Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 13

KUASA, BIDANG KUASA DAN

PENURUNAN KUASA
(Power, Jurisdiction and Delegation
of Power)
ABDUL AZIZ HUSSIN AMN
DPA; LL.B ( Hons ); Dip. M. Mgmt.; M.Sc.( Prjt. Mgmt.);
AMIM; Advocate & Solicitor; MMAP.

PENDAHULUAN

Salah satu perkara pokok apabila seseorang atau sesuatu badan atau agensi (termasuk
kerajaan) melakukan atau akan melakukan sesuatu, ialah mengenai persoalan: Adakah
ia mempunyai kuasa? Bagaimana mereka melaksanakan kuasa itu?

Persoalan-persoalan lanjut pula akan berbangkit, diantaranya:

Pertama, adakah ia telah melaksanakan kuasa itu dengan betul, dan tidak melampaui
kuasanya?

Kedua, adakah sesuatu badan, orang atau agensi itu telah mengambil langkah
menurunkan kuasanya?

Ketiga, jika ia telah menurunkan kuasanya, adakah penurunan kuasa itu sah?

Keempat, apakah tindakan-tindakan yang boleh diambil terhadap agensi yang


melampaui kuasanya?

KUASA

Secara mudah “kuasa” adalah keupayaan seseorang, badan atau agensi untuk
melakukan atau bertindak1. Setiap orang, badan atau agensi mempunyai
kuasanya yang tersendiri, di dalam bidang kuasa dan mengikut had-had kuasa
yang ada padanya. Bagi tujuan perbincangan disini, kita juruskan perbincangan
kepada kuasa kerajaan dan agensi-agensi kerajaan sahaja.

Bagi Kerajaan Malaysia (dalam urusan dalamannya) kuasa menguruskan negara (dalam
pelbagai bidang termasuk Pemerintahan, Perundangan, Kehakiman, Kewangan dan
lain-lain) datangnya (atau diperoleh) melalui Perlembagaan Persekutuan. Negeri-negeri

1
di dalam Persekutuan juga mempunyai Perlembagaan Negeri masing-masing, tetapi
masih tertakluk kepada Perlembagaan Persekutuan2. Pembahagian kuasa serta bidang
kuasa Negeri-Negeri dan Persekutuan (Kerajaan Pusat) juga dinyatakan di dalam
Perlembagaan Persekutuan3. Dengan kata lain, kerajaan memperoleh kuasa dan bidang
kuasa serta had-had kuasa melalui Perlembagaan (Perlembagaan Persekutuan atau
Perlembagaan Negeri, mengikut yang berkenaan).

Kerajaan itu sendiri pula akan melaksanakan kuasanya melalui “tangan-tangannya”,


yakni instrumen kerajaan samaada dalam bentuk jabatan-jabatan kerajaan, badan-badan
berkanun, suruhanjaya dan lain-lain lagi. Boleh dikatakan semua kuasa-kuasa kerajaan
datangnya atau diperoleh melalui Akta-Akta Parlimen (atau bagi agensi-agensi kerajaan
negeri, melalui Enakmen-Enakmen Negeri berkenaan).

Contoh-contoh badan dan kuasa serta bidang kuasa melalui Akta adalah seperti berikut:

Nama Badan Akta


Jabatan Pendaftaran Perniagaan Akta Pendaftaran Perniagaan 1956
Bank Negara Malaysia Akta Bank Negara 1958
Jabatan Kilang dan Jentera Akta Kilang dan Jentera 1967
Lembaga Akreditasi Negara Akta Lembaga Akreditasi Negara 1996
Jabatan Hal Ehwal Orang Asli Akta Orang Asli 1954
Lembaga Penggalakan Akta Lembaga Penggalakan Pelancongan 1992
dan Akta Industri Pelancongan 1992
Jabatan Perhutanan Akta Perhutanan Negara 1984
Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan Akta Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan 1978
Jabatan Pendaftaran Negara Akta Pendaftaran Negara 1959
Jabatan Perikanan Akta Perikanan 1985
Pejabat Tanah Kanun Tanah Negara 1965, Akta Hakmilik Strata
1985, dll.
Jabatan Alam Sekitar Akta Kualiti Alam Sekitar 1974
Jabatan Buruh Akta Pekerjaan 1955, Akta Kanak-Kanak dan
Orang Muda (Pekerjaan) 1966, Akta Pekerjaan
(Sekatan) 1968

