Kimia - Gov.my-Pusat Analisis Industri Dan Tarif Kastam

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 3

Pusat Analisis Industri dan Tarif Kastam

kimia.gov.my/v3/fungsi-bahagian/pusat-analisis-industri-dan-tarif-kastam/bahagian-industri-dan-
klasifikasi-tarif-dagangan.html

Pusat Analisis Industri dan Tarif Kastam berfungsi untuk memberikan perkhidmatan
analisis dan nasihat kepada pelbagai agensi kerajaan untuk menyokong penguatkuasaan
undang – undang, melindungi pendapatan kerajaan, melindungi pengguna dan
memastikan keselamatan pekerja.

Terdapat tiga (3) bahagian di bawah Pusat Analisis Industri dan Tarif Kastam iaitu :

Bahagian Klasifikasi Tarif


Bahagian Industri
Bahagian Keselamatan Kimia

Pengenalan

Pusat Analisis Industri dan Tarif Kastam menyediakan perkhidmatan analisis dan
khidmat nasihat bagi menyokong penguatkuasaan undang – undang serta bagi
pelaksanaan program – program yang bertujuan memastikan kutipan hasil pendapatan
Kerajaan yang sewajarnya, melindungi kepentingan pengguna dan memastikan
keselamatan pekerja. Perkhidmatan ini dikategorikan mengikut jenis produk dan
program yang meliputi:-

Produk perusahaan Utama – Analisis produk kelapa sawit, produk petroleum,


makanan, minuman beralkohol, mineral dan produk farmaseutikal.
Produk industri – Analisis tekstil, produk kulit, logam dan polimer.
Produk Kimia dan Keselamatan Pekerja – Analisis produk industri kimia, sampel
higen industri, keselamatan dan kesihatan (OSH), pelaksanaan program OSH dan
pemeriksaan kapal dan tangki.

Memastikan Hasil Pendapatan Kerajaan

1. Klasifikasi Tarif Dagangan


Menentukan komposisi barangan bagi klasifikasi kod tarif untuk tujuan memungut cukai
kerajaan. Sampel diserahkan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

2. Perolehan Kerajaan
Analisis sampel tender dan bekalan yang diserahkan oleh pelbagai agensi kerajaan untuk
tujuan pematuhan kepada spesifikasi kontrak.

Melindungi Kepentingan Pengguna

1. Penguatkuasaan Pelbagai Akta

1/3
Menentukan komposisi dan kualiti produk untuk tujuan pematuhan kepada spesifikasi
yang dikuatkuasakan di bawah pelbagai Akta termasuk Akta kastam 1967, Akta Lembaga
Kelapa Sawit 1998 dan Akta Perihal Dagangan 1972.

2. Ujian Produk Halal / Haram

Ujian ke atas sampel -sampel seperti kulit, rambut/bulu untuk menentukan jenis
haiwan.
Mengesahkan produk makanan yang disyaki mengandungi lemak babi.
Menentukan kehadiran alkohol dan minuman, produk – produk farmaseutikal,
makanan dan kosmetik.

Memastikan Keselamatan Pekerja

1. Analisis Sampel Higen Industri


Analisis ke atas sampel – sampel yang diambil daripada persekitaran tempat kerja dab
diuji bagi tujuan pematuhan kepada kehendak peraturan – peraturan di bawah Akta
Keselamatan dan Kesihatan Pekerja (OSHA), 1994.

2. Pemeriksaan Kapal
Pemeriksaan kapal dan tangki bagi tujuan persijilan ‘bebas gas’ dan ‘kerja panas’ untuk
memastikan kapal bebas daripada gas- gas yang mudah terbakar.

3. Klasifikasi Petroleum
Menentukan jenis dan kelas petroleum di bawah Akta Petroleum (Langkah – langkah
Keselamatan), 1984 untuk tujuan pengendalian yang selamat semasa pemunggahan
produk petroleum di pelabuhan dan terminal petroleum.

4. Perkhidmatan kepada sektor Swasta


Khidmat nasihat, perundingan dan perkhidmatan ujian kepada sektor swasta
terutamanya industri/perusahaan kecil dan sederhana.

2/3
3/3

You might also like