Kerja Lapanagan Geo

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 11

PENGHARGAAN

ASSALAMUALAIKUM
Bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah
kurniaNya dapat juga saya menyiapkan kerja khusus
geografi yang bertajuk ini dengan mudah dan tenang.
Sekalung penghargaan juga untuk kedua ibu bapa saya
yang sering memberikan sokongan kepada saya dalam
menyiapkan kerja ini. Begitu juga kepada guru dan
kawan-kawan yang memberikan sokongan secara
langsung atau tidak langsung.

Kerja khusus ini amat penting untuk saya


memandangkan kerja ini merupakan sebahagian
daripada kerja khusus individu. Kerja ini juga merupakan
satu amanah yang harus saya tunaikan untuk mendapat
redha Allah SWT dan keberkatan guru.

Akhir sekali, saya berharap agar kerja khusus ini dapat


memenuhi kehendak. Saya akan mencurahkan sepenuh
usaha saya dalam menyiapkan kerja ini
PENDAHULUAN

Saya menjalankan kajian bagi memenuhi


keperluan kerja lapangan geografi tingkatan 1
bagi tahun 2019. Kajian yang saya jalankan
ialah berkaitan dengan sisa domestik yang
terdapat di Taman Desa Ilmu. Tempoh masa
yang diberu untuk menyiapkan kajian ini ialah
seminggu. Saya telah menggunakan tempoh
masa 3 minggu yang pertama untuk mencari
maklumat dan 1 minggu yang seterusnya
untuk membuat hasil kajian. Saya membuat
kajian ini untuk mengetahui jenis-jenis sisa
domestik,punca-punca sisa domestik dan
masalah-masalah yang dihadapi akibat sisa
domestik yang tidak sistemtik dan cara-cara
mengatasinya.
3.0: OBJEKTIF

1. Mengenal pasti masalah yang


dihadapi oleh penduduk Taman Desa
Ilmu akibat sisa domestik

2. Mengkaji punca dan kesan-kesan


yang timbul di Taman Desa Ilmu
kerana sisa domestik

3. Mencadangkan langkah-langkah
mengatasi masalah sisa domestik
5.0: Penentuan kaedah kajian

Pemerhatian
-merupakan kaedah pengumpulan maklumat paling
mudah dan cepat.Kaedah ini memerlukan anda
membuat pemerhatian tentang perkara atau isu yang
hendak dikaji
-Saya telah membuat pemerhatian di Taman Desa Ilmu

dengan memerhati jenis pencemaran yang terdapat di

sana serta puncanya

Temu bual
-merupakan kaedah mengumpul maklumat dengan cara
berjumpa dan bersoal jawab dengan seseorang secara
lisan dengan menggunakan borang temu bual yang telah
disediakan.Biasanya kaedah ini digunakan bagi
mendapatkan pendapat atau maklumat berkaitan tajuk
kajian
-Saya telah menemubual penduduk di kawasan ini dan

mencatat setiap dapatan hasil temu bual di dalam borang

soal selidik

Soal selidik
-Kaedah ini merupakan kaedah mengumpul maklumat
dengan mengedarkan borang soal selidik kepada orang
ramai. Borang yang mengandungi maklumat yang ingin
ditentukan disediakan terlebih dahulu
-Saya telah membuat beberapa borang soal selidik dan

mengedarkannya kepada penduduk taman ini

untuk diisi berdasarkan pendapat mereka berkaitan

dengan masalah sisa domestik yang tudak diurus

secara sistematik di sini

Rujukan
-Merupakan kaedah yang merlukan anda membuat
rujukan di pusat sumber sekolah,laman
web,buku,majalah,keratan akhbar atau bahan bercetak
dan bahan multimedia yang lain. Kaedah rujukan ialah
kaedah yang paling sesuai bagi orang yang baru
menjalankan kajian lapangan
-Rujuk lampiran 8.0

6.0: Hasil Kajian

6.1: Jenis Pencemaran


-Terdapat pelbagai contoh jenis pencemaran yang
terdapat di Malaysia. Antaranya,pencemaran air,udara
dan bau
-Beradasarkan kajian yang dijalankan di Taman Desa
Ilmu,jenis pencemaran yang paling banayak dipilih oleh
responden ialah pencemaran bau dan pencemaran
udara.

