Tugasan Individu 13 Mei 1969

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 20

TUGASAN INDIVIDU 1|Page

PERISTIWA 13 MEI 1969

PENGENALAN
Negara Malaysia merupakan sebuah negara yang berbilang kaum dan

keunikannya terserlah dengan kemampuan rakyat yang berbilang kaum hidup dalam

suasana yang aman sentosa. Di nagara kita, hubungan kaum dapat dilihat dari segi

hubungan-hubungan yang berbentuk konflik, persaingan dan kerjasama. Hubungan

konflik antara kaum di Malaysia banyak digambarkan melalui peristiwa 13 Mei 1969

Pengenalan kepada Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan satu tragedi berdarah

yang banyak meninggalkan kesan terhadap politik, ekonomi dan sosial masyarakat di

Malaysia. Peristiwa 13 Mei sememangnya bukan suatu peristiwa yang berlaku secara

tiba-tiba atau kerana sebab-sebab yang spontan tetapi ianya merupakan suatu

rentetan kepada sebab-sebab atau peristiwa yang telah berlaku sebelumnya.`

Kesan pendudukan Jepun di Tanah Melayu merupakan salah satu faktor yang

turut menyumbang kepada peristiwa 13 Mei. Selain itu kesan peninggalan penjajah

Inggeris juga boleh dilihat sebagai punca kepada peristiwa tersebut. Amalan

diskriminasi oleh Inggeris contohnya telah banyak merenggangkan lagi hubungan

antara kaum di Tanah Melayu. Dari sudut ekonomi peristiwa 13 Mei, banyak

meninggalkan kesan yang negatif terrhadap masyarakat Melayu khasnya dan

golongan bumiputera amnya.

Ekonomi adalah bukti yang jelas kepada persoalan ini.Keadaan ini merupakan

suatu kesan yang nyata selepas penjajahan British.Dasar ekonomi baru yang

dirancangkan oleh kerajaan pada 1971 merupakan satu usaha bertujuan untuk

mengimbangi kembali kedudukan ekonomi dan hubungan antara kaum di Malaysia.

.
Tugasan Individu-Peristiwa 13 Mei
1969

Kesimpulannya, tragedi ini telah meragut nyawa serta harta benda dan

mempunyai kaitan yang rapat dengan "Pilihan Raya Umum 10 Mei 1969" merupakan

satu titik hitam dalam sejarah negara Malaysia.

Prasangka, perkauman dan etnosentrisme menjadi faktor penghalang ke arah

merealisasikan integrasi nasional di negara kita. Di mana faktor-faktor ini mendorong

kepada tindakan-tindakan berat sebelah terhadap kumpulan-kumpulan lain. Di dalam

konteks Malaysia, ia mungkin satu realiti atau semata-mata disalah anggap sehingga

sesuatu kelompok itu merasakan diri mereka termangsa, disisih serta tidak

dipedulikan.

Kejadian ini juga telah menyebabkan kemerosotan ekonomi Malaysia dan

kerajaan telah mengambil tindakan untuk meningkatkan ekonomi terhadap kaum

melayu.

Page |2
Tugasan Individu-Peristiwa 13 Mei
1969

LATAR BELAKANG ISU YANG BERLAKU

1-Isu perkauman dalam pilihan raya 1969

Semasa kempen Pilihan Raya 1969, calon-calon pilihan raya serta ahli-ahli

politik dari kalangan parti pembangkang, telah membangkitkan soal-soal Bangsa

Malaysia berkaitan dengan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu), kedudukan

istimewa orang Melayu sebagai bumiputera dan hak kerakyatan orang bukan Melayu.

Hal ini telah memberi kesempatan kepada ahli-ahli politik yang ingin mendapatkan

faedah daripadanya dalam pilihanraya.

Pada pilihanraya umum 1969, Parti Perikatan yang dianggotai oleh UMNO,

MCA, dan MIC gagal memperolehi majoriti 2/3 di parlimen walaupun masih berjaya

membentuk kerajaan persekutuan. Hal ini disifatkan oleh parti pembangkang sebagai

satu kemenangan yang besar buat mereka. Jumlah kerusi yang dimenangi Parti

Perikatan dalam Dewan Rakyat (Parlimen) telah menurun daripada 89 kerusi pada

tahun 1964 kepada 66 kerusi pada tahun 1969.

Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Parti Tindakan Demokratik (DAP)

dan Parti Progresif Rakyat (PPP) menang 25 buah kerusi dalam Dewan Rakyat

manakala PAS menang 12 kerusi.

