Peraturan Catur

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 12

1/8/2020 MSSD CATUR KUDAT: LIMA LANGKAH ASAS BERMAIN CATUR

Home PENGENALAN AJK PERATURAN STARTING LIST PAIRING RESULT GALERI TIPS ARKIB

Platform Catur Anda Di Kudat Isnin, 4 April 2016

LIMA LANGKAH ASAS BERMAIN CATUR


Lima Langkah Asas Sebagai Permulaan Untuk Bermain Catur

Terdapat beberapa perkara asas yang perlu diketahui oleh seseorang sama ada yang ingin bermain
catur (pencatur) mahupun sebagai koleksi untuk menambah pengetahuan. Berikut merupakan
Lima Langkah Asas tersebut secara ringkas:

LANGKAH 1 - KENALI CATUR

Kenali Catur
Klik Untuk Besarkan Imej

SELAMAT DATANG!

Terima kasih atas kunjungan!


Gunakan Google Chrome untuk
paparan yang terbaik.

Sebarang pertanyaan mengenai


laman ini boleh diajukan
diruangan komen. Terima kasih!

CAPAIAN SEGERA

TENTATIF
PERATURAN
KATEGORI 12TKB
KATEGORI 15TKB
KATEGORI 18TKB

caturmssdkudat.blogspot.com/2016/04/lima-langkah-asas-bermain-catur.html 1/12
1/8/2020 MSSD CATUR KUDAT: LIMA LANGKAH ASAS BERMAIN CATUR
BORANG
TIPS

Arkib Blog

▼ 2016 (15)

► Mei (2)

▼ April (13)

SMK ABDUL RAHIM, SK
SIKUATI JOHAN MSSD
KUDAT 2016
HARI PERTAMA KEJOHANAN
STRATEGI (1)
TAKTIK (1)
ISTILAH-ISTILAH (2)
ISTILAH-ISTILAH (1)
NOTATION
FASA DALAM CATUR -
ENDGAME
FASA DALAM CATUR -
MIDDLEGAME Gambar 1  Posisi Permulaan dalam Catur (Sumber: Chess Insights)
FASA DALAM CATUR -
OPENING
Catur merupakan 'sukan minda' yang melibatkan dua orang dan matlamat utamanya adalah untuk
MESYUARAT AJK (1)
checkmate (mengemat) King lawan untuk menang. Catur menggunakan sebuah papan catur
PERATURAN UTAMA SEMASA
(board) yang mempunyai 64 petak kesemuanya (8x8), menggunakan koordinat untuk notasi
PERTANDINGAN
pergerakan dan buah catur pula terdiri dari dua set iaitu Putih (White) atau Hitam (Black).
LIMA LANGKAH ASAS Pemain yang mendapat Putih akan memulakan permainan (gerakkan buah) diikuti oleh Hitam dan
BERMAIN CATUR
seterusnya.

Buah Catur
KUNJUNGI FACEBOOK

PERSATUAN CATUR SABAH


MENGAYAU CHESS CLUB KUDAT
(MCCK)

CATUR 360

Sabah Chess Association


Al Kamil a.k.a 'The
Terminator' topped the AGM
Chess Tournament 2019 !!
4 minggu yang lalu

World Chess Federation -


FIDE
Ju Wenjun wins again, Humpy
Koneru follows suit Gambar 2  Buah Catur. Boleh namakan apakah buah-buah yang ada di dalam gambar? (Sumber: Wikipedia)
3 bulan yang lalu

Biro Catur Wanita MCF Setiap set Putih dan Hitam masing-masing mempunyai jenis dan jumlah buah yang sama dan
FIDE RATING RELEASE: JAN kedudukan di Posisi Permulaan mereka adalah saling berhadapan (Gambar 1). Nama buah-buah
2017
3 tahun yang lalu
tersebut ialah:-

gmlolet King (K) - Buah catur utama. Satu-satunya buah yang tidak boleh ditangkap (captured) atau
PERTANDINGAN CATUR ATAS- memiliki dua King (sendiri) semasa permainan. Posisi permulaannya adalah di petak e (e file).
TALIAN PIALA BUDDYZ 2016
3 tahun yang lalu
Queen (Q) - Buah yang terkuat sekali dalam permainan catur. Posisi permulaannya adalah di petak
Persekutuan Catur d (d file).
Malaysia
Malaysian Masters 2016 Kicks
Off
Rook (R) - Disebut juga sebagai Major Piece. Posisi permulaannya adalah masing-masing di petak a
3 tahun yang lalu & h (a & h file).

