Ajar BT Taib Dan Lain-Lain LWN Majlis Agama

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 10

Ajar bt Taib dan lain-lain lwn Majlis Agama Islam dan Adat

[2014] 9 MLJ Istiadat Melayu Perlis (Abu Bakar Katar PK) 321

A Ajar bt Taib dan lain-lain lwn Majlis Agama Islam dan Adat
Istiadat Melayu Perlis

MAHKAMAH TINGGI (KANGAR) — GUAMAN SIVIL NO 22–16


B
TAHUN 2001
ABU BAKAR KATAR PK
19 OGOS 2013

C Prosedur Sivil — Bidang kuasa — Mahkamah Tinggi — Sama ada mahkamah


sivil mempunyai bidang kuasa untuk membicarakan hal perkara wakaf dan fatwa
daripada Jawatankuasa Syariah Negeri Perlis — Sama ada terangkum di bawah
bidang kuasa Mahkamah Syariah — Sama ada mahkamah perlu menggunakan
pendekatan ‘subject matter’ — Perlembagaan Persekutuan perkara 121(1A)
D

Undang-Undang Islam — Bidang kuasa — Mahkamah Tinggi — Sama ada


mahkamah sivil mempunyai bidang kuasa untuk membicarakan hal perkara
wakaf dan fatwa daripada Jawatankuasa Syariah Negeri Perlis — Sama ada
E terangkum di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah — Sama ada mahkamah
perlu menggunakan pendekatan ‘subject matter’ — Perlembagaan Persekutuan
perkara 121(1A)

Plaintif-plaintif pada asalnya adalah pemilik berdaftar sebidang tanah.


F Plaintif-plaintif secara bersyarat telah mewakafkan hartanah itu kepada
defendan dan telah memindah milik hartanah tersebut kepada defendan untuk
tujuan pembinaan masjid di atas hartanah tersebut. Walau bagaimanapun,
defendan telah gagal membina masjid di atas hartanah tersebut. Sebuah masjid
yang dikenali sebagai ‘Masjid Syed Putra’ telah dibina berhampiran hartanah
G tersebut dan sekaligus tujuan asal wakaf khas iaitu untuk membina masjid
tidak dapat dilaksanakan terhalang secara ‘hukum syarak’. Maka,
plaintif-plaintif telah memfailkan tindakan ini bagi satu deklarasi bahawa
hartanah tersebut diletakhak semula kepada plaintif-plaintif. Sebelum
perbicaraan tindakan ini bermula, defendan telah mengemukakan bantahan
H awal atas isu bidang kuasa iaitu sama ada mahkamah sivil mempunyai bidang
kuasa untuk membicarakan hal perkara wakaf dan fatwa daripada
Jawatankuasa Syariah Negeri Perlis.

Diputuskan, membenarkan bantahan awal dan membatalkan writ dan


I penyata tuntutan dengan kos:
(1) Parlimen telah meminda perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan
untuk memberikan ‘demarcation’ yang jelas antara bidang kuasa
mahkamah sivil dan Mahkamah Syariah melibatkan ‘any matter within
the jurisdiction of the Syariah Courts’ (lihat perenggan 5).
322 Malayan Law Journal [2014] 9 MLJ

(2) Menggunakan pendekatan ‘subject matter’, Mahkamah Tinggi, Malaya A


Perlis tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar tuntutan yang
difailkan oleh plaintif-plaintif kerana ianya melibatkan wakaf dan fatwa.
Isu mengenai pihak mana yang menguruskan tanah wakaf dan hak untuk
mendapatkan semula tanah wakaf adalah melibatkan soal hukum agama
Islam dan ditadbir di bawah undang-undang Islam. Apabila melibatkan B
hukum Syariah, maka hanya Mahkamah Syariah yang layak dan boleh
memutuskannya (lihat perenggan 14).

