EDUP

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 44

Penulisan Akademik Raikan Kepelbagaian Jilid 1, 2019

Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)


PISMP Sejarah Ambilan Jun 2018, Semester 3

PENGURUSAN DISIPLIN DALAM BILIK DARJAH DAN SUMBER


PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PdP) SEJARAH

Nurul Hanis binti Subakti


Jabatan Sejarah,
IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka

A. PENDAHULUAN

Pada 9 Ogos sehingga 13 Ogos 2019, saya telah menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah
(PBS) di Sekolah Kluster Kecemerlangan Saujana Indah. Sekolah ini telah dipilih bagi
melaksanakan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) untuk melihat sejauh manakah suasana
Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) kelas bagi sebuah sekolah kluster kecemerlangan.
Walaupun sekolah ini dikategorikan sebagai sekolah luar bandar, namun sekolah ini mampu
untuk mencapai kecemerlangan akademik yang baik. Hal ini kerana 60% daripada pelajar-
pelajar merupakan anak golongan professional iaitu ibu bapa bekerja sebagai pensyarah
Universiti Sains Malaysia (USM) dan merupakan guru-guru sekolah yang berdekatan. Namun
begitu, 30% pelajar ibu bapa merupakan pekerja swasta manakala 10% lagi bekerja sendiri.
Sekolah ini dilihat lebih mementingkan kecermelangan akademik namun hanya memfokuskan
pada mata pelajaran teras sahaja seperti Sains, Matematik, Bahasa Inggeris dan Bahasa
Malaysia. Manakala mata pelajaran Sejarah dipandang remeh sehingga menimbulkan masalah
tingkah laku pelajar semasa PdP sedang berlangsung.

B. DAPATAN PEMERHATIAN DI SEKOLAH

i. ISU DISIPLIN PELAJAR

Hasil pemerhatian ke atas masalah tingkah laku pelajar di Sekolah Kebangsaan Saujana Indah
ini ialah pelajar tidak menyiapkan tugasan, membuat bising, merayau-rayau, bergaduh dengan
rakan, keluar dari kelas, bermain, merosakkan harta benda dan sebagainya. Hal ini
menyebabkan guru gagal untuk mengawal kelas dan objektif pembelajaran guru pada hari
tersebut tidak tercapai. Punca pelajar hilang fokus sehingga menimbulkan tingkah laku
disruptif di dalam kelas kerana kebergantungan guru terhadap buku teks semata-mata sebagai
bahan pengajaran. Faktor tercetusnya masalah tingkah laku ini adalah kerana guru gagal untuk
menguruskan bilik darjahnya apabila tidak mengambil kira tentang kepelbagaian pelajar.
Menurut Abd Rahim (2010), guru perlu merancang PdP yang meraikan kepelbagaian pelajar
dengan mengambil kira aspek perkembangan kognitif, emosi, sosial, fizikal, prestasi,
keupayaan dan pengetahuan sedia ada murid. Menurut Haliza Hamzah & Joy Nesamalar
(2016), guru yang tidak menyediakan Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang sesuai dengan
tahap kognitif pelajar akan menghadapi masalah seperti masa pelajar tidak diisi dengan
sepenuhnya dan membiarkan pelajar melaksanakan aktiviti mereka sendiri. Keadaaan pelajar
ini boleh menjadi tidak terkawal dan menimbulkan masalah disiplin di dalam bilik darjah.
Oleh hal yang demikian, guru perlu meraikan kepelbagai pelajar di dalam kelas supaya PdP
yang dijalankan berjalan dengan lancar dan berkesan.

1
Penulisan Akademik Raikan Kepelbagaian Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Sejarah Ambilan Jun 2018, Semester 3

ii. SUMBER PDP SEJARAH DALAM MENANGANI MASALAH DISIPLIN

Sumber sejarah merupakan bahan yang digunakan semasa PdP sejarah sedang berlangsung.
Terdapat beberapa jenis bahan sumber sejarah dapat dijadikan sebagai BBM yang boleh
digunakan untuk membantu guru dalam proses PdP. Menurut Syed Ismail et al. (2017),
sumber sejarah dapat dikategorikan kepada tiga bahagian iaitu bahan bercetak, sumber
elektronik, bahan arkeologi dan monumen. Guru perlu peka dalam memilih sumber PdP yang
hendak digunakan di dalam kelas. Menurut Levesque, S. (2008), dengan kemajuan teknologi
dan pendigitalan yang berkembang pesat, guru sejarah berupaya untuk mengakses, memuat
turun dan menggunakan sumber sejarah melalui laman web sejarah agar dapat digunakan
dalam proses PdP di dalam kelas. Justeru itu, pelajar berpeluang untuk mengkaji sumber
sejarah dengan membuat interpretasi dan tafsiran sejarah berdasarkan bukti sejarah bagi
meningkatkan pemahaman sejarah di samping dapat meningkatkan proses intelektual pelajar.
Antara bahan yang telah digunakan dalam PdP sejarah di Sekolah Kebangsaan
Saujana Indah termasuklah buku teks, buku rujukan, buku latihan, majalah dan lampiran nota.
Kebanyakan sumber ini biasa digunakan oleh guru-guru di sekolah. Guru sejarah di sekolah
ini juga membuat penambahan yang lebih baik dalam melaksanakan proses PdP apabila
menggunakan perincian multimedia seperti alat audio visual, filem, video interaktif, animasi,
dan televisyen yang mempunyai maklumat berkaitan. Menerusi penggunaan bahan-bahan ini,
pelajar lebih tertarik untuk melihat serta mendengar apa-apa yang hendak disampaikan oleh
guru dan secara tidak langsung pelajar dapat memberikan tumpuan penuh kepada pengajaran
yang dilaksanakan oleh guru. Namun begitu, penggunaan multimedia ini tidak digunakan
secara meluas kerana terdapat beberapa kekangan yang telah dinyatakan oleh guru sehingga
guru mengambil langkah dengan menggunakan buku teks sejarah secara sepenuhnya. Menurut
Yusof Ayob (2011), penggunaan sumber sejarah di dalam kelas masih terhad kerana guru
sejarah bergantung sepenuhnya kepada buku teks yang menyebabkan pelajar tidak dapat
meneroka atau mengkaji sumber sejarah. Keadaan ini membuka peluang kepada pelajar untuk
melakukan masalah tingkah laku apabila penggunaan sumber sejarah yang diberikan oleh guru
tidak menarik.

C. BANDING BEZA SUMBER PdP SEJARAH UNTUK TANGANI MASALAH


DISIPLIN PELAJAR

Terdapat persamaan yang wujud antara penggunaan buku teks dan bahan elektronik. Kedua-
dua bahan ini mempunyai isi kandungan yang bernilai sejarah. Penggunaan buku teks sangat
digalakkan kerana dibukukan mengikut Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran
(DSKP) sejarah yang merangkumi tajuk-tajuk pilihan tentang sejarah Malaysia. Maka, isi
kandungan yang terdapat di dalam buku teks sejarah mempunyai isi pengajaran sejarah yang
sesuai mengikut tahap pelajar. Menurut Ehwan Supangat (2005), penggunaan buku teks
mempunyai kepentingannya tersendiri sebagai panduan kepada guru dan mempunyai isi
kandungan pelajaran sejarah yang padat dengan tulisan yang mempunyai nilai sejarahnya
tersendiri. Hal ini kerana buku teks sejarah telah dikaji dan diterbitkan oleh ahli-ahli sejarah
yang mempunyai pengiktirafan. Sumber elektronik dalam PdP sejarah juga mempunyai nilai
sejarah yang tersendiri apabila video, audio, filem dan animasi yang telah dibangunkan
mempunyai isi pelajaran tentang Sejarah Malaysia. Contohnya, filem Tun Fatimah yang padat
dengan isi kandungan sejarah apabila memaparkan bagaimana Kejatuhan Kesultanan Melayu
Melaka yang benar-benar berlaku. Kesan daripada perisian kandungan sejarah yang padat dan
bermakna antara kedua-dua bahan ini dapat merangsang pemikiran pelajar untuk menerima
kandungan sejarah dalam pelbagai media. Masalah tingkah laku seperti tidak fokus di dalam

2
Penulisan Akademik Raikan Kepelbagaian Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Sejarah Ambilan Jun 2018, Semester 3

kelas dapat diatasi melalui pengetahuan kandungan sejarah yang padat antara buku teks dan
media elektronik. Jelaslah bahawa bahan rangsangan kedua-dua sumber Sejarah ini
mempunyai nilai sejarah yang tersendiri dan guru hanya perlu mengaplikasikannya mengikut
kreativiti tersendiri.
Namun begitu, terdapat perbezaan yang wujud antara bahan bercetak dan sumber
elektronik ini. Perbezaan yang pertama adalah dari segi pengaksesan kepada sumber.
Pengaksesan kepada sumber bercetak seperti majalah, akhbar, jurnal, buku sejarah, peta dan
sebagainya yang mudah didapati di perpustakaan sekolah. Guru perlu mengambil langkah
untuk mempelbagaikan sumber bercetak sejarah supaya pelajar tidak bosan semasa PdP
sejarah kerana kebergantungan buku teks semata-mata. Manakala, penggunaan teknologi
memerlukan capaian internet yang baik untuk mengakses maklumat sejarah. Guru juga perlu
membawa laptop, LCD sebagai persiapan untuk melaksanakan PdP sejarah. Namun begitu,
keterlibatan pelajar untuk mengakses maklmat terhad kerana hanya guru yang mengawal
laptop di hadapan kelas. Oleh itu, guru perlu menangani masalah ini dengan mempelbagaikan
sumber bercetak sejarah sebagai BBM di dalam kelas. Guru boleh mengedarkan jurnal-jurnal,
buku sejarah, yang terdapat di perpustakaan kepada pelajar dan mencari isi sejarah ke dalam
peta I-Think yang disediakan. Kepelbagaian sumber ini mampu merangsang pemikiran pelajar
apabila mereka meneroka bahan sejarah untuk mencari fakta secara sendiri. Kemahiran
Pemikiran Sejarah (KPS) akan dicapai secara tidak langsung. Melalui penerokaan sumber
bercetak ini akan menjadikan pelajar lebih fokus terhadap PdP guru di dalam kelas. Aktiviti
yang padat oleh guru sepanjang tempoh pengajaran menyebabkan tiada masa terluang untuk
pelajar berborak dengan rakan-rakan. Jelaslah bahawa melalui penggunan bahan bercetak
mampu untuk mengurangkan masalah tingkah laku pelajar di dalam kelas.
Selain itu, perbezaan antara penggunaan buku teks dan bahan elektronik adalah dari
sudut persembahan kandungan. Buku teks sejarah yang padat dengan teks penulisan dan
gambar sejarah hanya dipersembahkan secara sehala iaitu pelajar hanya boleh melihat dan
membaca sahaja. Tiada interaksi yang berlaku menyebakan pelajar mula hilang fokus dan
menggangu rakan sebelah. Berbeza dengan perisian teknologi yang membolehkan interaksi
dua hala antara pelajar dan bahan berlaku. Contohnya adalah seperti video interaktif H5P,
perisian permainan sejarah dan interactive whiteboard. Hubungan dua hala ini akan wujud
apabila penggunaan media interaktif membolehkan pengguna menjadi lebih aktif serta
berupaya mengawal isi kandungan dan persembahan bahan dan boleh bertindak balas dengan
bahan perisian. Contohnya, pelajar boleh menulis di atas papan putih interaktif menggunakan
dakwat digital atau jari. Guru juga boleh berkongsi bahan PdP serta memuat turun bahan
daripada pada laman web tertentu. Pelajar, akan memberikan respons terhadap bahan PdP
guru. Hal ini akan menyebabkan pelajar aktif di dalam kelas kerana terlibat secara langsung
dalam pengajaran sejarah. Perisian ini membawa kesan apabila mampu menarik minat pelajar
dalam pembelajaran sejarah kerana mengurangkan penggunaan buku teks secara keseluruhan.
Melalui perisian interaktif ini pelajar akan fokus terhadap arahan yang diberikan guru kerana
ingin menjawab soalan yang akan dikemukakan. Oleh itu, masalah tingkah laku pelajar dapat
dikurangkan kerana pelajar akan fokus terhadap penerangan yang disampaikan oleh guru.
Seterusnya, perbezaan antara buku teks dan teknologi adalah dari segi rangsangan ke
atas kreativiti yang dihasilkan. Penggunaan buku teks akan menyekat kreativiti pelajar kerana
isi kandungannya sangat terhad. Tidak banyak aktiviti yang boleh digunakan oleh guru untuk
membina kreativiti pelajar apabila pelajar hanya bergantung kepada buku teks sahaja.
Contohnya apabila pelajar hanya diminta untuk menyalin semula nota ke dalam buku latihan
dan menjawab soalan yang akan dikemukakan bagi setiap pengakhiran tajuk. Menurut
Othman, Y. & Raini Pakar (2011), penggunaan buku teks menyebabkan banyak masa terluang
pelajar semasa dalam PdP sejarah. Keadaan ini akan mengganggu proses pembelajaran

3
Penulisan Akademik Raikan Kepelbagaian Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Sejarah Ambilan Jun 2018, Semester 3

apabila terdapat pelajar telah menyiapkan tugasan terlebih awal dan menganggu rakan yang
lain. Hal ini adalah berbeza dengan penggunaan internet di dalam kelas apabila guru dapat
menyediakan pelbagai aktiviti untuk merangsang kreativiti pelajar. Antara laman web yang
boleh merangsang kreativiti pelajar ialah Google Maps dan Google Earth. Guru boleh
meminta pelajar untuk menunjukkan demonstrasi bagaimana untuk pergi ke tempat-tempat
sejarah melalui penggunaan laman web ini. Apabila telah melihat tempat-tempat sejarah
secara maya, pelajar diminta untuk membuat satu lukisan tentang tempat bersejarah yang
dilihat. Guru akan dapat melihat kepelbagaian lukisan mengikut kreativiti pelajar. Hal ini akan
menyebabkan pelajar menjadi lebih fokus apabila psikomotor pelajar dapat digerakkan.
Apabila pelajar bersaing untuk menunjukkan hasil masing-masing, keadaan kelas akan
terkawal kerana pelajar berusaha menyiapkan tugasan yang diberikan. Keadaan ini
menyebakan masalah tingkah laku pelajar di dalam kelas dapat diselesaikan apabila guru
memberi rangsangan yang baik melalui penggunaan sumber teknologi sejarah.
Penggunaan sumber bahan sejarah seperti bahan bercetak dan bahan elektronik
dalam PdP sangat penting keranan pemilihan sumber yang tepat dan bersesuaian dengan
sesuatu tajuk dapat memberikan kesan yang positif. Penggunaan sumber memberikan kesan
positif apabila mampu merangsang pemikiran pelajar. Menurut Suffean Hussin (2005),
penggunaan sumber PdP amat perlu kerana melalui bahan tersebut, pembelajaran pelajar jauh
lebih bermakna berbanding proses pembelajaran yang berlangsung tanpa sumber pengajaran.
Selain itu, penggunaan sumber pengajaran sejarah memberi impak apabila mampu menarik
perhatian pelajar terhadap mata pelajaran sejarah. Menurut Abdul Razaq & Isjoni (2009),
seorang guru dianggap berjaya sekiranya mampu menarik perhatian pelajar terhadap pelajaran
yang diajar olehnya. Tambahan pula, mata pelajaran sejarah sering dilabelkan sebagai mata
pelajaran yang sangat membosankan. Penggunaan sumber juga memberi kesan kepada kaedah
pengajaran guru. Dengan adanya pelbagai sumber sejarah, kaedah dan teknik pengajaran juga
dapat dipelbagaikan. Jelaslah di sini bahawa, penggunaan bahan yang pelbagai mampu untuk
mewujudkan suasana kondusif di dalam bilik darjah dan dapat mengurangkan masalah tingkah
laku pelajar.

D. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN MASALAH TINGKAH LAKU

Model pengurusan disiplin bilik darjah yang terdiri daripada tujuh model dapat membantu
menangani masalah tingkah laku pelajar. Antara salah satu model yang boleh digunakan
adalah Model Pengurusan Disiplin Thomas Gordon. Menurut Gordon, T. (1989), beliau
menegaskan bahawa cara guru berkomunikasi dan cara guru menangani konflik di dalam bilik
darjah mampu mengubah tingkah laku pelajar ke arah yang lebih baik. Gordon juga telah
merangkakan Pelan Disiplin Gordon yang terdiri daripada enam elemen. Yang pertama,
adalah mempengaruhi daripada mengawal. Guru perlu mendekati pelajar dengan merangsang
pelajar untuk fokus di dalam kelas dan mendengar setiap PdP yang disampaikan oleh guru.
Menurut Mohd Khairuddin Abdullah et.al. (2014), guru perlu menggunakan laras bahasa yang
sesuai dalam pengajaran sejarah supaya pelajar dapat memberikan tumpuan. Hal ini kerana
menurut Gordon, komunikasi berkesan sangat penting bagi mempengaruhi pelajar kerana
melalui komunikasi guru dapat membina hubungan dan mendekati pelajar.
Menurut Gordon, T. (1989), guru juga boleh boleh menggunakan i-message yang
apabila guru berhadapan dengan masalah tingkah laku pelajar. Apabila guru kecewa atau
beremosi, guru boleh meluahkan perasaan melalui i-message. Pernyataan i-message yang
lengkap mengandungi tiga perkara, iaitu pernyataan tingkah laku yang mendatangkan masalah
kepada guru atau kelas, perasaan guru terhadap tingkah laku tersebut dan akibat tingkah laku
tersebut kepada kelas dan pelajar. Sebagai contoh, “Apabila terdapat pelajar yang tidak fokus

4
Penulisan Akademik Raikan Kepelbagaian Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Sejarah Ambilan Jun 2018, Semester 3

dan menganggu rakan yang lain semasa kelas sejarah, saya berasa sangat kecewa kerana kelas
yang berjalan terganggu. Situasi ini juga menunjukkan sikap kurang bertimbang rasa dalam
kalangan pelajar saya”. Kenyataan begini adalah berkesan kerana guru tidak terus
menyalahkan pelajar sebaliknya meluahkan keadaan tidak selesa guru secara umum tanpa
ditujukan kepada sesiapa. Menurut Abdul Ghani Sulaiman (2003), pelajar tidak akan terus
berasa malu dan tidak puas hati kerana guru menegur secara umum namun dalam masa yang
sama pelajar dapat memahami mesej yang ingin disampaikan oleh guru.
Selain itu, penggunaan multimedia sebagai sumber PdP sejarah menjadi pelengkap
kepada cara penyampaian guru tentang isi kandungan sejarah. Multimedia tidak akan
mengambil alih tempat dan tugas guru namun ianya berfungsi sebagai saluran pilihan dalam
penyampaian sejarah yang berkesan. Menurut Rozina Jamaludin (2004), multimedia
bermaksud segala bahan PdP yang mengabungkan unsur-unsur teks, grafik, animasi, imej,
suara dan video seperti CD-ROM, permainan komputer dan program komputer bagi
membolehkan pengalaman sebenar terhadap tajuk yang diajar atau dipelajari. Guru sejarah
boleh menggunakan video sebagai salah satu media pengajaran. Unsur video dalam teknologi
multimedia mampu membawa unsur sebenar berdasarkan pergerakan-pergerakan yang
dihasilkan serta berupaya menarik perhatian dan emosi pelajar. Hal ini menyebabkan pelajar
akan duduk di tempat masing-masing dan menonton video yang ditayangkan guru kerana
menyeronokkan. Maka, masalah tingkah laku pelajar di dalam bilik darjah dapat dikurangkan.
Dalam konteks pembelajaran sejarah, pelajar dapat memperolehi penghayatan dan menyelami
perasaan watak-watak dalam cerita yang ditayangkan oleh guru. Contoh aplikasi untuk
mengedit video adalah adalah Adobe Premier Movei maker, Encode, Flash Video dan
sebagainya. Guru sejarah sangat digalakkan menggunakan video sebagai sumber PdP di dalam
kelas kerana membawa kebaikan kepada pelajar.
Perisian animasi juga dapat digunakan oleh guru sejarah dalam menghasilkan
paparan pergerakan berbentuk cerita atau sebahagian paparan antara muka perisian. Animasi
mewakili pergerakan bagi sesuatu maksud yang tidak dapat diterangkan dengan jelas melalui
teks atau grafik. Animasi ini juga dapat dikategorikan kepada dua jenis iaitu 2D dan 3D.
Contoh aplikasi yang boleh digunakan oleh guru sejarah untuk menghasilkan animasi
interaktif adalah menggunakan H5P, Powtoon, Animaker, RenderForest dan sebagainya.
Animasi digital boleh juga digunakan bagi membantu proses pemahaman pelajar dengan lebih
mudah. Hal ini kerana pelajar boleh berinteraksi dua hala bersama guru secara maya. Hal ini
sangat penting untuk menarik minat pelajar agar menumpukan diri semasa PdP sejarah sedang
berlangsung. Menurut Sharifah Alwiah (1992), persembahan secara visual dan dinamik yang
terdapat dalam teknologi animasi mampu memudahkan proses penerangan konsep atau
sesuatu fakta sejarah. Persembahan ini membolehkan pelajar memanfaatkan lebih banyak
deria dalam proses pengumpulan maklumat. Kenyataan ini disokong oleh Yusuf Hashim
(2009), yang menyatakan bahawa pelbagai deria pelajar dapat dijanakan secara menyeluruh
seperti penggunaan visual yang diikuti oleh audio melibatkan deria lihat dan dengar dan deria
sentuh. Selain itu juga, teknologi pendidikan dapat memberi kelainan dan kepelbagaian
kepada kaedah mengajar selain membantu pelajar mendapat kesan pembelajaran yang
maksimum dengan penggunaan masa yang minimum. Hal ini secara tidak langsung
mempercepat proses pemahaman pelajar serta mengekalkan maklumat tersebut dalam tempoh
masa yang lebih lama dalam ingatan pelajar.

