Model Kounin

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

Kemahiran pengurusan bilik darjah seorang guru.

Guru meraikan kepelbagaian murid di dalam bilik darjah dalam membangunkan persekitaran yang
kondusif dan positif.

Berdasarkan model pengurusan disiplin bilik darjah.

Peranan guru dalam pengurusan bilik darjah, cara (intervensi) bilik darjah, model blend.

Cara aplikasi dalam PdP

Cari isu

1. TIDAK MEMBERI PERHATIAN SEMASA GURU MENGAJAR


2. MENGGANGGU PELAJAR LAIN DI DALAM KELAS
3. MERAYAU-RAYAU
4. BUAT BISING

MODEL PENGURUSAN DISPLIN BILIK DARJAH

-BUAT PENGURUSAN GRAFIK

-TULIS ULASAN KRITIS (300 PP)

MODEL PENGURUSAN KELOMPOK KOUNIN

1. LATAR BELAKANG MASALAH MURID


2. ANALISIS PUNCA
3. CARA MENGATASI MENGGUNAKAN MODEL
4. KAJIAN YANG TELAH DIJALANKAN
5. KELEBIHAN MODEL
6. KELEMAHAN MODEL
Strategi-strategi pengurusan bilik darjah Kounin berkisar dalam aspek-aspek berikut:

1. Kesan riak (ripple effect)


2. Kepekaan (withitness)
3. Momentum dan kelancaran
4. Kesiapsiagaan kumpulan
5. Akauntabiliti murid
6. Pertindihan perlakuan (overlapping)
7. Ketepuan
8. Menyediakan cabaran
9. Kepelbagaian aktiviti

KESAN RIAK (RIPPLE EFFECT)

Situasi apabila tindakan guru terhadap seorang murid yang melakukan salah laku mampu
mempengaruhi perlakuan murid lain supaya tidak mengulanginya.

KEPEKAAN (WITHITNESS)

Kounin (1977) menegaskan supaya guru harus memaparkan kepekaan (withitness) kepada perlakuan
murid. Kepekaan murid bermaksud guru harus mengetahui segala bentuk tindak tanduk murid dalam
kelasnya. Guru yang mahir dalam bilik darjah bagaikan mempunyai mata di belakang kepala yang
membolehkan mereka mengetahui segala bentuk perlakuan murid.

MOMENTUM DAN KELANCARAN

Merujuk kepada tahap kemampuan guru menggerakkan murid dalam sesuatu aktiviti, baik secara fizikal
mahupun secara psikologikal. Kemampuan guru memulakan sesuatu aktiviti dengan pantas (tidak
berlengah), memfokuskan murid kepada aktiviti dan mengakhiri aktiviti dengan berkesan.

KELANCARAN

Ketiadaan gangguan atau perubahan mendadak yang menggangu momentum aktiviti yang dijalankan
atau menggangu proses pemikiran murid.
KESIAPSIAGAAN

Mendapatkan perhatian atau tumpuan murid dan menyampaikan kepada murid perkara yang perlu
dilakukan dengan pantas. Guru boleh memperoleh tahap kesiapsiagaan di dalam kelas dengan
menggunakan kata-kata atau perlakuan bukan verbal berupa memandang ke arah murid dengan penuh
kegelisahan dan kebimbangan untuk menimbulkan unsur saspens atau isyarat tangan bagi
menghentikan sesuatu aktiviti atau mendiamkan kelas.

AKAUNTABILITI

Usaha mengagihkan tanggungjawab kepada setiap murid. Dalam aktiviti berkumpulan, murid diberi
tanggungjawab berupa mempelajari fakta, konsep dan prosedur tertentu. Guru harus mengetahui
perlakuan dan prestasi setiap murid dalam kumpulan, di samping menerapkan strategi-strategi
pembelajaran berbentuk koperatif dalam pengajarannya.

PERTINDIHAN PERLAKUAN (OVERLAPPING)

Berkeupayaan melayan dua atau lebih aktiviti serentak misalnya melayani soalan seorang murid sambil
memandang ke arah murid lain yang asyik bercakap dengan kawannya. Berkait rapat dengan unsur
kepekaan.

KETEPUAN

Tahap kebosanan murid apabila mereka didedahkan kepada sesuatu perkara atau aktiviti yang dilakukan
berulang-ulang. Murid-murid menunjukkkan tanda-tanda hilang tumpuan, membuat banyak kesilapan,
mula membuat kerja sendiri, bercakap dengan rakan sebelah. Guru perlu memikirkan strategi bagi
mengembalikan atau meningkatkan semula minat murid supaya salah laku-salah laku kecil yang berkait
rapat dengan ketepuan tidak timbul. Contohnya, guru menyediakan cabaran dalam tajuk pengajaran
dan mempelbagaikan aktiviti pembelajaran.

MENYEDIAKAN CABARAN

Guru mengubah pendekatan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajarannya supaya menjadi lebih
menarik. Murid dicabar melalui pertandingan yang diadakan secara individu atau kumpulan untuk
melakukan sesuatu aktiviti dengan paling cepat, baik dan kreatif.