[Bahasa Malaysia summary


C
The plaintiffs originally were the registered owner of a parcel of land. The
plaintiffs had endowed the property conditionally to the defendant and
transferred the property to the defendant for the purpose of building mosques
on the property. However, the defendant had failed to build a mosque on the
property. A mosque known as ‘Syed Putra Mosque’ was built near the property D
and thus the original purpose of the special endowment to build the mosque
could not be prevented by the ‘hukum syarak’. Thus, the plaintiffs filed this
action for a declaration that the property was vested in the plaintiffs. Prior to
commencement of the hearing of this action, the defendant had submitted a
preliminary objection on the jurisdiction issue as to whether the civil court had E
jurisdiction to hear the case of the endowment and the fatwa of the Shariah
Committee of the State of Perlis.

Held, allowing the preliminary objection and striking out the writ and
F
statement of claim with costs:
(1) Parliament amended art 121(1A) of the Federal Constitution to give a
clear ‘demarcation’ of the powers of the Syariah Civil Court which
involved ‘any matter within the jurisdiction of the Syariah Courts’ (see
para 5). G

(2) By adopting the ‘subject matter’ approach, the High Court of Malaya
Perlis did not have jurisdiction to hear claims filed by the plaintiffs
because it involved endowment and fatwa. The issue of which party
should manage wakaf land and rights to recover endowment land H
involved questions on the religion of Islam and governed by Islamic law.
When involving Shariah law, only the Syariah Court is qualified to decide
(see para 14).]

Nota-nota I
Untuk kes-kes mengenai Mahkamah Tinggi, lihat 2(3) Mallal’s Digest (4th Ed,
2012 Reissue) perenggan 5269–5346.
Untuk kes-kes mengenai Mahkamah Tinggi, lihat 8(1) Mallal’s Digest (4th Ed,
2013 Reissue) perenggan 649–655.
Ajar bt Taib dan lain-lain lwn Majlis Agama Islam dan Adat
[2014] 9 MLJ Istiadat Melayu Perlis (Abu Bakar Katar PK) 323

A Kes-kes yang dirujuk


Abdul Shaik bin Md Ibrahim & Anor v Hussein bin Ibrahim & Ors [1999] 5 MLJ
618, MT (dirujuk)
Majlis Agama Islam Pulau Pinang lwn Isa Abdul Rahman & Satu Yang Lain
[1992] 2 MLJ 244, MA (dirujuk)
B Majlis Ugama Islam Pulau Pinang dan Seberang Perai v Shaik Zolkaffily bin
Shaik Natar dan lain-lain [2002] 4 MLJ 130; [2003] 3 CLJ 289, MR
(dirujuk)
Mohamed Habibullah bin Mahmood v Faridah bte Dato Talib [1992] 2 MLJ
793, MA (dirujuk)
C
Soon Singh a/l Bikar Singh v Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM)
Kedah & Anor [1999] 1 MLJ 489, MP (dirujuk)

Undang-undang yang dirujuk


Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Perlis 2006 ss 4(1), 61(3)(b)(vii)
D
Kanun Tanah Negara 1965 Borang 14A
Perlembagaan Persekutuan perkara 121(1A)
(AR Effande & Partners) bagi pihak plaintif-plaintif.
(Zamri, Zaini & Nazliyah) bagi pihak defendan.
E
Abu Bakar Katar PK:

[1] Plaintif-plaintif pada masa yang matan dan khususnya sebelum 15 Mei
F 1999 adalah pemilik berdaftar atas hartanah yang dikenali sebagai GM 1878,
Lot 1832 (dahulunya GM 606 Lot 23) Mukim Kechor, Perlis sebanyak
975/1459 bahagian. Plaintif-plaintif dikatakan secara bersyarat telah
mewakafkan hartanah itu (‘hartanah wakaf tersebut’) kepada defendan yang
ditubuhkan di bawah peruntukan s 4(1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam
G Negeri Perlis 2006 (‘Enakmen itu’). Hartanah wakaf tersebut telah pun
dipindahmilik kepada defendan melalui Borang 14A Kanun Tanah Negara
1965 pada 15 Mei 1999. Plaintif-plaintif menegaskan iaitu sebelum pindah
milik ditandatangani, secara khusus memberitahu defendan sebuah masjid
hendaklah dibina di atas hartanah wakaf tersebut. Semenjak hartanah wakaf
H itu didaftarkan atas nama defendan, defendan telah gagal untuk membina
sebuah masjid sebagaimana tujuan wakaf khas itu diberikan. Pada semua masa
yang matan sebuah masjid yang dikenali senagai Masjid Syed Putra telah dibina
berhampiran hartanah wakaf tersebut dan sekaligus tujuan asal wakaf khas
iaitu untuk membina masjid tidak dapat dilaksanakan terhalang secara ‘hukum
I syarak’. Plaintif-plaintif kemudiannya melalui surat bertarikh 23 Mei 2006
yang ditujukan kepada Yang Dipertua, Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat
Melayu Perlis telah memohon untuk mendapatkan kembali hartanah wakaf
tersebut daripada defendan bagi tujuan ianya akan ditadbir secara sendiri.
Defendan dikatakan tidak mengendahkan permohonan plaintif-plaintif
324 Malayan Law Journal [2014] 9 MLJ

tersebut. Plaintif-plaintif akhirnya memanjangkan permasalahan ini kepada A


Jabatan Mufti Negeri Perlis untuk perhatian dan tindakan selajutnya. Sahibul
Samahah Mufti Kerajaan Negeri Perlis telah memaklumkan kepada Pengarah,
Baitulmal Negeri Perlis melalui suratnya bertarikh 13 Oktober 2008 antara
lainnya menyatakan ‘ … Jika tidak mampu dikembalikan kepada empunya
untuk dia uruskan wakafnya.’ Memandangkan permasalahan yang dihadapi B
plaintif-plaintif tiada jalan penghujungnya, mereka telah menghantar notis
tuntutan bertarikh 4 Januari 2011 melalui peguamnya iaitu Tetuan AR Effandi
& Partners kepada defendan meminta pihaknya menandatangani borang
pindah milik (Borang 14A) bagi menyerahkan semula hartanah wakaf itu
kepada plaintif-plaintif dalam tempoh tidak melebihi 48 jam daripada tarikh C
penerimaan notis tuntutan ini. Defendan dikatakan secara ingkar, lalai
dan/atau cuai untuk mematuhi notis tuntutan tersebut. Plaintif-plaintif
akhirnya telah memfailkan writ dan penyata tuntutan di Mahkamah Tinggi,
Perlis terhadap defendan bagi mendapatkan perintah sebagaimana berikut:
D
(a) Deklarasi bahawa Hartanah Hakmilik GM 1878, Lot 1832 (dahulunya
GM Lot 23) Mukim Kechor sebanyak 975/1459 bahagian yang dahulunya
diwakafkan kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis
(Hartanah Wakaf tersebut) diletak hak semula kepada plaintif-plaintif;
(b) Deklarasai bahawa plaintif-plaintif dibenarkan untuk mentadbir sendiri E
Hartanah Wakaf tersebut;
(c) Injunksi bahawa defendan adalah ditegah daripada membangunkan
apa-apa bangunan dan/atau binaan di atas Hartanah Wakaf tersebut;
(d) Kos anak guam dan peguamcara dibayar oleh defendan kepada F
plaintif-plaintif;
(e) Kos tindakan ini dibayar oleh defendan kepada plaintif-plaintif;
(f ) Apa-apa relief lain yang difikirkan wajar, adil dan sesuai manfaat oleh
Mahkamah Yang Mulia ini.
G

