Uuuu 2

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

KEBUDAYAAN MASYARAKAT MAH MERI DI KAMPUNG SUNGAI

BUMBUM,PULAU CAREY, SELANGOR

NOR SYAHILA BINTI NORDIN (2019496236)

NOR SYAMIMI BINTI MOHAMMAD RAFIE (2019602598)

NORFAIZAH BINTI MOHAMED @ MOHD DAUD (2019612836)

NOR SYAZWANI BINTI SHAHNUN (2019659768)


1.0 PENGENALAN

Malaysia terkenal dengan perpaduan pelbagai kaum. Malaysia juga turut dikenali sebagai negara
majmuk oleh negara luar. Terdapat pelbagai etnik, budaya dan kepercayaan yang dipegang oleh
mereka. Di Malaysia, meskipun terdapat golongan minoriti yang jauh dari arus kemodenan tetapi
mereka sesekali tidak terpinggir dari rentak pentadbiran dan pembangunan di negara ini. Kajian ini
akan dikhususkan kepada golongan minoriti yang sudah lama bertapak di Malaysia iaitu orang asli.
Walaupun mereka nampak seperti jauh ketinggalan dari segala perkara tetapi pihak pentadbiran
tidak pernah melupakan golongan ini.

Mereka tidak dibawa keluar dari tempat mereka kerana pihak pentadbiran negara ingin menjaga
keunikan, budaya dan pegangan yang mereka anuti itu agar tidak hilang dek arus globalisasi.
Perkataan Orang Asli merupakan perkataan generik bahasa Melayu yang secara rasmi digunakan
di Malaysia. Ianya bagi merujuk kewujudan orang asal yang sudah lama bertapak di Semenanjung
Tanah Melayu sejak azali lagi. Etnik orang asli ini setelah dikaji terdapat 18 suku dari etnik. Orang
Asli di Semenjung Tanah Melayu. Mereka yang terdiri dari 18 etnik di pecahkan kepada 3 kumpulan
utama bedasarkan tutur kata serta istiadat mereka yang berbeza diantara satu sama lain. Pecahan
3 ini ialah Proto-Malay atau dikenali Melayu Asli yang menetap di wilayah selatan Semenanjung
Malaysia, Senoi menetap di bahagian tengah semenanjung dan yang ketiga adalah Semang atau
Negrito yang biasanya boleh ditemui dalam bahagian utara semenanjung.

Dalam kajian ini kami mengkaji orang asli yang berada di Pulau Carey. Pulau Carey terletak di
antara selatan Pelabuhan Klang dan utara Banting yang terletak di negeri Selangor. Di Pulau Carey
cukup terkenal dengan suku kaum orang asli Mah Meri. Jumlah penduduk komuniti Mah Meri di
Pulau Carey ini seramai 1400 orang. Puak Mah Meri ini mereka adalah tergolong dalam kumpulan
Senoi yang menetap di bahagian tengah semenanjung Malaysia.

Dalam kajian ini, skop kajian yang akan dilaksanakan adalah untuk mendalami kehidupan serta
budaya yang mereka amalkan, makanan, pemakaian dan kesenian mereka. Bagi melihat sendiri
keadaan puak Meh Meri ini, penyelidikan menuju ke Kampung Sungai Bumbun di Pulau Carey,
yang merupakan satu-satunya kampong pelancongan dan pusat kebudayaan. Nama lain bagi
kampong ini ialah Mah Meri Cultural Village. Antara aktiviti yang mereka lakukan untuk
memperkenalkan hasil seni mereka seperti topeng dan boneka kayu ialah menjalankan aktiviti
perniagaan kraftangan mereka di gerai-gerai di sekitar petempatan mereka dan pusat kraf setempat
yang dibuka khas untuk menjual hasil seni mereka.
2.0 PENGENALAN ETNIK MAH MERI