E. PENUTUP

Guru harus mengambil langkah untuk merancang satu bentuk pengurusan disiplin bilik darjah
yang berkesan, iaitu dengan menghasilkan bilik darjah yang kondusif. Menurut Ainul Yaqin

5
Penulisan Akademik Raikan Kepelbagaian Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Sejarah Ambilan Jun 2018, Semester 3

Abdullah et.al (2016), sesuatu pengurusan yang berkesan untuk suatu bilik darjah tidak
semestinya sesuai untuk semua situasi. Hal ini kerana kepelbagaian pelajar perlu diambil kira.
Penggunaan model pengurusan disiplin bilik darjah yang sesuai perlu disokong dengan
penggunaan sumber PdP sejarah yang pelbagai supaya dapat membantu guru untuk
menyelesaikan masalah tingkah laku pelajar. Budaya pengajaran secara tradisional oleh guru
sejarah perlu diubah kepada gaya pembelajaran yang lebih menarik seperti menggunakan
perisian multimedia dalam bentuk elektronik. Model pengurusan disiplin dan sumber sejarah
perlu diintegrasikan bagi membina suasana pembelajaran yang kondusif. Penggunaan sumber
sejarah yang pelbagai dapat menjadi satu alternatif kepada penyelesaian masalah yang
dihadapi oleh guru-guru sejarah dalam usaha untuk menjadikan PdP berkesan dan
mengurangkan masalah tingkah laku pelajar dalam bilik darjah.

RUJUKAN

Abd Rahim (2010). Strategi Pengajaran Sejarah KBSM. Petaling Jaya: Fajar Bakti.
Abdul Razaq & Isjoni (2009). Penggunaan Teknologi Maklumat Sebagai Alat Kognitif
dalam Pengajaran dan Pembelajaran Sejarah Di Sekolah Menengah. Jurnal
Pendidikan: Universiti Teknologi Malaysia, 2(1), 59-70.
Abdul Ghani Sulaiman (2003). Kemahiran Asas Kaunseling. Perak: Universiti Pendidikan
Sultan Idris.
Ainul Yaqin Abdullah et.al (2016). Pengubahsuaian Tingkah Laku Disruptif
Menggunakan Intervensi "The Good Behavior Game". Fakulti Pendidikan,
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Ehwan Supangat. (2005). Sistem Pengajaran Kendiri Sejarah Berasaskan Modul
Teras. Master’s Thesis. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.
Gordon, T. (1989). Discipline that Works: Promoting Self-Dicipline in Children. New
York: Random House.
Haliza Hamzah & Joy Nesamalar. (2016). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah laku
(Siri Pendidikan Guru). Oxford Fajar Sdn. Bhd. Selangor Darul Ehsan.
Levesque, S. (2008). Thingking Historically: Educating Student for the Twenty First
Cantury. Toronto: University of Toronto Press.
Mohd Khairuddin Abdullah et.al. (2014). Komunikasi Guru Dalam Bilik Darjah Dan
Tingkah Laku Delinkuen Pelajar Sekolah Menengah. Universiti Malaysia
Sabah, Jabatan Pendidikan Sabah.
Othman, Y. & Raini Pakar, D. R. (2011). Kesan Aplikasi Perisian Cerita Interaktif
Semasa Mengajarkan Mata Pelajaran Sejarah, Pelajar Tahun 4 Di Brunei
Darussalam. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu: Malay Language Education Journal
(MyLEJ).
Rozina Jamaludin (2004). Asas-Asas Multimedia Dalam Pendidikan. Siri Pengajian
dan Pendidikan Utusan. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn.
Bhd.
Sharifah Alwiah (1992). Teknologi Pengajaran. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Suffean Hussin (2004). Pendidikan di Malaysia: Sejarah, Sistem dan Falsafah. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Syed Ismail et.al (2017). Sumber Pengajaran dan Pembelajaran Sejarah. Sasbadi
Sdn.Bhd: Petaling Jaya.
Yusof Ayob (2011). Penggunaan Teknologi Pendidikan Oleh Kakitangan Sumber Dalam
Pengajaran. Tesis Sarjana Pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia.

6
Penulisan Akademik Raikan Kepelbagaian Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Sejarah Ambilan Jun 2018, Semester 3

Yusuf Hashim (2009). Teknologi Pengajaran (Siri Pendidikan Guru). Oxford Fajar:
Selangor.

7
Penulisan Akademik Raikan Kepelbagaian Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Sejarah Ambilan Jun 2018, Semester 3

TINGKAH LAKU MURID NEGATIF DAN APLIKASI SUMBER INTERNET


DALAM PDP SEJARAH TAHUN 5

Nurul Nadhirah Jafri


Jabatan Sejarah,
IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka

A. PENDAHULUAN

Pada 5 Ogos 2019 hingga 9 Ogos 2019, Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) telah
dijalankan di sebuah sekolah di Selangor iaitu Sekolah Kebangsaan Desa Pinggiran Putra.
Sekolah tersebut menetapkan guru seramai 55 orang dan murid seramai 867 orang. Setiap
murid di sekolah tersebut terdiri daripada pelbagai latar belakang yang berbeza-beza.
Sepanjang seminggu berada di sekolah tersebut, satu pemerhatian telah dijalankan ke atas
murid-murid dan guru sejarah di sekolah tersebut. Pemerhatian ini dilakukan adalah bertujuan
untuk mengenalpasti isu tingkah laku murid di dalam bilik darjah dan untuk menganalisis
sumber-sumber PdP sejarah yang terdapat di sekolah tersebut.

B. TINGKAH LAKU MURID DAN APLIKASI SUMBER DI DALAM BILIK


DARJAH

Pengurusan bilik darjah merupakan satu aspek penting dalam melaksanakan sesuatu
pembelajaran (Haliza Hamzah dan Samuel, J.N., 2009). Pengurusan bilik darjah yang lemah
akan menimbulkan pelbagai masalah di dalam bilik darjah dan menyebabkan proses PdP tidak
berjalan dengan lancar (Azizi Yahya, 2006). Hal ini dapat dibuktikan dengan pemerhatian
yang telah dijalankan di salah sebuah bilik darjah di Sekolah Kebangsaan Desa Pinggiran
Putra. Berdasarkan pemerhatian tersebut, terdapat satu isu yang sering berlaku iaitu, murid
berkelakuan pasif ketika proses PdP dijalankan. Murid pasif adalah murid yang sering
menunjukkan sikap kurang berminat terhadap proses PdP dengan cara tidak memberikan
tindak balas semasa guru mengajar di dalam bilik darjah (Azizi Yahya, 2006). Hal ini dapat
dilihat melalui pemerhatian yang dijalankan, iaitu murid pasif ini tidak menunjukkan minat
untuk melakukan aktiviti pembelajaran yang diarahkan oleh guru. Minat merupakan salah satu
unsur yang memainkan peranan penting dalam sesi pengajaran dan pembelajaran (Abdullah
Sani Yahaya, 2006). Oleh itu, kelakuan murid yang pasif ini menjadi satu isu atau masalah
kerana murid berkenaan akan menganggu proses PdP untuk berjalan dengan lancar. Hal ini
disokong dengan Abdul Rahman Chik (2003) yang menyatakan bahawa, murid yang pasif ini
dilihat sukar untuk menglibatkan diri dalam aktivti pembelajaran yang dilaksanakan oleh guru
dan tidak mendengar arahan yang diberikan oleh guru di dalam bilik darjah. Tingkah laku
murid berkenaan akan memberikan impak yang negatif kepada guru dan juga rakan
sekelasnya. Sebagai contoh, apabila murid tidak melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran
di dalam bilik darjah, seorang guru yang prihatin akan memberikan tumpuan yang lebih
kepada murid tersebut dengan bertanyakan masalah yang dihadapi olehnya. Guru tersebut
akan banyak menghabiskan masa untuk mengenalpasti masalah sebenar yang dihadapi oleh
muridnya. Hal ini akan menyebabkan tumpuan murid-murid lain yang berada di dalam bilik
darjah tersebut semakin berkurang dan secara tidak langsung objektif pembelajaran pada hari
tersebut tidak dapat dicapai. Selain itu, impak negatif yang berlaku terhadap guru adalah, guru
akan berasa tertekan kerana merasakan aktiviti pembelajaran yang dijalankan tidak menarik

8
Penulisan Akademik Raikan Kepelbagaian Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Sejarah Ambilan Jun 2018, Semester 3

sehingga murid tidak berminat untuk menglibatkan diri dalam proses PdP yang telah
dilaksanakan.
Isu murid yang pasif di dalam bilik darjah ini berlaku disebabkan oleh beberapa
faktor. Antaranya ialah faktor kelemahan guru dalam mengawal kelas, proses PdP yang
membosankan dan sebagainya. Walau bagaimanapun berdasarkan pemerhatian yang
dijalankan, faktor utama berlakunya masalah tersebut ialah, faktor penggunaan sumber PdP
yang kurang menarik oleh guru. Penggunaan sumber PdP yang menarik dalam kalangan guru
di sekolah menjadi salah satu faktor dalam meningkatkan kecemerlangan akademik pelajar
dan memberi kesan yang positif terhadap kaedah pengajaran guru itu sendiri (Jasmi, &
Tamuri, 2007). Hal ini disokong dengan Norizan Ahmad (2003), yang menyatakan bahawa
penggunaan sumber PdP yang menarik mampu membuatkan pelajar fokus semasa proses
pengajaran dan pembelajaran (PdP) dijalankan di dalam bilik darjah. Selain itu, proses PdP
yang menggunakan sumber yang menarik juga mampu meningkatkan ingatan pelajar terhadap
pelajaran yang disampaikan (Abdullah et.al., 2015). Oleh itu, beberapa masalah dan isu akan
timbul di dalam bilik darjah jika guru tidak menggunakan sumber yang sesuai dan menarik
semasa proses PdP. Hal ini dapat dibuktikan dengan pemerhatian yang dijalankan di Sekolah
Kebangsaan Desa Pinggiran Putra. Berdasarkan pemerhatian tersebut, guru yang mengajar
subjek Sejarah pada waktu tersebut hanya menggunakan buku teks Sejarah sebagai sumber
PdP beliau. Kaedah “Chalk and Talk” dengan menggunakan sumber buku teks Sejarah ini
menyebabkan sesetengah murid menjadi lebih pasif di dalam bilik darjah. Hal ini demikian
kerana, penggunaan buku teks di dalam bilik darjah akan mengehadkan aspek psikomotor
murid di dalam kelas. Kebebasan mereka untuk mengeksplorasi tentang sesuatu pengetahuan
sejarah itu akan terbatas (Haliza Hamzah dan Samuel, J.N., 2009). Tambahan lagi,
penggunaan buku teks Sejarah menyebabkan murid menjadi lebih bosan dengan isi
kandungannya yang terhad dan seterusnya murid akan hilang tumpuan di dalam bilik darjah.
Oleh hal yang demikian, guru haruslah kreatif dalam merancang aktiviti pembelajaran dengan
menggunakan sumber PdP yang menarik bagi menggelakkan isu seperti murid pasif di dalam
bilik darjah berlaku.

C. PENGGUNAAN SUMBER DI DALAM BILIK DARJAH

i. SUMBER PDP SEJARAH YANG DIGUNAKAN OLEH GURU DI


SEKOLAH.

Penggunaan sumber bahan pengajaran dan pembelajaran khususnya dalam mata pelajaran
Sejarah akan merangsang pemikiran murid dengan lebih berkesan. Menurut Choong Lean
Keow (2009), penggunaan sumber pengajaran dan pembelajaran amat perlu kerana melalui
bahan tersebut, pembelajaran murid akan jauh lebih bermakna berbanding proses
pembelajaran yang berlangsung tanpa penggunaan sumber. Hal ini kerana penggunaan bahan
sumber yang baik akan merangsang setiap aspek perkembangan murid yang bukan sahaja
merangkumi kognitif malah bahasa, komunikasi dan fizikal murid (Zoraini Wati Abas,1996).
Hal ini dapat dibuktikan melalui pemerhatian yang telah dijalankan terhadap guru sejarah di
Sekolah Kebangsaan Desa Pinggiran Putra tentang penggunaan sumber PdP sejarah di sekolah
tersebut. Antara sumber PdP yang digunakan oleh guru sejarah tersebut ialah, sumber bahan
bercetak dan sumber internet. Walau bagaimanapun, berdasarkan pemerhatian tersebut,
kedua-dua sumber PdP sejarah ini dilihat mempunyai tahap keberkesanan yang berbeza-beza.
Sebagai contoh, guru sejarah yang menggunakan bahan bercetak iaitu buku teks semasa proses
PdP dilihat sukar untuk menghasilkan pembelajaran yang bermakna berbanding dengan

9
Penulisan Akademik Raikan Kepelbagaian Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Sejarah Ambilan Jun 2018, Semester 3

penggunaan sumber internet yang dilihat mampu untuk mencapai objektif pembelajaran
sejarah di samping mengawal tingkah laku murid yang pasif di dalam bilik darjah.

ii. BANDING BEZA SUMBER PDP SEJARAH YANG TERDAPAT DI


SEKOLAH.

Berdasarkan kedua-dua sumber PdP yang digunakan oleh guru sejarah di sekolah tersebut,
terdapat persamaan dan perbezaan yang boleh dilihat. Bagi persamaan, kedua-dua sumber ini
adalah releven untuk digunakan semasa proses PdP Sejarah. Hal ini demikian kerana
maklumat berkaitan dengan sejarah boleh didapati melalui kedua-dua sumber ini. Walau
bagaimanapun, isi kandungan atau maklumat bagi bahan bercetak adalah lebih terhad
berbanding dengan sumber internet. Ini kerana, sumber internet mempunyai jaringan laman
web yang membolehkan pelbagai maklumat dapat diakses (Zoraini Wati Abas,1996). Oleh
itu, guru Sejarah di sekolah tersebut mudah untuk mencari bahan-bahan berkaitan dengan
matapelajaran Sejarah dan murid-murid juga boleh melibatkan diri dalam proses mencari
maklumat berkaitan dengan sejarah. Dengan cara ini, proses PdP akan menjadi lebih menarik
kerana proses PdP Sejarah lebih berpusatkan kepada murid dan bahan dan secara tidak
langsung ianya dapat mengatasi masalah murid pasif di dalam bilik darjah.
Selain itu, perbezaan yang boleh dilihat antara kedua-dua sumber tersebut ialah
perbezaan dari aspek kebolehcapaian. Bagi sumber bercetak seperti buku teks Sejarah, ianya
mudah untuk diperolehi atau dicapai. Hal ini demikian kerana, penggunaan buku teks tidak
memerlukan bahan lain atau jaringan lain seperti jaringan internet bagi mendapatkan
maklumat di dalamnya. Perkara ini berbeza dengan sumber internet kerana sumber internet
memerlukan bahan media elektronik yang lain seperti komputer riba bagi mengakses sesuatu
maklumat. Tambahan pula, jika capaian internet tidak memuaskan, sesuatu maklumat atau
bahan yang ingin diakses tidak akan berjaya. Hal ini disokong oleh Zoraini Wati Abas, (1996)
yang menyatakan bahawa bagi menjayakan pengajaran menggunakan komputer dan internet
di sekolah kelengkapan jaringan komputer dan internet di sekolah mestilah dalam keadaan
yang baik.
Perbezaan seterusnya ialah dari aspek cara penggunaan sumber-sumber tersebut.
Bagi sumber internet, penggunaannya memerlukan bahan digital seperti komputer riba.
Sumber internet ini juga memerlukan murid dan guru untuk menjalankan proses PdP Sejarah
di dalam makmal komputer. Penggunaan sumber internet akan menjadi lebih menarik kerana
murid dapat bergerak secara aktif dengan menjalankan proses PdP Sejarah di luar bilik darjah.
Dengan cara ini juga, masalah murid yang pasif dapat diatasi. Hal ini pula berbeza dengan
penggunaan bahan bercetak. Penggunaan bahan bercetak seperti buku teks Sejarah hanya
menggunakan buku untuk mendapatkan maklumat dan proses PdP hanya berlaku di dalam
bilik darjah. Dengan cara ini murid-murid akan cepat berasa bosan kerana pergerakan murid
akan terbatas untuk mendapatkan sesuatu maklumat di dalam bilik darjah. Hal ini disokong
oleh Ismail dan Razali, (2003) yang menyatakan bahawa, penggunaan buku teks di dalam
bilik darjah akan menyebabkan murid mudah untuk hilang tumpuan. Selain itu, perbezaan dari
aspek mesra pengguna. Bagi sumber bercetak seperti buku teks Sejarah, ianya sering menjadi
satu masalah bagi murid-murid untuk menggunakannya semasa proses PdP Sejarah
dijalankan. Hal ini demikian kerana, buku teks Sejarah sukar untuk dibawa ke mana-mana
sahaja kerana fizikalnya yang besar dan berat. Manakala sumber internet pula mudah
digunakan di sekolah kerana perkhidmatan komputer dan internet telah disediakan di sekolah
dan murid tidak perlu bersusah payah untuk membawa komputer riba ke sekolah.
Akhir sekali, sumber internet yang digunakan di sekolah tersebut dilihat dapat
mewujudkan pembelajaran yang berpusatkan kepada murid dan bahan. Hal ini berbeza dengan

10
Penulisan Akademik Raikan Kepelbagaian Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Sejarah Ambilan Jun 2018, Semester 3

sumber bahan bercetak di sekolah tersebut iaitu buku teks Sejarah yang dilihat hanya mampu
mewujudkan pembelajaran bercorak autokratik. Hal ini demikian kerana, guru yang
menggunakan sumber bahan bercetak seperti buku teks Sejarah di dalam bilik darjah hanya
menggunakan kaedah “chalk and talk”. Kaedah pembelajaran ini dilihat lebih berpusatkan
kepada guru dan menyebabkan murid-murid tidak akan belajar berkolaborasi dengan rakan
dan kemahiran berkomunikasi mereka juga akan terjejas. Tambahan lagi, pengajaran
berpusatkan guru ini juga akan kerap membuat murid menjadi bosan dan secara tidak langsung
isu murid pasif di dalam bilik darjah akan meningkat. Namun, bagi sumber internet pula,
kaedah pembelajaran berpusatkan murid dan bahan dapat diwujudkan. Ini kerana, guru sejarah
yang menggunakan sumber internet semasa proses PdP akan melibatkan murid secara tidak
langsung dalam proses pencarian sesuatu maklumat. Situasi ini membolehkan murid bergerak
secara aktif di dalam bilik darjah serta murid dapat berinteraksi dengan bahan, guru dan juga
rakan sekelas. Perkara ini disokong oleh Norizan Ahmad, (2003) yang menyatakan bahawa
murid akan menjadi lebih berminat terhadap aktiviti pembelajaran apabila mereka boleh
berinteraksi dengan guru dan rakan-rakan sekelas dan melibatkan diri secara aktif semasa
proses PdP dijalankan. Dengan cara ini, proses PdP menjadi lebih bermakna dan secara tidak
langsung isu tingkah laku negatif seperti murid yang pasif dapat diatasi.
Berdasarkan pemerhatian ke atas kedua-dua sumber sejarah di sekolah tersebut,
dapat dilihat bahawa penggunaan sumber internet adalah lebih membantu menghasilkan
proses PdP yang berkesan. Penggunaan sumber internet secara terancang akan menjadikan
pengajaran lebih baik dan menarik kerana banyak maklumat boleh dicapai melalui enjin carian
di internet (Ismail, M. A, dan Razali, N.,2003). Kaedah pengajaran bersumberkan internet ini
menjadikan pembelajaran lebih berpusat kepada murid (Zoraini Wati Abas, 1996). Oleh itu,
peluang mewujudkan komunikasi dua hala antara guru dan murid adalah lebih tinggi. Murid
akan merujuk kepada guru jika terdapat sebarang masalah berhubung dengan pembelajaran.
Secara tidak langsung juga isu murid yang pasif di dalam bilik darjah dapat dikurangkan.
Dengan adanya penggunaan sumber internet dalam proses PdP, murid akan mempunyai sikap
inkuiri iaitu sikap ingin tahu dan menjadi lebih aktif serta berminat untuk melibatkan diri
dalam aktiviti pembelajaran di dalam bilik darjah.

D. CADANGAN PERANAN GURU DALAM MENGATASI ISU TINGKAH


LAKU DI DALAM BILIK DARJAH.

Seterusnya, guru juga boleh berpandukan kepada beberapa model pengurusan disiplin bilik
darjah bagi mengatasi masalah murid yang pasif semasa proses PdP Sejarah. Antara model
yang boleh menjadi rujukan kepada guru adalah model pengurusan Disiplin Thomas Gordan.
Berdasarkan model ini, Gordan percaya bahawa tingkah laku murid di dalam bilik darjah
dapat dicapai dengan membantu murid memperoleh kawalan dalaman atau kawalan kendiri
(Bartlett & Thomas, 2004). Ini bermaksud, guru perlulah berkomunikasi atau berinterkasi
dengan murid dengan baik supaya dapat mengawal tingkah laku murid-murid di dalam bilik
darjah. oleh itu, guru seharusnya tidak lagi bergantung kepada teknik intervensi tradisional
yang berpusatkan kawalan guru seperti kaedah “Chalk and Talk” yang hanya menggunakan
buku teks Sejarah sebagai sumber PdP di dalam bilik darjah. Guru seharusnya merancang
aktiviti pembelajaran dengan menggunakan sumber yang lebih berpusatkan kepada murid
supaya berlakunya komunikasi dua hala anatara murid dan guru (Haliza Hamzah dan Samuel,
J.N., 2009). Sebagai contoh, guru boleh menggunakan sumber internet dalam proses PdP
Sejarah. Komunikasi yang berkesan antara guru dan murid inilah yang mampu mengubah
tingkah laku murid. Contohnya daripada murid terlampau diam dan tidak berminat untuk
belajar, murid akan menjadi lebih selesa di dalam bilik darjah dan lebih mendengar arahan

11
Penulisan Akademik Raikan Kepelbagaian Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Sejarah Ambilan Jun 2018, Semester 3

guru. Dengan cara ini, guru dapat mengenali lebih mendalam diri murid dan secara tidak
langsung masalah murid yang pasif di dalam kelas dapat diatasi.