PERUNDANGAN KECIL

Badan atau agensi itu sendiri pula kadangkala melaksanakan kuasanya bukan sahaja
berpandukan kepada Akta atau Enakmen utama (seperti contoh-contoh di atas), tetapi
juga melalui undang-undang bertulis yang lain di mana undang-undang bertulis itu
adalah diwujudkan mengikut kuasa di bawah Akta atau Enakmen itu sendiri. Undang-
undang bertulis jenis yang kedua itu dinamakan “perundangaan kecil (subsidiary
legislation)”. Perundangn kecil ini boleh dalam bentuk,

• Peraturan-Peraturan (Regulations);
• Kaedah-Kaedah (Rules);
• Perintah-Perintah (Orders); atau lain-lain

2
bentuk yang seumpamanya. Menurut seksyen 3, Akta Pentafsiran 1967, “perundangan
kecil” bermaksud sebarang perisytiharan, kaedah, peraturan, perintah, pemberitahuan,
undang-undang kecil (by-law) atau lain-lain instrumen yang dibuat dibawah mana-
mana Akta, Enakmen, Ordinan atau lain autoriti yang sah disisi undang-undang dan
mempunyai kesan perundangan.

Perundangan kecil ini sekurang-kurangnya mempunyai dua tujuan:

Pertama, statut induk (Akta, Enakmen) itu sendiri tidak memberi secara terperinci
mengenai bidang, takat, prosedur dan perincian mengenai pelaksanaan
sesuatu statut induk. Dengan itu perundangan kecil adalah pelengkap dan
memperincikan mengenai hal-hal tersebut;

Kedua, perundangan kecil merupakan sejenis penurunan kuasa secara bertulis dari
badan perundangan (Parlimen atau Dewan Negeri) melalui statut induk
kepada mana-mana orang atau badan (seperti Lembaga, Majlis, Menteri,
dan seumpamanya) bagi membuat perundangan kecil ini – yang diharapkan
dapat melicinkan, mempercepatkan dan mencapai kehendak kewujudan
statut induk itu sendiri, berdasarkan masa situasi dan keperluan tertentu.

Bagi tujuan yang pertama, tidak timbul isu atau masaalahnya. Namun bagi tujuan yang
kedua itu, timbul pula isu atau persoalan seperti,

• Adakah pihak itu melakukan dengan baik sangka (niat baik) (good faith) ?
• Adakah perundangan kecil itu dibuat didalam skop kuasanya? Atau telah
lampau kuasa?
• Adakah boleh perundangan kecil sedemikian diwujudkan (dibuat) ?
• Adakah perundangan kecil itu perlu diwujudkan?
• Adakah prosedur penwujudan perundangan kecil itu telah dipatuhi?
• Adakah sifat perundangan kecil itu nampaknya mengambilalih atau
melampaui kuasa statut induk itu sendiri.
• Bagaimana mentafsir dan menggunakan perundangan kecil sedemikian?

Dan soalan-soalan lain boleh lagi dipanjangkan apabila timbul isu pelaksanaan
perundangan kecil tersebut.

Sebahagian daripada jawapan kepada isu-isu atau persoalan-persoalan di atas ada


dijawab atau diterangkan didalam seksyen-seksyen 20, 21, 22, 23, 24, 25, 26, 27, 28
dan 40 (2) (a) Akta Pentafsiran 19674. Sebahagian lagi dibincangkan berikut ini.

PENURUNAN KUASA

Telah pun dinyatakan sebelum ini bahawa perundangan kecil adalah satu bentuk
penurunan kuasa. Namun begitu tidak semestinya penurunan kuasa adalah didalam
bentuk perundangan kecil.

Penurunan kuasa adalah bagi tujuan pelaksanaan statut yang lebih licin, teratur, cepat
dan berkesan, mengikut masa, keadaan (siatuasi) dan tempat. Ini sebenarnya yang di
cita-citakan daripada konsep asal penurunan kuasa. Ianya lebih merupakan pelaksanaan

3
tugas dan tanggungjawab yang dinyatakan didalam statut. Namun didalam menurunkan
kuasa ini pula, timbul pula beberapa isu dan persoalan, diantaranya:

Pertama, adakah kuasa itu boleh diperturunkan?