Bishop (B) - Disebut juga sebagai Minor Piece. Posisi permulaannya adalah masing-masing di petak
Label c & f (c & f file).
AKTIVITI
Knight (N) - Disebut juga sebagai Minor Piece. Posisi permulaannya adalah masing-masing di petak
BERITA
b & g (b & g file)
ENDGAME

caturmssdkudat.blogspot.com/2016/04/lima-langkah-asas-bermain-catur.html 2/12
1/8/2020 MSSD CATUR KUDAT: LIMA LANGKAH ASAS BERMAIN CATUR
ISU Pawn - Buah yang paling lemah sekali namun mempunyai dua keistimewaan iaitu en passant dan
MIDDLEGAME promotion. Terletak di barisan hadapan iaitu masing-masing di Barisan 2 (2nd Rank) bagi Putih dan
OPENING Barisan 7 (7th Rank) bagi Hitam.
PERATURAN
Cara pergerakan bagi setiap buah diringkaskan seperti gambar di bawah:-
STRATEGI
TAKTIK
TERMS
TIPS

Jumlah Paparan Halaman

36,127
Penyumbang

Unknown

Unknown

Gambar 3  Pergerakan Buah. (Sumber: Wikipedia)

Notasi / Rekod Pergerakan (Notation)

Dengan merujuk Gambar 1 dan 3, dapat dilihat setiap petak dalam papan catur mempunyai
'koordinat' masing-masing. Notasi atau Rekod Pergerakan dalam catur pada masa kini
menggunakan sistem Notasi Catur Algebra (Algebraic Chess Notation). Perhatikan gambar berikut:-

Gambar 4  Sumber Wikipedia

Secara ringkas:

caturmssdkudat.blogspot.com/2016/04/lima-langkah-asas-bermain-catur.html 3/12
1/8/2020 MSSD CATUR KUDAT: LIMA LANGKAH ASAS BERMAIN CATUR
a. Barisan petak menegak (kolum) disebut sebagai File manakala barisan petak melintang (lajur)
pula ialah Rank. Contohnya a file, 1st rank dsb.

b. Diagonal ialah barisan petak lurus yang sama warna yang tidak menegak dan melintang. Contoh
sebutannya ialah a1-h8 diagonal, h1-a8 diagonal dsb.

c. Bagi pemain Putih, a file mestilah di sebelah kiri dan sebaliknya di sebelah kanan bagi pemain
Hitam.

d. Bagi pemain Putih, kedudukan buah utama  (K, Q, R, B & N) berada pada rank 1 dan
sebaliknya rank 8 bagi pemain Hitam.

e. Petak di sebelah kanan, bawah sekali pemain mestilah berwarna putih.

f. Kedudukan King adalah pada petak yang berlawanan dengan warnanya. Contohnya, King Putih
berada pada petak warna hitam iaitu di e1. Begitu juga dengan King Hitam.

g. Kingside merujuk kepada separuh bahagian papan di mana King berada dan disebelahnya ialah
Queenside

Perhatikan gambar-gambar berikut bagi memahami bagaimana notasi dilakukan:-

Gambar 5  Putih memulakan gerak, iaitu e4

caturmssdkudat.blogspot.com/2016/04/lima-langkah-asas-bermain-catur.html 4/12
1/8/2020 MSSD CATUR KUDAT: LIMA LANGKAH ASAS BERMAIN CATUR