Pihak pembangkang yang memperoleh pencapaian gemilang dalam

pilihanraya telah meraikan kemenangan mereka dengan berarak pada 11 Mei 1969.

Perarakan tersebut sebenarnya tidak bermotif untuk menimbulkan isu perkauman.

Namun, terdapat segelintir pengikut perarakan (identiti mereka tidak dapat dikenal

pasti) telah mengeluarkan slogan-slogan bersifat sensitif berkenaan isu perkauman

semasa mengadakan perarakan di jalan-jalan raya sekitar bandaraya Kuala Lumpur.

Perarakan turut dijalankan pada 12 Mei 1969 di mana kaum Cina berarak menerusi

Page |3
Tugasan Individu-Peristiwa 13 Mei
1969

kawasan Melayu, melontar penghinaan sehingga mendorong kepada kejadian

tersebut. Pihak pembangkang yang sebahagian besar darinya kaum Cina dari Parti

Tindakan Demokratik dan Gerakan yang menang, mendapatkan permit polis bagi

perarakan kemenangan melalui jalan yang ditetapkan di Kuala Lumpur.

Bagaimanapun perarakan melencong dari laluan yang ditetapkan dan melalui

kawasan Melayu Kampung Baru, menyorak penduduk di situ. (Hwang,2003)

Sesetengah penunjuk perasaan membawa penyapu, kemudiannya dikatakan sebagai

simbol menyapu keluar orang Melayu dari Kuala Lumpur, sementara yang lain

meneriak slogan mengenai tengelamnya kapal Perikatan — logo perikatan.

(Al-Mukmin, 2005) Ia berlarutan hingga ke 13 Mei 1969 sebelum Parti Gerakan

mengeluarkan kenyataan meminta maaf pada 13 Mei di atas kelakuan penyokong

mereka. Menteri besar Selangor, Dato' Harun Idris telah mengumumkan bahawa

perarakan balas meraikan kemenangan UMNO akan dijalankan pada pukul 7.30

malam, 13 Mei 1969.

2-Pembangkang meraikan kemenangan

Peristiwa ini berlaku berikutan pengumuman keputusan Pilihanraya Umum pada 10

Mei 1969.

Page |4
Tugasan Individu-Peristiwa 13 Mei
1969

Dr. Tan Chee Khoon dari parti Gerakan telah menang besar di kawasan Batu,

Selangor. Beliau minta kebenaran polis untuk berarak meraikan kemenangan parti

tersebut di Selangor yang menyaksikan 50:50 di Selangor. Perarakan tersebut

menyebabkan kesesakan jalan raya di sekitar Kuala Lumpur. Perarakan hingga ke

Jalan Campbell dan Jalan Hale dan menuju ke Kampung Baru. Sedangkan di

Kampung Baru, diduduki lebih 30,000 orang Melayu yang menjadi kubu UMNO,

berasa terancam dengan kemenangan pihak pembangkang. Di sini letaknya rumah

Menteri Besar Selangor ketika itu, Dato' Harun Idris.

(Sabr) Dikatakan kaum Cina yang menang telah berarak dengan mengikat

penyapu kepada kenderaan mereka sebagai lambang kemenangan mereka menyapu

bersih kerusi sambil melaungkan slogan. Ada pula pendapat yang mengatakan

penyapu tersebut sebagai lambang mereka akan menyapu ('menyingkir') orang-orang

Melayu dari Kuala Lumpur. Dalam masyarakat Melayu, penyapu mempunyai maksud

yang negatif . Ada yang mencaci dan meludah dari atas lori ke arah orang Melayu di

tepi-tepi jalan.

3-Pearakan kematian cina

Di Jinjang, Kepong, kematian seorang Cina akibat sakit tua diarak sepanjang

jalan dengan kebenaran polis. Namun perarakan kematian bertukar menjadi

perarakan kemenangan pilihan raya dengan menghina Melayu.

Pada hari Selasa 13 Mei, Yeoh Tech Chye selaku Presiden Kongres Kesatuan

Sekerja Malaysia yang bertanding untuk Gerakan memohon maaf di atas ketelanjuran

ahli-ahlinya melakukan kebiadapan semasa perarakan. Yeoh menang besar di

kawasan Bukit Bintang, Kuala Lumpur tetapi permohonan maaf sudah terlambat.

Page |5
Tugasan Individu-Peristiwa 13 Mei
1969

4-Rumah Menteri Besar Selangor dan rusuhan pertama

UMNO telah mengadakan perarakan balas pada pagi 13 Mei 1969 yang

mengakibatkan terjadinya peristiwa ini. UMNO bercadang untuk mengadakan

perarakan balas pada 7.30 petang 13 Mei hari Selasa, tetapi kebanyakan orang

Melayu mula berkumpul di depan rumah menteri besar Selangor pada awal pagi.

