Download as pdf
Download as pdf
You are on page 1of 23
30 Shariah Law Reports [2010] 4 ShLR PENGURUSAN HARTA PUSAKA: PERMASALAHAN SIKAP MASYARAKAT ISLAM DI MALAYSIA DAN PENYELESAIANNYA MENURUT PERSPEKTIF ISLAM oleh Mb Yaz AHMAD Pensyarah Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia dan Hayaruiian LaLuppm Pensyarah Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia Abstrak Artikel ini membincangkan tentang sikap negatif masyarakat Islam terhadap pengurusan harta pusaka yang menyebabkan urusan harta pusaka orang Islam di Malaysia sering berhadapan dengan masalah. Objektif utama kajian ini adalah untuk mengenengahkan penyelesaian terbaik bagi masalah sosial berkenaan menurut perspektif Islam. Secara umumnya, metode yang digunakan dalam kajian ini ialah metode kualitatif berdasarkan kepada kajian analisis dokumen. Kajian dokumentasi dilakukan dengan membuat penelitian dan rujukan terhadap data-data primer dan sekunder terhadap statut, buku, jurnal, kes-kes yang dilaporkan, kertas-kertas kerja, akhbar dan dokumen-dokumen lain yang berkaitan yang menjurus kepada bidang kajian. Kajian ini juga adalah penerusan kepada kajian-kajian terdahulu yang mendapati bahawa sikap negauf ini sebenarnya telah lama berlaku. Justeru itu, daripada hasil kajian ini, pengkaji mendapati kekuatan dari aspek tauhid merupakan pendekatan terbaik dan paling berkesan untuk menyelesaikan kemelut ini daripada berterusan selain daripada mekanisme perundangan dan pentadbiran. Oleh itu kajian ini mencadangkan agar pihak-pihak yang berwajib perlu meluaskan lagi maklumat bagi menyedarkan umat Islam di Malaysia berhubung dengan perkara ini melalui road show, mewujudkan klinik penasihatan yang tidak berterashan homersial, penerangan-penerangan melalui media massa dan internet. PENDAHULUAN Permasalahan yang menjurus kepada sikap negatif masyarakat Islam di Malaysia dalam konteks pengurusan harta pusaka kian serius dan semakin Pengurusan Harta Pusaka: Permasalahan Sikap Masyarakat Islam di Malaysia dan Penyelesaiannya [2010] 4 ShLR Menurut Perspektif Islam 31 Kompleks serta merupakan penyakit yang masih tidak sembuh hingga kini. Biasanya, situasi ini banyak dipengaruhi oleh sikap dan tindak tanduk yang tidak menepati piawaian sebagaimana yang digariskan oleh Allah SWT dalam konteks jalinan hubungan sesama manusia. Sehubungan dengan itu, masyarakat Islam di negara ini perlu mempunyai kesedaran yang menyeluruh untuk mengenal pasti, merawat dan menyembuhkannya. Cabaran untuk merealisasikan aspirasi murni ini perlu disambut dengan melakar langkah-langkah yang proaktif, realistik dan pragmatik sekali gus menggalas tanggungjawab untuk menjana kesedaran bagi melahirkan masyarakat Islam yang maju dan dinamik. Tanggungjawab mengendali dan melaksanakan urusan_tersebut perlulah berteraskan kepada konsep tauhid dan ukhuewwah dalam mendukung kewibawaan dan maruah masyarakat Islam di Malaysia khususnya dan di persada dunia amnya. SENARIO PERMASALAHAN BERKENAAN HARTA PUSAKA DI MALAYSIA Senario permasalahan berkenaan harta pusaka di Malaysia berada di tahap membimbangkan. Ini terbukti berdasarkan kepada laporan perangkaan pada tahun 2005 bahawa terdapat 900,000 hak milik tanah daripada 6.2 juta hak milik yang didaftarkan di seluruh negara masih berdaftar atas nama pemilik yang sudah meninggal dunia (belum lagi dibuat permohonan harta pusaka) dan impaknya ialah hasil kerajaan turut terjejas menerusi pungutan cukai tanah. Nilai tunggakan cukai tanah negara yang berjumlah kira-kira RM200 juta adalah akibat daripada kelewatan waris menyelesaikan pembahagian tanah pusaka mereka.' Pada pertengahan tahun 2006, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (pada waktu itu) pula menyatakan bahawa lebih sejuta kes tuntutan harta pusaka masih tertunggak kerana tidak diuruskan oleh pewaris’dan jumlah ini tidak termasuk wang tunai dan harta alih yang lain yang masih tersimpan di institusi kewangan dan di agensi-agensi kerajaan yang bertanggungjawab seperti Amanah Raya Bhd (‘ARB’), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Perbendaharaan Malaysia dan lain-lain.? Saranan pernah diutarakan oleh Timbalan Perdana Menteri (sekarang Perdana Menteri Malaysia), Datuk Seri Najib Tun Razak berkata: 1 Berita Harian, 1 Julai 2005. 2 Utusan Malaysia, 4 Julai 2006. 