Gambar 6  Hitam memulakan gerak, iaitu d5

Gambar 7  Pawn Putih di e4 menangkap buah Hitam di d5. Ianya ditulis sebagai exd5

Notasi penuh bagi pergerakan di atas:

1. e4 d5
2. exd5

Contoh notasi bagi en passant pula adalah seperti berikut:-

caturmssdkudat.blogspot.com/2016/04/lima-langkah-asas-bermain-catur.html 5/12
1/8/2020 MSSD CATUR KUDAT: LIMA LANGKAH ASAS BERMAIN CATUR

Gambar 8  2...e5

Gambar 9  3. dxe6

Perhatikan Gambar 9, walaupun Hitam menggerakkan pawn ke e5, notasi apabila en passant
berlaku ialah petak yang ditulis merupakan petak yang pawn tersebut melakukan 'makan silang'
(e6) dan bukannya berada di petak pawn yang telah ditangkap (e5).

Syarat en passant

Dengan merujuk contoh di atas:


1. Suatu Pawn telah berada di kawasan lawan iaitu di Rank 5 (Putih) atau Rank 4 (Hitam).
Kawasan Putih adalah sehingga di Rank 4. Rank 5-8 adalah kawasan Hitam,

2. Pawn lawan yang berada di kiri/kanan Pawn di #1 tadi telah melakukan gerak dua petak,

3. en passant hendaklah dilakukan serta-merta selepas lawan melakukan gerak dua petak tadi.

Notasi penuh bagi pergerakan dari Gambar 4-8 ialah:

1. e4 d5
2. exd5 e5

caturmssdkudat.blogspot.com/2016/04/lima-langkah-asas-bermain-catur.html 6/12
1/8/2020 MSSD CATUR KUDAT: LIMA LANGKAH ASAS BERMAIN CATUR
3. dxe6

Seterusnya bagi buah utama, penulisan notasi adalah menggunakan huruf pertama buah tersebut
iaitu K bagi King, Q bagi Queen, R bagi Rook, B bagi Bishop dan N bagi Knight (bukan K kerana
ianya dikhaskan untuk King). Pawn tidak menggunakan huruf pertamanya dalam catatan notasi.
Sebagai contoh dengan merujuk Gambar 9, sekiranya Hitam memilih Bishop untuk menangkap
Pawn di e6, maka notasinya ialah 3...Bxe6.

Beberapa Istilah Utama

Blunder = Gerakan yang sangat silap yang boleh menyebabkan kekalahan yang jelas.

Castle/Castling = Suatu gerakan istimewa sekali sahaja di mana King dan Rook saling bertukar-
silang kedudukan sama ada di bahagian Kingside (notasi: O-O) atau Queenside (O-O-O) dengan
syarat tertentu:-

a. King tidak berada dalam keadaan Check,


b. Petak yang dilalui oleh King tidak Check oleh lawan,
c. Petak letaknya King selepas Castling dilakukan tidak dalam keadaan Check,
d. Antara King dan Rook tersebut tiada buah lain yang menghalang,
e. King dan Rook tersebut tidak pernah bergerak.

Check = King sedang diserang. Dalam notasi, ia ditulis '+'

Checkmate = King telah dikepung dan tidak dapat diselamatkan lagi. Dalam notasi ia ditulis '#'
atau '++'.

Draw = Seri

en passant = Salah satu keistimewaan Pawn. Gerakan 'makan silang' dengan syarat tertentu

Forfeit = Dilucutkan / hilang kelayakan

Illegal Move = Gerakan yang tidak sah seperti King bergerak ke petak yang Check

Perpetual Check = Check berterusan

Promotion/Promoting = Suatu keistimewaan di mana Pawn sampai ke Petak 8 (8th Rank) bagi
Putih dan Petak 1 (1st Rank) bagi Hitam. Pawn tersebut boleh berubah sama ada menjadi Queen,
Rook, Bishop atau Knight tetapi tidak boleh menjadi King atau kekal menjadi Pawn