Orang Melayu dari luar Kuala Lumpur turut serta dalam perarakan ini seperti dari

Morib, Banting dan juga Perak.

Menurut laporan rasmi Majlis Gerakan Negara (Mageran), pergaduhan mula

berlaku di Setapak dalam pukul 6 petang apabila sekumpulan pemuda Cina

menghalang beberapa orang Melayu yang dalam perjalanan ke Kampung Baru untuk

menyertai perarakan UMNO dengan membaling botol kaca dan batu ke arah mereka.

Pergaduhan ini diketahui oleh orang Melayu yang berkumpul di Kampung Baru

Jalan Raja Muda. Dalam pukul 6.30 petang orang Melayu mula bergerak dari

Kampung Baru dan menyerang orang Cina dengan bersenjatakan parang dan keris.

Mereka membakar rumah-rumah kedai di sekitar kawasan Kuala Lumpur dan juga

kereta. Orang Cina yang terserempak dibunuh. Menurut laporan majalah Time,

sekurang-kurangnya 8 orang Cina terbunuh dalam rusuhan pertama yang berlaku.

(Race War in Malaysia, Time, 23 Mei 1969)

Rusuhan ini mula tersebar di sekitar Kuala Lumpur dalam masa 45 minit dari

Jalan Campbell, Jalan Tunku Abdul Rahman (Batu Road), Kampung Datuk Keramat,

Kampung Pandan, Cheras, Kampung Kerinchi dan Sentul. Tentera dari Askar Melayu

lebih awal dikerahkan menjaga keselamatan sekitar Kuala Lumpur. Hal ini berlaku

adalah kerana perasaan emosi yang tinggi dan kurangnya kawalan dari kedua-dua

pihak.

Page |6
Tugasan Individu-Peristiwa 13 Mei
1969

Pasukan FRU di keluarkan dari Kampung Baru dan Askar Melayu dikerah untuk

mengambil alih kawalan. Rusuhan dapat dikawal dengan mengunakan gas pemedih

mata, perintah berkurung 24 jam (curfew order) diumumkan oleh radio pada pukul

7.30 petang dan di televisyen pada 8 malam.

Perintah tembak di keluarkan oleh Ketua Polis Negara Mat Salleh. Pihak askar

mula meronda kawasan-kawasan rusuhan sehingga pukul 10 malam, ramai yang

tidak tahu berkenaan perintah berkurung ditembak mati, ada juga yang ditembak

kerana berdiri di depan koridor rumah sendiri.

Pada hari seterusnya 5 pagi, Hospital Kuala Lumpur memberi laporan bahawa

80 orang meninggal dunia pada rusuhan pertama yang berlaku dan majoritinya adalah

orang Cina. Kebanyakan daripada mereka mengalami luka teruk akibat tetakan dan

juga tembusan peluru. Ini hanya sebahagian orang atau mangsa yang dapat dihantar

untuk rawatan, kebanyakan mayat orang yang terkorban diangkut oleh pihak PDRM

menggunakan lori ke Balai Polis Travers. Kebanyakan mayat dalam keadaan yang

tidak sempurna.

5-Panggung Odeon

Pemuda-pemuda Cina telah bertindak mengepung Panggung Odeon, di Jalan

Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Beberapa iklan disiarkan dalam bahasa Cina

di skrin pawagam menyuruh penonton dari kalangan Cina keluar dari panggung.

Penonton Melayu di panggung tersebut langsung tidak tahu membaca tulisan bahasa

Cina. Kesan daripada itu, pemuda-pemuda Cina tersebut telah menyerbu masuk ke

dalam panggung dan menyerang dan menyembelih penonton yang ada dan

membakar pawagam tersebut. Hampir semua penonton di dalam panggung tersebut

mati di dalam keadaan yang sangat mengerikan.Ini termasuklah dua orang Askar

Melayu yang tinggal di Sungai Ramal, Kajang. Manakala di pasar pula askar Melayu

Page |7
Tugasan Individu-Peristiwa 13 Mei
1969

telah menembak orang Cina yang melanggar perintah berkurung dengan kereta

perisai mereka. Di lebuh raya persekutuan pula, penduduk Melayu Kampung Kerinchi

telah membuang pasu di atas lebuhraya tersebut dan mengakibatkan kesesakan

lalulintas dan kemalangan.

