Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 2

PK07 – Pengurusan Mesyuarat

PK 07/3

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN DAMANSARA ALIFF


MINIT MESYUARAT GURU BIL 9/(2019)

Tarikh : 12 November 2019 (Selasa)

Masa : 2.30-4.30 petang

Tempat : Bilik Mesyuarat SMKTDA

Pengerusi : Tn. Hj. Adib Adham bin Daud (Pengetua)

Kehadiran(Bilangan) : 47 orang

Tidak hadir : 2 orang

1. Pn. Nadia binti Samsudin (CTG)


2. Pn. Nur Hidayati binti Abdul Mutalib (CTG)

1 PERUTUSAN PENGERUSI
1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih dan mengalu-alukan kehadiran semua guru
ke mesyuarat guru kali kesembilan bagi tahun 2019.

2 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU


Minit mesyuarat kali kelapan dicadang untuk disahkan oleh En Ariff dan disokong oleh
En. Asril

3 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
Tiada perkara berbangkit.

4 FOKUS MESYUARAT
4.1 PBPPP

4.1.1 Pengerusi mengingatkan supaya menghantar borang keberhasilan kepada


penilai masing-masing pada 13 November 2019. Guru yang dinilai juga boleh
mendapatkan markah daripada pegawai penilai masing-masing.

Tindakan: Semua guru


4.2 Etika Kerja

4.2.1 Tn. Pengetua meminta semua warga kerja sekolah supaya muhasabah diri
dan melakukan yang terbaik untuk sekolah.

4.2.2 Semua warga kerja perlu berfikir dalam ruang lingkup tugas, tidak perlu
sibukkan bidang tugas orang lain dan akur dengan semua pekeliling dan surat
punca kuasa.

4.2.3 Guru-guru perlu berusaha mencemerlangkan diri dengan bersedia mengambil


peluang sebagai contoh cuba menjadi guru cemerlang.
Makluman

4.3 Surat Amaran


4.3.1 Pengetua mengingatkan guru-guru tingkatan supaya mengemaskini dan

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pendidikan Negeri Johor
01 Februari 2017 - Keluaran 04 | Pindaan 00
PK07 – Pengurusan Mesyuarat

mengeluarkan surat amaran ketidakhadiran mengikut prosedur bagi


membendung masalah disiplin dan sebagainya.
Tindakan: Guru Tingkatan

4.4 Pengurusan Cuti


4.4.1 Semua guru perlu rujuk dan akur dengan Pekeliling Perintah Am Bab C
berkaitan cuti sebelum memohon kebenaran bercuti daripada pengetua.

Makluman

5 HAL-HAL LAIN
5.1. Mesyuarat disambung dengan Mesyuarat Kurikulum, HEM dan Kokurikulum.

6 PENUTUP
6.1 Ucapan penangguhan oleh Pengerusi Mesyuarat. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.30
petang

Disediakan oleh,

(SITI MASTURA BINTI KHALIFA)


Setiausaha 2
Tarikh : (19 November 2019)

* Minit mesyuarat tidak perlu ada tanda tangan, no. PK, header dan footer.

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pendidikan Negeri Johor
01 Februari 2017 - Keluaran 04 | Pindaan 00

You might also like