Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT PENGURUSAN JAWATANKUASA BANTUAN MURID

SJK (C) RIMBA PANJANG


BIL 1/2020

Tarikh : 31.12.2019
Masa : 3:00 p.m.
Tempat : Bilik Mesyuarat
Pengerusi : Pn Moh Mey Mei
Guru Yang Hadir : Pn Marean Liew (PK Pentadbiran)
En Chua Kok Tiong (PK HEM)
Pn Wang Khun Pei (PK Kokurikulum)
Pn Liau Pau Chin (Guru Penyelaras Bantuan & Guru Kelas Tahun 4)
Cik Lee Phooi Fong (Guru Kelas Tahun 1)
Pn Kong Lim Lim (Guru Kelas Tahun 2)
Guru Tidak Hadir : En Ng Choon Leong (Cuti Sakit)

1. PERUTUSAN PENGERUSI
Pengerusi mengalu-alukan kedatangan guru-guru dan berterima kasih kerana dapat meluangkan masa
datang ke mesyuarat kali ini. Pengerusi memaklumkan mesyuarat kali ini adalah berkaitan bantuan awal
persekolahan (BAP), Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) dan Rancangan Makanan
Tambahan (RMT). Pengerusi berharap semua yang hadir dapat memberi tumpuan dan kerjasama yang
sepenuhnya sepanjang mesyuarat yang dijalankan supaya tiada ketirisan maklumat yang ingin
disampaikan.

2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU


Dicadang untuk disahkan oleh: Pn Liau Pau Chin
Disokong untuk pengesahan oleh: Cik Lee Phooi Fong

3. PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
3.1. Tiada perkara berbangkit

4. FOKUS MESYUARAT

4.1. Bantuan Awal Persekolahan (BAP)


Kelayakan murid yang menerima BAP adalah pendapatan seisi keluarga kurang daripada RM 3000.
Bantuan akan diberi secara pukal oleh kementerian berdasarkan jumlah kelayakan. Pihak sekolah yang
tentukan hari agihan bantuan tersebut kepada murid yang berkelayakan.
Tindakan: Penyelaras Unit Bantuan dan guru kelas
4.2. Rancangan Makanan Tambahan (RMT)
4.2.1. Kelayakan murid untuk mendapat RMT adalah murid yang berasal dari keluarga kategori
miskin tegar, iaitu pendapatan seisi keluarga tidak melebihi RM 604 ataupun pendapatan per
kapita tidak lebih daripada RM 151.
4.2.2. Guru kelas haruslah menyemak pendapatan ibu bapa untuk mengelakkan murid tercicir.
4.2.3. Borang permohonan telah pun diedarkan untuk murid Tahun 1. Manakala, borang
permohonan untuk murid Tahun 2 – 6 (tahun 2020) telah pun dikutip.
4.2.4. Seramai 17 orang murid yang akan menerima bantuan RMT semasa sekolah dibuka pada
2.1.2020.
Tindakan: Penyelaras RMT dan guru kelas

4.3. Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM)


4.3.1. Kelayakan murid untuk mendapat KWAPM adalah murid yang berasal dari keluarga kategori
miskin, iaitu pendapatan seisi keluarga tidak melebihi RM 960 ataupun pendapatan per kapita
tidak lebih daripada RM 244.
4.3.2. Sama seperti RMT, guru kelas haruslah menyemak dengan teliti supaya tiada yang tercicir
semasa proses permohonan dibuat.
Tindakan: Penyelaras KWAPM dan guru kelas

5. HAL-HAL LAIN

5.1. Pastikan borang permohonan yang dihantar disertakan Bersama penyata pendapatan ibu
bapa/penjaga yang terkini. Sekiranya tiada penyata pendapatan, ibu bapa/penjaga dikehendaki
mengisi borang pengesahan pendapatan (PB2). Borang tersebut perlu disahkan oleh kumpulan
professional kerajaan ataupun Ketua Kampung.
5.2. Borang permohonan akan digunakan untuk ketiga-tiga bantuan.
5.3. Pemilihan murid yang berkelayakan dipilih berdasarkan borang maklumat yang dikembalikan.
Sekiranya tidak memenuhi syarat, permohonan akan ditolak.

6. PENUTUP
Ucapan penangguhan oleh Pengerusi dan penetapan tarkh mesyuarat seterusnya.

Mesyuarat ditangguh pada 4:00 p.m.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,


…………………………… ……………………………
CHUA KOK TIONG MOH MEY MEI
PK HEM GURU BESAR
SJKC RIMBA PANJANG SJKC RIMBA PANJANG

You might also like