KEPELBAGAIAN AKTIVITI
Guru mempelbagaikan cara penyampaian pengajaran melalui aktiviti ala senyap, bising, duduk,
bergerak, tunjuk cara, amali. Penggunaan objek, permainan warna, muzik, gambar, video dan
pergerakan bagi mengurangkan risiko kebosanan atau ketepuan dalam kalangan murid.

Kounin (1977) mendapati guru yang mahir dalam pertindihan perlakuan lebih peka kepada perlakuan
murid di dalam bilik darjah. Murid-murid juga lebih cenderung menumpu perhatian kepada pengajaran
guru yang mempamerkan pertindihan perlakuan kerana mereka sedar guru sedang memantau
perlakuan mereka dan boleh menghulurkan bantuan sekiranya diperlukan.

KESAN RIPPLE

Ritu Chandra. (2015). Jacob Kounin mencipta idea tentang "kesan riak." Ideanya ialah jika seorang
pelajar mengekalkan kesan positif atau negatif, seluruh kelas akan melihat apa yang sedang berlaku dan
“kesan riak” akan berlaku. Dari pengalaman, apabila seorang pelajar menyalahgunakan orang lain akan
turut serta. Sebaliknya, pelajar yang menerima puian atau ganjaran akan memberi motivasi kepada
orang lain. Menguruskan tingkah laku pelajar dengan cara yang positif adalah kunci kejayaan. Pelajar
belajar dari orang lain di sekeliling mereka, dan dengan mempercayai “kesan riak”, kita akan dapat
menguruskan tingkah laku.

Kounin, J. S. (1970). Jacob Kounin juga percaya bahawa jika para pelajar terlibat dalam pelajaran
mereka, mereka akan kurang bermasalah dalam kelakuan. Ahli teori lain yang percaya ini juga Glasser,
Curwin, dan Medler. Sekiranya pengajaran adalah tepat dan lengkap dengan kadar yang berterusan,
pelajar akan mempunyai masa yang sedikit untuk menghadapi konflik. Apabila pelajar terlibat, mereka
menumpukan pada pelajaran dan memberi tumpuan kepada pembelajaran, dan ia menghalang
masalah. Adalah penting bagi pelajar untuk menjadi sebahagian daripada proses membuat keputusan.
Jika pelajar berseronok, mereka akan terlibat. Apabila mereka terlibat dalam pelajaran, mereka tidak
akan berfikir tentang salah laku, dan akan memberi tumpuan kepada tugas itu.

KEPEKAAN (WITHITNESS)

Kounin, J. S. (1970). Dengan itu ia merujuk kepada kesedaran guru mengenai apa yang sedang
berlaku dalam tingkah laku kelas sebelum mereka keluar dari barisan, memelihara pelajar pada tugas.
Banyak masalah berlaku semasa peralihan. Teori Jacob Kounin menekankan pentingnya "with-it-ness,"
yang merupakan idea bahawa guru tahu apa yang berlaku di dalam bilik darjah mereka setiap masa.
Mereka memahami betapa pentingnya untuk mengawasi para pelajar. Guru-guru yang mempunyai
"kepekaan" dapat melihat tempat-tempat salah laku yang timbul, apabila pelajar kecewa, dan dapat
membetulkan kelakuan murid yang bermasalah sebelum mereka menimbulkan kesusahan utama ke
dalam kelas. Guru-guru ini dapat menguruskan bilik darjah mereka setiap masa dan mengelakkan
masalah daripada berlaku atau berkembang. Dalam komuniti pelajar, adalah tugas guru untuk
memastikan semuanya berjalan lancar untuk pelajar dengan cara guru perlulah lebih peka dalam
mengesan masalah.

Kounin (1970) menjelaskan bahawa guru perlu bertindak proaktif menghentikan perlakuan murid yang
tidak diingini sebelum menular. Kajian ini menyokong kajian Sivri dan Balci (2015) yang mendapati
kepercayaan guru adalah tinggi terhadap pengurusan bilik darjah. Kazu dan Erten (2014) dalam
penyelidikan mereka mendapati guru mempunyai efikasi diri yang tinggi untuk menggunakan proses dan
kaedah pengajaran, serta mengintegrasikan teknologi dalam proses dan kaedah tersebut di dalam bilik
darjah.

RUJUKAN

Kounin, J. S. (1970). Discipline and group management in classrooms. New York: Holt, Reinhardt &
Winston
James Ang Jit Eng. (2014). Pengurusan Bilik Darjah: Strategi-strategi Mewujudkan Komuniti Pembelajaran Berkesan. Selangor:
PTS Publications & Distributors Sdn Bhd.

Ritu Chandra. (2015). Classroom Management for Effective Teaching. International Journal of Education
and Psychological Research (IJEPR). Volume 4, Issue 4, December 2015.

You might also like