[2] Pada 20 April 2011 writ dan penyata tuntutan telah diserahkan secara
kediri kepada defendan. Pada 27 April 2011 penghakiman ingkar telah
dicatatkan atas kegagalan defendan memfailkan notis kehadiran.
Kemudiannya defendan telah memfailkan saman dalam kamar (lampiran (14)) H
untuk mengenepikan penghakiman ingkar bertarikh 27 April 2011 dan
pelaksanaan penghakiman ditangguhkan sehingga permohonan diputuskan.
Pada 26 Mei 2011 permohonan di lampiran (14) telah dibatalkan oleh
penolong kanan pendaftar kerana kegagalan memfailkan pelantikan peguam
yang mewakili defendan. Pihak defendan yang tidak berpuas hati dengan I
keputusan penolong kanan pendaftar telah memfailkan notis rayuan kepada
hakim dalam kamar (lampiran (20). Pada 4 Ogos 2011, YA pesuruhjaya
kehakiman terpelajar telah membenarkan rayuan oleh defendan. Plaintif yang
tidak berpuas hati dengan keputusan YA pesuruhjaya kehakiman terpelajar itu
Ajar bt Taib dan lain-lain lwn Majlis Agama Islam dan Adat
[2014] 9 MLJ Istiadat Melayu Perlis (Abu Bakar Katar PK) 325

A telah memfailkan notis rayuan ke Mahkamah Rayuan. Pada 13 Februari 2012


Mahkamah Rayuan telah membatalkan rayuan yang difailkan oleh
plaintif-plaintif atas alasan-alasan yang mahkamah ini tidak mengetahuinya.
Pada 9 Ogos 2012 di hadapan YA pesuruhjaya kehakiman terpelajar,
plaintif-plaintif tidak membantah permohonan defendan di lampiran (14) dan
B penghakiman ingkar yang dimasukkan terhadap defendan diketepikan. Pihak
defendan telah memfailkan penyata pembelaan (lampiran (73)) pada
6 September 2012. Selepas pengurusan kes diadakan beberapa kali, akhirnya
kes sedia untuk ditetapkan tarikh perbicaraan.

C [3] Pada 29 Ogos 2012 pihak defendan telah memfailkan notis permohonan
(bantahan awal) (lampiran (70)) bagi mendapatkan perintah sebagaimana
berikut:
(a) Defendan diberikan kebenaran untuk mengemukakan permohonan ini;
D (b) Bahawa writ saman dan penyata tuntutan bertarikh 19 April 2011 ditolak
dan dibatalkan;
(c) Deklarasi bahawa Mahkamah Yang Mulia ini tidak mempunyai bidang
kuasa keatas tuntutan plaintif kerana melibatkan tanah wakaf dan fatwa
daripada Jawatankuasa Syariah Negeri Perlis;
E
(d) Kos adalah ditanggung oleh plaintif-plaintif;
(e) Apa-apa perintah lain atau relief yang difikirkan patut dan wajar oleh
Mahkamah yang mulia ini.

F
[4] Pihak-pihak bersetuju sebelum perbicaraan atas merit kes diteruskan,
bantahan awal di lampiran (70) diputuskan terlebih dahulu oleh mahkamah
ini. Secara ringkasnya pihak defendan mengemukakan bantahan awal atas isu
bidang kuasa iaitu sama ada mahkamah ini (mahkamah sivil) mempunyai
G bidang kuasa untuk membicarakan hal perkara wakaf dan fatwa daripada
Jawatankuasa Syariah Negeri Perlis. Mahkamah ini telah mengarahkan
pihak-pihak memfailkan penghujahan secara bertulis bagi permohonan di
lampiran (70) ini.