Secara umumnya, Pulau Carey merupakan penempatan yang terdiri daripada masyarakat orang
asli iaitu golongan Mah Meri. Ronald Werner (1974) dalam penulisan beliau, Mah Meri of Malaysia
Art and Culture menyatakan bahawa Mah Meri didefinisikan sebagai “orang hutan” iaitu Mah (orang)
dan Meri (hutan). Terdapat perbezaan yang boleh dilihat antara masyarakat Mah Meri dengan orang
asli yang lain. Antaranya adalah dari sudut pertuturan harian. Pertuturan Mah Meri dikenali sebagai
Besisi atau dikenali sebagai Selangor Sakai. Antara dialek yang berkaitan dengan Besisi adalah
Betise’, Kuala Langot Betise’, Malakka Besisi, Sisi dan Ulu Langat Orang Bukit. Pegggunaan
bahasa mereka dipercayai daripada salasilah rumpun bahasa Senoi (Man-Khmer) (Halim Mokhtar
2014: 3).

Budaya dan struktur sosial mereka adalah lebih berbentuk kepada corak Melayu-Proto.
Walaupun dikaitkan dengan rumpun Senoi, mereka lebih mengamalkan gaya hidup masyarakat
Melayu. Hal ini hanya dapat dilihat dalam masyarakat Mah Meri yang merupakan masyarakat
majoriti di Kuala Langat, Selangor. Secara umum, terdapat 12 penempatan utama masyarakat ini
menghuni, namun hanya lima penempatan yang terdapat di Pulau Carey (Kampung Sungai
Bumbun, Kampung Sungai Judah, Kampung Sungai Rambai, Kampung Kepau Laut, dan Kampung
Sungai Kurau). Melalui temu bual yang telah dilakukan di sana, masyarakat Mah Meri masih
mengamalkan budaya dan adat resam moyang. Mereka menghormati roh nenek moyang mereka
yang dianggap telah membantu mereka dalam kegiatan harian mereka.

Hari Moyang disambut saban tahun pada bulan Februari merupakan upacara
mempersembahkan makanan untuk mendapatkan restu daripada moyang mereka. Terdapat
beberapa upacara yang lain seperti pemujaan pantai dan pemujaan darat. Pemujaan pantai adalah
upacara memohon restu untuk mendapatkan hasil tangkapan yang banyak, manakala puja darat
adalah untuk kegiatan pertanian. Selain daripada mempunyai kemahiran dalam tangkapan dan
pertanian, masyarakat Mah Meri juga mempunyai kemahiran dalam ukiran kayu dan topeng. Setiap
ukiran yang dilakukan adalah ilham daripada mimpi atau gambara nenek moyang mereka (Maznah
2017) & (Halim 2014: 5). Berdasarkan cerita tradisi terdahulu, masyarakat di sini telah ditemui
semasa serangan yang dilakukan oleh lanun dan telah menyebabkan mereka mencari perlindungan
di pulau tersebut (Pulau Carey). Moyang Mah Meri melindungi laluan mereka dengan menggunakan
corak sawang labah-labah dan hal itu telah menunjukkan tempat tinggal moyang mereka. Dari
kawasan tersebut, mereka membina perkampungan yang berdekatan di situ. Sekiranya melawati
kawasan tersebut, terdapat sebuah gunung yang dikenali sebagai Sok Gre’, yang dianggap
membelah langit dan menakung air hujan. Masyarakat tersebut memanfaatkan kawasan tersebut
untuk mencari sumber rezeki dan sebagai tempat ritual.
3.0 ELEMEN KEBUDAYAAN DAN SIMBOLIK

3.1 KEBUDAYAAN

Budaya boleh didefinisikan dari pelbagai sudut antaranya dari sudut deskriptif iaitu budaya dilihat
sebagai keseluruhannya mengaturkan kehidupan sosial sekaligus menunjukkan hasil kajian yang
membentuk satu budaya. Dari sudut sejarah pula, budaya dianggap sebagai warisan yang
diturunkan dari satu generasi ke satu generasi yang lain. Menurut Raymond Williams, budaya
dianggap sebagai sesuatu yang menunjuk kepada perkembangan intelektual, jiwa, dan keagamaan
seseorang individu, kelompok ataupun masyarakat (Mudji Sutrisno & Henda Putranto 2005: 8-9).