Kedua, adakah ia diperturunkan oleh pihak yang betul?
Ketiga, adakah pihak yang diturunkan kuasa itu adalah pihak yang betul?
Keempat, apakah bentuk, jenis, bidang dan had kuasa yang diperturunkan itu?
Kelima, adakah pihak yang diturunkan kuasa itu melaksanakan kuasa didalam
bidang, had dan jenis yang dibolehkan? Atau telah lampau kuasa?
Keenam, apa pula yang perlu dilakukan jika berlaku lampau kuasa?
Ketujuh, apa pula yang perlu dilakukan jika pihak yang memberi kuasa atau pihak
yang diturunkan kuasa telah gagal dalam melaksanakan tugas dan
kuasanya?
Kelapan, apakah konsep penurunan kuasa dan pelaksanaan kuasa ini adalah begitu
ketat (rigid) dan tiada ruang budibicara?
Kesembilan, siapakah pihak yang boleh diperturunkan kuasa? (individu, sekelompok
individu, badan dan lain?).
Kesepuluh, bagaimana kuasa itu dilaksanakan? Dan bagaimana pihak yang
diturunkan kuasa itu perlu laksanakan kuasa-kuasa yang diperturunkan
kepadanya?

Soalan dan isu ini boleh dipanjangkan lagi apabila proses pelaksanaan kuasa itu
berjalan.

Sebenarnya, sebahagian daripada persoalan dan isu berkenaan ada dijawab dan
dihuraikan diantaranya, didalam seksyen-seksyen 37, 38, 40, 41, 44, 45, 46, 47, 48 dan
49 Akta Pentafsiran 19675.

Seperti yang dikatakan oleh Wade, H.W.R.6, bahawa berkaitan kaedah penurunan
kuasa, tidak dapat dielak bahawa tugas dan kuasa (duties and power) menjadi
bercampur aduk. Suatu badan pentadbiran mungkin ada tugas (atau tanggungjawab)
untuk dilaksanakan, tetapi kuasa bagi memutuskan bagaimana tugas itu perlu
dilaksanakan adalah didalam bidang budibicaranya. Ini mungkin boleh menimbulkan
salahguna kuasa (kuasa asal atau kuasa yang diperturunkan itu). Ini kerana salah satu
jalan dimana fungsi-fungsi badan berkenaan disalahgunakan ialah melaksanakan
penurunan kuasa kepada pihak lain yang tidak ada hak untuk melaksanakannya7.

Perkara di atas telah juga berbangkit didalam kes Ellis lwn. Dubuwski8, dimana ada
diputuskan bahawa penurunan kuasa sedemikian adalah merupakan suatu keadaan yang
meletakkan perkara itu ketangan orang atau badan ketiga yang tidak mempunyai
autoriti statutori atau otoriti perlembagaan, dan ianya adalah ultra vires9. Dalam kes
tersebut Pihak Berkuasa Tempatan yang diberi kuasa oleh statut untuk melesenkan
pawagam, telah mengeluarkan lesen tetapi ada disebutkan bahawa ianya tertakluk
kepada satu syarat iaitu,

“….. semua filem yang ditayang hendaklah terlebih


dahulu diluluskan oleh Lembaga Penapisan Filem”.

Mahkamah memutuskan bahawa ini adalah penurunan kuasa budibicara yang


menyalahi undang-undang, dan dengan itu syarat berkenaan adalah tidak sah.

4
Penurunan kuasa ini juga tertakluk kepada satu dotrin iaitu delegatus non potest
delegrare, iaitu seseorang yang telah diturunkan kuasa kepadanya tidaklah boleh pula
menurunkan kuasanya kepada pihak lain10.

Menurut Willis, C.11, prinsip delegatus non potest delegare terpakai kepada perkara-
perkara atau hal-hal berikut:

• Sesuatu pihak berkuasa yang diberi kuasa untuk membuat peraturan umum dengan
cara perundangan (legislation);
• Pihak berkuasa yang diberi kuasa untuk menetapkan saman prosiding undang-
undang boleh dimulakan ataupun tidak;
• Pihak berkuasa yang beri diberi kuasa untuk memutuskan sesuatu isu khusus yang
memberi kesan kepada hak-hak individu;
• Pihak berkuasa yang diberi kuasa untuk bertindak yang melibatkan pelaksanaan
kuasa budibicara, walaupun ianya dari jenis budibicara yang tidak luas, seperti
penyerahan waran distres12.

