Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

3.

0 Masalah

Pandangan segelintir pihak bahawa membantu golongan sasaran menyebabkan mereka akan
semakin miskin merupakan satu pandangan yang tidak menampakkan keadaan sebenar golongan
sasaran ini. Satu perkara yang tidak boleh sesekali diabaikan ialah kesejahteraan golongan 40
peratus berpendapatan rendah (B40). Mereka ialah golongan sasaran yang wajib dibantu. Selepas
menerima pelbagai bantuan kerajaan sehingga berjaya, mereka ini menyarankan agar golongan
sasaran yang miskin ini, tidak dibantu.

Realitinya, kerajaan tidak akan sesekali mengabaikan bantuan kepada yang miskin dan kategori B40.
Begitu ramai penuntut Malaysia yang miskin telah dibantu untuk belajar bukan setakat di dalam
negara tetapi di luar negara sehingga mereka ini berjawatan tinggi pada masa sekarang. Jadi,
membantu golongan miskin adalah bertanggungjawab kerajaan. Tidakkah kita mengetahui begitu
ramai rakyat Malaysia yang berlatarbelakangkan keluarga miskin telah dibantu sejak tahun 1970-an
lagi sehingga berjaya keluar daripada kepompong kemiskinan. Mereka ini masih belum boleh
berdikari sebagaimana golongan yang telah berjaya pada masa ini menerima pelbagai bantuan
kerajaan ketika dahulu. Golongan sasaran ini perlu terus dibantu oleh kerajaan.

3.1 isu pemilikan rumah mampu milik juga akan diberikan penumpuan oleh kerajaan

Insentif dan inisiatif yang akan diumumkan oleh kerajaan menyebabkan rakyat bertunggu-tunggu,
melibatkan isu rumah mampu milik yang merupakan paling dekat di hati rakyat selepas kos sara
hidup sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Di dalam kalangan rakyat berpendapatan sederhana
dan rendah, dua isu ini dijangka menjadi topik hangat dalam tahun-tahun akan datang sehingga
dapat dirungkai pada situasi yang tidak lagi memberi kesan ekonomi.

3.2 Bantuan kepada mereka yang berpendapatan tinggi perlu berhenti

Bajet 2019 perlu menumpukan bantuan terhadap perusahaan kecil dan sederhana dan juga
usahawan muda. Mereka yang memiliki syarikat besar perlu membantu usahawan muda dan mereka
yang memerlukan. Kerajaan perlu berhenti menbantu kepada yang masih mengharapkan bantuan
kerajaan dalam pelbagai bentuk yang sudah kaya.

3.3 Kurang diberi perhatian kepada masalah sektor-sektor utama Negara

Ekonomi seperti sektor eksport dapat dirancakkan pada tahap tertinggi. Bantuan sewajarnya
diberikan kepada sektor-sektor utama negara semasa ketidaktentuan ekonomi. Sektor pertanian
juga perlu diperkakaskan. Rakyat Malaysia perlu mempertingkatkan kemahiran dalam pelbagai
bidang.

You might also like