Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 1

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

SEKOLAH KEBANGSAAN KOPOK


JALAN HIJRAH UTAMA ,
KAMPUNG KOPOK BARU,
PASIR GUDANG JOHOR.
81700 PASIR GUDANG JOHOR. Telefon : 07- 2611700

Ruj.Kami:JBA1014/100-1/7/( )
Tarikh : 25 Januari 2019

Kepada,

Pegawai,
Bank Simpanan Nasional.

Tuan,

MEMOHON KHIDMAT NASIHAT/TAKLIMAT BSN SMART JUNIOR

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Pendidikan Khas SK Kopok akan mengadakan Mesyuarat
Permuafakatan Pendidikan Khas bersama dengan ibubapa murid pendidikan khas seperti ketetapan berikut.

Hari : Ahad
Tarikh : 27 Jnuari 2019
Tempat : Bilik Mesyuarat Ibnu Sina, SK Kopok.
Masa : 10.30 pagi

3. Sehubungan dengan itu pihak kami amat berharap agar pihak BSN boleh memberi taklimat berkaitan
kelebihan dan juga faedah BSN SMART JUNIOR kepada murid-murid pendidikan khas khususnya.

4. Oleh itu, pihak sekolah amatlah berharap agar perkara ini mendapat pertimbangan yang sewajarnya
daripada pihak BSN. Segala keperihatinan, kerjasama dan tindakan selanjutnya daripada pihak tuan amat
kami hargai dan didahului dengan ucapan setinggi-tinggi perhargaan.

Sekian, terima kasih.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menjalankan amanah,

............................................ ...
(Muhamod Suhaimi bin Suleiman)
Guru Besar
SK Kopok

You might also like