Ianya terpakai kepada semua orang atau pihak yang diberi kuasa oleh statut untuk
melakukan apa-apa perkara. Dengan kata lain pihak itu sendiri mesti mempunyai kuasa.

PELAKSANAAN KUASA BUDIBICARA


(Discretionary Power)

Apabila dikatakan seseorang atau badan mempunyai “budibicara” ia bermaksud orang


atau badan itu diberi kebebasan, berdasarkan pertimbangannya yang wajar, untuk
melakukan sesuatu (yang dikiranya baik). Misalnya didalam kes-kes jenayah 13 dan sivil,
mahkamah mempunyai kuasa budibicara untuk menentukan hukuman (jenayah) atau
amaun gantirugi (sivil) (atau samaada gantirugi itu sebagai satu remedi14. Begitu juga
apabila sesuatu badan diberi kuasa untuk melakukan sesuatu perkara, badan itu
mempunyai budibicara untuk melakukannya pada bila-bila masa yang diperlukan15.

Dalam membincangkan mengenai pelaksanaan kuasa budibicara, persoalan mengenai


motif, kemunasabahan dan niat baik akan diambilkira. Ini kerana ada badan kerajaan
yang melakukan perbuatan yang salah dan ada juga yang melakukan dengan prosedur
yang salah (iaitu perkara betul yang dilaksanakan dengan cara atau prosedur yang betul,
tetapi dengan alasan yang salah)16. Dalam hal ini, dua prinsip akan digunakan17:

Prinsip 1 : Parlimen tentunya tidak bercadang menjadikan kuasa eksekutif itu adalah
hakim kepada kuasanya sendiri. Oleh itu secara tersiratnya kuasa yang
diberi bagi sesuatu maksud tertentu, yang telah pula digunakan untuk
maksud-maksud yang lain, adalah menjadi menyalahi undang-undang.

Prinsip 2 : Walau bagaimanapun mahkamah perlulah mempastikan supaya ianya tidak


pula merampas atau menarik kuasa budibicara yang diberi kepada badan-
badan berkenaan.

Dengan yang demikian, dalam melaksanakan kuasa budibicara, sesuatu badan atau
orang itu hendaklah melaksanakannya dengan sah dan munasabah. Dalam kes
Wesminster Corporation London lwn. Northwestern Railway Co. 18, hakim Lord

5
Macnaghten19 ada menyatakan bahawa budibicara hendaklah dilaksanakan dengan
munasabah. Hal yang sama juga ada dinyatakan oleh Lord Greene M.R. didalam kes
Associated Provincial Picture House Ltd. Lwn. Wednesbury Corporation 20. Dalam
kes tersebut, fakta yang relevan ialah:

Akta Sinematograf 1909 (UK) memberi kuasa kepada pihak berkuasa


tempatan untuk melesenkan pembukaan pawagam ahad, tertakluk
kepada syarat-syarat yang pihak berkuasa itu tetapkan. Satu lesen telah
dikeluarkan dengan dikenakan syarat bahawa kanak-kanak berumur
dibawah 15 tahun tidak dibenarkan masuk pawagam, walaupun
ditemani keluarga.

Mahkamah memutuskan budibicara ini adalah dibawah dan terletak


kepada pihak berkuasa, dan mahkamah tidak ada kuasa sedemikian,
dan budibicara pihak berkuasa itu sah. Walau bagaimanapun
hakim
Lord Greene M.R. menyatakan bahawa kuasa itu hendaklah
dilaksanakan dengan munasabah.

Dengan itu seseorang atau badan yang diberi kuasa budibicara, perlulah menguruskan
dirinya dengan baik mengikut undang-undang. Dia hendaklah meneliti kepada perkara-
perkara yang ia terikat untuk pertimbangkan. Dia hendaklah mencegah dirinya daripada
menimbangkan perkara-perkara yang tidak relevan dengan apa yang dia akan
pertimbangkan21. Jika dia tidak patuhi kaedah ini, dia dikatakan bertindak secara tidak
munasabah22.

Satu lagi kes yang relevan dengan perbincangan di atas ialah Short lwn. Poole
Corporation23. Fakta kes ini yang relevan dengan perbincangan disini ialah seperti
berikut:

Seorang guru mewarnakan rambutnya merah. Dia dibuang kerja atas


alasan berambut merah itu.