H [5] Sebelum mahkamah ini menyentuh penghujahan pihak-pihak dengan


lebih lanjut, elok sekiranya kita mengimbau kembali tujuan Parlimen
meminda perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan untuk memberikan
‘demarcation’ yang jelas antara bidang kuasa mahkamah sivil dan Mahkamah
Syariah melibatkan ‘any matter within the jurisdiction of the Syariah Courts’.
I Bagi kemudahan rujukan diperturunkan peruntukan perkara 121(1A)
Perlembagaan Persekutuan yang berbunyi seperti berikut:

(1A) The courts referred to in Clause (1) shall have no jurisdiction in respect of any
matter within the jurisdiction of the Syariah courts.
326 Malayan Law Journal [2014] 9 MLJ

[6] Perkataan ‘courts’ di fasal (1) merujuk kepada mahkamah sivil. Pindaan A
perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan ini berkuat kuasa mulai 10 Jun
1988 (Akta A 704). Mahkamah ini ingin merujuk Hansard Parlimen bertarikh
17 Mac 1988 semasa rang undang-undang perlembagaan (Pindaan)
dibahaskan untuk bacaan kali yang kedua, YAB Perdana Menteri (pada masa
itu) ada menyatakan niat Parlimen mengubal peruntukan perkara 121(1A) B
Perlembagaan Persekutuan sebagaimana berikut:

Tuan Yang di-Pertua, satu perkara yang sering menjadi sungutan dan menimbulkan
rasa tidak puas hati di kalangan masyarakat Islam di Negara ini ialah keadaan di
mana mahkamah-mahkamah sivil dapat mengubah atau membatalkan sesuatu C
keputusan yang telah dibuat oleh Mahkamah Syariah. Misalnya, pernah berlaku
keadaan di mana seseorang yang tidak puas hati dengan keputusan Mahkamah
Syariah tentang penjagaan kanak-kanak telah membawa guaman itu ke Mahkamah
Tinggi pula dan berjaya mendapat keputusan yang berlainan. Kerajaan berpendapat
bahawa keadaan seperti itu menjejaskan kewibawaan Mahkamah Syariah dan
pentadbiran hukum Syara’ di kalangan umat Islam di negara ini. Adalah sangat D
penting menjamin kewibawaan Mahkamah Syariah oleh kerana sudah sewajarnya
Mahkamah Syariah diberi kuasa penuh untuk menentu dan memutuskan
perkara-perkara yang termasuk dalam bidang kuasanya, apatah lagi kerana
perkara-perkara itu melibatkan Hukum Syara.
E
[7] YAB Perdana Menteri semasa membentangkan rang undang-undang
tersebut selanjutnya menyatakan:

Oleh yang demikian, adalah dicadangkan juga supaya ditambah satu Fasal baru
kepada Perkara 121 itu, iaitu Fasal (1A), yang menjelaskan bahawa F
mahkamah-mahkamah yang tersebut dalam Perkara itu tidak mempunyai bidang
kuasa berkenaan dengan apa-apa perkara yang terletak di bawah bidang kuasa
Mahkamah Syariah …

G
[8] Berbalik kepada bantahan awal yang dikemukakan oleh defendan
(lampiran (70)), peguam plaintif-plaintif yang terpelajar telah menghujahkan
Mahkamah Tinggi Perlis mempunyai bidang kuasa untuk membicarakan
tuntutan plaintif-plaintif walaupun hal perkara wakaf. Beliau bersandarkan
kepada pendekatan the remedy prayed for sebagaimana yang diputuskan oleh H
Mahkamah Rayuan dalam kes Majlis Ugama Islam Pulau Pinang dan Seberang
Perai v Shaik Zolkaffily bin Shaik Natar dan lain-lain [2002] 4 MLJ 130. Dalam
kes Shaik Zolkaffily ianya melibatkan pemberian wasiat dan dalam writ dan
penyata tuntutan ianya memplidkan tuntutan sebagaimana berikut:
I
11.(a) Suatu Deklarasi menyatakan bahawa tanah dan hereditamen yang
dahulunya dikenali sebagai Lot No 55(1), Mukim 13, Daerah Timur
Laut, Pulau Pinang terkandung di dalam Geran No 477 dan 1767 dan
sekarang dikenali sebagai Lot No 1396 terkandung dalam Geran (First
Grade) No 23631 berserta dengan sekeping Lot lagi yang dahulunya
Ajar bt Taib dan lain-lain lwn Majlis Agama Islam dan Adat
[2014] 9 MLJ Istiadat Melayu Perlis (Abu Bakar Katar PK) 327

