Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

PENGENALAN

Perundingan merujuk kepada satu kaedah penyelesaian konflik di antara dua atau lebih pihak

dalam apa jua konflik yang wujud dalam persekitaran. Tujuan utama perundingan dibuat adalah

untuk mencari formula terbaik dalam proses membuat keputusan bersama terhadap sesuatu

konflik. Oleh hal yang demikian, sesuatu perundingan yang dibuat itu akan menghasilkan satu

keputusan baru yang tidak mampu dicapai oleh mana-mana pihak secara bersendirian.

Walaupun manusia boleh berunding dalam apa jua perkara dan situasi, setiap pihak yang

berkumpul untuk berunding mestilah memahami proses-proses asas perundingan kerana

adakalanya sesuatu perundingan itu juga menghasilkan kegagalan.

Perundingan merupakan satu cara untuk mendapatkan persetujuan antara dua pihak atau antara

pemimpin dengan pengikut. Sehubungan dengan itu, perundingan adalah sebahagian daripada

proses membuat keputusan khususnya dalam organisasi. Perundingan banyak bergnatung

kepada pengetahuan, kemahiran, dan kualiti peribadi seseorang pemimpin sebagai perunding.

Perundingan bermula dengan penetapan objektif, iaitu mengambil kira isu yang boleh

dirundingkan. Perkara yang perlu diambil kira dalam penetapan objektif ialah objektif dan hasil

yang dijangkakan, pendirian kita, bentuk persepakatan yang akan diambil, komitmen terhadap

objektif dan hasil terbaik yang diharapkan. Persediaan untuk memulakan perundingan mula

diambil kira selepas penetapan objektif dilakukan. Antara perkara yang perlu diambil kira pada

tahap ini ialah strategi perundingan, mengenali pasukan perunding, dan kuasa tawar menawar.

Langkah seterusnya ialah menjalankan proses perundingan yang melibatkan pembentukan

suasana perundingan, memilih gaya perundingan, dan taktik pertaruhan. Setelah proses

perundingan dijalankan barulah kedua-dua pihak yang berunding mencari penyelesaian. Dalam

mencari penyelesaian, kedua-dua pihak perlu memikirkan akan mendapat kebaikan daripada

proses perundingan tersebut atau paling kurang pun bersifat “seri”. Langkah terakhir ialah

1
menamatkan proses perundingan. Perunding perlu bersifat harmoni supaya proses perundingan

berjaya.

LATAR BELAKANG RUNDINGAN

AA Teguh Group adalah sebuah syarikat pemborongan barangan runcit dan sejuk beku 100%

milik Bumiputera yang telah beroperasi sejak tahun 2003. Syarikat ini membekal dan

mengedarkan daging import, sayur-sayuran dan barangan keperluan harian ke kedai makan,

gerai burger, kedai runcit, perkhidmatan katering serta ke kantin dan asrama sekolah di semua

kawasan dalam negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak Utara. Pengurus besar ini adalah

En.Mohd Adam B. Rashid.

Saya telah pergi ke Syarikat tersebut dengan berpakaian kemas dan riak muka yang sentiasa

senyum. Kemudian saya pergi ke sudut rak jualan roti saya dan telah disapa oleh pengurus

syarikat tersebut. Pengurus tersebut telah menanyakan kepada saya apakah yang ingin beliau

boleh bantu. Selepas itu, teknik bahasa yang sopan dan riak muka yang senyum manis saya

memuji perniagaan beliau yang semakin maju. Pengurus itu memperkenalkan diri beliau

sebagai En. Adam B. Rashid dan mengucapkan terima kasih atas pujian saya dan ucap

Alhamdulillah atas kemajuan perniagaan beliau.

STRATEGI PERUNDINGAN

Setelah hampir 15 minit saya dan pengurus itu berborak, pengurus tersebut sudah menunjukkan

reaksi yang baik berkomunikasi dengan saya. Ini disebabkan penggunaan teknik komunikasi

dua hala yang baik dan mudah diterima oleh pihak lain. Kemudian saya cuba berunding dengan

beliau bahawa saya ingin mendapatkan 15 bungkus roti coklat jenama Gardenia untuk

disedekahkan kepada rakan-rakan saya di Universiti Utara Malaysia. Pada mulanya pengurus

tersebut tidak bersetuju kerana ini melibatkan modal dan keuntungan syarikat beliau.

