Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

Menurut Sufean Hussin (2005), penggunaan sumber pengajaran dan pembelajaran

amat perlu kerana melalui bahan tersebut, pembelajaran murid jauh lebih bermakna
berbanding dengan proses pembelajaran yang berlangsung tanpa sumber pengajaran
dan pembelajaran. Semasa menjalankan pengalaman berasaskan sekolah, terdapat
beberapa sumber yang digunakan oleh guru semasa proses pengajaran dan
pembelajaran dilaksanakan. Antara jenis sumber pengajaran yang digunakan ialah media
elektronik dan bahan b ercetak. Contoh bagi bahan bercetak ialah jurnal, majalah, akhbar,
dan penulisan ilmiah. Contoh bagi bahan elektronik pula ialah video, filem, animasi,
perisian multimedia sejarah dan Interactive Whiteboard. Berdasarkan dua jenis sumber
pengajaran dan pembelajaran sejarah, terdapat beberapa persamaan dan perbezaan
pada kedua-dua sumber tersebut. Persamaan yang boleh dilihat ialah kedua-dua sumber
pengajaran mudah didapati. Penggunaan bahan bercetak dan media elektronik sebagai
bahan pengajaran yang tidak terhad menjadikan pembelajaran menjadi lebih berkesan
(Sahabuddin Hashim, Rohizani Yaakub dan Mohd Zohir Ahmad, 2007). Contohnya, guru
memberi kepada setiap murid jurnal, surat khabar dan video berkaitan dengan topik yang
dipelajari. Kemudian, murid diminta untuk menganalisis isi kandungan bahan bercetak dan
media elektronik berkenaan. Berdasarkan aktiviti, secara tidak langsung guru dapat
menerapkan elemen kemahiran pemikiran sejarah dalam proses pengajaran dan
pembelajaran serta dapat menarik minat murid supaya dapat hadir ke kelas. Namun
begitu, terdapat juga sedikit perbezaan yang dapat dilihat dalam memperoleh kedua-dua
sumber tersebut. Sumber bahan bercetak boleh didapati melalui penulisan ilmiah, jurnal
dan kajian akademik manakala sumber bahan elektronik pula boleh didapati melalui
internet. Perbezaan dalam memperoleh sumber bercetak dan internet akan mewujudkan
proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih menarik. Melalui pengunaan sumber
yang berbeza, murid akan menjadi lebih tertarik terhadap pengajaran yang disampaikan
oleh guru seterusnya isu ponteng kelas dapat dikurangkan.

Selain itu, kedua-dua sumber pengajaran dan pembelajaran sejarah mempunyai titik
persamaan iaitu mempunyai nilai sejarah. Hal ini dapat dilihat pada bahan bercetak seperti
gambar sejarah dan peta manakala bahan elektronik pula seperti gambar-gambar
peristiwa penting di portal rasmi yang mempunyai nilai sejarah tertentu. Gambar sejarah
mengandungi nilai estetika yang tinggi berbanding dengan bahan elektronik. Hal ini kerana
gambar sejarah dapat dilihat dan disentuh oleh murid menjadikan pembelajaran aktif di
dalam kelas. Berdasarkan bahan bercetak dan bahan elektronik ini, guru boleh
memaparkan gambar sejarah seperti gambar tokoh-tokoh sebagai set induksi di hadapan
ke kelas. Hal ini juga bertujuan bagi menimbulkan perasaan inkuiri dalam diri murid-murid
untuk mengenali sumber secara lebih mendalam. Bukan itu sahaja murid juga dapat
merangsang deria penglihatan melalui gambar yang ditunjukkan dan dapat mengenal
pasti nilai sejarah yang terdapat pada gambar yang ditunjukkan. Penggunaan bahan
pengajaran dan pembelajaran boleh menimbulkan rangsangan dan keinginan pelajar
untuk mengetahui lebih mendalam akan sesuatu aspek pengajaran di samping
menjadikan pembelajaran lebih menarik dan berkesan (Kemp,J.E. dan Smellie,
D.C.,1997). Melalui kedua-dua sumber ini, proses pengajaran dan pembelajaran akan
menjadi lebih interaktif serta murid akan lebih berminat dengan subjek. Secara tidak
langsung isu ponteng kelas murid dapat dikurangkan melalui pengajaran dan
pembelajaran yang menarik dan tidak membosankan. Jelaslah menunjukkan bahawa
sumber bahan bercetak dan bahan elektroknik mempunyai nilai sejarah yang tersendiri.