E. CADANGAN PENGHASILAN SUMBER PDP DI DALAM BILIK DARJAH

Di samping itu, terdapat beberapa cadangan penambahbaikan dalam pengurusan bilik darjah
bagi mengatasi masalah murid pasif ini. Antara cadangan tersebut ialah, penghasilan video
“H5P” dalam proses PdP mata pelajaran sejarah. Video “H5P” merupakan video interaktif
yang mempunyai pelbagai jenis soalan dan sumber maklumat yang dihasilkan dalam satu
video dengan menggunakan rangkaian internet. Video “H5P” juga boleh mewujudkan
interaksi antara murid dengan bahan secara langsung. Sebagai contoh, topik “Perjuangan
Tokoh Tempatan” dalam mata pelajaran Sejarah boleh dihasilkan dalam satu video “H5P”.
Video tersebut akan mengisi beberapa maklumat dan soalan yang berkaitan dengan topik
“perjuangan tokoh tempatan”. Secara khususnya, murid akan menonton video untuk
mendapatkan maklumat dan dalam pada masa yang sama, soalan berkaitan dengan topik
tersebut juga akan dipaparkan. Murid diminta untuk menjawab soalan sambil menonton video
yang ditayangkan. Oleh itu, berlakulah interaksi antara murid dengan bahan semasa proses
PdP dijalankan. Dengan penghasilan video “H5P” ini, masalah murid pasif akan dapat diatasi
kerana penggunaan video “H5P” dapat meningkatkan penglibatan murid ketika aktiviti
pembelajaran dijalankan.
Selain itu, guru juga boleh menggunakan aplikasi “quizziz” dalam membuat
penilaian ketika di akhir waktu pembelajaran. Aplikasi ini akan memaparkan soalan-soalan
secara atas talian dengan mengggunakan jaringan internet. Sebagai contoh, guru boleh
membina beberapa soalan berkaitan dengan sesuatu topik sejarah melalui aplikasi “quizziz”
ini dan meminta murid untuk menjawab soalan-soalan tersebut dengan menggunakan media
elektronik seperti komputer riba. Aplikasi ini akan memudahkan guru membuat penilaian
terhadap murid dan menjimatkan masa guru. Hal ini demikian kerana, aplikasi ini tidak
memerlukan guru untuk menyediakan bahan-bahan bercetak seperti kertas yang menyukarkan
guru untuk mengumpul maklumat-maklumat penilaian murid. Dalam pada masa yang sama
juga, aplikasi ini mampu meningkatkan penglibatan murid dalam proses PdP kerana aplikasi
ini mempunyai unsur grafik, audio dan gambar yang menarik minat murid. Oleh itu, masalah
tingkah laku yang negatif seperti murid yang pasif di dalam bilik darjah akan dapat
dikurangkan.

F. PENUTUP

Kesimpulannya, pengurusan bilik darjah yang baik oleh guru adalah faktor yang paling
penting untuk menghasilkan proses PdP yang lebih bermakna (Glenn, R. E., 2001). Sebagai
seorang guru sejarah yang prihatin, guru perlulah meraikan kepelbagaian murid dengan
mengenalpasti masalah dan isu yang sering terjadi di dalam bilik darjah. Seterusnya, seorang
guru sejarah juga haruslah berusaha untuk menangani sesuatu masalah di dalam bilik darjah
dengan menghasilkan aktiviti pembelajaran yang menarik dengan menggunakan sumber PdP
Sejarah yang menarik dan sesuai.

RUJUKAN

Abdul Rahman Chik (2003). Satu Tinjauan Mengenai Stail Tindakan Guru Tingkah
laku Negatif Pelajar di Bilik Darjah. Tesis Sarjana: Universiti Teknologi
Malaysia.

12
Penulisan Akademik Raikan Kepelbagaian Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Sejarah Ambilan Jun 2018, Semester 3

Abdullah Sani Yahaya (2006). Mengurus Disiplin Pelajar. Kuala Lumpur:


PTSProfesional publishing Sdn. Bhd.
Abdullah, M., Abdullah, A. H., & Rosman, A. S. (2015). Identifikasi peranan ibu bapa
dalam kelangsungan pendidikan tahfiz anak. Seminar Antarabangsa Isu-Isu
Pendidikan. 2015 (IsPEN2015). pp. 151 – 162.
Azizi Yahya (2006). Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Masalah Disiplin Pelajar
Sekolah dan Perhubungan Pembentukan Personaliti. Monograf Penyelidikan,
Universiti Teknologi Malaysia, Skudai.
Bartlett & Thomas. (2004). Taking Control of the Classroom. Chronicle of Higher
Education. 51(4). http://web5.epnet.com/citation.
Choong Lean Keow (2009). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku Untuk Program
Ijazah Sarjana Muda Perguruan. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Glenn, R. E. (2001). What Teachers Need to Be. Education Digest, 67(1), 19-21.
http://web5.epnet.com/citation Haliza Hamzah dan Samuel, J.N. (2009). Siri
Pendidikan Guru: Pengurusan Bilik Darjah Dan Tingkah Laku. Kuala Lumpur:
Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Ismail, M. A, dan Razali, N. (2003). Aplikasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Dalam Pengajaran dan Pembelajaran: Perspektif Dalam Mata Pelajaran Kimia
SPM; Universiti Kebangsaan Malaysia.
Norizan Ahmad (2003). Kemahiran dan Penggunaan Komputer dalam Pengajaran Sains
di Sekolah Menengah: Lebih Banyak Soalan Dari Jawapan,
Maktab Perguruan Teknik Kuala Lumpur.
Zoraini Wati Abas (1996). “Internet Untuk Pendidikan”. Kertas yang dibentangkan dalam
Seminar Internet Dalam Pendidikan. Johor Bahru. MPTI

13
Penulisan Akademik Raikan Kepelbagaian Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Sejarah Ambilan Jun 2018, Semester 3

PENGGUNAAN SUMBER PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SEJARAH


YANG MEMPENGARUHI TINGKAH LAKU MURID DI DALAM BILIK DARJAH

Nurul Umairah binti Mohamad Di


Jabatan Sejarah,
IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka

A. PENDAHULUAN

Program berasaskan sekolah (PBS) fasa dua telah dilaksanakan bermula 4 dan 5 Ogos
sehingga 8 dan 9 Ogos yang lalu. Sekolah yang menjadi pilihan untuk melaksanakan PBS
pada kali ini ialah Sekolah Kebangsaan Saujana Indah di Pulau Pinang. Sekolah yang terletak
di kawasan Nibong Tebal ini merupakan sebuah sekolah kluster kecemerlangan bagi mata
pelajaran Sains. Sekolah ini sering mengambil bahagian dalam pertandingan inovasi dan
robotik sehingga ke peringkat kebangsaan. Berdasarkan pengalaman dan pemerhatian di
sekolah tersebut, isu tingkah laku bilik darjah yang dapat diperhatikan ialah murid-murid
kurang fokus dan memberikan perhatian semasa guru sedang mengajar mata pelajaran
Sejarah. Bukan itu sahaja, terdapat juga beberapa orang murid yang mengganggu rakan
sekelas serta berbual-bual sesama mereka sewaktu PdP sedang berlangsung.

B. DAPATAN PEMERHATIAN DI SEKOLAH SEMASA MENJALANKAN PBS

i. ISU TINGKAH LAKU BILIK DARJAH

Sepanjang berlangsungnya sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah,


kebanyakan murid hanya fokus pada 10 hingga 15 minit pertama sahaja. Hal ini dapat dilihat
ketika pemerhatian dilaksanakan pada PdP Sejarah Tahun 5 Excellent di Sekolah Kebangsaan
Saujana Indah. Murid-murid hanya memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap set induksi
sahaja kerana murid-murid masih bersemangat dan bertenaga pada awal waktu pembelajaran
(Manisah Ali & Norizza Sahal, 2016). Apabila bermulanya sesi pembelajaran, murid-murid
sudah mula mengantuk dan menguap yang menyebabkan mereka tidak dapat fokus terhadap
pengajaran guru. Hal ini menyebabkan murid menunjukkan tingkah laku yang kurang
menyenangkan seperti mengganggu rakan sekelas dan berbual-bual sesama mereka. Untuk
mendapatkan data dan maklumat yang jelas mengenai punca berlakunya isu tingkah laku ini,
temu bual ringkas telah dilaksanakan bersama murid-murid tersebut. Menurut mereka,
penggunaan sumber sejarah yang terhad dan tidak menarik semasa PdP Sejarah menyebabkan
mereka tidak dapat memberikan perhatian dan fokus sepenuhnya terhadap pengajaran guru.
Berdasarkan temu bual bersama dengan guru Sejarah pula, beliau lebih banyak menggunakan
buku teks berbanding sumber lain dalam pelaksanaan PdP Sejarah. Menurut guru tersebut,
beliau kurang menggunakan sumber elektronik dan sumber internet kerana tempoh masa
pelaksanaan PdP yang terhad. Selain tidak dapat fokus di dalam bilik darjah, murid juga tidak
dapat menjana pemikiran untuk berfikir secara kreatif dan kritis kerana kebergantungan yang
tinggi terhadap penggunaan buku teks tidak dapat menggalakkan murid untuk membuat
interpretasi sejarah berdasarkan bukti sejarah (M. Kaviza, Fauziah Abdul Rahim & Nurliyana
Bukhari, 2018).
Bukan itu sahaja, murid yang hilang fokus semasa sesi PdP Sejarah juga menunjukkan
tingkah laku seperti tersengguk-sengguk, tertidur di dalam bilik darjah dan membaca bahan
lain. Masalah tingkah laku yang dianggap distruptif ini boleh menjejaskan aktiviti dan

14
Penulisan Akademik Raikan Kepelbagaian Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Sejarah Ambilan Jun 2018, Semester 3

pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran terutamanya mata pelajaran Sejarah (Haliza


Hamzah & Samuel, 2016). Hal ini berpunca daripada guru Sejarah yang menggunakan
pendekatan dan strategi yang kurang sesuai untuk menarik minat murid terhadap
pengajarannya. Sikap guru yang tidak mengendahkan suasana pembelajaran ini membuatkan
murid-murid berasa bosan dan tertekan semasa belajar, lebih-lebih lagi untuk mencerna fakta-
fakta Sejarah. Tambahan pula, mata pelajaran Sejarah merupakan subjek yang paling kurang
digemari oleh murid-murid. Oleh hal yang demikian, guru Sejarah perlulah merangka strategi
dan pendekatan yang sesuai dan dapat menarik perhatian murid terhadap sesi pengajaran dan
pembelajaran yang dilaksanakannya (Ngu Mee Kok, 2012). Sebagai contoh, guru boleh
menggunakan Model Tingkah laku Asertif Canter untuk dijadikan panduan dan rujukan
supaya dapat mengendalikan PdP Sejarah dengan baik. Hal ini demikian kerana konsep utama
model ini ialah guru mempunyai hak untuk mengajar secara profesional dan tanpa gangguan.
Oleh itu, guru Sejarah perlulah berusaha menjadi seorang guru yang asertif supaya dapat
membina hubungan saling mempercayai dan dapat membimbing murid-murid untuk
menunjukkan tingkah laku yang diingini. Antara perkara yang digariskan dalam model ini
untuk mengatasi masalah murid kurang fokus semasa PdP Sejarah ialah guru perlulah
menjelaskan kepada murid tentang peraturan bilik darjah dan akibat yang munasabah
sekiranya murid melanggar peraturan tersebut. Misalnya, guru Sejarah berusaha
menggunakan pelbagai sumber seperti sumber bercetak, sumber elektronik dan sumber
internet untuk menarik minat dan mengembalikan fokus murid terhadap PdP Sejarah.
Sekiranya murid masih kurang memberikan perhatian terhadap pengajaran guru, guru boleh
membuat keputusan untuk menggunakan sumber bercetak sahaja. Hal ini bukan sahaja dapat
memastikan murid kembali fokus terhadap PdP Sejarah, malah guru juga dapat memupuk
minat murid terhadap mata pelajaran Sejarah. Jelaslah bahawa isu tingkah laku murid kurang
fokus di dalam bilik darjah dapat ditangani dengan mengaplikasikan Model Tingkah laku
Asertif Canter serta mempelbagaikan sumber PdP Sejarah untuk menghasilkan satu
pembelajaran yang menyeronokkan kepada murid-murid.
Seterusnya, murid yang kurang fokus terhadap pengajaran guru akan bertindak
mengganggu rakan sekelasnya yang lain. Menurut Aziz Shah et. al. (2014), hal ini berlaku
kerana murid-murid tidak menggemari mata pelajaran Sejarah yang memerlukan mereka
untuk menghafal fakta-fakta Sejarah dengan tepat. Semasa PdP Sejarah, mereka lebih gemar
untuk melakukan kerja sendiri yang boleh menghilangkan kebosanan mereka seperti
membaca komik dan menyiapkan kerja sekolah yang tertangguh. Bukan itu sahaja, faktor lain
murid hilang fokus di dalam bilik darjah adalah kerana mereka tidak bersedia untuk
memulakan PdP Sejarah. Hal ini demikian kerana mereka tidak membaca terlebih dahulu
topik Sejarah yang akan disampaikan oleh guru. Hal ini menyebabkan murid-murid tidak
faham tentang perkara yang diajarkan oleh guru seterusnya tidak dapat menumpukan fokus
sepenuhnya terhadap pengajaran yang disampaikan oleh guru di dalam bilik darjah. Untuk
mengatasi masalah tingkah laku ini, guru haruslah mengaplikasikan Model Modifikasi
Tingkah Laku B. F. Skinner kerana model ini mempunyai elemen-elemen luaran yang berupa
peneguhan untuk menjadi rangsangan bagi meningkatkan tingkah laku yang diingini
(Evertson, Emmer, Worsham, 2003). Dalam model ini, terdapat dua jenis peneguhan yang
boleh dilaksanakan oleh guru di dalam bilik darjah, iaitu peneguhan positif dan peneguhan
negatif. Peneguhan positif berlaku apabila rangsangan diberikan seperti hadiah, pujian,
markah merit dan sebagainya yang bertujuan untuk meningkatkan tingkah laku murid yang
diingini. Sebagai contoh, murid yang fokus dan memberikan perhatian sepenuhnya terhadap
pengajaran guru akan diberikan hadiah seperti sebatang pensel dan pemadam. Peneguhan
negatif pula berlaku apabila murid mengeluarkan rangsangan yang tidak diingini seperti
membuat bising semasa PdP berlangsung, mengganggu rakan sekelas, membuat tugasan lain

15
Penulisan Akademik Raikan Kepelbagaian Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Sejarah Ambilan Jun 2018, Semester 3

ketika PdP Sejarah dijalankan dan sebagainya. Contohnya, apabila terdapat murid yang leka
membaca komik semasa berlangsungnya PdP Sejarah, guru bertindak mengambil komik
tersebut dengan harapan murid tersebut dapat kembali menumpukan perhatian kepada
pengajaran guru. Hal ini akan memberikan pengajaran kepada murid untuk menjaga tingkah
laku mereka di dalam bilik darjah supaya mereka dapat menumpukan perhatian sepenuhnya
terhadap pengajaran dan pembelajaran Sejarah. Tidak dapat disangkal lagi jelaslah bahawa
murid-murid yang hilang tumpuan semasa PdP boleh diatasi sekiranya guru Sejarah
menjadikan Model Modifikasi Tingkah Laku B. F. Skinner sebagai panduan untuk menarik
minat murid kembali fokus terhadap pengajaran yang disampaikannya di dalam bilik darjah.

ii. SUMBER PDP SEJARAH YANG DIGUNAKAN UNTUK MENANGANI


MASALAH TINGKAH LAKU DI SEKOLAH

Berdasarkan temu bual yang dilaksanakan bersama-sama guru Sejarah Tahun 5 Excellent di
Sekolah Kebangsaan Saujana Indah (SKSI), beliau menyatakan bahawa sumber yang sering
dan mudah digunakannya semasa PdP Sejarah ialah sumber bercetak. Hal ini demikian kerana
bahan ini murah dan senang didapati di perpustakaan dan kedai buku. Antara bahan bercetak
yang sering digunakan sewaktu PdP ialah buku teks Sejarah. Buku teks yang dimiliki oleh
semua murid ini memudahkan proses pengajaran guru kerana murid-murid tidak perlu
berkongsi bahan antara satu sama lain. Selain itu, guru Sejarah ini juga menggunakan bahan
bercetak seperti akhbar kerana bahan ini banyak menyiarkan berita tentang segala peristiwa
yang berlaku dalam kalangan masyarakat dan negara. Menurut guru Sejarah tersebut, beliau
pernah meminta setiap murid membawa keratan akhbar tentang Hari Kemerdekaan untuk
dibincangkan dan berkongsi maklumat bersama-sama di dalam kelas. Dengan menggunakan
bahan ini, guru tersebut menggunakan kaedah pengajaran secara sumbang saran dengan
meminta semua murid menceritakan secara ringkas mengenai artikel akhbar yang dibawa oleh
mereka. Guru Sejarah ini juga menyatakan bahawa sumber PdP Sejarah seperti akhbar ini
mampu membentuk tingkah laku murid yang baik. Hal ini dapat dibuktikan apabila guru
tersebut menjelaskan bahawa murid-murid menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap
pengajaran guru kerana menggunakan bahan bercetak selain buku teks. Keterujaan murid-
murid berkongsikan idea dan pendapat dengan menggunakan keratan akhbar mampu
mewujudkan suasana kelas yang tenang dan tidak bising.
Seterusnya, guru Sejarah di SKSI juga tidak ketinggalan menggunakan sumber elektronik
sebagai bahan bantu mengajar semasa pengajaran dan pembelajaran Sejarah dijalankan. Hal
ini demikian kerana guru-guru hendaklah menggunakan pendekatan pedagogi yang selaras
dengan Falsafah Pendidikan Negara yang menuntut mereka untuk mengikuti arus
perkembangan teknologi pendidikan pada masa kini (Abdul Shukor Abdullah, 1998). Oleh
itu, guru perlulah menggunakan sumber internet seperti Google Maps, Google Earth, laman
web, direktori sumber sejarah, portal pendidikan dan sebagainya. Namun begitu, guru Sejarah
di SKSI hanya menggunakan laman web dan direktori sumber sejarah sebagai bahan bantu
mengajar di dalam bilik darjah. Guru tersebut akan menggunakan sumber ini apabila beliau
melaksanakan PdP Sejarah di makmal komputer. Beliau meminta murid-murid untuk
melayari laman web Arkib Negara Malaysia dengan menggunakan komputer masing-masing.
Guru juga meminta murid melayari laman web seperti YouTube untuk mendedahkan murid
kepada video dan filem Sejarah seterusnya meminta murid membuat interpretasi terhadap
video dan filem yang ditonton. Murid yang seronok dan teruja menggunakan komputer dan
melayari laman web yang baru diterokai oleh mereka akan menunjukkan minat dan fokus
terhadap pengajaran guru. Selain banyak maklumat yang akan diperolehi murid-murid,
pembelajaran menggunakan sumber internet ini juga tidak membosankan. Melalui capaian

16
Penulisan Akademik Raikan Kepelbagaian Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Sejarah Ambilan Jun 2018, Semester 3

laman web ini juga, guru Sejarah tersebut turut meminta murid untuk mengakses direktori
sumber sejarah untuk mendapatkan banyak maklumat Sejarah. Sebagai contoh, murid-murid
diminta untuk mencari direktori sumber sejarah mengenai pembentukan Malaysia dengan
menggunakan laman web Arkib Negara Malaysia. Sumber Sejarah yang agak baharu bagi
murid-murid ini berjaya mengekalkan fokus murid sepanjang PdP Sejarah kerana keterujaan
mereka mencari maklumat yang baharu.