Mahkamah memutuskan, seperti yang dikatakan oleh hakim Warrington L.J., bahawa
tindakan itu tidak munasabah kerana pihak berkuasa berkenaan telah mengambilkira
perkara-perkara luar. Ia dikatakan tidak munasabah kerana boleh hampir kepada
perbuatan yang tergolong kepada berniat jahat.

DOTRIN ULTRA VIRES

Telah pun dikait sedikit sebelum ini mengenai penurunan kuasa yang boleh pula
membawa kesan ultra vires. Dalam pelaksanaan kuasa itu sendiri juga boleh membawa
kepada ultra vires. Dotrin ultra vires disini merupakan tiori kawalan kehakiman
terhadap pelaksanaan kuasa oleh badan-badan atau agensi-agensi kerajaan atau
penjawat awam.

Cara kawalan mengikut dotrin ultra vires adalah seperti berikut:

Kuasa pentadbiran datang (diperolehi) melalui statut. Statut memberi kuasa bagi
maksud-maksud tertentu sahaja, atau tertakluk kepada prosedur-prosedur
tertentu, atau dengan beberapa had-had tertentu. Had-had ini tidak sahaja
dinyatakan dalam statut tetapi juga didalam prinsip-prinsip umum. Semua kuasa-

6
kuasa statutori ada had-had statutorinya; dan dimana had-had nyata tidak
dinyatakan, maka mahkamah akan mencari had-had yang tersirat didalamnya.

Wade, H.W.R.,24 menekankan bahawa sebenarnya kuasa tanpa had tidak ada
tempatnya.

Mengikut prinsip atau dotrin ultra vires,

 semua tindakan diluar had-had yang dinyatakan adalah tindakan yang tidak
dibenarkan undang-undang.

 tindakan-tindakan tersebut adalah tidak mempunyai keesahan undang-undang


(legal validity).

 Mahkamah akan mengisytiharkan ianya di ketepikan dan tidak sah.

Dalam sebahagian hal, selain perisytiharan sedemikian, award gantirugi juga boleh
diarahkan dibayar kepada pihak yang menanggung kerugian (misalnya dalam kes-kes
pencerobohan kepada harta atau manusia). Ini sekaligus menunjukkan bahawa agensi
(termasuk badan berkanun) boleh dikenakan tanggungjawab berasaskan dotrin ulltra
vires.

KEGAGALAN PELAKSANAAN TUGAS

Ada juga berlaku keadaan dimana agensi kerajaan gagal melaksanakan


tanggungjawabnya. Tindakan undang-undang termasuk mandamus25 dan perisytiharan
dan juga gantirugi boleh diambil atas kegagalan tersebut. Dalam kes Mersey Docks &
Harbour Board Trustees lwn. Gibb26, faktanya seperti berikut:
Akibat kegagalan pihak berkuasa pelabuhan membuang timbunan
lumpur di permukaan pelabuhan, sebuah kapal yang masuk telah rosak
akibat melanggar timbunan lumpur tersebut.

Diputuskan bahawa pihak berkuasa itu adalah dipertanggungjawabkan atas kegagalan


itu.

LAMPIRAN A

PENTAFSIRAN PERUNDANGAN KECIL


Seksyen-Seksyen 20, 21, 22, 23, 24, 25, 26, 27, 28 dan 40(2)(a) Akta Pentafsiran 1967.

Seksyen 20

Subsidiary legislation may be retrospective.

7
Subsidiary legislation may be made to operate retrospectively to any date which
is not earlier than the commencement of the Act or other written law under
which it is made or, where different provisions of that law come into operation
on different dates, the commencement of the provision of that law under which
it is made:

Provided that no person shall be made or shall become liable to any penalty in
respect of any act done before the date on which the subsidiary legislation was
published.

Seksyen 21
Meaning of certain expressions in subsidiary legislation.

(1) Terms and expressions used in subsidiary legislation have the same
meaning as in the written law under which the subsidiary legislation was
made.

(2) In subsidiary legislation made under an Act “the Act” means the Act
under which the subsidiary legislation was made.

Seksyen 22
Amendment, revocation, etc., of subsidiary legislation.

Subsidiary legislation may at any time be amended varied, added to, revoked,
suspended or revived by the person or authority by which it was made or, if that
person or authority has been lawfully replaced by another person or authority,
by that other person or authority.

Seksyen 23
Avoidance of subsidiary legislation in case of inconsistency with Act.