6-Persepsi

Kalangan orang Melayu mempunyai pandangan yang negatif terhadap kaum

Cina yang dilihat sebagai tidak mengenang budi dengan taraf kerakyatan yang

diberikan pada mereka pasca kemerdekaan. Persepsi negatif masyarakat Melayu

terhadap kaum Cina juga berlaku kerana orang Cina merupakan majoriti

menganggotai pasukan Bintang Tiga yang ingin menjadikan negara ini sebagai

negara komunis berpaksikan negara komunis China.

Pada tahun 2007, satu buku — May 13: Declassified Documents on the

Malaysian Riots of 1969 yang ditulis oleh akademik, bekas ahli Democratic Action

Party, dan bekas ahli parlimen Kua Kia Soong — telah diterbit oleh Suaram.

Page |8
Tugasan Individu-Peristiwa 13 Mei
1969

Berdasarkan dokumen yang baru 'declassified' di pejabat maklumat awam London,

buku tersebut mengatakan bahawa rusuhan tersebut bukannya disebabkan parti

pembangkang sepertimana cerita rasmi yang diberikan, tetapi rusuhan tersebut

dimulakan oleh "ascendent state capitalist class" di UMNO sebagai 'coup d'etat' untuk

menumbangkan Tunku Abdul Rahman. ("Another look at incident on May 13". The

Star. 2007-05-14)

Bagaimanapun ia hanyalah merupakan suatu pendapat sahaja atau cerita dari

sebelah pihak lain yang belum lagi pernah dibuktikan kesahihan atau sebaliknya. Satu

lagi persepsi yang kurang tepat disebarkan ialah penglibatan Lim Kit Siang dalam

peristiwa 13 mei ini. Menurut Penasihat DAP itu, beliau tidak berada di Kuala Lumpur

pada 11, 12 dan 13hb Mei 1969

7-Angka korban

Polis dan tentera sedang mengawal Panggung Odeon yang menjadi sasaran

rusuhan.Angka rasmi menunjukkan 196 mati, 439 cedera, 39 hilang dan 9,143

ditahan. 211 kenderaan musnah. Tapi ramai telah menganggar ramai lagi dibunuh.

Sebuah thesis PhD. daripada Universiti California, Berkeley menganggar seramai

20,000 orang hilang nyawa dalam peristiwa 13 Mei.

Statistik tidak rasmi jumlah kematian:

• Melayu : 86 orang

• Cina : 342 orang

• Lain-lain : 3 orang

Statistik tersebut tidak begitu tepat kerana daripada kacamata orang ramai

yang menjadi saksi, mereka melihat berderet-deret lori membawa mayat yang tidak

sempurna ke balai polis Jalan Travers waktu itu.

Page |9
Tugasan Individu-Peristiwa 13 Mei
1969

8. Lokasi Tunku Abdul Rahman semasa peristiwa 13 Mei

Ketika itu (13 Mei 1969), Tunku Abdul Rahman baru pulang dari Alor Star

meraikan kemenangan beliau di sana.

6.45 petang Encik Mansor selaku Ketua Polis Trafik Kuala Lumpur

memaklumkan kejadian pembunuhan kepada Tunku Abdul Rahman. Darurat

diisytiharkan pada jam 7.00 malam 13 Mei 1969. Ada khabar angin mengatakan

Tunku sedang bermain mahjung dan ada khabar menyatakan Tunku sedang

menikmati hidangan arak. Dalam tulisannya, Tunku menafikan hal tersebut. Pada

malam peristiwa itu di televisyen, Tunku berkata "Marilah kita tentukan sekarang

bahawa sama ada kita hidup atau mati".

10.MAGERAN

Negara diisytiharkan darurat pada malam 16 Mei 1969. Dengan pengistiharan

ini, Perlembagaan Persekutuan telah digantung. Negara diperintah secara terus oleh

Yang DiPertuan Agong dibawah undang-undang tentera. Dalam pada itu, Majlis

Gerakan Negara (Mageran) telah dibentuk. Tunku Abdul Rahman telah menarik diri

dari mengetuai majlis tersebut. Tempat beliau telah digantikan oleh Timbalan Perdana

Menteri Tun Abdul Razak. Berikutan itu, Parlimen juga digantung.