Threefold Repetition = Salah satu situasi seri. Pemain dan/atau lawan melakukan gerakan buah
yang sama berulang-ulang dan/atau ke petak yang sama. Sekiranya genap tiga kali, keputusan
adalah seri

Resign = Menyerah kalah

Sacrifice = Mengorbankan suatu buah untuk tujuan tertentu

Stalemate = Salah satu situasi seri iaitu King telah terkepung/tidak dapat bergerak lagi tetapi
tidak berada dalam keadaan Check

Tempo = Langkah/Gerakan buah bagi suatu aktiviti/tujuan. Ia merujuk kepada 'giliran gerak' atau
satu gerak (single move)

Timeout / Loss on Time = Masa tamat / Kalah Masa

Touch-move = Suatu peraturan di mana buah yang dipegang mestilah digerakkan kecuali ianya
Illegal Move

Terdapat beberapa situasi di mana kemenangan juga diperolehi tanpa checkmate seperti lawan
mengaku kalah (resign), lawan habis masa (timeout), lawan tidak muncul dan justifikasi oleh
Arbiter seperti forfeited.

Sebagai latihan, gerakkan buah anda mengikut notasi yang berikut, kemudian cuba ulang semula
pergerakan dan tulis semula notasinya!

caturmssdkudat.blogspot.com/2016/04/lima-langkah-asas-bermain-catur.html 7/12
1/8/2020 MSSD CATUR KUDAT: LIMA LANGKAH ASAS BERMAIN CATUR
1. e4 e5
2. Nf3 d6
3. d4 Bg4
4. dxe5 Bxf3
5. Qxf3 dxe5
6. Bc4 Nf6
7. Qb3 Qe7
8. Nc3 c6
9. Bg5 b5
10. Nxb5 cxb5
11. Bxb5+ Nbd7
12. O-O-O Rd8
13. Rxd7 Rxd7
14. Rd1 Qe6
15. Bxd7+ Nxd7
16. Qb8+ Nxb8
17. Rd8#

LANGKAH 2 - TUJUAN KITA GERAKKAN BUAH

Sebelum menyentuh dan menggerakkan sesuatu buah catur, kita perlu berfikir dan menentukan
apakah tujuan kita memilih dan menggerakkan buah tersebut ke suatu petak. Beberapa soalan
dan perkara berikut perlu dipertimbangkan dengan baik:-

a. Kenapa buah tersebut?


b. Kenapa ke petak tersebut? Kenapa tidak petak yang lain?
c. Bagaimana kedudukan buah yang lain?

Motif:
a. Menyerang/bersedia untuk menyerang (Attack)
b. Bertahan/bersedia untuk bertahan (Defense)
c. Sokongan (Support)
d. Menghubungkan buah-buah (coordinating/connecting the piece)
e. Selamat/tidak?
f. Perkiraan Untung-Rugi (Advantage-Disadvantage)

LANGKAH 3 - TUJUAN LAWAN GERAKKAN BUAH

Sama seperti di Langkah #2 tetapi merujuk kepada lawan. Fikir apa yang lawan fikirkan. Di tahap
ini, beberapa perkara perlu lebih diteliti seperti Sacrifice, Waiting Move, dan lain-lain yang
berpotensi (akan) atau telah dilakukan oleh lawan. STAY FOCUS & ALERT!

LANGKAH 4 - BINA PERANCANGAN & FAHAMI PERANCANGAN LAWAN

Tahap ini berkait rapat masing-masing di Langkah #2 dan #3. Sebelum menggerakkan mana-mana
buah, kita perlulah mempunyai perancangan yang jelas dan teliti. Tanpanya, kita akan mengalami
kerugian/ketinggalan (Disadvantage) dua atau lebih aspek seperti Tempo, Development, Pieces
Activity, Position, Coordinating/Connecting dan lain-lain yang akhirnya mengurangkan peluang
kita untuk menguasai permainan dan menang.