(1) Any subsidiary legislation that is inconsistent with an Act


(including the Act under which the subsidiary legislation was made)
shall be void to the extent of the inconsistency.

(2) In this section “Act” includes a federal law styling itself an


Ordinance or Enactment.

Seksyen 24
Things done under subsidiary legislation deemed to be done under authorizing law.

Anything done under any subsidiary legislation shall be deemed to be done


under the Act or other written law under which the subsidiary legislation was
made.

Seksyen 25

8
Subsidiary legislation deemed to be made under all powers thereunto enabling.

Subsidiary legislation shall be deemed to be made under all powers thereunto


enabling, whether or not it purports to be made in exercise of any particular
power or powers.

Seksyen 26
Particular power to make subsidiary legislation without prejudice to general power.

Where power is conferred to make subsidiary legislation for a general purpose


and also for any particular purposes incidental thereto, the enumeration of the
particular purposes shall not derogate from the generality of the power
conferred with reference to the general purpose.

Seksyen 27
Penalties in subsidiary legislation. [Am. Act 160.]

Subsidiary legislation may provide for persons guilty of offences thereunder to


be liable on conviction to a fine or a term of imprisonment or both, but may not
provide for any such fine to exceed one thousand ringgit or any such term to
exceed six months.

Seksyen 28
Subsidiary legislation unaffected by repeal of authorizing law in certain cases.

Where a written law repeals in whole or in part any former written law and
substitutes other provisions therefore, subsidiary legislation made under the
repealed law shall, in so far as it is not inconsistent with the substituted
provisions, remain in force until revoked or replaced by subsidiary legislation
made under the repealing law, and shall be deemed for all purposes to have been
made thereunder.

Seksyen 40
Implied powers.

(2) Without prejudice to the generality of subsection (1)

(a) power to make subsidiary legislation to control or reglate any


matter includes power to provide for the same by licensing and
power to prohibit acts whereby the control or regulation might be
evaded;

LAMPIRAN B

PENTAFSIRAN KUASA

9
Seksyen-Seksyen 37, 38, 40, 41, 44, 45, 46, 47, 48 dan 49 Akta Pentafsiran 1967.

Seksyen 37

Time for exercise of power.

Where are written law confers any power or imposes any duty, the power may be
exercised and the duty shall be performed from time to time as occasion
requires.

Seksyen 38
Power of majority.

Where by or under a written law any act or thing may or is required to be done
by more than two persons, a majority of them may do it.

Seksyen 40
Implied powers.

(1) Where a written law confers a power on any person to do or


enforce the doing of any act or thing, all such powers shall be
understood to be also given as are reasonably necessary to enable the
person to do or enforce the doing of the act or thing.

(2) Without prejudice to the generality of subsection (1)

(a) power to make subsidiary legilation to control or regulate any


matter includes power to provide for the same by licensing and
power to prohibit acts whereby the control or regulation might be
evaded;

(b) power to grant a licence, permit, authority, approval or exemption


includes power to impose conditions subject to which the licence,
permit, authority, approval or exemption is granted; and

(c) where a power is conferred on any person to direct, order or require


any act or thing to be done, there shall be deemed to be imposed on
any person to whom a direction, order or requisition is given in
pursuance of the power a duty to comply therewith.

Seksyen 41
Powers of certain bodies nor affected by vacancy, etc.

A board, commission, committee or similar body (whether corporate or


unincorporated) established by or under a written law may act notwith standing
any vacncy in its membership; and its proceedings shall not be invalidated by;

10
(a) any defect afterwards discovered in the appointment or
qualification of a person purporting to be a member; or

(b) any minor irregularity in the convening or conduct of a meeting;


or

(c) the presence or participation of a person not entitled to be present


or participate.

Seksyen 44
Implied powers in respect of fees and charges.

A power to make subsidiary legislation prescribing fees or charges includes


power to provide for :

(a) the imposition (either generally or under specified conditions or in


specified circumstances) of :

(i) specific fees or charges;


(ii) maximum or minimum (or maximum and minimum) fees or
charges; and
(iii) no fee or charge; and

(b) the partial or total reduction, waiver or refund of the fees or


charges in accordance with specified conditions, in the discretion
of a specified person or on the happening of a specified event.

Seksyen 45
Construction of power to extend time.