Sepanjang tempoh darurat, Mageran telah melakukan pelbagai tindakan untuk

mencari punca dan penyelesaian agar tragedi tersebut tidak berulang. Antara

tindakan yang diambil ialah membentuk satu Rukun Negara bagi meningkatkan

kefahaman rakyat tentang perlembagaan negara. Turut dilakukan ialah melancarkan

Dasar Ekonomi Baru untuk menghapuskan pengenalan kaum dengan satu aktiviti

ekonomi dan membasmi kemiskinan tegar dan membentuk Barisan Nasional yang

bersifat sebagai sebuah kerajaan perpaduan

P a g e | 10
Tugasan Individu-Peristiwa 13 Mei
1969

FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN KEPADA PERISTIWA BERLAKU

1. Layanan Berat Sebelah Oleh Tentera Jepun

Pada zaman pendudukan Jepun, masyarakat Tanah Melayu telah dilayan

secara berbeza-beza. Masyarakat Cina umpamanya telah dilayan dengan begitu

teruk oleh tentera Jepun berbanding dengan orang-orang Melayu. Keadaan ini

berikutan Jepun yang pernah berperang dengan China sebelum ini menyebabkan

perasaan saling mendendami antara satu sama lain masih segar dalam ingatan.

Layanan berat sebelah ini telah menyemai perasaan permusuhan antara orang-orang

Melayu dan Cina.

2. Dasar Pecah & Perintah Penjajah Inggeris

Dasar penjajah Inggeris yang mengamalkan konsep pecah dan perintah

merupakan satu tindakan yang berkesan dan telah menjadi punca wujudnya jurang

antara kaum sama ada dari sudut ekonomi dan juga polarisasi kaum. Umpamanya

orang-orang Cina tinggal di bandar-bandar menjalankan perniagaan dan juga di

kawasan-kawasan lombong sebagai pelombong dan merekalah sebenarnya memiliki

aset yang tinggi dalam ekonomi masyarakat Malaysia. Sementara orang-orang

Melayu tinggal di luar bandar sebagai petani atau nelayan kecil. Kaum India

kebanyakannya pula sebagai buruh kasar kerajaan dan pekerja di ladang.

Pada hakikatnya kegiatan ekonomi orang-orang Melayu dan India adalah

bercorak sara diri. Keadaaan ini menyebabkan kedudukan ekonomi masyarakat

bumiputera khususnya Melayu menjadi lemah dan ketinggalan. Corak penglibatan

ekonomi antara kaum dalam kegiatan ekonomi yang berbeza telah menjadikan

kedudukan sosio-ekonomi mereka tidak seimbang.

P a g e | 11
Tugasan Individu-Peristiwa 13 Mei
1969

3. Latar belakang pendidikan yang berbeza

Latar belakang pendidikan yang berbeza juga telah dikaitkan sebagai punca

yang membawa kepada meletusnya peristiwa 13 Mei. Hal ini berlaku apabila sistem

pendidikan yang wujud di Tanah Melyu sebelum merdeka terbahagi kepada empat

aliran mengikut kaum iaitu sekolah Melayu, Cina, India dan Inggeris. Kempat-empat

aliran ini mempunyai kurikulum yang tersendiri.

Sekolah Melayu menekankan kemahiran menulis, membaca dan mengira

sekadar keperluan peringkat rendah sahaja. Manakala kurikulum sekolah Cina dan

India pula masing-masing berkiblatkan negeri asal mereka, malah buku-buku teks dan

guru-guru yang mengajar juga telah dibawa dari Negeri China dan India. Sekolah

Inggeris pula hanya dapat dinikmati oleh orang-orang Cina dan India yang tinggal di

bandar-bandar sahaja. Keadaan ini telah mengukuhkan lagi keadaan keperibadian

etnik yang telah sedia wujud.

4. Pertelingkahan Parti Politik

Dalam pilihan raya 1964 Parti Tindakan Rakyat (Petir) atau PAP Singapura

telah turut serta dalam pilihan raya. Walaupun sudah ada persetujuan antara Tunku

dan Lee Kuan Yew sebagai pemimpin PAP yang tidak akan menyertai pilihan raya itu

tidak akan menyertai pilihan raya itu. Namun apabila pilihan raya itu berlangsung PAP

telah meletak calonnya seramai sembilan orang.

Bagaimanapun setelah Tunku membuat perisytiharan bahawa beliau tetap

mengekalkan keanggotaan MCA dalam perikatan, 5 maka PAP yang gagal untuk

menyertai Perikatan telah menukar corak kempennya dengan menyerang UMNO dan

orang-orang Melayu. Mereka mula membangkitkan kedudukan istimewa orang

Melayu, soal bahasa, malahan taraf bumiputera orang-orang Melayu turut

P a g e | 12
Tugasan Individu-Peristiwa 13 Mei
1969

dipersoalkan tanpa menghiraukan rasa tersinggung orang-orang Melayu. Sedangkan

segala-galanya telah dipersetujuinya sebelum ini.

