Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Laporan Aktiviti Sepanjang Program

Program perkhemahan selama tiga hari dan dua malam ini diadakan di luar daripada
kesibukan kota. Murid menjalankan aktiviti dalam suasana kampung, menginap di tempat
yang mereka tidak pernah bermalam pun seperti di dalam khemah. Perjalanan pergi dan
balik yang mengambil masa yang lama langsung tidak membosankan murid, apatah lagi
rata-rata ini merupakan perjalanan yang pertama kali yang jauh buat mereka kerana
kebanyakan mereka terdiri daripada anak jati Pulau Pinang.

Sepanjang program, aktiviti yang dijalankan amatlah padat dan menarik. Setiap aktiviti
sama ada aktiviti outdoor ataupun indoor unsur-unsur semangat berpasukan, setia
kawan, kerjasama, kreativiti, disiplin malahan unsur islamik tetap akan diterapkan dalam
setiap satunya. Ianya amatlah menarik dan menyeronokkan. Sesuai dengan aktivti
pengajaran dan pembelajaran abad ke 21, murid diterapkan dengan nilai-nilai tersebut.
Antara aktiviti yang dijalankan ialah seperti meredah hutan, makanan ‘survivor’ , rempuh
halangan, berkawad, dan banyak lagi aktiviti lain yang diadakan. Walaupun murid
mengadu penat disebabkan aktiviti yang padat, tapi sedikit pun mereka tidak mengeluh
walaupun untuk berhenti.

Murid-murid turut diberikan makanan lima kali sekali, begitu juga makanan ketika
mereka dalam perjalanan. Walau bagaimanapun, terselit kenangan pahit apabila
terdapat murid yang mendapat kecederaan semasa menjalankan aktiviti. Namun,
tindakan dan rawatan awal telah pun diberikan dengan sewajarnya.
Asam garam menjalankan aktiviti luar, risiko kemalangan sentiasa ada, cuma tindakan
selanjutnya dan bantuan yang perlu diambil perlulah dilakukan. Alhamdulillah, secara
umumnya, semua murid memberi maklum balas yang positif terhadap program ini.

You might also like