C. PERBANDINGAN SUMBER PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


SEJARAH DAN KESANNYA TERHADAP TINGKAH LAKU MURID

Sepanjang melaksanakan PBS di Sekolah Kebangsaan Saujana Indah, semasa sesi PdP
Sejarah Tahun 5 Excellent dijalankan, sumber pengajaran dan pembelajaran Sejarah yang
digunakan oleh guru mata pelajaran ialah bahan bercetak dan sumber internet. Persamaan
yang terdapat pada bahan bercetak dan sumber internet ialah kedua-dua sumber ini
mengandungi maklumat dan nilai Sejarah untuk disampaikan kepada murid-murid. Sumber-
sumber ini juga digunakan sebagai bahan bantu mengajar dalam pengajaran dan pembelajaran
Sejarah di sekolah. Guru Sejarah menggunakan bahan bercetak dan sumber internet ini untuk
mencapai objektif pembelajaran dan merangka aktiviti semasa pelaksanaan PdP di dalam bilik
darjah.
Perbezaan antara kedua-dua sumber ini ialah bahan bercetak lebih mudah untuk
dicari dan diakses berbanding sumber internet. Menurut Syed Ismail Syed Mustafa et. al.
(2016), kebanyakan guru Sejarah lebih selesa menggunakan bahan bercetak seperti buku teks,
buku rujukan, peta, akhbar dan majalah kerana bahan ini senang untuk didapati di
perpustakaan dan kedai buku. Bukan itu sahaja, bahan bercetak ini juga kekal lama dan mudah
untuk dirujuk pada bila-bila masa kerana sifatnya yang mudah dialih dan diakses. Sementara
itu, sumber internet pula sukar untuk diakses jika dibandingkan dengan bahan bercetak kerana
sumber ini memerlukan capaian internet yang laju untuk pencarian sesuatu maklumat. Sumber
ini juga tidak dapat digunakan sekiranya tiada jaringan talian terutamanya di kawasan
pedalaman. Menurut Anuar Ahmad & Nelson Jinggan (2015), hal ini menyukarkan tugas guru
Sejarah untuk menggunakan sumber internet sebagai bahan bantu mengajar di dalam bilik
darjah. Selain itu, perbezaan antara kedua-dua sumber ini ialah dari segi kos. Penggunaan
bahan bercetak memerlukan kos yang lebih tinggi berbanding sumber internet. Hal ini
demikian kerana buku-buku Sejarah yang dijual di pasaran kebanyakannya mahal jika
dibandingkan dengan sumber internet yang boleh mengakses maklumat secara percuma. Hal
ini seterusnya menyebabkan guru-guru Sejarah tidak dapat membeli buku dengan kerap untuk
digunakan sebagai bahan bantu mengajar di dalam bilik darjah. Namun begitu, sumber
internet membolehkan guru untuk mendapatkan maklumat dari pelbagai laman web secara
percuma seperti Scribd, Slideshare, portal-portal pendidikan, portal Arkib Negara Malaysia
serta meminjam buku dari Perpustakaan Negara secara atas talian. Hal ini memudahkan tugas
guru untuk mendapatkan maklumat dengan pantas dan berkesan. Guru Sejarah juga boleh
mencetak maklumat tersebut dan mengedarkan salinan kepada semua murid untuk dijadikan
sebagai rujukan. Apabila setiap murid mendapat salinan sesuatu maklumat Sejarah yang
diberikan oleh guru, mereka tidak akan berebut-rebut antara satu sama lain dan dapat
menumpukan perhatian terhadap pengajaran guru (Hardin, 2004). Sumber internet ini secara
tidak langsung dapat melahirkan murid yang menunjukkan tingkah laku yang baik apabila
guru menggunakan sumber ini secara optimum dan bijaksana.
Bukan itu sahaja, perbezaan antara bahan bercetak dengan sumber internet dapat
dilihat dari aspek integrasi media. Bahan bercetak hanya menggunakan media seperti teks dan
grafik. Isi kandungan yang terdapat pada bahan bercetak ini adalah statik dan tiada pergerakan

17
Penulisan Akademik Raikan Kepelbagaian Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Sejarah Ambilan Jun 2018, Semester 3

animasi yang terdapat pada sumber internet. Hal ini menyebabkan murid-murid cepat bosan
dan hilang fokus sekiranya kerap menggunakan buku, peta, dan bahan bercetak lain (Rohana
Zubir, 2007). Sumber internet yang digunakan sebagai bahan pengajaran dapat meningkatkan
motivasi, minat dan fokus murid terhadap pengajaran dan pembelajaran Sejarah di dalam bilik
darjah. Hal ini demikian kerana sumber internet menggunakan pelbagai media dalam
persembahan maklumatnya seperti teks, audio, grafik dan animasi. Apabila guru
menggunakan sumber internet untuk memancarkannya pada LCD di hadapan kelas, murid-
murid berasa teruja dan seronok untuk belajar Sejarah. Hal ini menyebabkan tiada lagi murid
yang mengantuk, membuat tugasan lain dan berbual-bual sepanjang PdP kerana mereka fokus
terhadap penggunaan sumber internet yang diperkenalkan oleh guru Sejarah (Hassan Mohd
Ali, 1996). Perbezaan yang seterusnya ialah bahan bercetak bersifat kurang mesra pengguna
kerana buku teks dan buku rujukan berat untuk dibawa ke dalam bilik darjah. Kadang kala,
terdapat juga murid-murid yang sengaja meninggalkan buku teks di rumah kerana berat untuk
membawanya ke sekolah. Berbeza dengan sumber internet, maklumat-maklumat Sejarah
dapat diakses di hujung jari sahaja. Guru tidak perlu membawa bahan yang berat kerana
maklumat Sejarah ini juga dapat dimuat turun dan dipindahkan ke dalam Pendrive atau
Thumbdrive. Untuk sesi pengajaran dan pembelajaran, guru hanya perlu menyambungkannya
di komputer riba dan memancarkan maklumat tersebut di LCD. Hal ini membuktikan bahawa
sifat sumber internet yang mesra pengguna ini memudahkan pengajaran guru dan
pembelajaran murid untuk mata pelajaran Sejarah. Sebagai contoh, guru tidak perlu membawa
peta atau glob ke bilik darjah untuk menunjukkan tempat-tepat bersejarah kepada murid
kerana guru hanya boleh menggunakan aplikasi seperti Google Earth dan Google Maps
sahaja. Tambahan pula, sumber internet yang digunakan di dalam bilik darjah ini dapat
menarik minat murid untuk menumpukan perhatian terhadap pengajaran guru yang
mengaplikasikan elemen teknologi maklumat dan komunikasi (TMK). Jelaslah bahawa
penggunaan sumber internet secara kreatif dapat membentuk peribadi dan tingkah laku murid
yang baik sewaktu PdP berlangsung.

D. CADANGAN MENANGANI MASALAH TINGKAH LAKU MELALUI


PENGHASILAN SUMBER PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Sumber PdP Sejarah yang menarik dan tidak membosankan adalah penting untuk
mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokan dan membentuk tingkah laku murid
yang diingini. Pada era globalisasi ini, sumber elektronik menjadi pilihan utama murid-murid
kerana penggunaannya yang lebih mudah dan interaktif serta dapat diakses dengan cepat (Siti
Hawa & Renuka Ramakrishnan, 2015). Oleh hal yang demikian, guru Sejarah boleh
menghasilkan sebuah pakej pengajaran yang menggunakan laman sesawang seperti WIX
untuk berkongsi maklumat serta informasi mengenai mata pelajaran Sejarah. Dalam pakej
pengajaran yang diberikan nama seperti MyFranca, guru boleh menginovasikan maklumat
daripada buku teks Sejarah dengan memuatnaikkan video, audio, gambar dan kuiz yang
berkaitan dengan mata pelajaran Sejarah untuk menghasilkan sebuah pengajaran Sejarah yang
lebih menarik. Pakej pengajaran yang dihasilkan menggunakan warna yang dapat menarik
perhatian murid untuk memberikan fokus sepenuhnya di dalam kelas. Pakej pengajaran itu
juga mengandungi pelbagai butang menu seperti Halaman Utama, Manual Pengguna, Jom
Menonton, Kuiz, Rujukan dan Tentang Kami. Guru boleh meminta murid untuk mengakses
sendiri pakej pengajaran tersebut supaya mereka dapat menerokai tentang mata pelajaran
Sejarah.
Pakej pengajaran ini juga mempunyai video dan animasi yang menggunakan aplikasi
seperti Powtoon untuk maklumat-maklumat Sejarah secara menarik. Bukan itu sahaja, guru

18
Penulisan Akademik Raikan Kepelbagaian Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Sejarah Ambilan Jun 2018, Semester 3

haruslah menggunakan aplikasi seperti H5P untuk menjadikan animasi Powtoon itu sebagai
sebuah video interaktif. Video yang bersifat interaktif menggunakan H5P dapat mewujudkan
hubungan dua hala antara murid dan bahan pembelajaran. Seterusnya, pentaksiran terhadap
murid-murid pula dapat diukur dengan melaksanakan kuiz secara atas talian seperti
menggunakan aplikasi Quizizz yang telah disediakan di pakej pengajaran WIX. Selain untuk
menilai pengetahuan dan kefahaman murid, aplikasi Quizizz ini juga dapat merangsang
pelbagai deria murid untuk meningkatkan motivasi mereka dalam PdP Sejarah kerana aplikasi
ini mempunyai grafik, animasi dan audio yang menarik. Dalam PdP Sejarah, guru boleh
mengaksesnya di hadapan murid-murid untuk menunjukkan kepada mereka sumber PdP
selain daripada bahan bercetak dan sumber internet yang sering digunakan. Apabila guru
memancarkannya pada LCD, murid-murid akan teruja dan terpegun dengan sumber yang baru
dilihat ini. Hal ini akan berjaya meningkatkan fokus dan tumpuan murid terhadap pengajaran
guru sewaktu PdP Sejarah. Hal ini jelas menunjukkan bahawa pakej pengajaran yang
dihasilkan ini merupakan satu inisiatif yang baik kerana ia mudah diakses oleh murid dan
tidak memerlukan murid untuk menelaah buku sepanjang masa.

E. PENUTUP

Isu tingkah laku bilik darjah seperti murid kurang fokus semasa pengajaran dan pembelajaran
Sejarah dapat diatasi apabila guru menggunakan Model Tingkah laku Asertif Canter dan
Model Modifikasi Tingkah Laku B. F. Skinner sebagai panduan untuk mewujudkan suasana
pembelajaran yang tenang dan kondusif. Masalah tingkah laku bilik darjah ini juga dapat
ditangani apabila guru menggunakan sumber PdP Sejarah yang menarik dan dapat
mengembalikan fokus murid terhadap pengajaran guru. Walaupun terdapat beberapa
perbezaan antara sumber Sejarah seperti bahan bercetak dan sumber internet yang digunakan
semasa PdP, namun kedua-dua sumber ini adalah penting untuk membina tingkah laku murid
yang baik bagi melahirkan suasana bilik darjah yang kondusif dan sejahtera.

RUJUKAN

Abdul Shukor Abdullah. (1998). Sejarah dalam Sistem Pendidikan Malaysia: Perubahan
dan Hala Tuju Kurikulum Sejarah. Kuala Lumpur: Jabatan Sejarah Universiti
Malaya.
Anuar Ahmad & Nelson Jinggan. (2015). Pengaruh Kompetensi Kemahiran Guru Dalam
Pengajaran Terhadap Pencapaian Akademik Pelajar Dalam Mata Pelajaran Sejarah.
Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik, 3(2), 3-12.
Evertson, C. M., Emmer, E. T. & Worsham, M. E. (2003). Classroom Management for
Elementary Teachers. USA: A and B Production.
Haliza Hamzah & Samuel, J. N. (2016). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku.
Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Hardin, C. J. (2004). Effective Classroom Management. Ohio: Pearson: Merril Prentice Hall.
Hassan Mohd Ali. (1996). Strategi Belajar yang Berkesan. Kuala Lumpur: Utusan Publication
Distributors.
M. Kaviza, Fauziah Abdul Rahim & Nurliyana Bukhari, (2018). Penggunaan Sumber Sejarah
Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Sejarah: Satu Kajian Perbandingan Antara
Guru Opsyen Sejarah Dan Guru Bukan Opsyen Sejarah. National Innovation and
Invention Competition Through Exhibition.

19
Penulisan Akademik Raikan Kepelbagaian Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Sejarah Ambilan Jun 2018, Semester 3

Manisah Mohd Ali & Norizza Sahal. (2016). Intervensi Meningkatkan Tumpuan dalam
Pembelajaran Murid Bermasalah Pembelajaran. Jurnal Pendidikan Malaysia, 41(1),
1-6.
Mohammad Aziz Shah Mohamed Arip et. al. (2014). Faktor, Kesan dan Strategi Menangani
Permasalahan Kurang Tumpuan Pelajar Sekolah Menengah di dalam Kelas: Suatu
Kajian Kualitatif. Jurnal Pendidikan, 3(2), 1-25.
Ngu Mee Kok. (2012). Meningkatkan Keberkesanan Kawalan Kelas Menggunakan Kaedah
Ganjaran Dan Hukuman Untuk Murid-Murid Tahun 3. Seminar Penyelidikan
Tindakan IPG KBL Tahun 2012, 132-146.
Rohana Zubir. (2007). “The History Teacher’s Dilemma – Fact or Fiction.” Jurnal Masalah
Pendidikan. 9(81), 87-93.
Siti Hawa Abdullah & Renuka Ramakrishnan. (2015). Penggunaan Sumber Digital Sejarah
dalam Kalangan Guru Sejarah. Jurnal Sejarah, 2, 3-19.
Syed Ismail Syed Mustafa, Pushpavalli A Rengasamey, Meor Aris Meor Hamzah & Rosli
Sani. (2016). Sumber Pengajaran dan Pembelajaran Sejarah. Selangor: Sasbadi
Sdn. Bhd.

20
Penulisan Akademik Raikan Kepelbagaian Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Sejarah Ambilan Jun 2018, Semester 3

PENGGUNAAN SUMBER DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


SEJARAH MEMPENGARUHI ISU TINGKAH LAKU BERMASALAH DALAM
BILIK DARJAH DI SK PARIT RAJA

Puteri Aimi Adlina binti Raja Musa


PISMP Sejarah Jun 2018,
IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka

A. PENDAHULUAN

Saya telah menjalankan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) di Sekolah Kebangsaan Parit
Raja, Batu Pahat 86400, Johor Darul Takzim selama seminggu bermula pada 4 Ogos sehingga
8 Ogos 2019. Sekolah ini mempunyai 527 orang murid yang terdiri daripada 278 orang murid
lelaki dan 249 murid perempuan termasuk murid pendidikan khas dan pendidikan awal kanak-
kanak. Murid yang mempunyai latar belakang keluarga sederhana ialah 65% dan 87% ibu
bapa bekerja sendiri. Manakala 35% murid mempunyai latar belakang keluarga berpendidikan
tinggi dan 75% adalah anak pensyarah atau guru. Sekolah ini terletak diantara kawasan luar
bandar dan bandar. Sesetengah murid mengalami krisis identiti dan sukar dikawal berdasarkan
temubual saya bersama guru kaunseling sekolah ini. Hal ini kerana murid ini tidak tahu untuk
mengekspresikan identiti diri mereka dalam kehidupan seharian sebagai budak kampung atau
budak bandar. Mereka tercari-cari identiti diri dengan mencuba pelbagai perkara termasuklah
melakukan tingkah laku negatif di dalam kelas.
Dalam proses mencari identiti diri, akan tercetus beberapa perkara yang
mendatangkan kebimbangan terutama dalam aspek interaksi sosial. Kebimbangan sosial
merupakan kebimbangan atau ketakutan dinilai secara negatif oleh situasi sosial (Schlenker
dan Leary, 1982). Kanak-kanak yang mengalami kebimbangan sosial menunjukkan
penghargaan kendiri yang rendah dan tekanan yang tinggi berbanding rakan sebaya yang lain
(Mohd Fairuz Jafar & Shahizan Hasan, 2016). Kebimbangan berpunca daripada ketakutan
dinilai secara negatif oleh orang lain yang membawa kepada tekanan, kesedihan dan
pengasingan kendiri. Murid yang mengalami keadaan ini akan mengalami tekanan apabila
berhadapan dengan murid lain sekiranya mereka diusik, dikritik, dijadikan bahan tumpuan
(Walsh, 2002). Perbezaan ini kadang kala membawa kepada tingkah laku bermasalah (Haliza
& Nesamalar J. S., 2016). Perbezaan individu adalah amat berkait rapat dengan latar belakang
keluarga (Azizi Yahaya & Syazwani Abdul, 2010). Oleh itu, perbezaan latar belakang dapat
diatasi jika guru dapat menggunakan sumber dalam proses PdP dengan berkesan dan efektif
untuk menarik minat murid untuk belajar dan meminimumkan isu tingkah laku negatif. Oleh
itu, suasana pembelajaran yang kondusif dapat dibudayakan untuk meningkatkan
keberkesanan proses PdP dengan meraikan kepelbagaian murid.

B. DAPATAN PEMERHATIAN DI SK PARIT RAJA

i. PERKAITAN ISU TINGKAH LAKU BERMASALAH DALAM


BILIK DARJAH DENGAN PENGGUNAAN SUMBER DALAM PDP

Berdasarkan pemerhatian saya di dalam bilik darjah semasa proses PdP Sejarah dijalankan,
saya mendapati bahawa terdapat segelintir murid yang menunjukkan tingkah laku negatif yang
telah mengganggu proses PdP daripada berjalan dengan lancar. Mereka telah menggugat
keselesaan murid dan guru dengan menunjukkan tingkah laku bermasalah seperti membuat

21
Penulisan Akademik Raikan Kepelbagaian Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Sejarah Ambilan Jun 2018, Semester 3

bising, tidak fokus dalam proses PdP, berjalan sesuka hati dan menggangu kawan sekelas dan
melakukan aktiviti lain seperti membaca komik. Masalah-masalah disiplin ini dikategorikan
sebagai masalah disiplin bersifat disruptif yang akan mengganggu dan menjejaskan
pelaksanaan PdP (Haliza Hamzah & Nesamalar J. S., 2016). Saya telah menganalisis isu
disiplin dalam bilik darjah di antara dua kelas dengan melakukan pemerhatian terhadap proses
PdP Sejarah.
Perbezaan yang saya ingin ketengahkan ialah penggunaan sumber PdP oleh guru mata
pelajaran Sejarah ketika proses PdP. Guru yang menggunakan sumber yang pelbagai dalam
proses PdP Sejarah telah berjaya mengurangkan tingkah laku negatif murid berbanding guru
yang menggunakan sumber yang terhad (rujuk lampiran A). Penggunaan sumber memainkan
peranan penting bagi menarik minat murid terhadap mata pelajaran Sejarah (Syed Ismail et.
al., 2017) yang mampu meminimumkan tingkah laku negatif murid hasil daripada kebosanan
dalam proses PdP. Hal ini kerana setiap murid mempunyai tahap kognitif yang berbeza-beza.
Murid yang mempunyai tahap kognitif yang tinggi sering berasa bosan jika sesi PdP yang
dijalankan terlalu rendah untuk tahap kognitif mereka. Guru perlu merancang PdP yang dapat
merangsang pemikiran kognitif murid dengan menggunakan sumber yang pelbagai supaya
mereka tertarik untuk mengikuti sesi PdP dan mengurangkan masalah tingkah laku.
Namun begitu berdasarkan pemerhatian saya, guru kelas A yang menggunakan sumber
yang pelbagai tidak dapat mengawal tingkah laku hiperaktif murid (rujuk lampiran A) dengan
baik. Pengurusan bilik darjah yang berkesan dan berjaya ialah tingkah laku yang
menghasilkan penglibatan pelajar yang maksimum dalam aktiviti pembelajaran dan
meminimumkan tingkah laku murid yang mengganggu tugas guru dan murid lain serta
penggunaan masa pembelajaran yang efisien (Hasfarina Abas, 2010). Guru perlu mempunyai
kemahiran kawalan kelas yang baik serta mempunyai autoriti untuk mengawal kelas dengan
berkesan supaya tingkah laku negatif murid dapat diminimumkan (Noriati A. Rashid et. al.,
2009) untuk mewujudkan pembudayaan pembelajaran kondusif. Hal ini kerana setiap murid
mempunyai personaliti yang berbeza-beza. Guru perlu pandai untuk membawa perwatakan
yang pelbagai supaya tingkah laku murid dapat dikawal seperti tegas dengan murid yang suka
membuat lawak di dalam kelas.

ii. SUMBER PDP DI SEKOLAH YANG MEMBANTU MENGAWAL


TINGKAH LAKU BERMASALAH MURID DI DALAM BILIK DARJAH

Fokus KSSR Sejarah ialah untuk menyemai ilmu pengetahuan dan asas Kemahiran Pemikiran
Sejarah (KPS) di samping pengamalan elemen kewarganegaraan dan nilai sivik (Bahagian
Pembangunan Kurikulum, 2018). Kesepaduan aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai ini
diharapkan mampu memberi pemahaman kepada murid untuk membina jati diri sebagai
rakyat Malaysia (Lampiran B). Guru perlu bertanggungjawab untuk mendalami kepelbagaian
jenis sumber PdP Sejarah bagi membantu pelaksanaan proses penyampaian fakta dengan
berkesan serta menerapkan elemen KPS dan EKNS secara langsung atau tidak langsung
supaya fokus KSSR dapat dicapai secara holistik.
Berdasarkan pemerhatian saya, sumber PdP Sejarah yang terdapat di sekolah ini sangat
banyak dan mudah diakses oleh guru dan murid. Sekolah ini telah menyediakan satu institusi
maklumat sumber PdP Sejarah khas untuk menyimpan sumber PdP ini iaitu galeri Sejarah
untuk dimanfaatkan oleh guru dalam proses PdP Sejarah. Tujuan galeri ini diwujudkan bagi
memupuk minat murid terhadap mata pelajaran Sejarah (Syed Ismail et. al., 2017). Namun
begitu, lokasi galeri ini kurang strategik iaitu di tingkat tiga yang menyukarkan murid dan
guru untuk sentiasa berkunjung ke sini kerana akan memakan masa proses PdP yang telah
dirancang oleh guru. Selain itu, tingkah laku bermasalah murid seperti berlari dan membuat

22
Penulisan Akademik Raikan Kepelbagaian Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Sejarah Ambilan Jun 2018, Semester 3

bising sukar dikawal ketika murid dalam perjalanan ke galeri Sejarah tersebut yang akan
memakan masa PdP Sejarah. Hal ini kerana ia merupakan naluri kanak-kanak untuk bermain.
Oleh itu, guru perlu mempunyai autoriti untuk membuat peraturan supaya perjalanan ke galeri
tersebut berjalan dengan lancar.
Antara sumber yang terdapat di sekolah ini terdiri daripada bahan bercetak seperti
majalah, akhbar, buku Sejarah, kajian akademik dan peta. Selain itu, sumber elektronik
sebagai sumber PdP Sejarah juga disediakan seperti audio, animasi, video dan perisian
permainan Sejarah. Bahan maujud yang disediakan ialah kad permainan, replika keris dan
panah, patung yang memakai pakaian tradisional serta sudut “Zaman Dahulu Kala”.
Penggunaan teknologi dalam PdP merupakan aspek yang didapati masih kurang digunakan
oleh guru (Siti Fatimah & Halim Tamuri, 2010). Sumber internet tidak digunakan secara
meluas dalam proses PdP di sekolah ini. Pihak sekolah telah menitikberatkan penggunaan
sumber yang pelbagai untuk menarik minat murid untuk mempelajari mata pelajaran Sejarah.
Oleh itu, penyediaan sumber yang pelbagai mampu menarik minat murid yang mempunyai
gaya belajar yang berbeza-beza seperti auditori, visual dan kinestetik.
Penggunaan sumber yang efektif dalam proses PdP mampu merangsang minat dan
pemikiran murid yang mampu meminimumkan tingkah laku negatif murid di dalam bilik
darjah. Oleh itu, saya akan membuat perbandingan untuk melihat kekurangan dan kelebihan
setiap sumber untuk diapliaksikan di dalam proses PdP Sejarah.