A dikenali sebagai Lot No 193 (2), Bandar Georgetown, Daerah Timur


Laut, Pulau Pinang dan sekarang dikenali sebagai Lot No 962, Seksyen
3, Bandar Georgetown terkandung dalam Geran (First Grade) No
21582.
Dikembalikan kepada Pesaka Sheik Eusoff Bin Shaik Latiff, Simati.
B
(b) Perintah selanjutnya meletakkan hak atas nama Plaintif-Plaintif sebagai
Pemegang Amanah kepada Harta Pesaka Sheik Eusoff Bin Sheik Latiff,
Simati kesemua tanah dan hereditamen yang dahulunya dikenali sebagai
Lot No 55(1), Mukim 13, Daerah Timur Laut, Pulau Pinang yang
terkandung dalam Geran No 477 dan 1767 dan sekarang dikenali sebagai
C Lot No 1396 terkandung dalam Geran (First Grade) No 23631 serta
dengan Lot No 193 (2), Bandar Georgetown, Daerah Timur Laut, Pulau
Pinang yang sekarang dikenali sebagai Lot No 962, Seksyen 3, Bandar
Georgetown terkandung dalam Geran (First Grade) No 21582.
(bb) Defendan-Defendan hendaklah menunjukkan suatu akaun yang
D
menyatakan kesemua wang yang diterima dan perbelanjaan ke atas
hartanah yang dikenali sebagai Lot No 962, Seksyen 3, Bandar
Georgetown, Penang dan Lot 1396, Daerah Timur Laut, Penang.
SECARA ALTERNATIF
E (c) Ganti rugi.
(d) Suatu Injunksi menahan Defendan atau orang suruhannya atau sesiapa
sahaja dari menjual, memindahmilik atau campurtangan atau sebarang
tindakan atau urusan ke atas tanah dan hereditamen yang dahulunya
dikenali sebagai Lot 55(1), Mukim 13, Daerah Timur Laut, Pulau Pinang
F yang terkandung dalam Geran No 477 dan 1767 dan sekarang dikenali
sebagai Lot No 1396 terkandung dalam Geran (First Grade) No 23631
serta dengan Lot No 193 (2), Bandar Georgetown, Daerah #9; Timur Laut,
Pulau Pinang yang sekarang dikenali sebagai Lot No 962, Seksyen 3,
Bandar Georgetown terkandung dalam Geran (First Grade) No 21582
G sehingga tindakan di dalam guaman ini selesai.
(e) Kos.
(f ) Faedah.
(g) Apa-apa Perintah atau relif yang difikirkan adil dan patut oleh Mahkamah
H yang mulia.

[9] Mahkamah Rayuan dalam menangani permasalahan dihadapinya telah


mengambil pendekatan the remedy prayed for dan memutuskan:
I
… Remedi yang dituntut oleh pihak responden adalah suatu deklarasi dan suatu
perletakan hak ke atas tanah tersebut atau secara alternatifnya untuk suatu ganti rugi
dan suatu injunksi bagi melarang sebarang urusniaga ke atas tanah tersebut. Di sini
inginlah kami menyatakan bahawa remedy tersebut hanya boleh diberikan oleh
mahkamah sivil sahaja. Lagipun sayugia diingati bahawa mahkamah sivil masih
328 Malayan Law Journal [2014] 9 MLJ

mempunyai bidang kuasa untuk membuat sesuatu interpretasi mengenai sebarang A


undang-undang bertulis pada setiap negeri termasuk undang-undang mengenai
pentadbiran agama Islam.

