Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

LP/Am 21

LEMBAGA PEPERIKSAAN
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
ARAS 8, BLOK E11, KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL E
62604 PUTRAJAYA

PEPERIKSAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA


TAHUN 2013

LAPORAN PRESTASI CALON

PRINSIP PERAKAUNAN

3756/2

DISEDIAKAN OLEH:

EN. MOHD NARZUKI BIN YAACOB

KETUA PEMERIKSA (D1300)

12 DISEMBER 2013

0
LP/Am 21

1. PRESTASI KESELURUHAN

Secara keseluruhannya prestasi calon pada tahun ini adalah agak lemah di mana
melebihi 50% calon mendapat markah kurang daripada 40 markah manakala lebih
kurang 35% calon berada pada tahap yang sederhana iaitu mencapai markah 40
hingga 69 markah. Calon yang mendapat markah cemerlang pula hanya hampir
15% sahaja iaitu yang mencapai markah 70 hingga 100 markah.

Markah calon yang paling minimum ialah 01 markah manakala markah calon yang
paling tinggi ialah 94 markah.

2. PRESTASI MENGIKUT KUMPULAN CALON

2.1 Calon Kumpulan Pencapaian Tinggi (70 - 100)

 Calon dapat menjawab soalan dengan baik untuk semua soalan dalam
bahagian A iaitu soalan 1, 2 dan 3. Calon juga dapat menjawab dengan
baik untuk soalan bahagian B di mana majoriti calon menjawab soalan 4
dan 6. Jawapan telah ditulis dengan tersusun, jelas dan tepat.
 Kebanyakan calon mendapat markah 8 – 10 bagi soalan 1 manakala bagi
soalan 2, 3, 4, 5 dan 6 calon mendapat markah melebihi dua pertiga
daripada markah penuh.
 Jawapan menunjukkan calon telah berjaya mengaplikasikan pengetahuan
dan prinsip dengan baik.
 Jalan kerja ditunjukkan dengan kemas, jelas dan betul tanpa sebarang
kesilapan.
 Jawapan akhir calon adalah tepat dan menepati skema pemarkahan.

2.2 Calon Kumpulan Pencapaian Sederhana (40 - 69)

 Calon mempunyai kemahiran catatan bergu dan penyediaan Penyata


Kewangan yang sederhana.
 Calon menjawab dengan baik soalan 1, 2 dan 6 berbanding soalan 3 dan 4
atau 5.
 Kebanyakan calon mendapat markah 6 – 8 bagi soalan 1 manakala bagi
soalan 2, 3, 4, 5 dan 6 calon mendapat markah melebihi separuh daripada
markah penuh dan kurang daripada dua pertiga.
 Kesilapan ketara calon dalam menjawab soalan 2 ialah pelarasan belian
dan klasifikasi pinjaman serta sebahagian besar calon tidak menyediakan
akaun semasa bagi mencari baki akaun semasa yang hendak dipindahkan
ke kunci Kira-kira.

1
LP/Am 21

 Calon menjawab soalan yang dikehendaki pada tahap memuaskan.

2.3 Calon Kumpulan Pencapaian Rendah (0 - 39)

 Kebanyakan calon menjawab secara sederhana, tidak lengkap atau


mendapat markah yang rendah dalam semua soalan.
 Kebanyakan calon mendapat markah kurang daripada 5 bagi soalan 1 dan
tidak melebihi 10 markah bagi soalan 2, 3, 4, 5 dan 6.
 Calon kurang menguasai sistem catatan bergu dalam soalan 1(a) dan 1(c)
serta lemah dalam penyediaan Penyata Kewangan soalan 2 terutamanya
pelarasan dan format.
 Calon juga amat lemah dalam penyediaan Akaun Yuran, Akaun
Perniagaan Minuman dan Akaun Pendapatan dan Perbelanjaan dari segi
format dan juga pelarasan serta tidak dapat menunjukkan Bahagian Dana
Terkumpul dalam Kunci Kira-kira.
 Sebahagian calon tidak menjawab soalan 4 dan 5.

3. PRESTASI TERPERINCI (BERDASARKAN ITEM)

3.1 SOALAN 1

Kekuatan
 Calon yang mendapat markah yang tinggi telah dapat menunjukkan
jawapan yang kemas dan tepat sebagaimana skema.

Kelemahan
Kebanyakan calon yang mendapat markah rendah tidak dapat menguasai
perkara-perkara berikut dengan baik:-
 Sistem catatan bergu
 Prinsip atau konsep perakaunan dan jenis-jenis akaun.
 Butir yang tidak tepat digunakan oleh calon.

Kesilapan calon
 Calon menggunakan butiran untung pada soalan 1(c) walaupun dapat
mengira dengan betul.
 Catatan bergu yang terbalik bagi soalan 1(a)
 Butir yang silap digunakan dalam soalan 1(c).