Where in any written law a time is prescribed for doing any act or taking any
proceding and power is given to a court or other authority to extend that time,
the power may be exercised by the court or authority, although the application
for its exercise is not made until after the expiration of the time prescribed.

Seksyen 46
Powers of certain bodies nor affected by vacancy, etc.

(1) The Yang di-Pertuan Agong or a Minister, where an appeal is made to


him in pursuance of any written law, may appoint a committee (which
shall not include the person from whose decision the appeal is made) for
the purpose of hearing the appeal and tendering advice as to the
decision which should be made thereon.

(2) The Yang di-Pertuan Agong or a Minister shall not be bound to accept
advice tendered under subsection (1).

Seksyen 47

11
Power to appoint includes power to remove, etc.

Where a power to make an appointment is conferred by any written law, the


appointing authority shall also have power (subject to any limitations or
qualifications which affect the power of appointment) to remove, suspend,
reappoint or re-instate any person appointed in the exercise of the power.

Seksyen 48
Power to appoint member of board. etc., temporarily.

Where a power is conferred by a written law to appoint any person to be a


member of any board, commission, committee or similar body, the appointing
authority may, if during any period owning to absence or inability to act from
illness or any other cause any member so appointed is unable to act as such,
appoint some other person to act temporarily for that member during the period
of absence or inability.

Seksyen 49
Power to appoint chairman, etc.

Where a power is conferred by aby written law to appoint the members of any
board, commission, committee or similar bidy, the appointing authority may
appoint a chairman, deputy chairman and secretary of the board, commission,
committee or body.

12
1
The Little Oxford Dictionary 1969, 4th. Edition, Oxford: Clarendon Press; An English-Reader’s Dictionary,
1969, 2nd. Edition, Oxford: ELBS & OUP.
2
Lihat JADUAL KELAPAN Perlembagaan Persekutuan.
3
Lihat JADUAL KESEMBILAN Perlembagaan Persekutuan.
4
Peruntukan penuh seksyen-seksyen berkenaan adalah seperti di LAMPIRAN A.
5
Peruntukan penuh seksyen-seksyen berkenaan adalah seperti di LAMPIRAN B.
6
Wade, H.W.R., 1971, Administrative Law, 3rd. Edition, Oxford: Clarendon Press, di m.s 61.
7
Ibid.
8
(1921) 3 K.B. 621.
9
“Ultra vires” bermaksud lampau kuasa.
1 0
Saunders, J.B., 1977, Mozley & Whiteley’s Law Dictionary, 9th. Edition, London: Butterworth &
Co. (Publishers) Ltd.
1 1
Willis, C, “Delegatus Non Potest Delegare” (1943) 21 C.B. Rev. 257. Lihat Garner, J.F., 1974,
Administrative Law, 4th. Edition, London: Butterworth & Co., di m.s. 141.
1 2
Yakni perintah mahkamah untuk mengambil balik harta kerana kegagalan membayar sewa,
misalnya.
1 3
Kecuali dimana statut telah mengenakan hukuman mandatori, yakni mahkamah tidak dapat memilih
lain-lain hukuman – contohnya hukuman bunuh bagi kesalahan membunuh orang dibawah seksyen 302
Kanun Keseksaan, dan hukuman bunuh kerana mengedar dadah dibawah seksyen 39B Akta Dadah
Berbahaya 1952.
4
1
Jennings, S.I, 1979, The Law and the Constitution, 5th. Edition, London: ELBS., di m.s. 288.
5
1
Lihat seksyen 37 Akta Pentafsiran 1967.
1 6
Lihat Wade, H.W.R., op. cit., Nota kaki 6, di m.s. 70.
1 7
Ibid.
8
1
(1905) A.C. 426
9
1
di m.s. 430
0
2
(1948) 1 K.B. 223
1
2
Wade, H.W.R., op. cit. Nota kaki 6, di m.s. 72.
2
2
Ibid
23
(1926) Ch. 66
24
Op. cit., nota kaki 6, di m.s. 50.
2 5
“Mandamus” bermaksud perintah mahkamah kepada agensi kerajaan supaya laksana tugasnya.
Untuk bacaan lanjut, lihat Phillips O.H., 1967, Constitutional and Administrative Law, 4th. Edition,
London: Sweet & Maxwell Ltd., di BAB 29, terutama di m.s. 648 ke atas.
2 6
(1866) L.R. 1 H.L. 93
2

You might also like