Sebagai permulaan (akan disentuh lebih lanjut di tajuk yang lain), perancangan (planning)
adalah sedikit berbeza antara pemain. Putih mempunyai kelebihan iaitu mula gerak dahulu.
Justeru diperingkat awal, Putih boleh mencorakkan permainan mengikut apa yang dia mahu dan
Hitam kena 'menjawab' corak tersebut dengan lebih berhati-hati kerana Putih mempunyai satu
langkah ke hadapan.

Secara ringkas, aspek berikut hendaklah dipertimbangkan semasa membina dan melaksana
perancangan seterusnya berusaha untuk merealisasikan/menjayakannya:-

Putih
a. Petak/petak-petak mana yang ingin dikuasai atau dikawal dahulu (Which square we want to
occupy or control)?
b. Bagaimana memajukan buah dan menjadikannya aktif (How to develop and activating the

caturmssdkudat.blogspot.com/2016/04/lima-langkah-asas-bermain-catur.html 8/12
1/8/2020 MSSD CATUR KUDAT: LIMA LANGKAH ASAS BERMAIN CATUR
piece)?
c. Apakah struktur atau set up yang ingin kita capai?
d. Apakah kelemahan dan kelebihan kita?
e. Pertahanan dan counterplay dari lawan!

Hitam
Sama juga seperti di atas dengan beberapa tambahan:

a. Fokus Hitam di peringkat awal (Opening) ialah Pertahanan (defense). Ini bermaksud, Hitam
sedikit pasif dan sebaiknya tidak agresif.

b. Memajukan buah adalah pada pertimbangan bertahan dan menunggu peluang (developed in
cool-and-steady manner).

c. Setelah mendapat struktur (set up) yang diingini/yang terbaik (kerana ianya bergantung dengan
aktiviti Putih) atau completely developed, cari peluang untuk counterplay!

Gambar 10  9...O-O

Perhatikan Gambar 10, kedua belah pihak telah melengkapkan development awal di peringkat
Opening. Putih telah castling di Queenside, dan bersedia untuk menyerang bahagian Kingside di
mana terletaknya King Hitam (juga telah castling). Sementara Hitam pula telah membina
pertahanan awal di bahagian Kingside (melalui castling dan juga buah lain yang telah developed)
dan bersedia untuk menyerang di bahagian Queenside (dengan kelebihan semi open file di c), di
mana terletaknya King Putih. Always target the King!

1.e4 c5
2.Nf3 d6
3.d4 cxd4
4.Nxd4 Nf6
5.Nc3 a6
6.Bg5 e6
7.f4 Nbd7
8.Qf3 Be7
9.O-O-O O-O

LANGKAH 5 - KUASAI PERMAINAN & CIPTA MASALAH UNTUK LAWAN!

Ini merupakan tahap yang paling mencabar pada pendapat penulis. Apabila kita sudah
menetapkan perancangan dan kedudukan buah-buah telahpun berada pada posisi yang
dikehendaki atau optimum (the best possible moves/squares/structure/set up), maka perkara
seterusnya adalah bagaimana untuk menguasai permainan (how to control the board) supaya
situasinya berubah dari seimbang kepada mempunyai kelebihan (equal to become advantageous)

caturmssdkudat.blogspot.com/2016/04/lima-langkah-asas-bermain-catur.html 9/12
1/8/2020 MSSD CATUR KUDAT: LIMA LANGKAH ASAS BERMAIN CATUR
kepada kita.

Ada pepatah oleh Chess Grandmaster menyebut, "The hardest thing in chess is how to win a
winning game!"

Mencipta masalah untuk lawan merupakan suatu kemestian untuk memulakan penguasaan
permainan. Kita sasarkan kelemahan yang wujud pada lawan sama ada ianya wujud sedia ada,
kesilapan lawan, mahupun kerana serangan/gerakan yang kita lancarkan. Apabila satu kelemahan
telah kita sasarkan dengan jelas melalui gerakan buah kita (contohnya buah kita telah bergerak
untuk menyerang suatu petak/buah lawan), kita cuba ciptakan satu lagi kelemahan pada lawan
untuk kita sasarkan. Ini tentunya membuatkan lawan sibuk untuk menyelesaikan (berfikir/mencari
jalan) masalah tersebut. Di sini ada satu prinsip yang dikenali sebagai Principle of Two
Weaknesses.