C. BANDING BEZA SUMBER PDP SEJARAH UNTUK TANGANI TINGKAH


LAKU BERMASALAH

Penggunaan bahan dalam PdP Sejarah sangat penting kerana pemilihan sumber yang tepat dan
bersesuaian dengan suatu tajuk atau isu yang dibincangkan dapat memberikan kesan yang
positif (Ismail Saad, 2014) termasuklah dapat meminimumkan tingkah laku negatif murid.
Guru perlu menilai setiap aspek bagi setiap sumber untuk memilih sumber yang efektif serta
dapat mewujudkan penglibatan aktif semua murid di dalam kelas (Mohd Hasani Dali, 2009)
bagi mengurangkan tingkah laku bermasalah murid.

i. PERSAMAAN

Antara persamaan aspek bagi kesemua sumber ini termasuklah ia memenuhi disiplin ilmu
Sejarah. Sejarah merupakan satu hakikat yang merujuk kepada masa sesudah dijumpai bukti-
bukti yang mengesahkannya (Khoo Kay Kim, 1984). Oleh itu, kajian saintifik dan berautoriti
merupakan paksi utama dalam disiplin ilmu Sejarah. Sumber bercetak yang memenuhi
disiplin ilmu Sejarah ialah cetakan jurnal dan artikel yang dikeluarkan oleh badan rasmi
(Shakila Yaakob & Rosilawati Zainol, 2015). Sumber internet juga memenuhi disiplin ilmu
Sejarah dengan perkongsian jurnal melalui laman e-jurnal daripada laman web yang
berautoriti seperti Jurnal Jebat hasil nukilan pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia.
Penggunaan kedua-dua sumber ini mampu merangsang elemen Kemahiran Pemikiran Sejarah
(KPS) iaitu Kemahiran Mengintepretasi. Elemen ini membantu murid untuk menganalisis
sumber secara kritis dan secara tidak langsung dapat membantu murid untuk kekal fokus di
dalam kelas dan isu tingkah laku dapat diminimumkan. Namun penggunaan sumber ini hanya
mampu menarik perhatian murid yang mempunyai gaya belajar visual sahaja. Oleh itu,
peluang untuk tingkah laku bermasalah berlaku masih ada kerana murid yang mempunyai
gaya belajar auditori dan kinestetik mengalami kesukaran untuk fokus di dalam kelas apabila
guru menggunakan sumber ini.

23
Penulisan Akademik Raikan Kepelbagaian Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Sejarah Ambilan Jun 2018, Semester 3

Selain itu, nilai Sejarah merupakan aspek persamaan sumber. Kebanyakkan sumber
bercetak mempunyai nilai sejarah yang signifikan dengan sejarah negara seperti cetakan teks
ucapan Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj ketika Pengisytiharaan Kemerdekaan. Di samping
itu, sumber internet juga mempunyai nilai sejarah, namun ia hanya boleh dicapai di laman
web rasmi yang berautoriti seperti Arkib Negara. Guru boleh menerapkan elemen KPS iaitu
Meneroka Bukti. Murid akan mengakses laman web yang berautoriti atau membuat carian
perpustakaan untuk mencari bahan sesuatu topik. Penerapan aktiviti ini dapat merangsang
pemikiran murid untuk meneroka bukti secara berhemah. Oleh itu, murid akan berasa seronok
untuk belajar dan isu tingkah laku dapat dikurangkan. Murid yang mempunyai gaya belajar
yang berbeza juga akan berasa tertarik kerana mereka dapat meneroka bahan secara bebas.
Hal ini kerana murid dapat memilih bahan pembelajaran mereka sendiri. Oleh itu,
kepelbagaian murid seperti gaya belajar akan terserlah ketika mereka mencari bahan
pembelajaran mereka. Guru perlu mengambil cakna supaya PdP yang seterusnya dapat
dirancang mengikut gaya belajar setiap murid secara seimbang.

ii. PERBEZAAN

Antara perbezaan sumber ini ialah tahap kebolehcapaian bahan. Setiap bahan mempunyai cara
yang tersendiri untuk diakses. Kebolehcapaian sumber internet bergantung kepada capaian
internet di kawasan tersebut. Sekolah di kawasan pedalaman agak sukar untuk mengakses
bahan yang terdapat di dalam internet (Hazura Mohamed et. al., 2012). Jika dibandingkan
dengan sumber bercetak seperti buku yang mudah untuk diakses di mana-mana sahaja tanpa
memerlukan bantuan jalur lebar yang terhad di kawasan yang tertentu sahaja. Walaupun
begitu, terdapat beberapa kekurangan pada bahan bercetak iaitu sukar dibawa kerana berat
serta tidak boleh disunting. Peredaran zaman turut menyebabkan isi kandungan bahan
bercetak tidak terkini dan ketinggalan (Saemah Rahman & Zamri Mahamod, 2017). Oleh itu,
guru perlu memilih sumber sesuai dengan lokasi kawasan sekolah. Hal ini kerana penggunaan
sumber perlu mempunyai tahap kebolehcapaian yang tinggi supaya proses PdP dapat
berlangsung dengan lancar tanpa gangguan luaran seperti tiada capaian internet yang dapat
menggugat suasana kondusif kelas di samping dapat membantu kawalan kelas dijalankan
dengan efisien. Oleh itu, isu tingkah laku bermasalah dapat diatasi dengan baik kerana
tumpuan murid telah tertumpu kepada bahan pengajaran guru. Namun begitu, perbezaan latar
belakang murid juga perlu dititikberatkan dalam usaha untuk mengaplikasikan sumber secara
capaian internet. Hal ini kerana murid di kawasan pedalaman kurang terdedah dengan akses
internet dan penggunaan internet dengan baik. Oleh itu, guru juga perlu menilai tahap
kebolehan murid sebelum memilih sumber pengajaran.
Selain itu, tahap keautoritian juga merupakan perkara yang membezakan setiap sumber
ini. Sumber bercetak atau maujud mempunyai tahap keautoritian yang lebih tinggi berbanding
sumber internet. Sumber internet mudah diplagiat oleh pihak yang tidak bertanggungjawab
lalu menghasilkan penulisan yang tidak asli (Faridah Nazir et. al., 2014). Oleh itu, guru perlu
berhati-hati dalam memilih sumber internet sebagai bahan pengajaran dengan memastikan
maklumat yang diperoleh adalah benar dan asli. Guru boleh menerapkan elemen KPS,
Kemahiran Rasionalisasi untuk membantu murid untuk menentukan sumber yang diperoleh
berautoriti atau tidak. Guru boleh menerapkan teori B.F. Skinner dengan mengaplikasikan
peneguhan positif dengan memberikan ganjaran kepada murid yang dapat meneka dengan
betul (Shahabudin Hashim, Rohazani Yaakub & Mohd Zohir Ahmad, 2007). Oleh itu,
tumpuan murid akan dapat dikawal yang mampu mengurangkan masalah disiplin dalam bilik
darjah seperti tidak menumpukan perhatian di dalam kelas.

24
Penulisan Akademik Raikan Kepelbagaian Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Sejarah Ambilan Jun 2018, Semester 3

Seterusnya, pengintegrasian media juga merupakan perbezaan bagi setiap sumber ini.
Internet mampu mengintegrasikan pelbagai media melalui pelbagai laman web seperti audio,
teks dan visual. Penggunaan buku teks hanya mampu merangsang deria audio dan visual.
Masalah yang akan timbul ialah murid akan berasa cepat bosan dan mula menunjukkan
tingkah laku negatif. Brecht (2012) dalam kajiannya menunjukkan bahawa pembelajaran
memerlukan rangsangan visual dan auditori, terutamanya apabila penggunaan teknologi untuk
menggalakkan pemprosesan kognitif. Apabila murid tidak menggunakan deria yang pelbagai,
mereka akan cepat hilang tumpuan (Noriati A. Rashid et. al., 2009). Oleh itu, murid akan mula
menunjukkan reaksi negatif dengan mengganggu rakan sekelas. Penggunaan sumber yang
efektif dalam proses PdP mampu merangsang minat murid untuk belajar seterusnya dapat
mengurangkan tingkah laku negatif di dalam bilik darjah (Khairuddin Mohamad, 2016). Oleh
itu, guru perlu memilih sumber yang mengintegrasikan media yang pelbagai dengan lebih
efektif. Hal ini kerana setiap murid mempunyai kelebihan pada deria yang berbeza-beza,
murid dapat mengasah deria yang berbeza-beza jika guru mengintegrasikan kesemua deria di
dalam satu sesi PdP. Oleh itu, murid akan berasa seronok untuk belajar.

D. CADANGAN PENGUNAAN SUMBER PDP UNTUK MENGATASI


TINGKAH LAKU BERMASALAH

Kaedah pembelajaran berpusatkan bahan membolehkan guru menyampaikan pengajaran


dengan lebih mudah, menarik dan berkesan (Huba & Freed, 2000). Kaedah ini membolehkan
pelajar memahami proses pembelajaran dengan lebih bermakna secara individu mahupun
secara berkumpulan tanpa memerlukan kehadiran guru (Huba & Freed, 2000). Oleh itu, guru
perlu memanipulasi sumber yang disediakan untuk mewujudkan PdP yang menarik yang
mampu menarik minat murid untuk turut serta dalam proses PdP serta mengawal tingkah laku
negatif murid dan mewujudkan suasana bilik darjah yang kondusif.
Alfie Kohn terkenal dengan mempromosikan konsep bilik darjah sebagai satu komuniti.
Komuniti merujuk kepada tempat murid berasa disayangi dan menyayangi antara satu sama
lain (Haliza Hamzah & Nesamalar J. S., 2016). Kepelbagaian personaliti murid yang terdiri
daripada personaliti introvert dan ekstrovert akan dapat mewujudkan suatu komuniti yang
harmonis (Hasfarina Abas, 2010). Oleh itu, kemahiran abad ke-21 iaitu kerja sepasukan dapat
diterapkan dengan mudah melalui aktiviti lakonan seperti “Perbalahan antara Hang Tuah dan
Hang Jebat” melalui DSKP Tahun 4. Guru boleh menggunakan sumber elektronik untuk
memaparkan latar belakang ketika babak perbalahan serta memasukkan audio latar untuk
menarik minat murid untuk turut serta dalam proses PdP. Oleh itu, tingkah laku bermasalah
dapat diatasi apabila tumpuan murid berjaya ditarik.
Selain itu, Kohn juga menekankan perbincangan bagi mewujudkan kata sepakat antara
guru dan murid serta antara murid dengan murid (Haliza Hamzah & Nesamalar J. S., 2016).
Selain itu, aktiviti yang menggalakkan perkongsian perspektif di mana murid melihat situasi
berdasarkan pandangan orang lain seperti perbincangan koperatif mampu membuka minda
murid tentang perbezaan individu bagi setiap ahli komuniti di dalam kelas (Syahrul Nizam
Junaini, 2011). Oleh itu, penggunaan sumber internet seperti Mentimeter dapat diaplikasikan
dalam perbincangan tentang “Ketokohan Tun Perak” dalam DSKP Tahun 4. Kemahiran abad
ke-21 murid sebagai pemikir yang kreatif, inovatif dan kritikal dapat dizahirkan dengan idea
mereka tentang tokoh ini. Tingkah laku bermasalah dapat dikurangkan apabila persefahaman
dicapai dengan sesi perbincangan.
Akhir sekali, Kohn menekankan nilai bantu membantu dalam komuniti seperti
perbincangan akademik (Haliza Hamzah & Nesamalar J. S., 2016). Individu yang dapat
menolong rakan-rakan sekelas yang agak ketinggalan akan membantu rakan yang kurang

25
Penulisan Akademik Raikan Kepelbagaian Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Sejarah Ambilan Jun 2018, Semester 3

faham tentang suatu topik (buddy system) juga dilaksanakan supaya tiada ahli komuniti yang
ketinggalan dalam pelajaran. Nilai-nilai yang terdapat di dalam topik akademik yang diajar
juga boleh dibuat refleksi dan dibincangkan semasa perjumpaan kelas. Oleh itu, rasa
persaingan yang tidak sihat antara murid dapat dielakkan yang mampu meningkatkan
semangat belajar murid dalam proses PdP. Oleh itu, penggunaan sumber bercetak seperti buku
dapat membantu murid untuk mengesan kelemahan diri dan memperbaikinya. Sumber
bercetak seperti buku teks mampu membantu mereka untuk memahami tentang suatu topik
pengajaran guru dengan lebih baik.
Guru berperanan untuk mengenal pasti tingkah laku negatif dan merancang dan
melaksanakan strategi dan teknik yang sesuai bagi memodifikasikan tingkah laku ini supaya
kelancaran dan keberkesanan sesi PdP tidak terjejas (Syahrul Nizam Junaini, 2011) demi
menjaga iklim bilik darjah yang kondusif dengan mengambil kira perbezaan individu setiap
murid.

E. PENUTUP

Kesimpulannya, guru perlulah kreatif dalam memilih sumber yang akan digunakan di dalam
bilik darjah. Guru juga seharusnya menggunakan bahan yang disediakan dengan berkesan dan
sepenuhnya di dalam proses PdP supaya murid lebih fokus seterusnya dapat menggalakkan
mereka untuk belajar dan mengelakkan mereka mewujudkan tingkah laku negatif dan suasana
bilik darjah yang kondusif dapat diwujudkan. Guru perlulah meraikan kepelbagaian murid
yang mempunyai latar belakang, gaya belajar dan personaliti yang berbeza supaya modal
insan yang unggul dapat dilahirkan. Menurut Edward Gibbon, hasil kerja seorang guru adalah
persembahan yang membuktikan kebolehan mereka (Syahrul Nizam, 2011). Guru perlulah
membuktikan bahawa mereka dapat melahirkan generasi yang mampu membawa nama
Malaysia ke mata dunia.

RUJUKAN

Azizi Yahaya & Syazwani Abdul. (2010). Teori Berkaitan Gaya Pembelajaran dan Kaedah
Pengajaran. Diakses pada 29 Julai 2019 di
https://www.researchgate.net/publicaion/46480625_Teori_Berkaitan_Gaya_Pembelaja
ran_Dan_Kaedah_Pengajaran.
Bahagian Pembangunan Kurikulum. (2018). Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran
KSSR Sejarah Tahun 4. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Brecht, D.H. (2012). Learning from online video lectures. Journal of Information Technology
Education: Innovations in Practice. 11(1), pp. 227-250.
Faridah Nazir et. al. (2014). Wacana penulisan. Petaling Jaya: Sasbadi Sdn. Bhd.
Haliza Hamzah & Nesamalar Joy S. (2016). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku. Shah
Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Hasfarina Abas. (2010). Pengurusan Bilik Darjah. Kuala Lumpur: Fajar Sdn. Bhd.
Hazura Mohamed et. al. (2012). Jurang Digital dan Pendidikan di Luar Bandar: Tahap Literasi
Teknologi Maklumat dan Komunikasi Pelajar. Jurnal Teknologi Maklumat dan
Multimedia Asia-Pasifik, 1 (2), 89-91.
Ismail Saad. (2014). Kurikulum Sejarah. Puchong: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Khairuddin Mohamad. (2016). Penyelidikan dalam Pendidikan Bahasa Melayu. Petaling Jaya:
Sasbadi Sdn. Bhd.
Khoo Kay Kim. (1984). Majalah dan Akhbar Melayu Sebagai Sumber Sejarah. Kuala
Lumpur: Perpustakaan Universiti Malaya.

26
Penulisan Akademik Raikan Kepelbagaian Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Sejarah Ambilan Jun 2018, Semester 3

Mohd Fairuz Jafar & Shahizan Hasan. (2016). Kajian Penghargaan Kendiri dan Kepuasan
Hidup Pelajar. Jurnal Psikologi Manusia, 30 (2), 22-31.
Mohd Hasani Dali. (2009). Pengurusan Bilik Darjah Untuk Guru Novis. Sintok: Penerbitan
Universiti Utara Malaysia.
Noriati A. Rashid et. al. (2009). Murid dan Alam Belajar. Kuala Lumpur: Oxford Fajar Sdn.
Bhd.
Saemah Rahman & Zamri Mahamod. (2017). Kreativiti dalam Pengajaran dan
Pembelajaran. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Schlenker & Leary. (1982). Social Anxiety and Self Presentation: A Conceptualization and
Model. Psychological Bulletin, 92 (3), 641-669.
Shahabudin Hashim, Rohazani Yaakub & Mohd Zohir Ahmad. (2007). Pedagogi: Strategi
dan teknik Mengajar Dengan Berkesan. Kuala Lumpur: PTS Publications.
Shakila Yaakob & Rosilawati Zainol. (2015). Sejarah dan Media Baharu. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Siti Fatimah & Halim Tamuri. (2010). Persepsi Guru Terhadap BBM Berasaskan Teknologi
Multimedia dalam Pengajaran j-Qaf. Journal of Islamic and Arabic Education. 2 (2),
53-64.
Syahrul Nizam Junaini. (2011). Seni Bahasa Badan. Selangor: PTS Profesional Publishing
Sdn. Bhd.
Syed Ismail et. al. (2017). Sumber Pengajaran dan Pembelajaran Sejarah. Petaling Jaya:
Sasbadi Sdn. Bhd.
Walsh. (2002). Bouncing Forward: Resilience in the Aftermath. Ph. D Dissertation, Wiley
College.
Zhao Y.et. al. (2002). Conditions for Classroom Technology Innovations. Teachers College
Record, 104(3), 482-51.

27
Penulisan Akademik Raikan Kepelbagaian Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Sejarah Ambilan Jun 2018, Semester 3

A. LAMPIRAN

Jadual Tingkah Laku Murid Semasa Proses PdP Sejarah SK Parit Raja

25

KELAS A KELAS B

20

15

10

0
Guru yang menggunakan sumber yang pelbagai Guru yang menggunakan sumber yang terhad

Murid yang bertingkah laku positif Murid yang bertingkah laku negatif

A.2 Fokus KSSR Sejarah

(Bahagian Pembangunan Kurikulum, 2018)

28
Penulisan Akademik Raikan Kepelbagaian Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Sejarah Ambilan Jun 2018, Semester 3

IMPAK PENGGUNAAN SUMBER PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


SEJARAH DI SEKOLAH DAN KAITANNYA DENGAN ISU TINGKAH LAKU
MURID BERMASALAH

Siti Aishah binti Nor Azam


Jabatan Sejarah,
IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka

A. PENDAHULUAN

Sekolah Kebangsaan Bunut Susu, Pasir Mas, Kelantan merupakan sebuah sekolah yang telah
dipilih untuk menyempurnakan tugasan Pengalaman Berasaskan Sekolah selama 5 hari di
sekolah tersebut. Sekolah ini merupakan sekolah luar bandar di daerah Pasir Mas. Oleh itu,
kebanyakan murid mempunyai latar belakang keluarga bertaraf sederhana dan kebanyakan
ibu bapa melakukan kerja-kerja kampung sahaja. Shahabudin.et al (2003), menjelaskan
bahawa antara faktor yang mempengaruhi gaya pembelajaran adalah taraf sosio ekonomi,
kognitif dan alam sekitar. Oleh kerana murid-murid di dalam kelas mempunyai pelbagai tahap
kecerdasan yang berbeza, ini bermakna pemilihan sumber dalam Pengajaran dan
Pembelajaran (PdP) Sejarah perlu dititkberatkan oleh guru kerana kesediaan belajar murid-
murid juga berbeza. Terdapat murid yang lebih suka belajar secara visual atau secara audio
dan sebagainya. Perkara ini perlu diberi pertimbangan yang sewajarnya oleh guru kerana gaya
pembelajaran murid amat berkait rapat dengan kaedah pengajaran guru dan penggunaan bahan
bantu mengajar yang menarik di dalam kelas. Hal ini juga secara tidak langsung dapat
mempengaruhi tingkah laku bermasalah dan disiplin murid di dalam kelas.