[10] Peguam plaintif-plaintif yang terpelajar dalam penghujahannya


merujuk kes Mohamad Habibullah bin Mahmood v Faridah bte Dato Talib B
[1992] 2 MLJ 793 dan Majlis Agama Islam Pulau Pinang lwn Isa Abdul Rahman
[1992] 2 MLJ 244 di mana memutuskan secara pendekatan the remedy prayed
for.
C
[11] Peguam defendan yang terpelajar sebaliknya menghujahkan hal perkara
wakaf termasuk dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah. Mahkamah ini
dirujukkan peruntukan s 61(3)(b)(vii) Enakmen itu yang memperuntukkan
bidang kuasa Mahkamah Tinggi Syariah. Bagi kemudahan rujukan
diperturunkan peruntukan berkenaan: D
s 61 (3) Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah
(a) -----------------------------------------------------------------
(b) dalam bidang kuasa malnya, mendengar dan memutuskan semua tindakan
dan prosiding jika semua pihak dalam tindakan atau prosiding itu adalah E
orang Islam dan tindakan atau prosiding itu adalah berhubungan dengan:
(i) pertunangan, perkahwinan, ruju’ perceraian, pembubaran
perkahwinan (fasakh), nusyuz, atau pemisahan kehakiman (faraq)
atau apa-apa perkara yang berkaitan dengan perhubungan antara
suami isteri; F
(ii) apa-apa pelupusan atau tuntutan harta yang berbangkit daripada
mana-mana perkara yang dinyatakan dalam subperenggan (i);
(iii) nafkah orang-orang tanggungan, kesahtarafan, atau penjagaan atau
jagaan (hadhanah) budak-budak; G
(iv) pembahagian atau tuntutan harta sepencarian;
(v) wasiat atau alang semasa marad-al.maut;
(vi) alang semasa hidup, atau penyelesaian yang dibuat tanpa balasan
yang memadai dengan wang atau nilaian wang, oleh seseorang orang H
Islam;
(vii) wakaf atau nazr;
(viii) pembahagian dan pewarisan harta berwasiat atau tak berwasiat;
(ix) penentuan orang-orang yang berhak kepada bahagian harta pusaka I
seseorang si mati yang beragama Islam atau bahagian- bahagian yang
kepadanya masing-masing itu berhak;
(x) pengisytiharan bahawa seseorang yang telah mati itu ialah seorang
Islam atau sebaliknya pada masa kematiannya; dan
Ajar bt Taib dan lain-lain lwn Majlis Agama Islam dan Adat
[2014] 9 MLJ Istiadat Melayu Perlis (Abu Bakar Katar PK) 329

A (xi) perkara-perkara lain yang berkenaan dengannya bidang kuasa


diberikan oleh mana-mana undang-undang bertulis.