Aspek yang menunjukkan perbezaan antara kedua-dua sumber ialah isi kandungan
sumber tersebut. Bahan bercetak seperti jurnal mempunyai lebih banyak isi pembelajaran
berbanding media elektronik yang hanya memaparkan isi penting sahaja seperti bahan
video. Kandungan bahan bercetak lebih autentik dan mempunyai fakta yang tepat
berbanding media elektronik yang menggunakan sumber yang kurang sahih seperti filem.
Contoh untuk bahan bercetak seperti surat-surat terdahulu,akhbar dan jurnal merupakan
salah satu sumber primer. Guru boleh melakukan aktiviti berkumpulan dengan mengenal
pasti sumber primer lalu murid diminta untuk mengaitkan semua bahan bercetak dengan
satu peristiwa perjuangan kemerdekaan. Hal ini berbeza pula dengan media elektronik
yang hanya memaparkan isi ringkas daripada isi kandungan matapelajaran. Guru dapat
menerangkan secara ringkas tentang rumusan sesuatu topik dengan kadar yang singkat.
Melalui penggunaan media elektronik, guru dapat menggunakan masa yang berlebihan
dengan aktiviti yang lebih menarik seperti ‘quizizz’ bagi menambahkan lagi pengetahuan
sedia ada murid. Hal ini secara tidak langsung isu ponteng kelas dapat diatasi melalui
aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menarik. Berdasarkan contoh yang diberikan,
jelaslah menunjukkan perbezaaan bagi media elektronik dan bahan bercetak ialah isi
kandungan sesuatu sumber dengan cara guru mengaplikasikannya dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.

Selain itu dari segi aspek visual pula, media elektronik menggunakan dimensi 3D,
penggunaan warna yang menarik dan ilustrasi yang jelas seperti filem manakala bahan
bercetak pula menggunakan lakaran 2D dan banyak kepada berbentuk tulisan seperti
jurnal. Kaedah gambaran dalam media elektronik secara tiga dimensi menjadikan murid
mudah untuk merasakan keadaan situasi sebenar berbanding dengan penulisan. Hal ini
dapat dibuktikan dengan kajian Mayer (2001) yang mendapati bahawa perhatian murid
dapat dikekalkan dengan lebih baik jika mereka menerima persembahan perkataan dan
visual koresponden berbanding dengan perkataan sahaja. Penggunaan sumber yang
sesuai dalam proses pengajaran dan pembelajaran memberi impak kepada daya tarikan
murid dalam subjek tersebut. Hal ini juga isu tingkah laku ponteng kelas dapat dikurangkan
dengan menggunakan sumber yang bersesuaian. Berdasarkan kajian ini, jelas
menunjukkan bahawa penggunaan media elektronik lebih berkesan digunakan sebagai
sumber pengajaran dan pembelajaran berbanding dengan bahan bercetak.

Di samping itu, aspek kebolehcapaian merupakan salah satu aspek perbezaan yang
dapat dilihat pada kedua-dua sumber ini. Sumber bahan bercetak boleh didapati melalui
di perpustakaan seperti penulisan ilmiah manakala sumber bahan elektronik pula boleh
didapati melalui sumber internet seperti filem. Bahan bercetak memerlukan masa yang
agak lama untuk mendapatkan sesuatu buku atau penulisan ilmiah di perpustakaan
manakala bahan elektronik pula hanya menggunakan masa yang singkat untuk
mengakses sesuatu sumber tersebut. Walaupun begitu, penggunaan bahan elektronik
memerlukan capaian internet yang laju untuk mengakses sumber-sumber berkenaan. Hal
ini menjadi bermasalah bagi kawasan pendalaman yang kurang mendapat capaian
internet. Guru perlu memikirkan inisiatif lain yang dapat digunakan bagi menarik perhatian
murid dengan menggunakan bahan bercetak seperti membawa murid ke perpustakaan
bagi memberi peluang kepada murid untuk mencari sumber pengajaran yang bersesuaian
dengan topik yang dipelajari. Melalui aktiviti ini, kemahiran pemikiran sejarah juga dapat
diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung iaitu kemahiran
menerokai. Penglibatan murid secara aktif di dalam kelas menjadikan murid berminat
dengan proses pengajaran dan pembelajaran seterusnya isu ponteng kelas dapat
dibendung dari semasa ke semasa. Oleh itu, aspek kebolehcapaian menjadi salah satu
aspek perbezaan antara bahan bercetak dan bahan elektronik.

Seterusnya, dari aspek kos perbelanjaan pula, bahan bercetak menggunakan kos
yang tinggi untuk memperoleh sumber bahan tersebut berbanding dengan bahan
elektronik. Hal ini dapat dilihat pada contoh bahan bercetak iaitu seperti penulisan ilmiah
yang memerlukan kos yang tinggi untuk mendapatkannya melalui pembelian manakala
sumber bahan elektronik pula menggunakan kos rendah serta terdapat juga dapat diakses
secara percuma. Contohnya, bahan elektronik seperti perisian permainan sejarah. Guru
juga boleh melibatkan murid secara langsung dengan mengadakan permainan melalui
perisian permainan sejarah. Permainan ini dicipta khas bagi membolehkan murid
mengingati fakta sejarah dengan lebih mudah, efektif dan menyeronokkan. Hal ini secara
tidak langsung, murid akan menjadi lebih berminat dengan subjek sejarah seterusnya isu
ponteng kelas juga dapat dikurangkan. Maka jelaslah kos perbelanjaan menjadi aspek
perbezaan antara kedua-dua sumber ini.
Ambik kat tele yang za anta..

Seterusnya, aspek

You might also like