B. DAPATAN PEMERHATIAN DI SEKOLAH

i. TINGKAH LAKU BERMASALAH DALAM BILIK DARJAH DAN


KAITANNYA DENGAN PENGGUNAAN SUMBER PDP SEJARAH

Menurut Mok Soon Sang (2011), tingkah laku bermasalah merupakan tingkah laku atau
perbuatan murid yang boleh mengganggu kelancaran dan keberkesanan aktiviti pengajaran
dan pembelajaran, khususnya di dalam bilik darjah. Tingkah laku bermasalah menyebabkan
sesi pengajaran dan pembelajaran tergendala atau gagal mencapai objektifnya. Melalui
pemerhatian saya selama seminggu di dalam kelas tersebut, saya telah mengenal pasti
beberapa orang murid yang selalu tidak mendengar arahan, murid tidak memberikan tumpuan
semasa proses pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung, bercakap dengan murid lain
ketika guru sedang mengajar serta mengusik murid lain. Menurut Nolan (2004), apa jua
tingkah laku yang mengganggu pengajaran guru atau bersifat tidak selamat dari segi psikologi
mahupun fizikal ditakrifkan sebagai tingkah laku distruptif.
Mengikut kajian yang telah dijalankan oleh Mohammad Aziz, Fauziah, Norhidayah,
Khairiyah, Najwa dan Wan Norhasniah (2014), kurangnya tumpuan murid adalah disebabkan
faktor-faktor seperti gaya pengajaran guru yang hanya berpusatkan dirinya, tiada bahan bantu
mengajar, kurikulum atau subjek yang tidak digemari dan sebagainya. Isu dan masalah
disiplin dalam bilik darjah seperti selalu tidak mendengar arahan, murid tidak memberikan
tumpuan semasa proses PdP yang berlangsung, bercakap dengan murid lain ketika guru
sedang mengajar serta mengusik murid lain memberi impak terhadap kelancaran proses PdP
guru. Hal ini kerana, rakan-rakan yang lain akan turut terganggu dengan sikap rakan mereka

29
Penulisan Akademik Raikan Kepelbagaian Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Sejarah Ambilan Jun 2018, Semester 3

dan secara tidak langsung mereka turut tidak dapat menumpukan perhatian di dalam kelas.
Guru juga terpaksa mengalihkan perhatiannya untuk memikirkan murid yang tidak berdisiplin
di dalam kelas sehingga menyebabkan guru mengambil masa yang lama untuk menyelesaikan
isu ini yang akhirnya proses PdP tidak sempat dihabiskan seperti yang dirancang.

ii. PERKAITAN ISU DALAM BILIK DARJAH DENGAN MODEL

Oleh itu, teknik momentum dalam Model Kelompok Kounin boleh dilaksanakan. Momentum
dalam model ini merujuk kepada guru memulakan pengajaran dengan menarik perhatian
murid, kemudian meneruskan aktiviti dengan lancar, melakukan peralihan antara aktiviti
dengan cekap dan mengakhiri pengajaran dengan berkesan (Haliza dan Joy, 2016). Contoh
yang dihadapi ialah seorang guru Sejarah yang menghadapi situasi di mana murid-murid
sering hilang tumpuan semasa PdP yang menyebabkan mereka menganggu rakan yang lain.
Guru berperanan memanfaatkan set induksi seperti penggunaan sumber elektronik iaitu
penayangan video dengan berusaha menarik minat murid serta membuat murid tertunggu-
tunggu isi pelajaraan yang ingin disampaikan. Bahan bantu mengajar yang luar biasa dan
berinovasi boleh ditunjukkan untuk membantu memanjangkan fokus dan minat murid di
samping mempercepatkan pemahaman mereka mengenai topik pembelajaran. Penayangan
dan pemasangan media pengajaran seperti video atau audio turut membantu dalam menarik
minat murid terhadap sesi pengajaran. Ini jelas menunjukkan guru memainkan peranan dalam
mengetahui kepelbagaian cara belajar murid-murid dengan mempelbagaikan sumber dan alat
bantu mengajar yang digunakan di dalam kelas. Oleh itu, murid dengan pelbagai gaya
pembelajaran tidak akan ketinggalan dalam memahami proses PdP. Guru juga dengan cekap
meneruskan pengajaran dengan momentum yang konsisten seperti yang disarankan oleh
Model Kounin. Guru harus memastikan murid-murid tidak bosan dengan topik dan gaya
pengajarannya kerana tidak dapat dinafikan faktor masalah disiplin yang berlaku dalam bilik
darjah adalah kerana PdP guru yang kurang menarik. Sekiranya seorang guru gagal
mengambil kira aspek-aspek ini, murid-murid akan mudah merasa bosan dan tidak berminat
akan guru dan mata pelajaran tersebut (Yahya dan Lailinanita, 2012). Aktiviti yang dikelola
juga harus berdasarkan minat, bakat murid serta kepelbagaian latar belakang murid.
Penggunaan bahan bantu mengajar yang menarik akan mewujudkan suasana pembelajaran
yang menggembirakan (Abdul Rasid dan Hasmah, 2013).

C. BANDING BEZA PENGGUNAAN SUMBER PDP SEJARAH DAN KESAN


TERHADAP TINGKAH LAKU MURID

Berdasarkan pemerhatian saya terhadap penggunaan sumber pengajaran Sejarah yang


digunakan di Sekolah Kebangsaan Benut Susu, guru sejarah menggunakan bahan bercetak
seperti peta dan imej dalam proses (PdP) Sejarah. Guru juga menggunakan sumber elektronik
seperti audio dan video serta laman web dari internet. Namun begitu, penggunaan sumber
sejarah di dalam kelas masih terhad di Sekolah Kebangsaan Benut Susu berikutan kerana guru
sejarah terlalu bergantung sepenuhnya kepada buku teks. Hal ini turut disokong oleh Siti
Hawa Abdullah (2008) yang mengatakan kebergantungan guru tehadap buku teks Sejarah
masih tinggi dalam kalangan guru sendiri. Hal ini menyebabkan tiada kepelbagaian dalam
kaedah pengajaran guru seterusnya menyebabkan murid cepat berasa bosan kerana (PdP) tidak
menarik. Terdapat beberapa jenis sumber (PdP) yang boleh membantu guru dalam proses
pengajaran. Kita dapat mengklasifikasikan jenis sumber tersebut kepada tiga iaitu bahan
bercetak, bahan elektronik dan sumber internet. Semua jenis sumber ini mempunyai ciri-ciri

30
Penulisan Akademik Raikan Kepelbagaian Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Sejarah Ambilan Jun 2018, Semester 3

yang berbeza tetapi bertujuan mencapai hasil yang sama iaitu untuk memastikan semua murid
memahami isi pelajaran dan mencapai objektif pembelajaran yang diajar oleh guru.

i. BANDING BEZA SUMBER DARI ASPEK ISI KANDUNGAN DAN KESAN


TERHADAP TINGKAH LAKU MURID

Sumber yang digunakan dalam PdP Sejarah sama ada secara elektronik mahupun bercetak
kedua-duanya mempunyai fungsi atau objektif yang sama iaitu isi kandungan bahan sumber
tersebut menjurus ke arah melahirkan warganegara yang bersifat patriotisme dan cinta akan
negara. Hal ini kerana, setiap isi kandungan dari kedua-dua sumber mempunyai nilai-nilai
yang boleh dicontohi oleh murid seperti bekerjasama, tolong-menolong, berpandangan jauh
serta mempunyai pengajaran yang boleh dijadikan sebagai iktibar daripada setiap peristiwa
sejarah.
Sumber (PdP) matapelajaran Sejarah iaitu bahan bercetak telah digunakan secara meluas
seperti penggunaan buku teks sebagai sumber rujukan utama bagi guru dan murid untuk
mendapatkan maklumat tentang sesuatu peristiwa sejarah yang perlu dipelajari. Menurut
kajian (Brown & Dotson, 2007) yang menyatakan penggunaan imej dapat meningkatkan
pemahaman Sejarah dalam kalangan murid. Buku teks juga mempunyai kriteria yang terdapat
pada bahan bercetak itu sendiri seperti bahan grafik di dalam buku teks merangkumi bahan
seperti gambar, foto, lakaran, ilustrasi, lukisan semi kartun, carta, rajah dan peta. Bahan grafik
tersebut mempunyai fungsi untuk tujuan menyampaikan maklumat kandungan teks serta
membantu memahami teks. Justeru itu, tidak hairanlah kebanyakan guru kerap menggunakan
sumber peta dan imej yang boleh diperolehi daripada buku teks Sejarah sebagai sumber (PdP)
di dalam kelas kerana mampu meningkatkan pemahaman murid-murid. Hal ini secara tidak
langsung mampu mencegah kebosanan murid ketika belajar serta mampu mengembalikan
semula fokus murid. Oleh itu, masalah disiplin yang sering ditimbulkan oleh murid seperti
menganggu rakan sebelah di dalam kelas dapat dikurangkan. Selain itu, isi kandungan buku
teks juga merupakan sumber yang autentik kerana ditulis oleh penulis-penulis yang
mempunyai latar belakang Sejarah serta pakar dalam bidang Sejarah. Oleh itu, dapat dilihat
bahawa setiap fakta serta peristiwa yang dikemukakan adalah tepat dan benar. Sejarah adalah
mata pelajaran berkaitan peristiwa yang berlaku ratusan tahun dahulu maka penggunaan bahan
teks sangat penting untuk pembelajaran (Phatton, 1990). Ini menunjukkan bahawa guru
Sejarah di sekolah tidak perlu meragui kesahihan fakta yang terdapat di dalam buku teks serta
dapat mengajar dengan yakin dan mempunyai komunikasi dua hala yang baik dengan murid.
Hal ini dapat menarik minat murid untuk terus mendengar isi pelajaran yang disampaikan oleh
guru serta murid tidak melabel kelas tersebut sebagai kelas yang membosankan. Hal ini terjadi
kerana kelancaran dalam penyampaian pengajaran oleh guru sangat memainkan peranan
dalam menarik minat murid kerana murid percaya intonasi dan suara guru yang monotonous
dan tidak menarik menyebabkan mereka melakukan masalah disiplin di dalam bilik darjah.
Kajian Norzana (2003) juga mendapati guru mempunyai kaitan dengan masalah ponteng di
sekolah antaranya pengajaran guru yang membosankan dan kegagalan guru untuk menarik
minat keseluruhannya. Oleh itu, jelas menunjukkan penggunaan buku teks di dalam bilik
darjah yang merupakan sumber pengajaran yang autentik menyebabkan seorang guru yakin
dalam pengajarannya serta dapat melontarkan isi pelajaran dengan lancar dan dapat menarik
minat murid dalam untuk mendengar isi pelajaran tersebut. Oleh hal yang demikian, masalah
disiplin murid di dalam kelas dapat dikurangkan kerana murid memberikan tumpuan dengan
baik terhadap pengajaran guru.
Secara perbandingannya, bahan elektronik yang digunakan dalam (PdP) Sejarah dari
aspek isi kandungan juga adalah meluas serta mudah diakses. Guru dan murid boleh
menggunakan sumber elektronik seperti Internet untuk memuat turun bahan seperti jurnal,

31
Penulisan Akademik Raikan Kepelbagaian Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Sejarah Ambilan Jun 2018, Semester 3

artikel dan nota dari blog serta laman web. Namun begitu, kepelbagaian maklumat yang
diperoleh dari kepelbagaian sumber ini menyebabkan sumber tidak berautoriti. Hal ini kerana,
melalui akses kepada sumber Internet, penulisan yang dilakukan oleh penulis kadang kala
memplagiat dari sumber bahan lain. Pada masa yang sama juga, terdapat penulis yang menulis
berdasarkan pendapat sendiri semata-mata tanpa mempunyai bukti yang kukuh atau tidak
melakukan apa-apa kajian dalam penulisannya. Hal ini menyebabkan guru dan murid yang
menggunakan sumber elektronik sebagai sumber (PdP) Sejarah menyebabkan mereka perlu
rajin lagi mencari bahan sumber lain sebagai rujukan tambahan dan sokongan agar tidak
tersalah fakta serta perlu membanding beza setiap maklumat yang diperoleh. Hal ini
menyebabkan murid-murid berasa berat hati untuk membaca atau mencari sumber lain. Oleh
yang demikian, mereka cenderung untuk melakukan masalah disiplin di dalam kelas kerana
tidakS mendapat keseronokkan belajar berikutan perlu membaca dengan lebih banyak untuk
mendapatkan fakta yang berautoriti. Oleh yang demikian, guru perlu bijak menangani masalah
disiplin dalam bilik darjah seperti ini dengan mengaplikasikan Model Terapi Realiti Glasier
iaitu guru perlu mewujudkan suasana postif serta saling percaya antara guru dan murid akan
terbentuk serta model ini menggalakkan kebebasan membuat pilihan adalah berdasarkan
keputusan murid sendiri. Dengan ini juga, guru membenarkan mereka menggerakkan aktiviti
yang mereka cenderung untuk lakukan tetapi dalam pantauan guru dengan bimbingan yang
berterusan. (Haliza Hamzah & Joy Nesamalar Samuel, 2014). Oleh yang demikian, tingkah
laku bermasalah dalam bilik darjah dapat dikurangkan kerana guru mempercayai murid-
muridnya dalam melakukan aktiviti sendiri agar pengajaran kelas tidak membosankan.

ii. BANDING BEZA SUMBER DARI ASPEK KEBERKESANANNYA DALAM


MENARIK MINAT MURID DAN KESAN TERHADAP TINGKAH LAKU
MURID

Dalam konteks pendidikan, bahan bercetak ini telah digunakan secara meluas dalam sumber
(PdP) terutamanya dalm mata pelajaran Sejarah. Guru-guru dan murid sendiri menggunakan
buku teks sebagai rujukan utama mereka. Namun begitu, terdapat kajian yang menunjukkan
bahawa buku teks paling kurang digunakan oleh guru untuk memberi latihan kepada murid di
dalam kelas. Hal ini kerana kelemahan yang terdapat dalam aktiviti dan latihan buku teks itu
sendiri. Kebanyakan aktiviti yang disarankan melalui buku teks memerlukan kos yang tinggi
dan masa yang panjang seperti aktiviti yang disarankan dalam topik Sejarah Tahun 4 di bawah
standard kandungan Kerajaan-Kerajaan Melayu Awal yang mana murid dikehendaki untuk
menghasilkan model reka cipta Kerajaan-Kerajaan Melayu Awal dengan menggunakan
plastisin, kotak, botol air terbuang, tisu dan sebagainya. Hal ini mengambil masa yang panjang
berikutan masa yang diperuntukkan untuk matapelajaran Sejarah di sekolah hanyalah 30 minit
bagi setiap sesi. Oleh yang demikian, murid merasakan aktiviti seperti itu tidak penting dan
sekiranya dilaksanakan oleh guru, murid lebih suka merayau-rayau untuk menganggu rakan
sekelasnya. Hal ini yang menyebabkan guru terpaksa mengawal tingkah laku dan disiplin
murid di dalam kelas dengan cara memudahkan aktiviti yang dilakukan serta tidak mengambil
masa yang terlalu panjang untuk menyiapkan sesuatu tugasan agar masalah disiplin dan
tingkah laku murid di dalam bilik darjah dapat dikurangkan. Hal ini turut disokong oleh
Marohaini Yusoff, Abdul Murad Salleh & Sharir Jamaludin (2005), yang mengatakan buku
teks aspek persembahan dan bahan grafik juga perlu dibaiki agar penggunaan buku teks benar-
benar memenuhi hasrat SPBT, BBT, KPM. Hal ini jelas menujukkan keberkesanan
penggunaan buku teks dalam bilik darjah kurang menarik minat murid untuk digunakan secara
meluas. Aktiviti yang disarankan melalui buku teks juga meyebabkan murid kurang berminat
kerana memerlukan masa yang panjang serta ciri buku teks itu sendiri yang tebal

32
Penulisan Akademik Raikan Kepelbagaian Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Sejarah Ambilan Jun 2018, Semester 3

menyebabkan murid tidak berminat untuk menjadikan buku teks sebagai bahan rujukan serta
tidak menarik di mata mereka.
Secara perbandingannya, menurut Noriati et.al (2009), bahan elektronik merupakan
salah satu sumber (PdP) yang sering kali menarik perhatian murid. Dengan itu, proses (PdP)
dapat ditingkatkan secara cekap dan berkesan. Menurut Benkler (2006), penggunaan sumber
digital sejarah dalam (PdP) merupakan suatu revolusi dalam Pendidikan Sejarah yang selama
ini bergantung kepada sumber bercetak. Kebanyakan guru menggunakan bahan ini kerana
ianya banyak membantu mereka dalam proses (PdP) kerana dapat menarik minat murid
melalui kepelbagaian grafik yang dipamerkan serta mengelakkan kebosanan di dalam kelas,
memudahkan murid untuk mengikuti pelajaran yang ingin disampaikan sekaligus dapat
mengurangkan masalah tingkah laku dan disiplin yang berlaku dalam bilik darjah. Hal ini
kerana kelebihan bahan elektronik ini boleh memperlihatkan sesuatu lukisan itu lebih jelas
dan menarik. Sebagai contoh, seorang guru mata pelajaran Sejarah ingin mengajar mengenai
tokoh-tokoh Kemerdekaan Tanah Air tetapi adalah mustahil sekiranya guru ingin mengajar
isi pelajaran ini tanpa bantuan dari bahan bantu mengajar. Oleh itu, guru menggunakan
komputer dan LCD untuk menunjukkan dengan jelas sejarah tokoh Kemerdekaan Tanah Air
melalui video yang diakses dengan Internet. Pada masa yang sama, guru boleh menggunakan
pendekatan aktiviti daripada internet seperti aplikasi Quizziz, Powtoon, Plickers dan
sebagainya yang mana guru perlu menyediakan soalan-soalan yang berkaitan dengan topik
pelajaran pada hari tersebut seterusnya memaparkan soalan tersebut di hadapan kelas supaya
dapat dilihat dengan jelas oleh semua murid serta murid dikehendaki untuk menjawab soalan-
soalan tersebut dengan betul. Pemarkahan secara automatik juga diberikan oleh aplikasi
Internet ini menyebabkan murid berasa teruja dan seolah-olah ingin bermain lagi Quizziz
kerana aktiviti ini tidak memerlukan masa yang lama serta aktiviti ini melatih murid untuk
berfikir dengan pantas. Tidak dapat dinafikan, melalui pendekatan seperti ini, murid-murid
termotivasi untuk menjawab soalan Quizziz dengan baik kerana mereka berlumba-lumba
dengan rakan sekelas untuk mencapai markah yang baik. Secara tidak langsung, murid mampu
memberikan kerjasama yang baik kepada guru ketika aktiviti ini dilaksanakan serta mampu
mengurangkan masalah tingkah laku dan disiplin murid ketika berada di dalam kelas.

iii. KEBERKESANAN SUMBER SEJARAH DALAM KEBOLEHCAPAIAN


INTERNET YANG MELUAS DAN KESAN TERHADAP TINGKAH LAKU
MURID

Sumber (PdP) matapelajaran Sejarah iaitu bahan bercetak telah digunakan secara meluas
seperti penggunaan buku teks di sekolah. Sifat buku teks yang tebal dan berat menyebabkan
buku teks tidak menjadi rujukan utama murid-murid. Murid juga susah mendapatkan
maklumat kerana mereka perlu membawa buku teks ke merata-rata tempat sekiranya ingin
membaca buku. Hal ini menyebabkan murid sering berasa bosan dan malas untuk membawa
buku teks sekaligus menjadikan buku teks kurang penting dalam kehidupan mereka. Menurut
Ting & Woo (2005), guru-guru tidak menyedari bahawa penggunaan kaedah tradisional
seperti bahan bercetak menggunakan kos yang lebih mahal di mana terpaksa membeli buku,
jurnal dan sebagainya. Perkara ini yang menyebabkan murid mudah melakukan masalah
tingkah laku dan disiplin dalam bilik darjah seperti ponteng kelas kerana kerja rumah yang
diberikan oleh guru yang memerlukan murid membawa pulang buku teks ke rumah untuk
disiapkan tidak dilaksanakan dengan baik. Ini menunjukkan dengan sumber bercetak ini sukar
diakses apabila berada di tempat lain.
Secara perbandingannya, penggunaan sumber (PdP) Sejarah dengan media elektronik
seperti perpustakaan video yang dimuatkan dalam portal dalam talian menggunakan

33
Penulisan Akademik Raikan Kepelbagaian Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Sejarah Ambilan Jun 2018, Semester 3

1BestariNet untuk membolehkan guru mengakses video ini pada bila-bila masa dan di mana-
mana sahaja. Perpustakaan ini juga menyebabkan murid mudah mengakses bahan-bahan yang
diperlukan. Bukan itu sahaja, pengajaran yang menggunakan teknologi masa kini iaitu buku
teks digital dikenali sebagai e-book turut dipersembahkan dengan teks dan gambar yang
menarik serta buku teks digital juga boleh memainkan video, animasi dan simulasi untuk
paparan murid supaya lebih mudah memahami sesuatu pembelajaran. Terdapat 313 judul
buku teks yang boleh diakses oleh pelajar-pelajar, guru-guru dan ibubapa di laman
1BestariNet.net. Dengan kewujudan buku teks digital ini, penggunaannya sangat mudah
kerana dengan hanya menaip judul buku atau isu berkaitan, dalam hanya beberapa saat
maklumat daripada buku tersebut akan terpapar. Oleh yang demikian, jelas menunjukkan
penggunaan media elektronik ini lebih mudah untuk diakses serta lebih menarik minat murid
dengan paparan video yang menarik dan menjimatkan masa. Secara tidak langsung, guru
dapat menangani masalah disiplin dan tingkah laku murid di dalam kelas kerana murid lebih
aktif dalam mencari maklumat yang mudah diakses.