6.2: Jelaskan maksud sisa buangan


yang terdapat di kawasan kajian
-Sisa domestik atau sisa buangan terdiri daripada pepejal
dan cecair yang boleh dikategorikan sebagai bahan
organik dan bahan bukan organik. Selain itu,sisa
domestik atau sisa buangan di Malaysia dikenali sebagai
sisa yang terhasil dari kawasan perumahan. Sisa
domestik ni terdiri daripada sisa pepejal dan sisa cecair.

6.3: Punca-punca pencemaran di


Taman Desa Ilmu
-Antara punca-punca pencemaran yang terdapat di
Taman Desa Ilmu ialah:
1. Sampah yang dibuang ke dalam sungai yang dilakukan
oleh penduduk yang tidak mempunyai sifat
tanggungjawab dan cinta akan alam sekitar
2. Selain itu,permbakaran terbuka yang disebabkan oleh
manusia yang mementingkan kekayaan sendiri sehingga
melupakan akan keselamatan orang lain
3. Akhir sekali,sampah yang lama tidak diambil kerana
jadual lori sampah yang tidak menentu dan berkala

6.4: Kesan-kesan pencemaran di


Taman Desa Ilmu
-Kesan-kesan yang saya peroleh dari tempat kajian
ialah:
1. Longkang tersumabt yang berasal dari sampah yang
dibuang ke dalam sungai. Longkang tersumbat akan
menggangu pandangan persekitaran Taman Desa Ilmu
kerana warna air longkang yang berubah akibat sampah
dan sampah yang terapung di dalam longkang.
2. Seterusnya,jerebu yang teruk. Baru-baru ini kita telah

dilanda jerebu yang merekodkan bacaan indeks


pencemaran udara [IPU] yang sangat tinggi dan
memberikan titik panas yang banyak dari kebiasaan.
Jerebu memberikan kita impak yang sangat teruk seperti
sesak nafas, asma dan lain-lain.
3. Akhir sekali, binatang liar yang berkeliaran akan
menganggu keselesaan penduduk dan akan
menyelerakkan sampah sarap di taman tersebut yang
akan mengakibatkan taman tersebut kelihatan lebih
teruk.

6.5: Langkah-langkah mengatasi


[mengikut cadangan responden]
Antara langkah-langkah mengatasi yang disyorkan ialah:
1. Menyediakan jadual pengambilan samapah iaitu dua
minggu sekali
2. Mengenakan denda kepada orang yang membuang
sampah merata-rat
3. Mengamalkan amalan 3R dalam kalangan penduduk
4. Membuat kempen kesedaran
5. Memberi kesedaran sivik dan mengetatkan peraturan
6. Gotong-royong membersihkan tempat kediaman
7. Mengenakan denda kepada pelaku
8. Menanam semula pokok

7.0: Rumusan

Saya telah membuat kajian di


Taman Desa Ilmu mengenai
“sisa domestik dan masalah
pengurusan sisa domestik yang
tidak sistematik”. saya dapati
punca pengurusan sisa
domestik yang tidak sistematik
di kawasan ini disebabkan oleh
pembakaran terbuka,sampah
yang lama tidak diambil dan
sampah yang dibuang ke
dalam sungai. Beberapa
langkah telah diambil
mengelakkan berlakunya
semua perkara tersebut.
Antaranya menyediakan jadual
pengambilan sampah iaitu dua
minggu sekali,mengenakan
denda kepada orang yang
membuang sampah merata-
rata,mengamalkan amalan 3R
dalam kalangan
penduduk,membuat kempen
kesedaran,memberi kesedaran
sivik dan mengetatkan
peraturan,gotong-royong
mebersihkan tempat
kediaman,mengenakan denda
kepada perlaku dan menanam
semula pokok. Saya berasa
sedikit kecewa kerana terdapat
banyak sisa domestik di
perekitaran. Kerjasama antara
penduduk taman dan pihak
kerajaan dapat mengurangkan
sisa domestik di Taman Desa
Ilmu.
8.0: Rujukan

1. https://www.permohonan.my/pencemaran-
alam- sekitar/
2. https://padlet.com/hanizahusein71/1u1ojgw

6sqn3
3. https://coursehero.com/file/34380935/3623

19704 -Kerja-Lapangan-Geografi-Bahan-
Domestikdoc

You might also like