Sciencefair

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

Oobleck (quick sand model)

Bahan-bahan

1 cawan tepung jagung

¼ cawan air

Pewarna makanan

Kaedah

1. masukkan tepung jagung kedalam mangkuk

2. tambahkan setitis pewarna makanan

3. tambahakan air sedikit demi sedikit sehingga ia boleh digumpal tetapi kemudian akan mencair bila
di biarkan di atas tapak tangan

Sains di sebalik Oobleck

Campuran antara tepung jangung dengan air, membentuk satu campuran yang berada diantara dua
fasa sifat bahan (pepejal dan cecair). Sentuhan pantas pada permukaan oobleck kita dapat
merasakan bahawa ia berada dalam fasa pepejal, kerana ikatan antara partikel dalam molekul
tepung jangung yang saling menarik antara satu sama lain dengan kuat.

Sentuhan perlahan pada permukaan oobleck memberikan masa kepada partikel molekul tepung
jangung untuk bergerak menjauhi antara satu sama lain seterusnya membuatkan kita merasa ia
berada di dalam fasa cecair.

Begitu juga selut yang berada di tepian pantai sekiranya kita bergerak pantas, kita tidak akan
tersedut ke dalam selut tersebut. Tetapi sekiranya kita berhenti dan selut akan mula menarik kaki
kita kedalam.

STEAM PRA SEKOLAH 2019


LARVA LAMP
Bahan-bahan
Gelas/ cawan plastik lutsinar
Minyak sayuran
Pewarna makanan
Panadol soluble
Lampu suluh

Langkah-langkah
1. Tuangkan ¾ cawan minyak sayuran/minyak bayi kedalam bekas
2. titiskan ¼ cawan larutan pewarna makanan
3. Masukkan Panadol soluble dan letakkan lampu suluh di bahagian bawah cawan tersebut.

Sains di sebalik Lava lamp


Air mempunyai ketumpatan yang lebih tinggi berbanding dengan minyak. Oleh itu air akan
membentuk satu lapisan yang berasingan dengan minyak di dalam bekas. Panadol Soluble
(alka-salt) akan bertindak balas dengan air menghasilkan gelembung-gelembung gas Karbon
Dioksida. Gelembung-gelembung karbon dioksida ini akan bersatu dengan air berwarna dan
menyebabkan ia terapung kepermukaan air. Apabila gelembung karbon dioksida ini pecah,
air berwarna akan tenggelam semula ke dasar bekas.

STEAM PRA SEKOLAH 2019


DRAW BOT
Bahan-bahan
1. cawan kertas
2. 3 batang magic pen
3. penyepit baju atau getah pemadam
4. pemegang bateri saiz AAA
5. bateri saiz AAA
6. 1.5 – 3 V motor DC
7. Black Tape
8. Gunting

Cara-cara
1. Letakkan marker pen dengan black tape di bahagian dalam cawan
2. sambungkan pemegang bateri denagn motor DC
3. Lekatkan pemnegang bateri dan motor DC di atas cawan
4. letakkan pemberat untuk memberikan kestabilan kepada drawbot
5. hidupkan robot anda

Sains di sebalik drawbot


Tenaga boleh berubah bentuk, di sini akan terlihat konsep litar lengkap dan pemindahan
tenaga dari tenaga elektrik kepada tenaga kinetik serta bunyi.
Getaran yang dihasilkan dari motor DC membuatkan robot ini bergetar dan berpusing untuk
menghasilkan corak tertentu.

STEAM PRA SEKOLAH 2019


Helicopter seeds
Bahan-bahan
Templet helicopter seeds
Gunting
Klip kertas
Gelang getah

Cara-cara
1. Gunting templet yang disediakan dan lipat mengikut arahan
2. gunakan klip kertas sebagai pemberat
3. lastik ke udara dan lihat bagaimana ia jatuh menyerupai helicopter

Sains disebalik helicopter seed


Struktur bersayap yang ada pada helicopter seeds membolehkan ia berputar diudara dan
melayang mengikut arah angin ( bagimana biji benih disebarkan).
Disini konsep pemberat dan kesannya terhadap kecepatan helicopter seed turun boleh
diketengahkan kepada murid. Dengan meminta mereka meletakkan 1, 2 dan 3 klip kertas
pada helicopter tersebut. Minta murid membuat kesimpulan mengapa ia terjadi.

STEAM PRA SEKOLAH 2019


STEAM PRA SEKOLAH 2019
Straw circle paper plane
Bahan-bahan
1. Kertas keras
2. straw
3. pita pelekat

Cara-cara
1. lakarkan dua segi empat tepat berukuran (3 cm x 10 cm dan 3 cm x 15cm)
2. cantumkan hujung segiempat (membentuk dua gelung)
3. Lekatkan gelung tersebut pada kedua-dua hujung straw
4. lancarkan ke udara
Sains disebalik straw circle paper plane
Prinsip aerodinamik membolehkan paper glider melayang di udara

Semasa membuat aktiviti boleh berikan beberapa persoalan untuk murid selesaikan:
1. apa akan terjadi sekiranya straw lebih pendek digunakan
2. apa terjadi sekiranya batang ice cream digunakan untuk mengantikan straw
3. apa terjadi sekiranya gelung yang sama saiz digunakan
4. apa akan terjadi sekiranya gelung digantikan dengan kertas berbentuk segi tiga

STEAM PRA SEKOLAH 2019


PAPER SPINNER

Bahan-bahan yang diperlukan


1.Templet paper spinner
2. Kadboard
3. benang bulu
4. Guntung
5. Gam

Kaedah

1. Gunting dan warnakan templet paper spinner


2. lekatkan paper spinner yang telah diwarnakan pada kadboard
3. tebuk dua lubang pada bahagian tengah spinner
4. Masukkan benang dan ikat

Sains disebalik paper spinner


Teori pecampuran warna

STEAM PRA SEKOLAH 2019


RAIN IN A JAR
Bahan-bahan
1. Shaving cream
2. Cecair pewarna makanan
3. cawan atau bekas plastic lutsinar

Kaedah
1. masukkan air kedalam cawan dalam keadaan ¾ penuh
2. letakkan shaving cream at bahagian atas permukaan air dalam cawan
3. Titiskan pewarna pada bahagian atas shaving cream dan lihat hujan berwarna.

STEAM PRA SEKOLAH 2019

You might also like