Setelah gagal dalam pilihan raya, PAP telah menubuhkan Konvensyen

Perpadauan Malaysia (KPM) dengan disertai oleh Parti Progresif Rakyat dan Parti

Rakyat Bersatu Sarawak. KPM juga telah menyebarkan cogan kata “Malaysia hak

orang Malaysia” (Malaysian Malaysia) dengan tujuan supaya hak istimewa orang

Melayu atau bumiputera dihapuskan.

5. Perasaan tidak puas hati terhadap hak istimewa orang melayu

PAP telah secara lantang menyuarakan rasa tidak puashati terhadap apa yang

disebut sebagai hak istimewa orang Melayu dalam perlembagaan. Mereka mendakwa

hak kaum-kaum lain telah diketepikan kononnya mereka telah tersisih daripada

keadilan. Oleh sebab itu menurut Jomo dalam bukunya “Pembangunan Ekonomi dan

Kelas Sosial di Semenanjung Malaysia”, isu sebenar yang mencetuskan peristiwa 13

Mei adalah perasaan tidak puas hati terhadap hak istimewa orang Melayu. Namun

hakikat sebenarnya kedudukan taraf ekonomi orang Melayu adalah terkebawah

berbanding dengan kaum Cina.

6. Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara Isu bahasa

Berikutan perisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu 1957, sebuah

perlembagaan Persekutuan telah dibentuk yang antara lainnya menyatakan dengan

jelas tentang kedudukan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris adalah sebagai bahasa

rasmi negara. Selepas sepuluh tahun merdeka kerajaan akan mengkaji semula

tentang kedudukan bahasa Inggeris dengan tujuan untuk mengugurkannya daripada

P a g e | 13
Tugasan Individu-Peristiwa 13 Mei
1969

status bahasa rasmi dan hanya bahasa Melayu sahaja yang diiktiraf sebagai bahasa

rasmi.

Kesimpulannya,puncanya ialah Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara

Isu bahasa juga tidak kurang pentingnya dalam menyumbangkan faktor kepada

peristiwa 13 Mei 1969. Perasaan tidak puas hati terhadap hak istimewa orang melayu,

pertelingkahan Parti Politik,latar belakang pendidikan yang berbeza, Dasar Pecah &

Perintah Penjajah Inggeris dan layanan berat sebelah oleh tentera Jepun.

KESAN KEPADA PERISTIWA 13 MEI 1969 DAN CARA MENGATASINYA

Implikasi pertama Peristiwa 13 Mei ialah pengisytiharan darurat. Berikutan

rusuhan yang belaku pada 13 Mei di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor, pada 16 Mei

1969, Darurat telah diisytharkan oleh Yang Di-Pertuan Agong di bawah Ordinan No.2

(Kuasa-kuasa perlu) Darurat 1969 – P.U.(A) 149. Dengan pengisytiharan itu,

Perlembagaan Persekutuan digantung. Darurat menjadikan ibu kota Kuala Lumpur

seperti kota lama ditinggalkan, bergelap serta seakan berkabung atas kehilangan

nyawa yang begitu banyak dalam satu masa. Apabila berkuatkuasanya Ordinan

Darurat maka Parlimen dibubarkan. Negara diletakkan dibawah pemerintahan penuh

YDPA yang mengetuai turus angkatan tentera. Pasukan-pasukan tempur dan bantuan

tempur serta Pasukan Wataniah telah diatur gerakkan untk membantu mengawal

ketenteraman Op Gerahana, Pasukan-pasukan yang memainkan peranan penting

dalam battalion 2 RAMD, 5 RAMD dan 7 RAMD. Darurat menjadikan ibu kota Kuala

Lumpur seperti kota lama ditinggalkan, bergelap serta seakan berkabung atas

kehilangan nyawa yang begitu banyak dalam satu masa.

P a g e | 14
Tugasan Individu-Peristiwa 13 Mei
1969

Setelah mengisytiharkan darurat di seluruh negara pada 16 Mei 1969 kerajaan

telah menubuhkan Majlis Gerakan Rakyat (MAGERAN) yang diketuai oleh Timbalan

Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu iaitu Tun Abdul Razak. Turut menganggotai

MAGERAN ialah pemimpin-pemimpin parti politik, pegawai-pegawai kanan kerajaan

dan pegawai-pegawai tinggi polis dan tentera. Antaranya ialah Tun Dr. Ismail, Tan

Siew Sin, Tun G.T Sambatan, Dato’ Hamzah Bin Abu Samah, Tan Sri Muhammad

Ghazali Shafie, Tan Sri Abdul Kadir Shamsuddin, Tan Sri Mohd Salleh Ismail dan

Jeneral Tunku Osman Tunku Mohd Jiwa.