Kebudayaan orang Asli Mah Meri boleh dilihat dari pelbagai sudut antaranya seperti tarian.
Mah Meri terkenal dengan tarian yang diberi nama Tarian Mayin Jo-Oh. Dalam tarian tersebut, dua
watak penari lelaki memakai topeng iaitu Tok Pongkol dan Tok Nani yang membawa identiti
tersendiri dengan pergerakan dan gerak isyarat yang berkaitan dengan sesuatu peristiwa. Penari-
penari perempuan akan memakai skirt dan hiasan kepala yang diperbuat daripada anyaman daun
mengkuang dan menari dengan gerakan lawan jam di sekitar sebuah bukit Gili yang dipanggil
Busut. Tarian tersebut disulami dengan nyanyian lagu yang dinyanyikan oleh salah seorang pemain
muzik mereka dan muzik pula dihasilkan dari peralatan tuntog (buluh), Jule (viola), tambo (gendang
dua muka) dan a-tawa (gong tembaga) (http://globalrecordings.net/id/language/8009) & (Mawardi
Yunus 2016).

Selain itu, Tarian Jo’oh juga dilakukan oleh orang Asli Mah Meri. Tarian Jo’oh mempunyai
pelbagai tujuan, antaranya ianya merupakan tarian ritual yang ditarikan ketika Hari Moyang suku
kaum Mah Meri di Pulau Carey untuk pemujaan moyang atau semangat dan roh bagi menjamin
kesejahteraan hidup dan rezeki. Penari perempuan akan mengelilingi pokok resam atau busut
sebanyak tiga kali dengan gerakan tangan yang berbeza sehinggalah sembilan pusingan. Selain
dari segi ritual, tarian ini juga sebagai satu bentuk hiburan dalam acara keramaian seperti
perkahwinan dan menyambut kedatangan tetamu luar (Izzudin 2017).

Di samping itu, kebudayaan dari sudut perkahwinan juga boleh dilihat. Orang Asli Mah Meri
mempunyai kelainan dalam adat perkahwinan, namun upacara merisik, meminang, dan
mengadakan persandingan seperti masyarakat Melayu masih diadakan. Perbezaannya adalah di
mana, upacara menghalau perkara tidak baik seperti syaitan dengan cara mereka, upacara
pemujaan untuk memberitahu kepada nenek moyang mereka bahawa cucu mereka akan berkahwin
juga diadakan dan majlis tersebut dianggap penting bagi memastikan majlis perkahwinan itu
selamat dan diberkati. Ketika majlis persandingan juga, upacara membaling duit dilakukan sebagai
simbolik kepada kebebasan kedua-dua pasangan yang menentukan arah tuju hidup mereka dalam
alam perkahwinan (Haifa Hadriah 2012).

Orang Asli Mah Meri juga mempunyai kepercayaan mereka yang tersendiri seperti pantang
larang sewatu kelahiran yang bermula daripada wanita disahkan mengandung sehingga selamat
melahirkan bayinya. Tujuannya adalah mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini, antara
pantang larangnya adalah seperti ibu mengandung tidak dibenarkan memaku kerana ianya
dianggap akan menyukar proses bersalin, suami juga tidak boleh memukul, menganiya atau
membunuh binatang sepanjang tempoh empat bulan pertama kandungan kerana ianya dipercayai
anak yang dilahirkan akan mengalami kecacatan serta tidak boleh menyembelih binatang kerana ia
dianggap seperti menyembelih anak mereka sendiri (Azyantee 2014: 162-163).

Kebudayaan Mah Meri dilihat begitu unik walaupun terdapat beberapa yang hampir sama
dengan kebudayaan dan adat masyarakat Melayu terutamanya dalam adat perkahwinan. Keunikan
budaya mereka yang membuat orang Asli Mah Meri dianggap sebagai ‘harta’ budaya kepada
Malaysia yang harus dipelihara.

You might also like