iv. KEBERKESANAN SUMBER SEJARAH DALAM INTEGRASI DERIA


YANG PELBAGAI DAN KESAN TERHADAP TINGKAH LAKU MURID

Dalam usaha untuk menarik minat murid dan seterusnya meningkatkan pencapaian mereka,
pembelajaran Sejarah haruslah dijadikan suatu pengalaman yang menyeronokkan dan mampu
untuk mencabar pemikiran murid. Antara cabaran tersebut adalah berkaitan dengan kualiti
buku-buku teks. Walaupun buku-buku teks sekarang semakin berkualiti, mempunyai grafik
dan berwarna, tetapi buku teks masih memiliki kekurangan seperti kandungan buku yang tidak
lengkap dan kurang menarik (Rustaman et al. 2005). Hal ini yang membataskan pemikiran
murid kerana pemikiran murid tidak dirangsang dengan deria pancaindera yang lain secara
menyeluruh dan menyebabkan murid kurang aktif serta mudah mengantuk di dalam kelas.
Pemilihan buku atau bahan bacaan yang tidak sesuai dengan tahap kefahaman murid
berkemungkinan besar menyebabkan murid gagal menguasai maklumat yang ingin
disampaikan.
Oleh yang demikian, penggunaan sumber elektronik sebagai (PdP) Sejarah dapat
membantu murid menggunakan deria yang pelbagai. Penggunaan deria penglihatan dan
pendengaran secara serentak mampu merangsang pemikiran murid untuk lebih kreatif, kristis
dan inovatif. Contohnya, guru Sejarah boleh menggunakan sumber bahan elektronik seperti
tayangan video, animasi atau filem untuk mengajar sesuatu tema. Tayangan video berkaitan
peristiwa dan pemandangan sebenar sesuatu peristiwa akan membolehkan murid tahu dengan
lebih jelas tentang sesuatu peristiwa bersejarah. Kemahiran kreatif dan inovatif turut dapat
dicapai apabila murid berfikir di luar konteks buku teks. Jelaslah di sini, integrasi deria yang
pelbagai mampu merangsang minat murid untuk menumpukan perhatian di dalam kelas dan
berfikir secara aktif seterusnya mengurangkan masalah disiplin murid di dalam kelas.

v. KEBERKESANAN SUMBER SEJARAH DARI SEGI PENJIMATAN KOS


DAN KESAN TERHADAP TINGKAH LAKU MURID

Sumber (PdP) matapelajaran Sejarah iaitu bahan bercetak telah digunakan dengan meluas
seperti penggunaan buku teks di sekolah. Namun begitu, sumber bercetak ini memakan kos
yang agak tinggi apabila guru ingin menjadikannya sebagai bahan bantu mengajar di dalam
kelas. Guru perlu menfotokopi bahan bercetak ini mengikut bilangan murid di dalam kelas
yang semestinya memerlukan kos dari segi kewangan. Terdapat juga murid yang kehilangan

34
Penulisan Akademik Raikan Kepelbagaian Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Sejarah Ambilan Jun 2018, Semester 3

buku teks akibat kecuaian diri sendiri sudah semestinya perlu membeli buku yang baru dan
memerlukan kos. Selain itu, terdapat juga murid yang menconteng buku teks rakan dengan
menggunakan pen yang menyebabkan rakannya terpaksa membeli buku yang baru untuk
digantikan. Hal ini menunjukkan, penggunaan sumber sejarah dari segi bahan bercetak
membawa kepada masalah disiplin murid di dalam bilik darjah kerana murid sering
mengambil peluang untuk menganggu rakan yang lain serta tidak menghargai sumber
bercetak.
Secara perbandingannya, penggunaan sumber elektronik dalam (PdP) Sejarah iaitu
penggunaan guru dengan menggunakan e-buku dilihat sebagai gelombang baharu bagi
perpustakaan dan pusat maklumat selepas e-jurnal kerana kelebihan yang ditawarkan seperti
tidak memerlukan rak penyimpanan, menarik perhatian dan efektif dari segi kos. Faktor
signifikan yang turut membantu ialah peningkatan jumlah kandungan dalam format digital
membolehkan buku digital atau e-buku menjadi mudah dibawa seperti buku-buku bercetak
(Roa 2003). E-buku sebagai bahan bacaan digital yang dilihat pada komputer meja atau
komputer riba atau peranti mudah alih dengan kapasiti penyimpanan yang besar dan
kemampuan untuk memuat turun judul baharu melalui hubungan rangkaian. Oleh yang
demikian, dapat dilihat bahawa jika guru inginkan maklumat yang baru atau kehilangan
sesuatu maklumat, guru hanya perlu memuat turun semula judul buku tersebut untuk diakses
tanpa memerlukan kos dari segi kewangan. Hal ini menunjukkan bahawa tiada alasan yang
dapat diberikan oleh murid sekiranya tiada sumber bahan bercetak kerana bahan elektronik
mudah diakses pada bila-bila masa seperti penggunaan e-buku. Oleh yang demikian, tingkah
laku bermasalah murid dalam bilik darjah dapat dibendung melalui penggunaan sumber
elektronik ini.

D. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN SUMBER PDP DAN PERKAITANNYA


DENGAN TINGKAH LAKU MURID

Penambahbaikan yang dapat dilakukan dengan penggunaan sumber (PdP) Sejarah ialah
menggunakan pelbagai sumber elektronik seperti penggunaan multimedia. Guru boleh
memainkan peranan mereka dengan penghasilan video berdasarkan kreativiti guru itu sendiri
dengan menghasilkan video Sejarah secara interaktif dengan menggabungkan video dan audio
secara serentak. Pendidik pada hari ini mampu menghasilkan video sendiri dengan pelbagai
aplikasi di internet seperti Powtoon, H5P, Inmaker, Randerforest dan sebagainya. Penggunaan
video ini akan menjadikan pengajaran lebih menarik, kefahaman meningkat dan penyertaan
menyeluruh daripada murid. Penggunaan sumber elektronik di dalam proses pendidikan akan
menambah proses pemahaman pelajar lebih mendalam dan menjadikan aktiviti pembelajaran
yang lebih pelbagai (Norah, Nurul Izzati & Radhiah, 2013). Contohnya, melalui video
interaktif yang dihasilkan oleh guru menggunakan aplikasi H5P, terdapat hubungan antara
murid dengan klip video kerana terdapat soalan-soalan yang perlu dijawab oleh murid secara
langsung dan hal ini akan menggembirakan murid sekiranya jawapan yang diberikan adalah
betul dan membuatkan mereka lebih bersemangat untuk menjawab soalan yang seterusnya.
Oleh itu, penglibatan murid yang menyeluruh ketika proses (PdP) berlangsung dapat
mengurangkan masalah disiplin dan tingkah laku dalam bilik darjah. Hal ini kerana, murid
berminat dengan sesi pengajaran yang disampaikan oleh guru serta memberikan tumpuan
dengan sepenuhnya. Oleh itu, tumpuan terhadap video seperti bunyi, grafik, rajah, animasi
dan gambar berwarna-warni dapat meningkatkan pencapaian kognitif, psikomotor, minat dan
perilaku murid.
Penambahbaikan yang seterusnya dapat dilakukan adalah dengan penggunaan
sumber yang menarik sebagai aktiviti yang dapat dilakukan di dalam kelas. Oleh yang

35
Penulisan Akademik Raikan Kepelbagaian Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Sejarah Ambilan Jun 2018, Semester 3

demikian, guru boleh menggunakan teknik momentum dalam Model Kelompok Kounin iaitu
model ini merujuk kepada guru memulakan pengajaran dengan menarik perhatian murid,
kemudian meneruskan aktiviti dengan lancar, melakukan peralihan antara aktiviti dengan
cekap dan mengakhiri pengajaran dengan berkesan (Haliza dan Joy, 2016). Aktiviti yang
lancar dapat dilaksanakan dengan penggunaan sumber elektronik menggunakan sumber
digital yang mempunyai sumber Internet. Guru boleh merancang aktiviti di dalam kelas
dengan pendekatan aktiviti daripada internet seperti aplikasi Quizziz, Kahoot, Plickers dan
sebagainya yang mana guru perlu menyediakan soalan-soalan yang berkaitan dengan topik
pelajaran pada hari tersebut seterusnya memaparkan soalan tersebut di hadapan kelas supaya
dapat dilihat dengan jelas oleh semua murid serta murid dikehendaki untuk menjawab soalan-
soalan tersebut dengan betul. Pemarkahan secara automatik juga diberikan oleh aplikasi
Internet ini menyebabkan murid berasa teruja dan seolah-olah ingin bermain lagi Quizziz
kerana aktiviti ini tidak memerlukan masa yang lama serta aktiviti ini melatih murid untuk
berfikir dengan pantas. Tidak dapat dinafikan, melalui pendekatan seperti ini, murid-murid
termotivasi untuk menjawab soalan Quizziz dengan baik kerana mereka berlumba-lumba
dengan rakan sekelas untuk mencapai markah yang baik. Secara tidak langsung, murid mampu
memberikan kerjasama yang baik kepada guru ketika aktiviti ini dilaksanakan serta mampu
mengurangkan masalah tingkah laku dan disiplin murid ketika berada di dalam kelas.

E. PENUTUP

Kesimpulannya, penggunaan sumber (PdP) Sejarah dalam bilik darjah amat memainkan
peranan penting dalam menarik minat murid untuk belajar dan mengurangkan masalah
tingkah laku disiplin murid. (PdP) yang berkualiti tinggi di dalam bilik darjah adalah hasil
daripada pemilihan sumber yang baik oleh guru sama ada sumber bercetak atau sumber
elektronik dengan mengambil kira ciri-ciri sumber yang mampu menarik minat murid agar
murid masih tetap fokus terhadap pengajaran guru. Secara tidak langsung, pemilihan sumber
Sejarah yang baik ini akan menghasilkan kandungan topik yang boleh dipilih secara lebih
terperinci dan diorganisasikan serta penyampaian pengajaran yang lebih menarik oleh guru.
Pada masa yang sama, pembelajaran juga lebih interaktif apabila model-model pengurusan
disiplin bilik darjah turut diaplikasikan serta membantu seseorang guru dalam mengawal dan
menyelesaikan tingkah laku bermasalah yang berlaku dalam kalangan murid. Setiap tingkah
laku bermasalah yang timbul harus ditangani dengan intervensi yang sesuai agar masalah
tersebut tidak menjadi lebih besar atau berlarutan. Oleh yang demikian, jelas menunjukkan
bahawa pemilihan sumber sejarah mampu memberi kesan kepada tingkah laku murid di dalam
bilik darjah.

RUJUKAN

Abdul Rasid Jamian & Hasmah Ismail. (2013). Pelaksanaan pembelajaran menyeronokkan
dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa
Melayu, 3 (2): 49-63.
Benkler, Y. (2006). The wealth of networks. New Haven, CT: Yale University Press.
Brown, C.A., & Dotson, K. (2007). A Case Study Using Digital Primary Source Documents
TechTrends, 51(3), 30-37.
Haliza Hamzah & Joy Nesamalar Samuel. (2014). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah
Laku. Edisi kedua. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn Bhd.
Haliza Hamzah & Joy Nesamalar Samuel. (2016). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah
Laku. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn Bhd.

36
Penulisan Akademik Raikan Kepelbagaian Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Sejarah Ambilan Jun 2018, Semester 3

James F. Nolan (2004). Principles of Classroom Management: A Professional Decision-


Making Model-5th Edition. Penn State University Edisi kedua. Shah Alam: Oxford
Fajar Sdn Bhd.
Marohaini Yusoff, Abdul Murad Salleh & Sharir Jamaludin. (2005). Penggunaan Buku Teks
dalam Kalangan Guru dan Pelajar Sekolah Menengah: Satu Tinjauan Kuantitatif. Kertas
kerja yang dibentangkan dalam Seminar Penyelidikan Pendidikan, Maktab Perguruan
Batu Lintang, 15-16 September, 2005.
Mohammad Aziz Shah Bin Mohamed Arip, Fauziah Binti Mohd Sa’ad, Norhidayah Binti
Jaapar, Khairiyah Binti Mohd Ali, Najwa Hananie Binti Athdzar, & Wan Norhasniah
Binti Wan Abd Rashid. (2014). Faktor, Kesan Dan Strategi Menangani Permasalahan
Kurang Tumpuan Pelajar Sekolah Menengah Di Dalam Kelas: Suatu Kajian
Kualitatif. Dibentangkan di International Counseling Conference and Work, Medan.
Mok, S.S. (2011). Pengurusan Bilik Darjah Dan Tingkah Laku. Selangor: Penerbitan
Multimedia Sdn Bhd.
Norah M. N., Nurul Izzati H. & Radhiah A. R. (2013, December). The framework for learning
using video based on cognitive load theory among visual learners. Published in Proceedings
of the 5 th Conference on Engineering Education. pp. 15-20.
Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad & Wan Kamaruddin
Wan Hasan. (2009). Teknologi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran. Siri Pendidikan
Guru. Selangor: Oxford fajar Sdn. Bhd.
Norzana Mohd. Sulaiman. (2003). Masalah Ponteng di kalangan Pelajar Perempuan: Satu
Kajian Kes. Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya.
Patton, M.Q. (1990). “Qualitative Evaluation and Research Methods.” London: Sage
Publications.
Rustaman, N.Y. Dirjosoemanto, S. Yodianto, S. A. Achmad, Y. & Subekti, R. (2005). Strategi
Belajar Mengajar Biologi. Malang: UM Press.
Rao, Siriginidi Subba. (2003). Electronic books: a review and evaluation. Library Hi Tech,
21 (1): 85 - 93. doi: http://dx.doi.org/10.1108/07378830310467427
Shahabuddin Hashim, et al, (2003). "Pedagogi, Strategi Dan Metod Mengajar Dengan
Berkesan". Siri Pendidikan Guru. Selangor: Oxford fajar Sdn. Bhd
Siti Hawa Abdullah (2008). Empati Sejarah Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Sejarah.
Jurnal Pendidik dan Pendidikan, 28(1), pp.131 -146.
Ting, K. S. & Woo, Y. L. (2005). Penggunaan ICT Dalam Proses Pengajaran Dan
Pembelajaran Di Kalangan Guru Sekolah Menengah Teknik Dan Vokasional: Sikap
Guru, Peranan ICT Dan Kekangan / Cabaran Penggunaan ICT, Universiti Teknologi
Malaysia.
Wineburg, S.S. (1991). On the Reading of Historical Texts: Notes on the Breach between
School and Academy. American Educational Research Journal, 28(3), 495-519
Yahya Othman & Dayang Raini Pakar. (2011). Kesan perisian cerita interaktif semasa
mengajarkan kemahiran bacaan dan kefahaman dalam kalangan pelajar Tahun 4 di
Brunei Darussalam. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 1 (1): 27-49.
Yahya Buntat, & Lailinanita Ahamad (2012). Inovasi pengajaran dan pembelajaran dalam
kalangan guru-guru teknikal di sekolah menengah teknik dari perspektif guru.

37
Penulisan Akademik Raikan Kepelbagaian Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Sejarah Ambilan Jun 2018, Semester 3

PENGGUNAAN APLIKASI MYNW DAN BRAINCHILD DALAM PDP SEJARAH


TAHUN 6

Zatty Zulaikha binti Mohamad Minai @ Othman


Jabatan Sejarah,
IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka

A. PENDAHULUAN

Pada 4 hingga 8 Ogos 2019, semasa PBS Fasa 2, Sekolah Kebangsaan Tunku Abdul Rahman
Putra (SKTARP) dipilih sebagai tempat pemerhatian terhadap tingkah laku bermasalah dan
penggunaan sumber pengajaran dan pembelajaran (PdP) Sejarah. Pemerhatian ini adalah bagi
memenuhi keperluan kursus SJHK3073 Sumber Pengajaran dan Pembelajaran Sejarah dan
EDUP3043 Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku. Sekolah Kebangsaan Tunku Abdul
Rahman Putra, Kuala Nerang merupakan sebuah sekolah yang terletak di kawasan pinggir
bandar di daerah Padang Terap, Kedah. Kebanyakan murid mempunyai latar belakang
daripada keluarga sederhana dan 80 peratus ibu bapa merupakan penjawat awam. Oleh itu,
perbezaan individu dari faktor sosial dan persekitaran tidak menunjukkan jurang yang terlalu
luas, namun perbezaan individu dari segi gaya pembelajaran dan kecerdasan adalah amat
berkait rapat dengan kaedah pengajaran guru dan penggunaan sumber pengajaran. Faktor ini
juga berkait rapat tingkah laku bermasalah oleh murid di dalam kelas apabila mereka tidak
dapat memberi perhatian ketika proses PdP berlangsung disebabkan gaya pengajaran guru
yang membosankan serta penggunaan sumber PdP yang kurang bersesuaian dengan gaya
pembelajaran murid. Pemilihan sumber PdP yang sesuai dengan pengajaran guru serta
meraikan kepelbagaian murid amat penting bagi memastikan proses pendidikan mencapai
matlamatnya.

B. DAPATAN PEMERHATIAN DI SEKOLAH

i. TINGKAH LAKU BERMASALAH DALAM BILIK DARJAH

Berdasarkan pemerhatian di SKTARP, terdapat beberapa isu tingkah laku yang wujud dalam
bilik darjah. Antaranya adalah murid tidak memberikan perhatian, mengganggu rakan di
dalam kelas serta membuli rakan sedarjah. Masalah-masalah disiplin ini dikategorikan sebagai
masalah disiplin bersifat disruptif yang akan mengganggu dan menjejaskan pelaksanaan PdP
(Haliza dan Samuel, 2016). Masalah-masalah ini wujud disebabkan beberapa faktor seperti
bilangan murid yang terlalu ramai di dalam sesebuah bilik darjah dan gaya pengajaran guru
yang membosankan sehingga menyebabkan murid hilang fokus sewaktu proses PdP
berlangsung. Bilangan murid yang ramai secara langsung mewujudkan suasana yang
membenarkan berlakunya masalah disiplin. Purata saiz kelas di SKTARP adalah diantara 35
hingga 40 orang murid dalam sesebuah bilik darjah. Keadaan ini merumitkan guru dalam
mengawal disiplin murid-murid. Hal ini juga menyebabkan keadaan sesetengah murid tidak
dapat dilayani oleh guru. Murid-murid ini akan berasa kecewa dan seterusnya akan cuba
mendapatkan perhatian guru dengan cara membuat nakal, merosakkan harta benda sekolah
serta mengacau rakan-rakan yang lain (Ee Ah Meng, 1994). Keadaan ini pastinya akan
mengganggu proses PdP guru apabila terpaksa menangani masalah tersebut dan menyebabkan
masa PdP menjadi terhad untuk mencapai objektif pengajaran.

38
Penulisan Akademik Raikan Kepelbagaian Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Sejarah Ambilan Jun 2018, Semester 3

Selain faktor saiz kelas, sumber PdP yang kurang menarik juga berpotensi untuk
mewujudkan tingkah laku bermasalah. Sesetengah murid berasa bosan atau tidak tercabar
kerana sumber PdP yang disediakan kurang sesuai dengan tahap penguasaan mereka. Sumber-
sumber tersebut mungkin gagal untuk menarik minat mereka ataupun terlalu sukar untuk
mereka ikuti (Ee Ah Meng, 1994). Hal ini dapat dikaitkan dengan perbezaan individu dari
segi gaya pembelajaran, kecerdasan yang berbeza dan tahap penguasaan mereka terhadap
sesuatu pembelajaran. Hal ini dibuktikan di SKTARP, apabila murid-murid di kelas
cemerlang lebih cenderung dengan bahan berbentuk kuiz manakala murid di kelas dengan
tahap penguasaan yang lemah lebih gemar dengan pengajaran berbentuk permainan. Selain
itu, sumber PdP juga perlu mengambil berat tentang gaya pembelajaran, kecerdasan pelbagai
serta jenis murid. Hal ini kerana gaya pembelajaran ialah cara setiap individu memproses
maklumat dan cara memproses maklumat itu adalah berbeza (Noriati et. al, 2017). Dari aspek
jenis murid, terdapat tujuh jenis murid yang utama (Noriati et. al, 2017) iaitu visual, auditori,
kinestetik, aktivis, reflektor, teoris dan pragmatis yang akan mempengaruhi gaya
pembelajaran mereka. Oleh itu, guru perlu menitikberatkan aspek perbezaan individu dalam
menyediakan sumber PdP yang bersesuaian dengan kemampuan penguasaan dan
kepelbagaian gaya belajar setiap murid.

ii. PENGGUNAAN SUMBER PDP SEJARAH BAGI MENANGANI TINGKAH


LAKU BERMASALAH

Dalam PdP Sejarah, penggunaan sumber amat dititikberatkan bagi menarik minat murid
terhadap mata pelajaran Sejarah yang sering dilabelkan sebagai mata pelajaran yang
membosankan (Syed Ismail et. al, 2017). Malah, penggunaan sumber yang pelbagai akan
membantu meningkatkan keberkesanan bahan bantu mengajar dalam pengajaran (Mohd
Faeez et. al, 2016). Namun begitu, terdapat terdapat kekangan dalam usaha guru untuk
mempelbagaikan sumber bahan untuk menghasilkan BBM. Kajian Othman (2007), Mahidi
(2011), dan Jasmi et al. (2011) mendapati bahawa guru tidak dapat menggunakan BBM
disebabkan kekurangan sumber dalam mendapatkan bahan. Kekangan ini sememangnya
menjadi batasan kepada guru Sejarah terutamanya bagi mendapatkan sumber pertama seperti
bahan arkeologi dan bahan bercetak. Keadaan ini menyebabkan guru sejarah masih
menggunakan kaedah tradisional dalam pengajaran mereka. Othman (2007), menyatakan
bahawa guru di Malaysia khususnya sentiasa dibelenggu dengan sumber yang terbatas kerana
kaedah tradisional telah menjadi amalan dalam PdP. Selain itu, penggunaan sumber juga dapat
mempelbagaikan kaedah pengajaran guru (Syed Ismail et. al, 2017). Misalnya, murid dapat
melakonkan watak tokoh berdasarkan video peristiwa bersejarah yang ditayangkan oleh guru.
Kaedah ini bukan sahaja dapat melibatkan murid secara aktif dalam proses pembelajaran
mereka, malah melahirkan rasa empati terhadap peristiwa bersejarah.
Berdasarkan pemerhatian di SKTARP, bahan bercetak seperti peta, sumber
elektronik seperti audio dan video serta sumber internet seperti laman web telah digunakan
sebagai sumber pengajaran oleh guru. Di sekolah tersebut juga, penggunaan sumber bukan
sahaja digunakan sebagai bahan bantu mengajar, malah dijadikan medium penilaian oleh guru
untuk mengukur tahap penguasaan murid. Misalnya, guru meminta murid untuk
menyenaraikan maklumat tentang sejarah penciptaan bendera kebangsaan dengan
menggunakan sumber internet. Kefahaman murid tentang bendera kebangsaan akan
membolehkan mereka untuk mencari maklumat tentang bendera tersebut. Hal ini
membuktikan murid sudah menguasai sejarah berkaitan bendera kebangsaan. Bahan
elektronik seperti audio dan video kerap digunakan oleh guru sebagai set induksi bagi
membina konsep awal tentang isi pembelajaran di awal proses PdP. Manakala bahan bercetak

39
Penulisan Akademik Raikan Kepelbagaian Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Sejarah Ambilan Jun 2018, Semester 3

seperti peta digunakan oleh guru untuk mengasah Kemahiran Pemikiran Sejarah (KPS) murid
dalam meneroka bukti dan seterusnya menjadikan pengajaran sejarah lebih mudah difahami
dan diingati oleh murid.