MAGERAN dibentuk bertujuan mengembalikan keamanan dan undang-

undang negara,menentukan pentadbiran yang licin dan sempurna dan

mengembalikan suasana keharmornian dan kepercayaan antara kaum di Malaysia.

Dengan wujudnya MAGERAN maka sistem kerajaan berparlimen telah

digantung dan semua kuasa pentadbiran telah dipusatkan kepada MAGERAN. Fungsi

kerajaan berparlimen mula dipulihkan semula pada 23 Februari 1971 menangani isu-

isu pembinaan semula perpaduan masyarakat.

MAGERAN telah mewujudkan Rukun Negara sebagai ideologi kebangsaan

Malaysia. Ia telah dibentuk pada 31 Ogos 1970 oleh Majlis Gerakan Negara iaitu

setahun selepas berlakunya tragedi 13 Mei 1969 yang menghancurkan perpaduan

dan ketenteraman negara. Rukunegara juga menjadi panduan bagi rakyat Malaysia

bertindak dengan memberi penekanan kepada matlamat untuk mewujudkan satu

masyarakat yang bersatu, demokratik, adil, liberal dan saintifik. Sejak kemerdekaan

lagi, seluruh rakyat Malaysia telah menerima Perlembagaan Persekutuan yang

menjamin hak istimewa semua kumpulan etnik dan Rukunegara sebagai panduan kita

dalam pembinaan bangsa. Prinsip-prinsip yang terkandung di dalam Rukunegara

jelas merupakan kunci kepada masyarakat berbilang kaum di negara ini untuk

P a g e | 15
Tugasan Individu-Peristiwa 13 Mei
1969

memelihara dan menggalakkan keharmonian dan perpaduan kaum demi kejayaan

dan kestabilan Malaysia.

Berikutan jurang perbezaan sosio ekonomi antara kaum Melayu dan Cina serta

kaum India kerajaan dan tercetusnya Peristiwa 13 Mei 1060, kerajaan telah

mewujudkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada tahun 1971 yang dibentuk menerusi

MAGERAN. DEB bertujuan untuk merapatkan jurang ekonomi antara semua kaum

yang mendiami Malaysia serta mencapai keharmonian kehidupan masyarakat

Malaysia yang berbilang bangsa. DEB juga bertujuan mengurangkan perbezaan

ekonomi, sosial, kebudayaan, penempatan dan sebagainya. Dasar Ekonomi Baru

ini kerajaan telah memberi banyak tumpuan kepada golongan seperti pekebun-

pekebun kecil, penghuni estet, petani nelayan dan pesawah.

Antara program dan perancangan yang telah dilaksanakan ialah seperti

berikut:

a) Penyediaan infrastruktur parit dan taliair termasuk pemberian subsidi dan

kredit bagi membolehkan pesawah melaksanakan penanaman padi dua kali setahun.

b) Menyediakan skim penanaman semula yang menggalakkan penggunaan

benih kacukan berhasil tinggi, termasuk pemberian kredit dan subsidi sara hidup serta

bantuan untuk pembiakan ikan dan kegiatan ternakan yang ditujukan kepada

pekebun kecil.

c) Menyediakan skim pemilikan bot dan pemberian subsidi kepada nelayan

untuk membantu mereka memberi kelengkapan menangkap ikan yang perlu dan lebih

berguna.

d) Melaksanakan rancangan pembukaan tanah baru yang membolehkan

penghuni desa menyertai kegiatan pertanian moden, misalnya skim anjuran Lembaga

P a g e | 16
Tugasan Individu-Peristiwa 13 Mei
1969

Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) serta Lembaga Pemulihan dan Penyatuan

Tanah Negara (FELCRA).

e) Melaksanakan penyediaan kemudahan sosial seperti klinik, hospital,

sekolah bekalan air dan elektrik, rumah kos rendah dan peluang pekerjaan sebagai

peniaga kecil bagi kumpulan berpendapatan rendah.

Apabila berlakunya masalah 13 Mei, kebanyakan parti-parti politik mula

menyedari pentingnya bersatu dalam satu barisan yang menggabungkan pelbagai

kaum. Justeru wujudlah Barisan Nasional yang lahir atas kesedaran untuk mengatasi

maslah perpaduan kaum akibat peristiwa 13 Mei 1969. Ia dianggotai oleh Pertubuhan

Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), Parti Islam SeMalaysia (PAS), Kongres India

Malaysia (MIC) dan Persatuan Cina Malaysia (MCA) serta enam lagi parti politik.