Gambar 11  6...Nf6

Perhatikan Gambar 11, Hitam baru sahaja menggerakkan 6...Nf6 bagi menghalang Queen Putih
daripada menyerang petak f7 (f7 Pawn) yang menjadi kelemahan Hitam (weak square) dan
mengelak Mate-in-1. Namun, Putih telah mengesan kelemahan Hitam yang lain. Jika anda bermain
Putih, apakah gerakan anda yang seterusnya?

Gambar 12  7.Qb3!

Gerakan terbaik (best move) adalah 7.Qb3! Di sini Putih telah mencipta (memberi) masalah

caturmssdkudat.blogspot.com/2016/04/lima-langkah-asas-bermain-catur.html 10/12
1/8/2020 MSSD CATUR KUDAT: LIMA LANGKAH ASAS BERMAIN CATUR
kepada Hitam iaitu dengan mensasarkan serangan ke dua petak sekali gus iaitu f7 dan b7. Hitam
tidak dapat mempertahankan kedua-duanya serentak.

[Game from Paul Morphy vs Duke Karl / Count Isouard, Paris, 1858]

Terdapat banyak lagi perkara asas dalam catur yang perlu diketahui dan dikuasai, dan sudah tentu
ianya akan ditemui, sedikit demi sedikit, melalui pembelajaran (sendiri atau lain-lain) dan juga
menimba pengalaman dengan menyertai pertandingan-pertandingan bukan sahaja diperingkat
sekolah tetapi juga anjuran terbuka di luar sekolah (Open Tournament). Sebagai permulaan,
sekolah merupakan medium terbaik untuk memulakan langkah, menggilapkan bakat. Jauh
perjalanan, luas pengalaman!

Kemas kini terakhir: 6 April 2016

Posted by Unknown

Labels: TIPS

7 ulasan:

sjktsimpangmorib SHANMUGAM KALEY 20 September 2018 9:39 PTG

syabas...sekolah kami baru tubuh kelab catur

Balas

sjktsimpangmorib SHANMUGAM KALEY 20 September 2018 9:42 PTG

makulumat berguna...terima kasih


Balas

sjktsimpangmorib SHANMUGAM KALEY 20 September 2018 10:03 PTG

Pohon kebenaran tuan untuk menggunakan panduan asas permainan catur dalam blog ini.
Balas

Kumpulan PPG USM 21 Mac 2019 10:18 PG


tq brkongsi maklumat

Balas

Maizatul 13 Jun 2019 2:24 PTG

Terima kasih atas perkongsian. Mohon untuk dikongsi ilmunya ye

Balas

HOBI 4D 26 Jun 2019 2:54 PG

BANDAR TOGEL
Hobi 4D
Togel Singapura
Prediksi Togel Singapura
Agen Togel Singapura

Balas

azudin 6 Julai 2019 7:07 PG

mohon utk di kongsi ilmu caturnya


Balas

caturmssdkudat.blogspot.com/2016/04/lima-langkah-asas-bermain-catur.html 11/12
1/8/2020 MSSD CATUR KUDAT: LIMA LANGKAH ASAS BERMAIN CATUR

Masukkan ulasan anda...

Ulas sebagai: Akaun Google

Terbitkan Pratonton

Terima Kasih Atas Maklumbalas Anda!

Catatan Terbaru Laman utama

Langgan: Catat Ulasan (Atom)

CHESSMASTER KUDAT. Tema Ringkas. Dikuasakan oleh Blogger.

caturmssdkudat.blogspot.com/2016/04/lima-langkah-asas-bermain-catur.html 12/12

You might also like