Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 2

BAB 1.

1 SKALA

1. Skala ialah nisbah jarak sebenar permukaan bumi dengan jarak yang diwakilkan di atas peta
2. Skala digunakan untuk

 Memudahkan penyediaan pelan/ peta


 Menjimatkan penggunaan ruang
 Memudahkan kerja-kerja pembacaan dan pentafsiran peta dijalankan

Jenis Skala

 Terdapat 3 jenis skala iaitu


a) Skala penyata
b) Skala lurus
c) Pecahan wakilan

Skala Penyata
 Skala penyata ialah skala yang dinyatakan menggunakan perkataan.
 Skala ini merupakan skala yang paling mudah difahami.
 Contoh : 1 cm mewakili 1 km

Skala Lurus
 Skala lurus ialah garisan lurus yang ditanda mewakili jarak sebenar di permukaan bumi
 Terdapat dua jenis skala lurus iaitu

 Kelebihan skala ini ialah jarak sebenar akan terus diperoleh jika kita menggunakannya

Pecahan wakilan
 Pecahan wakilan ialah perbandingan jarak di atas peta dengan jarak sebenar di permukaan bumi
 Ianya dinyatakan dalam bentuk pecahan dan dinyatakan tanpa unit
 Contoh :
1 : 100,000

Menukarkan skala penyata, skala lurus dan pecahan wakilan


1. Teliti skala lurus dan nyatakan jarak yang diwakili oleh satu cm
2. Tukarkan jarak sebenar

Jarak

 Jarak adalah ukuran diantara dua titik


 Jarak boleh diukur menggunakan jarak mutlak dan jarak relatif
 Jarak mutlak menggunakan ukuran piawai seperti sentimeter, meter dan kilometer
 Manakala jarak relatif diukur dengan menggunakan masa (minit/jam) atau dalam bentuk kos

Mengukur jarak

 Jarak di dalam peta boleh dibahagikan kepada dua iaitu


a) Jarak lurus
b) Jarak melengkung
 Jarak yang lurus biasanya melibatkan jalan raya, talian eletrik dan jalan keretapi
 Jarak melengkung pula melibatkan jarak ukuran sungai serta kawasan pinggir pantai dan muara
 Peralatan yang digunakan untuk mengukur jarak lulus dan jarak melengkung adalah seperti berikut:-

Jarak lurus Jarak melengkung


1. Pembaris 1. Benang putih
2. Jangka tolok 2. Jalur kertas
3. Jalur kertas 3. Pembaris

You might also like