Tujuan pembentukan Barisan Nasional ialah untuk mengurangkan perpecahan politik

dan sesuai dengan pindaan Perlembagaan 1971. Rombakan politik ini telah berjaya

menampakkan hasil yang cukup memberangsangkan kerana semua pihak semakin

mula memahami kepentingan perpaduan kaum.

Dasar Pembangunan Nasional (DPB) diumumkan oleh Datuk Seri Doktor

Mahathir Mohammad pada 17 Jun 1991 di parlimen. DPN dilaksanakan bagi

menggantikan Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan ia terkandung dalam Rangka

Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP2) bagi tempoh tahun 19912000. Melalui

dasar ini ia masih lagi mengekalkan tujuan asas DEB dan bermatlamatkan untuk

mencapai pembangunan seimbang bagi mewujudkan masyarakat yang bersatu padu

dan adil. Matlamat akhir dasar ini ialah untuk membentuk perpaduan kaum

P a g e | 17
Tugasan Individu-Peristiwa 13 Mei
1969

KESIMPULAN

Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan satu rusuhan antara kaum yang tercetus 41

tahun yang lalu. Walaupun kita cuba memadamkan kenangan pahit itu daripda

memori namun begitu, pada hakikatnya tregedi itu telah menimbulkan persolan

tentang sejauh manakah perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum

itu tahan diuji.

Menyedari perpaduan itu asas kepada pembentukan sebuah negara yang

kukuh, pelbagai langkah samaada dalam aspek politik, ekonomi, dan sosial telah

dilaksanakan bagi memantapkan perpaduan di kalangan rakyat namun tercetusnya

konflik di Kampung Medan beberapa tahun yang lalu seolah-olah menggambarkan

bahawa perpaduan yang cuba kita terapkan sejak merdeka masih belum memadai.

Prasangka, perkauman dan etnosentrisme menjadi faktor penghalang ke arah

merealisasikan integrasi nasional di negara kita. Di mana faktor-faktor ini mendorong

kepada tindakan-tindakan berat sebelah terhadap kumpulan-kumpulan lain. Di dalam

konteks Malaysia, ia mungkin satu realiti atau semata-mata disalahtanggap sehingga

sesuatu kelompok itu merasakan diri mereka termangsa, disisih serta tidak

dipedulikan.

Namun begitu, asas perpaduan kaum di Malaysia masih boleh dianggap baik

berbanding dengan negara-negara yang lain. Di mana negara kita berjaya

menguruskan cabaran masalah perkauman dengan lebih berkesan. Di mana kita

mengambil langkah-langkah seperti perkongsian kuasa di kalangan kelompok etnik

yang berbeza.

Di samping itu, proses demokrasi dengan peraturan dan kawalan yang

berkesan berjaya membendung usaha-usaha ke arah mencetuskan kekacauan dalan

negara. Ia seterusnya menggalakkan pertumbuhan ekonomi dan pengagihan semula

P a g e | 18
Tugasan Individu-Peristiwa 13 Mei
1969

yang saksama berjaya membawa kemakmuran kepada semua rakyat Malaysia tanpa

mengira etnik. Satu lagi kelebihan Malaysia ialah kesediaan kita menerima

kepelbagaian budaya dan agama sebagai satu sumber kekuatan dan sentiasa

menunjukkan komitmen yang tinggi dalam menyesuaikan sikap sendiri dengan sikap

kaum-kaum yang lain

P a g e | 19
Tugasan Individu-Peristiwa 13 Mei
1969

REFFERENCE

Hwang, In-Won (2003). Personalized Politics: The Malaysian State under Mahathir, p.

78. Institute of Southeast Asian Studie

Al-Mukmin, Hatta (2005). "Keranamu UMNO", p. 104. Abadi Publishing House

RAKSA RAYA MALAYSIA, By Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabr

The May 13 Tragedy: A Report, Majlis Gerakan Negara, Kuala Lumpur 1969, hal. 47

Race War in Malaysia, Time, 23 Mei 1969.

Pengajian malaysia (edisi kelima) terbitan oxford fajar.(332-335 ms)

The May 13 Tragedy: A Report, Majlis Gerakan Negara, Kuala Lumpur, 1969

"Another look at incident on May 13". The Star. 2007-05-14

Tragedi 13 Mei: Hakikat yang sebenar –Oleh Lim Kit Siang

P a g e | 20

You might also like