[12] Peguam defendan yang terpelajar selanjutnya menghujahkan


berpaksikan peruntukan perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan adalah
B
jelas apa-apa perkara yang terletak di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah
maka mahkamah sivil tidak mempunyai bidang kuasa mengenainya.
Mahkamah ini dirujukkan kes Mohamed Habibullah bin Mahmood secara
analogi memakai prinsip yang telah diputuskan walaupun ianya tidak
melibatkan wakaf sebagaimana kes di hadapan mahkamah sekarang.
C
[13] Mahkamah ini dengan hormatnya tidak bersetuju dengan hujahan
peguam plaintif-plaintif yang bijaksana apabila merujuk keputusan
Mahkamah Rayuan dalam kes Shaik Zolkaffily. Malangnya pihak-pihak telah
D gagal untuk menarik perhatian mahkamah ini kepada keputusan Mahkamah
Persekutuan yang telah mengenepikan keputusan Mahkamah Rayuan yang
dirujuk oleh peguam plaintif-plaintif terpelajar sebagaimana yang telah
dilaporkan iaitu kes Majlis Ugama Islam Pulau Pinang dan Seberang Perai v
Shaik Zolkaffily bin Shaik Natar dan Lain-Lain [2002] 4 MLJ 130; [2003] 3
E CLJ 289. Mahkamah Persekutuan tidak bersetuju dengan pendekatan the
remedy prayed for yang diputuskan oleh Mahkamah Rayuan dan mengakaskan
keputusan kes Isa Abdul Rahman. Sebaliknya Mahkamah Persekutuan
mengambil pendekatan subject matter apabila berhadapan dengan
permasalahan bidang kuasa Mahkamah Syariah dan mahkamah sivil bagi
F maksud ruang lingkup perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan.
Mahkamah Persekutuan bersetuju dengan pendekatan oleh YA Abdul Hamid
Mohamad H (pada semasa itu) dalam kes Abdul Shaik bin Md Ibrahim & Anor
v Hussein bin Ibrahim & Ors [1999] 5 MLJ 618 yang mengambil pendekatan
subject matter dan bukannya the remedy prayed for. Mahkamah Persekutuan
G juga bersetuju dengan pendekatan subject matter dalam kes Soon Singh a/l Bikar
Singh v Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Kedah & Anor [1999]
1 MLJ 489. Mahkamah Persekutuan tidak bersetuju dengan keputuasan kes
Mahkamah Rayuan yang dirujuk oleh peguam plaintif-plaintif yang terpelajar
dan secara berhemahnya menyatakan:
H With respect, the Court of Appeal, in our view, fell into the same error as the learned
judge in taking ‘the remedy prayed for’ approach instead of the ‘subject matter’
approach. It was unfortunate that the Court of Appeal did not have the benefit of
considering Soon Singh. Soon Singh was available at the time when the Court of
Appeal heard this appeal. Had Soon Singh being brought for the consideration of
I the Court of Appeal, it could well have come to a different conclusion or finding. Be
that as it may, for the reasons stated earlier, we cannot support the decision of the
Court of appeal in respect of ground (1) of the learned judge.

[14] Berdasarkan alasan-alasan yang dinyatakan di atas, mahkamah ini


330 Malayan Law Journal [2014] 9 MLJ

mengunakan pendekatan ‘subject matter’ dalam kes Shaik Zolkaffly dalam A


mempertimbangkan bantahan awal oleh defendan di lampiran (70). Dengan
hormatnya, mahkamah ini tidak bersetuju dengan hujahan peguam
plaintif-plaintif yang terpelajar. Mahkamah ini setelah memperhalusi
penghujahan pihak-pihak, membenarkan bantahan awal yang dikemukakan
oleh pihak defendan. Selanjutnya mahkamah ini berpendapat Mahkamah B
Tinggi Malaya Perlis tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar
tuntutan yang difailkan oleh plaintif-plaintif kerana ianya melibatkan wakaf
dan fatwa. Mahkamah ini ingin meminjam dan memetik kata-kata peguam
defendan yang terpelajar iaitu ‘isu sama ada pihak mana yang menguruskan
tanah wakaf dan hak untuk mendapatkan semula tanah wakaf adalah C
melibatkan soal hukum agama Islam dan ditadbir di bawah undang-undang
Islam. Dan apabila melibatkan hukum Syariah maka hanya Mahkamah
Syariah yang layak dan boleh memutuskannya.’

[15] Mahkamah ini berpendapat bantahan yang dikemukakan di lampiran D


(70) bak pepatah Melayu ada mengatakan ‘sudah terang, lagi bersuluh’. Hal
perkara yang dipertikaikan di dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah ianya
selaras dengan peruntukan perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan.
Mahkamah ini selanjutnya memerintahkan writ dan penyata tuntutan yang
difailkan oleh plaintif-plaintif di lampiran (1) dibatalkan dengan kos. E

Bantahan awal dibenarkan dan writ dan penyata tuntutan dibatalkan dengan
kos.

F
Dilaporkan oleh Kanesh Sundrum

You might also like