C. BANDING BEZA SUMBER PdP SEJARAH DALAM MENANGANI


TINGKAH LAKU BERMASALAH

i. ISI KANDUNGAN

Berdasarkan aspek isi kandungan, bahan bercetak seperti peta dan buku teks dan sumber
elektronik seperti video dan audio mempunyai isi kandungan sejarah yang terhad kerana
hanya mengandungi topik atau peristiwa sejarah tertentu. Misalnya, buku teks sejarah
mengandungi isi pelajaran yang terkandung dalam Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran
(DSKP) Sejarah bagi tahun 4, 5 dan 6 manakala peta pula hanya mengandungi maklumat
tentang keadaan geografi suatu lokasi. Begitu juga dengan penggunaan video dan audio yang
hanya mengandungi maklumat berkaitan fokus penyampaian sumber berkenaan. Biarpun
begitu, proses interpretasi maklumat bagi bahan bercetak adalah lebih meluas berbanding
sumber elektronik kerana bahan isi kandungan yang terdapat dalam buku teks mempunyai
penerangan lanjut dan lebih mendalam tentang topik.
Berbeza pula dengan sumber elektronik yang bersifat memilih terhadap penerangan
isi kandungan bagi menghasilkan video yang padat dan berkesan. Isi kandungan dalam video
adalah terhad kepada suatu topik atau peristiwa dan tidak menyeluruh, malah isi kandungan
video adalah berdasarkan bahan bercetak seperti jurnal, rekod kolonial, buku sejarah dan
kajian akademik. Penggunaan bahan bercetak dan sumber elektronik yang mempunyai isi
kandungan yang terhad dan tidak mencabar akan menyekat peluang murid untuk meneroka
bahan tersebut. Hal ini juga akan menyebabkan murid berasa bosan dan seterusnya sukar
memberi tumpuan dalam proses PdP. Isi kandungan yang terdapat dalam sumber internet
seperti laman web pula adalah meluas dan pelbagai, namun kebolehpercayaannya adalah
rendah kerana maklumat-maklumat tersebut dimuatnaik atau disunting oleh badan atau
individu yang tidak berautoriti. Berbanding dengan bahan bercetak, tahap kebolehpercayaan
adalah lebih tinggi kerana mempunyai autoriti berbanding video dan laman web. Biarpun
begitu, video yang dikeluarkan oleh badan rasmi seperti Jabatan Arkib Negara juga
mempunyai autoriti yang tinggi.

ii. KEBOLEHCAPAIAN SUMBER

Kebolehcapaian sumber adalah berkaitan tentang kemudahan untuk pengguna mengakses


sumber PdP. Berdasarkan aspek kebolehcapaian ini, ketiga-tiga sumber menunjukkan
perbezaan. Bahan bercetak seperti buku teks mudah diakses kerana semua murid mempunyai
buku teks sebagai buku panduan kepada murid dan guru dalam melaksanakan PdP mengikut
standard pembelajaran yang ditetapkan. Oleh itu, guru tidak perlu menyediakan buku teks
untuk murid setiap kali proses PdP kerana semua murid memilikinya dan buku teks dapat
digunakan oleh semua murid secara individu.
Sumber elektronik seperti video dan audio juga mudah diakses oleh guru dengan
melayari laman YouTube menggunakan telefon bimbit. Namun, guru tetap menghadapi
kesukaran dari aspek teknikal apabila perlu menyediakan peralatan yang sesuai bagi
memaparkan video dan memperdengarkan audio yang jelas kepada murid. Guru perlu
menyediakan projektor, papan layar serta alat pembesar suara bagi menayangkan video
kepada murid dan hal ini pastinya akan mengganggu proses PdP untuk berjalan dengan lancar.

40
Penulisan Akademik Raikan Kepelbagaian Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Sejarah Ambilan Jun 2018, Semester 3

Keadaan akan menjadi lebih sukar sekiranya projektor dan alat pembesar suara tidak berfungsi
dengan baik. Video dan audio yang kurang jelas akan menyebabkan murid tidak dapat
memahami isi penyampaian sumber berkenaan dan seterusnya menyebabkan tumpuan murid
terhadap proses pengajaran. Masa yang diperlukan oleh guru untuk menyediakan peralatan
juga akan membuka ruang kepada murid untuk menimbulkan tingkah laku bermasalah seperti
membuat nakal dan mengacau rakan-rakan yang lain.
Sumber internet juga sukar diakses apabila guru perlu membawa murid ke makmal
komputer bagi menggunakan kemudahan komputer. Penggunaan makmal komputer adalah
terhad kerana tidak dapat menampung jumlah murid yang ramai dalam satu-satu masa. Guru
juga perlu menempah terlebih dahulu makmal tersebut sebelum menggunakannya. Malah,
berdasarkan temu bual yang dilakukan dengan guru Sejarah di sekolah, mereka mengakui
bahawa sukar untuk membawa murid ke makmal komputer kerana kesukaran untuk
mendapatkan giliran penggunaan makmal tersebut.

iii. INTEGRASI MEDIA

Integrasi media merujuk kepada gabungan media seperti teks, audio, grafik, animasi, video,
pengimejan dan spatial modelling sistem komputer (Syed Ismail et. al, 2017). Berdasarkan
aspek ini, bahan bercetak adalah kurang mengintegrasikan pelbagai media. Misalnya buku
teks hanya mengandungi media teks dan grafik. Bahan video adalah lebih menarik, dinamik
dan berbentuk 3D berbanding bahan bercetak yang kurang menarik dan dalam bentuk 2D.
Selain itu, paparan video yang realistik mampu membawa unsur sebenar serta berupaya
menarik perhatian dan emosi pengguna (Syed Ismail et. al, 2017). Penggunaan video dalam
pengajaran sejarah mampu memupuk perasaan empati dalam diri murid berbanding bahan
bercetak yang berdasarkan tulisan dan teks sahaja. Video dapat menolong guru meningkatkan
mutu pengajarannya dan menjadikan pengajaran lebih menarik. Video boleh menimbulkan
minat dan seterusnya menggerakkan keinginan pelajar untuk memahami sejarah dengan lebih
terperinci. Video dapat menghilangkan rasa bosan pelajar untuk mempelajari sejarah yang
dahulunya hanya menggunakan buku teks (Abdul Razaq dan Isjoni, 2009).
Berbeza dengan sumber internet, banyak media diintegrasikan bagi mewujudkan
suasana interaktif. Malah, permainan atas talian yang bertujuan menilai tahap penguasaan juga
dapat diakses oleh murid dan guru dengan mudah. Gabungan pelbagai media yang
memanfaatkan deria penglihatan dan pendengaran secara sepenuhnya mampu menarik minat
murid (Syed Ismail et. al, 2017). Hal ini pastinya dapat mengurangkan tingkah laku
bermasalah yang berpunca daripada sumber PdP yang kurang menarik perhatian murid.

iv. PENGLIBATAN MURID

Berdasarkan aspek penglibatan murid, buku teks dapat melibatkan murid dalam proses PdP
kerana kemudahan untuk mengakses bahan tersebut. Biarpun begitu, keadaan buku teks yang
hanya memaparkan teks dan grafik akan menyebabkan murid bosan serta tidak tertarik untuk
mengikuti proses pengajaran guru. Namun, pengintegrasian pelbagai media dalam sumber
elektronik dan sumber internet akan menyebabkan murid tertarik untuk mengikuti proses
pengajaran hingga ke akhir proses PdP. Tambahan pula, pembelajaran berasaskan sumber
internet dapat disesuaikan dengan tahap penerimaan dan kefahaman murid kerana murid dapat
mengakses dengan bahan atau maklumat daripada sumber internet berdasarkan kemampuan
mereka. Melalui penggunaan sumber internet juga, konsep pembelajaran kendiri dapat
dilaksanakan. Konsep pembelajaran seperti ini dapat memotivasikan murid kerana mereka
tidak terikat dengan arahan guru. Namun begitu, pemantauan guru amat penting ketika

41
Penulisan Akademik Raikan Kepelbagaian Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Sejarah Ambilan Jun 2018, Semester 3

menggunakan sumber internet kerana murid dapat mengakses pelbagai laman web yang tidak
berkaitan dengan topik pengajaran. Tanpa pemantauan guru, kawalan kelas akan menjadi
lemah dan menyebabkan objektif PdP tidak berjaya dicapai.

D. CADANGAN PENGGUNAAN SUMBER PdP SEJARAH DAN MODEL


PENGURUSAN BILIK DARJAH BAGI MENANGANI TINGKAH LAKU
BERMASALAH

Bagi menangani masalah murid hilang tumpuan sewaktu proses PdP berlangsung, guru perlu
mempelbagaikan sumber dalam menyediakan bahan bantu mengajar yang menarik. Hal ini
kerana penggunaan bahan bantu mengajar yang menarik akan mewujudkan suasana
pembelajaran yang menggembirakan (Abdul Rasid dan Hasmah, 2013). Penggunaan sumber
juga seharusnya dapat melibatkan semua pelajar secara aktif supaya murid dapat menumpukan
perhatian dan tidak mengganggu murid yang lain ketika proses PdP. Oleh itu, guru perlu
memilih sumber dan merancang pengajaran yang boleh melibatkan penglibatan aktif murid.
Antara sumber yang boleh digunakan oleh guru adalah sumber elektronik dan sumber internet
yang mengintegrasi pelbagai media yang dapat menarik minat murid untuk melibatkan diri
dalam proses PdP.
Guru juga boleh menggunakan bahan multimedia iaitu sumber elektronik dalam
pengajaran mereka. Penggunaan multimedia akan menjadikan pengajaran menarik,
kefahaman meningkat dan penyertaan menyeluruh. Tumpuan terhadap perisian multimedia
seperti bunyi, grafik, rajah, animasi dan gambar berwarna-warni dapat meningkatkan
pencapaian kognitif, psikomotor, minat dan tingkah laku pelajar. (Abdul Razaq dan Isjoni,
2009). Multimedia bukan sahaja mengaplikasikan TMK dalam PdP malah menggunakan
pelbagai deria dalam memahami sesuatu pembelajaran. Eisner (1972 dalam Mat Desa, 2002)
menyatakan bahawa pengalaman deria yang berlainan iaitu visual, auditori dan kinestatik akan
membentuk kefahaman serta menunjukkan pengalaman deria telah memainkan peranan asas
dalam membentuk konsep. Hal ini kerana pemahaman terhadap konsep dan merangsang
pengetahuan sedia ada individu akan memberi suatu pembelajaran bermakna kepada murid.
Antara bahan multimedia yang boleh digunakan oleh guru adalah Microsoft
PowerPoint dan perisian video interaktif seperti H5P, Animaker dan Render Forest. Pakej
bahan pengajaran dan pembelajaran digital boleh dibangunkan guru dengan membina laman
interaktif dengan menggunakan aplikasi Blogger.com atau WIX. Guru boleh memuatkan
pelbagai jenis media dalam pakej bahan ini dan seterusnya memudahkan murid untuk
menguasai pembelajaran melalui penggunaan pakej bahan yang berpusat. Tambahan pula,
pembelajaran berbantukan multimedia akan menjadikan kelas lebih berpusatkan pelajar.
Multimedia seperti komputer membolehkan penumpuan diberikan kepada setiap pelajar
dengan tiada halangan atau diskriminasi. Pendekatan ini selaras dengan kaedah pendidikan
masa kini yang menekankan tumpuan kepada pelajar supaya lebih berdikari. Setiap pelajar
akan dapat mengawal pembelajaran Sejarah dengan kelajuan tersendiri berdasarkan
kemampuan dan pencapaian masing-masing sama ada di peringkat rendah, sederhana, atau
tinggi (Abdul Razaq dan Isjoni, 2009). Pembelajaran berasas kemampuan murid adalah bagi
meraikan perbezaan yang terdapat dalam diri setiap murid.
Namun begitu, dalam menyediakan bahan bantu mengajar, guru perlu berusaha
memilih sumber pengajaran sejarah yang dapat memenuhi perbezaan gaya pembelajaran
murid bagi melibatkan murid secara aktif serta meraikan kepelbagaian murid. Guru Sejarah
perlu peka terhadap Teori Kecerdasan Pelbagai yang terdapat pada diri setiap murid agar
memudahkan guru untuk mengenal pasti tahap kebolehan mereka supaya dapat
mempelbagaikan sumber pengajaran dan pembelajaran bagi menarik minat murid terhadap

42
Penulisan Akademik Raikan Kepelbagaian Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Sejarah Ambilan Jun 2018, Semester 3

mata pelajaran Sejarah (Syed Ismail et. al, 2017). Di dalam sesebuah kelas, terdapat murid
yang cerdas dan mudah memahami isi pelajaran yang disampaikan oleh guru. Namun, terdapat
juga kumpulan sederhana yang akan memahami isi pelajaran sekiranya guru mengajar
berbantukan alat-alat bantu mengajar seperti gambar, klip video atau pita rakaman (Noriati et.
al, 2017).
Dalam menangani tingkah laku bermasalah, terdapat beberapa model pengurusan
disiplin yang boleh digunakan oleh guru, antaranya ialah model ‘Beyond Discipline’ oleh
Alfie Kohn. Model ini menekankan pembentukan komuniti bilik darjah yang penyayang bagi
menyokong murid supaya dapat meneroka topik atau PdP yang mereka minati dengan
mendalam (Haliza dan Samuel, 2016). Kohn juga mencadangkan beberapa strategi yang dapat
membantu guru membentuk komuniti pembelajaran, antaranya adalah dengan meningkatkan
hubungan murid dengan murid yang lain (Haliza dan Samuel, 2016). Selain itu, pengurusan
‘Beyond Discipline juga memerlukan guru untuk merancang PdP yang menyeronokkan di
mana semua murid terlibat dan teransang dengan PdP tersebut (Haliza dan Samuel, 2016).
Malah pengajaran yang menarik akan mengekalkan fokus murid dalam proses PdP manakala
pengajaran yang tidak imaginatif dan kurang melibatkan murid membuatkan mereka
kebosanan dan tertekan serta mewujudkan peluang untuk masalah disiplin berlaku (Emmer et.
al, 2003).
Oleh itu, bagi menjadikan proses PdP menarik dan meningkatkan hubungan interaksi
antara murid, penggunaan TMK dilihat dapat memenuhi kedua-dua matlamat ini. Komunikasi
menggunakan teknologi adalah lebih berkesan kerana murid boleh meneroka maklumat
merentasi ruang, masa dan tempat yang dapat meluaskan pencarian maklumat dalam alam
maya (Noriati et. al, 2017). Penggunaan teknologi juga dapat meningkatkan kefahaman murid
terhadap sesuatu pengajaran. Kajian Yahya dan Dayang Raini (2011), menunjukkan terdapat
perbezaan yang signifikan bagi min prestasi pemahaman bacaan antara murid-murid
berpencapaian sederhana yang mengikuti pengajaran pemahaman bacaan menggunakan
aplikasi komputer secara interaktif dengan murid-murid berpencapaian sederhana yang
mengikuti pengajaran menggunakan kaedah tradisional dalam ujian pasca.
Bagi membentuk interaksi di dalam bilik darjah, guru juga boleh mempelbagaikan
aktiviti pembelajaran bagi memupuk minat serta menggalakkan penyertaan murid dalam
proses pembelajaran mereka (Haliza dan Samuel, 2016). Guru juga boleh aplikasi kaedah dan
teknik pengajaran masa kini seperti flipped classroom dan blended learning. Kaedah flipped
classroom dapat merangsang penglibatan murid secara aktif dengan menjadikan suasana bilik
darjah seperti sebuah bengkel di mana murid boleh bertanyakan isi pelajaran dan berinteraksi
antara mereka secara hands-on (Noriati et. al, 2017). Kaedah blended learning pula dilihat
dapat memberi kebebasan serta kawalan kepada murid dalam menentukan hasil pembelajaran
mereka sendiri. Selain itu, kaedah ini mempunyai unsur kolaboratif, kadar kendiri dan
diterajui guru berasaskan pengajaran dalam bilik darjah (Noriati et. al, 2017). Malah kaedah
ini dilihat bersesuaian dengan PdP Sejarah kerana menggabungkan kedua-dua gaya
pembelajaran iaitu kaedah tradisional dan juga pembelajaran abad ke-21.

E. PENUTUP

Kesimpulannya, tingkah laku bermasalah seperti murid hilang tumpuan dapat diatasi dengan
penggunaan model pengurusan bilik darjah yang sesuai dan penggunaan sumber PdP yang
mampu menarik minat murid. Guru juga perlu sedar akan kepentingan unsur pembelajaran
menyeronokkan dalam pengajaran untuk mewujudkan hubungan baik dengan murid-murid
mereka. Bagi menghasilkan pembelajaran yang menyeronokkan, penggunaan sumber yang
berasaskan elektronik dan internet dapat diterapkan dalam PdP. Namun begitu, guru perlu

43
Penulisan Akademik Raikan Kepelbagaian Jilid 1, 2019
Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (NPDL)
PISMP Sejarah Ambilan Jun 2018, Semester 3

melengkapi diri dengan kemahiran TMK bagi menerapkan elemen berkenaan serta
meningkatkan profesionalisme keguruan. Hal ini kerana guru yang cekap menggunakan
pelbagai teknik pengajaran yang disokong dengan aplikasi teknologi maklumat dapat
memberikan impak yang lebih baik terhadap amalan guru dalam penggunaan media
pengajaran dalam proses PdP (Noriati et. al, 2017). Melalui pengajaran dan pembelajaran
berasaskan TMK juga, guru dapat berkolaborasi dengan murid untuk meningkatkan kualiti
pembelajaran dengan meningkatkan kreativiti, ekspresi kendiri yang bersesuaian dengan arus
peredaran zaman (Abdul Rasid dan Hasmah, 2013). Jelaslah penggunaan sumber pengajaran
yang sesuai dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang menarik dan kondusif seterusnya
dapat mengurangkan tingkah laku bermasalah dalam bilik darjah.

RUJUKAN

Abdul Rasid Jamian & Hasmah Ismail. (2013). Pelaksanaan Pembelajaran Menyeronokkan
Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa
Melayu, 3 (2): 49-63.
Abdul Razaq & Isjoni. (2009). Transformasi Pengajaran dan Pembalajaran Sejarah.
Penerbitan Bersama: Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi;
dan, FKIP, Universitas Riau, Pekan Baru Indonesia.
Ee Ah Meng. (1994). Sekolah dan Bilik Darjah. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn Bhd.
Emmer, E. T., Evertson, C. M. & Worsham, M. E. (2003). Classroom Management for
Secondary Teachers. Boston: Pearson / Ally and Bacon.
Haliza Hamzah & Joy Nesamalar Samuel. (2016). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah
Laku. Edisi kedua. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn Bhd.
Jasmi, K. A., Ilias, M. F., Tamuri, A. H. & Mohd Hamzah, M. I. (2011). Amalan penggunaan
bahan bantu mengajar dalam kalangan guru cemerlang Pendidikan Islam sekolah
menengah di Malaysia. Journal of Islamic and Arabic Education, 3 (1): 59-74.
Mahidi, M. M. (2011). Pembangunan bahan bantu mengajar berasaskan e-peta minda
bertajuk “The reactivity series of metals and its applications” untuk kimia tingkatan
lima (Unpublished Master’s Thesis), Universiti Teknologi Malaysia, Skudai.
Mat Desa Mat Rodzi. (2002). Pengajaran Pendidikan Seni Visual Sekolah Menengah:
Kecenderungan dan Kerelevanan untuk Memenuhi Hasrat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan. Wacana Seni, Journal of Arts Discourse, 1 (1): 89-107.
Mohd Faeez Ilias, Kalthom Husain, Mohd Amin Mohd Noh, Zetty Nurzuliana Rashed &
Murihah Abdullah. (2016). Sumber bahan bantu mengajar dalam kalangan guru
Pendidikan Islam Sekolah Bestari. e-Academia Journal UiTMT, 5 (2): 106-114.
Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying & Sharifah Fakhriah Syed Ahmad. (2017). Murid dan
Pembelajaran. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn Bhd.
Othman, M. A. (2007). Keberkesanan kaedah pengajaran berbantukan komputer di kalangan
pelajar pencapaian akademik rendah bagi mata pelajaran Geografi tingkatan 4 di
Negeri Sembilan (Unpublished Doctoral Thesis). Universiti Sains Malaysia, Pulau
Pinang.
Syed Ismail Syed Mustapa, Pushpavalli A. Rengasamey, Meor Aris Meor Hamzah & Rosly
Mohd Sani. (2017). Sumber Pengajaran dan Pembelajaran Sejarah. Petaling Jaya:
Sasbadi Sdn Bhd.
Yahya Othman & Dayang Raini Pakar. (2011). Kesan perisian cerita interaktif semasa
mengajarkan kemahiran bacaan dan kefahaman dalam kalangan pelajar Tahun 4 di
Brunei Darussalam. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 1 (1): 27-49.

44

You might also like