Award

4.5 Program Panitia Sains


4.5.1 Program Kecemerlangan KBAT Sains telah dapat dilaksanakan seperti yang
dirancang. Antara program yang sedang dilaksanakan adalah :
Nama Program Pelaksanaan
Program ADD Februari - September
( Akhbar dalam Bilik Darjah )
Kelas Intensif KBAT Sains Januari - September
Seminar Teknik Menjawab April
Soalan KBAT Sains

4.5.2 Program Panitia Sains untuk semua warga SK Sungai Kelambu adalah seperti
berikut.
Nama Program Pelaksanaan
Program STEM Challenge April
Program Science Day April
Program Pusat Sumber April
Sekolah
Projek Pemurnian Bilik Sains Mac - November
Ibnu Sina
Projek Rising Stars Februari - November

4.5.3 Program Peningkatan Kompetensi Guru Sains adalah seperti berikut.


Nama Program Pelaksanaan
Bengkel Pemantapan Februari
Pedagogi Sains dalam
Menerapkan Elemen KBAT
Bengkel Peningkatan Julai
Kompetensi Kbat Di Bawah
Inisiatif #20:Pembudayaan
Kbat Dalam Pak 21
5 HAL-HAL LAIN

5.1 Semua guru digalakkan menggunakan ICT dalam memantapkan sesi PdPc supaya
lebih berkesan.
5.2 Guru juga disarankan agar menggunakan pelbagai pendekatan, kaedah dan teknik
pengajaran bagi mencungkil idea kreatif dan kritis murid dalam penguasaan
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).

6. PENUTUP

Mesyuarat ditangguhkan dengan bacaan tasbih kifarah dan Surah Al-Asr pada jam 4.00
petang.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

.................................................................... .............................................
(NORAZAH BINTI AHMAD MARKEH) (ASMAHANI MAD LIAS )
Urus Setia Ketua Panitia Sains
Panitia Sains SK Sungai Kelambu
SK Sungai Kelambu
Tarikh : 1 Ogos 2019 (Tarikh diminitkan)

You might also like