2
LP/Am 21

3.2 SOALAN 2 - PENYATA KEWANGAN PERKONGSIAN

Kekuatan
 Calon dapat menyediakan Penyata Pendapatan dan Kunci Kira-kira
dengan tepat pada butiran yang diberikan markah.
 Format yang betul dan kemas,
 Jalan kerja di tunjuk dengan jelas.

Kelemahan
 Calon menjawab dengan baik tetapi kesilapan pada pengiraan pelarasan
dan butiran yang digunakan.
 Tidak menunjukkan jalan kerja dengan sempurna.
 Calon lupa format Penyata Pendapatan dan Kunci Kira-kira.

Kesilapan calon
 Kesilapan format yang digunakan.
 Pengiraan susut nilai terkumpul dan pelarasan belian.

3.3 SOALAN 3 - AKAUN KELAB DAN PERSATUAN

Kekuatan
 Calon dapat menguasai tajuk ini dengan baik dan dapat menjawab
dengan lengkap mengikut format yang betul.
 Calon dapat mengira item-item pelarasan dengan tepat dan betul.

Kelemahan
 Calon tidak dapat menyediakan jawapan mengikut format yang betul.
 Calon tidak dapat mengira item pelarasan dengan betul terutamanya
melibatkan belian dan upah pekerja.

Kesilapan calon
 Kebanyakan calon menyediakan Kunci Kira-Kira yang lengkap walaupun
soalan hanya mahu calon tunjukkan bahagian ekuiti pemilik sahaja.
 Calon menulis butir yang salah dalam akaun Yuran. Contohnya Baki b/b
dan baki h/b ditulis dengan b/b dan h/b sahaja atau butir yuran tertunggak
dan yuran terdahulu ditulis dengan tertunggak dan terdahulu sahaja.
Keadaan ini menyebabkan calon kehilangan sekurang-kurangnya 4
markah.

3
LP/Am 21

3.4 SOALAN 4 - BUKU CATATAN PERTAMA DAN SYARIKAT BERHAD

Kekuatan
 Calon dapat menjawab soalan Buku Catatan Pertama dengan lengkap
dan mengikut format yang betul.
 Calon dapat mengira agihan dividen dengan betul dan tepat.

Kelemahan
 Calon tidak dapat menjawab Buku Catatan Pertama mengikut format
yang betul.
 Calon tidak dapat mengagihkan dividen kepada pegang saham
keutamaan dan saham biasa dengan tepat berdasarkan keuntungan
yang diberikan.

Kesilapan calon
 Calon menyediakan Buku Catatan Pertama (Jurnal Khas) mengikut
format Jurnal Am.
 Calon menulis tarikh yang salah terutamanya pada jumlah dalam Jurnal
Belian, Jurnal Jualan, Jurnal Pulangan Belian dan Jurnal Pulangan
Jualan iaitu 30 Jun ditulis dengan 31 Jun.

3.5 SOALAN 5 - REKOD TAK LENGKAP : KAEDAH PERBANDINGAN

Kekuatan
 Calon dapat menyediakan Penyata Mengira Modal Awal dengan lengkap
dan tepat.
 Calon juga dapat menyediakan Kunci Kira-Kira dengan lengkap dan tepat
mengikut format yang betul.
 Calon dapat mengira item-item yang terlibat dengan pelarasan dengan
betul.

Kelemahan
 Calon tidak dapat mengira modal awal mengikut format yang betul.
 Calon tidak dapat menyediakan Kunci Kira-Kira dengan lengkap dan
mengikut format yang betul.
 Calon tidak dapat mengira item-item pelarasan dengan betul.

Kesilapan calon
 Dalam Penyata Mengira Modal Awal, calon meletakkan item Susut Nilai
Terkumpul dibahagian Liabiliti dan bukannya di bahagian aset yang
ditolak dari perabot.
 Calon kehilangan markah kerana tidak menulis butir pada item yang
mendapat markah. Contohnya butir Modal Kerja dalam Kunci Kira-Kira.

4
LP/Am 21

3.6 SOALAN 6 - PENYATA PENYESUAIAN BANK & BUKU TUNAI RUNCIT

Kekuatan
 Calon dapat menyediakan Penyata Penyesuaian Bank dengan betul dan
tepat serta mengikut format yang betul.
 Calon dapat menyediakan Buku Tunai Runcit dengan format yang betul.

Kelemahan
 Calon tidak menguasai format Penyata Penyesuaian Bank dengan baik.

Kesilapan calon
 Dalam penyediaan Penyata Penyesuaian Bank, calon melakukan operasi
yang salah iaitu item yang perlu ditambah telah di tolak manakala item
yang perlu ditolak telah ditambah.
 Calon menulis tarikh yang salah pada baki h/b dalam Buku Tunai Runcit
iaitu 30 Jun ditulis dengan 31 Jun.

Disediakan Oleh:

MOHD NARZUKI BIN YAACOB


3756/2/D1300

You might also like