2
Dengan kemahiran memujuk dalam strategi pembujukan iaitu Sampaikan berita baik dahulu,

jika pengurus tersebut bersetuju memberi 15 bungkus roti secara percuma saya akan

mempromosi perniagaan beliau laman sosial saya iaitu Facebook, Twitter dan Instagram

dengan memuji bahawa sayarikat beliau adalah sebuah syarikat Bumiputera yang bagus, bersih

dan harga yang berpatutan. Saya juga memberitahu beliau bahawa kos pengiklanan pada masa

sekarang amatlah mahal. Dengan bermodalkan 15 bungkus roti yang diberikan secara percuma

kepada saya, beliau telah jimat kos pengiklanan yang agak mahal dan saya secara tidak

langsung akan mebuat pengiklanan dilaman sosial saya dan ini akan memajukan lagi

perniagaan beliau. Dalam pada sama saya juga menggunakan strategi perundingan iaitu

Menguatkan Ugutan atau Janji. Saya telah berjanji dengan pengurus itu bahawa jika beliau

dapat memberi roti tersebut saya akan mempromosi perniagaan.

Kemudian saya juga menggunakan stratgegi perundingan lain iaitu Mengubah Suai Persepsi

Pihak Lain. Dengan teknik ini, saya memberitahu beliau bahawa jika beliau memberi roti

tersebut secara percuma kepada saya ia juga merupakan sedekah. Dengan sedekah kepada saya

15 bungkus roti tersebut mungkin satu hari nanti Allah SWT akan memajukan lagi perniagaan

tanpa disangka-sangka. Dengan kenyataan itu mungkin mengubah persepsi pengurus tersebut

bahawa dengan rugi sedikit hanya 15 bungkus roti Allah SWT akan membalas dengan benda

yang lebih baik dan bersedekah itu juga merupakan zakat perniagaan beliau.

Hampir 15 minit kami berunding, pengrurus tersebut bersetuju untuk memberi 15 bungkus roti

coklat jenama Gardenia dan membeitahu kepada saya bahawa berjanji akan mempromosi

perniagaan beliau dilaman sosial saya. Saya kemudian mnggunakan teknik perundingan iaitu

Komitmen dalam rundingan iaitu saya dengan bersungguh-sungguh memberitahu beliau saya

akan mempromosi perniagaan beliau dilaman sosial saya. Saya juga menangkap gambar

perniagaan menggunakan telefon bimbit saya dan menunjukkan kepada pengurus tersebut

3
bahawa dengan gambar yang saya tangkap tadi saya akan muatnaik dilaman sosial Facebook,

Instagram dan Twitter saya.

PENGAJARAN

Dalam perundingan tersebut saya telah berjaya menggunakan taktik dan strategi dalam

perundingan dengan baik sehingga berjaya mencapai matlamat saya untuk mendapatkan 15

bungkus roti coklat jenama Gardenia. Kesan komunikasi yang baik iaitu sopan semasa berkata-

kata, reaksi muka yang menarik minat pengurus tersebut dan taktik perundingan yang bagus

saya dapat menawan hati pengurus tersebut. Perundingan ini telah berjaya dan menang-menang

kerana saya berjaya mendapatkan 15 bungkus roti dan pengurus tersebut juga akan mendapat

promosi yang percuma daripada saya serta secara tidak langsung akan meningkatkan lagi

jualan beliau.

KESIMPULAN

Sewaktu perundingan, komunikasi berkesan memainkan peranan yang penting dalam proses

perundingan. Perunding perlu menyakinkan pihak lain dengan menawarkan sesuatu yang

bernilai dan berpatutan mengikut kemampuan perunding. Kedua-dua jenis perundingan yang

dinyata seringkali digunakan dalam proses perundingan kehidupan seharian. Perundingan

diadakan untuk tujuan mencapai matlamat individu atau organisasi. Perundingan pembahagian

boleh menjadi penghalang kepada organisasi dalam usaha mencapai matlamat untuk terus

berdaya saing dan memperbaiki hubungan baik di antara majikan dan kesatuan sekerja.

Berunding adalah kemahiran yang memberi kesan kepada semua aspek

kehidupan.Perundingan boleh mengambil tempat dalam perniagaan yang baik untuk syarikat

atau majikan, boleh berunding terma dan syarat yang memuaskan untuk semua pekerja pekerja

dan kesatuan sekerja boleh berunding untuk keluar dari situasi sukar, sebagai contoh, untuk

hubungan kerja berjalan dengan baik dan lancar. Sentiasa mencari alasan biasa dan kawasan

4
kelebihan bersama. Jangan cuba untuk mendapatkan cara tersendiri di semua kos, dan

mengambil pandangan lama menumpukan perhatian kepada membangunkan hubungan dan

bukannya memusnahkan keinginan pekerja. Perundingan merupakan suatu komunikasi dua

hala yang melibatkan dua pihak atau lebih yang mempunyai pendapat atau kemahuan yang

berbeza. Setiap pihak mahukan ganjaran atau sesuatu yang lebih baik dan lebih menguntungkan

daripada menerima sahaja apa yang ditawarkan oleh pihak lawan. Dalam perundingan yang

berjaya, wujud sikap tolak ansur, tolensi, saling memahami, bekerjasama dan sebagainya dalam

memastikan suatu keputusan yang adil dan berkualiti serta menjamin kepuasan semua pihak.

You might also like