3 Abdullah bin Muhammad, Ke Arah Penyelesaian Harta Pusaka Kecil yang Lebih Bersepadu, Cekap dan Cemerlang dalam Konvensyen Perwarisan Harta Islam, Amanah Raya Bhd, Kuala Lumpur, 2007, ms 67. 32 Shariah Law Reports [2010] 4 ShLR Harta yang tidak dituntut ini berdasarkan pada mereka yang meninggal dunia dan tidak membuat apa-apa persiapan termasuk dari segi mewariskan harta pusaka mereka. Ini sesuatu yang wajar dipertimbangkan bagi mengelakkan jumlah aset menjadi terbiar.t Saranan berkenaan tidak disambut dengan usaha yang bersungguh- sungguh dan kesan yang dapat dilihat harta-harta berkenaan tidak dapat berkembang dan tidak dapat dibangunkan untuk faedah serta manfaat ahli waris mahupun ummah dan negara. Sejajar dengan itu, pada tahun 2007, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Nazri Aziz menyatakan bahawa daripada jumlah (hampir) RM40 billion itu, sebanyak RM38 bilion adalah terdiri daripada hartanah kaum Melayu.* Secara umumnya, ia melibatkan lebih daripada sejuta kes pusaka yang tertunggak, RM38 billion dalam bentuk hartanah, RM1.5 billion wang tunai dan RM70 juta dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja.° Fenomena ini disebabkan isu perwarisan yang tidak dapat diselesaikan ekoran perbalahan keluarga, kurangnya kesedaran mengenai harta pusaka dan waris sendiri yang tidak mengetahui wujudnya harta terbabit.” Dan situasi ini bertambah buruk pada tahun 2009 apabila nilai kes tuntutan harta pusaka tertangguh telah mencecah lebihkurang RM42 bilion® dan tidak kurang daripada RM1.8 bilion wang kini terpendam di Pendaftar Wang Yang Tidak Dituntut? yang tidak diselesaikan oleh para pewaris di negara ini. Terdapat lebih kurang 500,000 pewaris aset beku di kalangan masyarakat Islam di Malaysia hingga kini yang belum membuat tuntutan ataupun belum dapat menyelesaikan masalah harta pusaka mereka.'? Walaupun telah ada usaha untuk menangani permasalahan ini khususnya dengan meningkatkan mutu pengurusan dalaman termasuk Utusan Malaysia, 22 Januari 2007. Utusan Malaysia, 11 Julai 2007. Dewan Masyarakat, Julai 2007 di ms 36. ‘Teks ucapan perasmian Datuk Seri Mohd Nazri Aziz di Konvensyen Perwarisan Harta Islam dan Daftar Wasiat Malaysia, 10 Julai 2007, Putra World Trade Centre (PWTC), 2007. 8 Utusan Malaysia, 2 April 2009. 9 Bagi tujuan pewartaan wang tidak dituntut, Jabatan Akauntan Negara menanggung sebanyak RM8 juta dan berdasarkan Laporan Tahunan Jabatan Akauntan Negara 2006, sebanyak 3,539 bilangan serahan wang tidak dituntut diterima daripada entiti dan Seksyen Pengurusan Sekuriti yang melibatkan jumlah sebanyak RM482.7 juta. Lihat Siti Mashitoh Mahamood, Isu Pengurusan Wang Tidak Dituntut Milik Orang Islam: Bidang Kuasa Baitulmal dan Pemakaian Perundangan Semasa, kertas kerja Konvensyen Baitulmal Kebangsaan 2009, anjuran bersama Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji QAWHAR), Jabatan Perdana Menteri dan Majlis Agama Wilayah Persekutuan (MAIWP), 24-25 Jun 2009, ms 4. 10 Umsan Malaysia, 5 Ogos 2010. Nou Pengurusan Harta Pusaka: Permasalahan Sikap Masyarakat Islam di Malaysia dan Penyelesaiannya [2010] 4 ShLR Menurut Perspektif Islam 33 meningkatkan keupayaan perbicaraan namun ia kurang memberikan kesan akibat daripada sikap negatif waris yang terbabit.!! Implikasi_ daripada paparan maklumat-maklumat di atas, jelas menunjukkan natijah daripada sikap negatif yang membelenggu pemikiran masyarakat Islam seterusnya mempengaruhi sikap dan tindak-tanduk mereka dalam hal berkaitan dengan Pengurusan harta pusaka si mati. Kedudukan ini diperkuatkan lagi dengan maklumat yang diperolehi daripada hasil-hasil_kajian terdahulu yang membawa_ kepada kecenderungan hasil dapatan yang sama. ISU-ISU SEMASA BERKAITAN SIKAP MASYARAKAT ISLAM DALAM PENGURUSAN HARTA PUSAKA Sebenarnya, terdapat banyak isu yang memberi impak dalam hal yang berkaitan dengan harta pusaka orang Islam di Malaysia yang dapat dikategorikan kepada heherapa aspek seperti perundangan” pentadbiran”? dan sikap masyarakat. Namun di sini penulis akan memfokuskan secara khusus kepada aspek isu-isu yang berkait rapat dengan sikap dan tingkah laku masyarakat Islam di Malaysia berkenaan dengan pengurusan harta pusaka si mati. Antara isu-isu tersebut ialah seperti di bawah. Sikap suka bertangguh dan berlengah-lengah Terdapat anggapan ataupun stigma dalam sesetengah masyarakat Islam kita yang menyebabkan wujudnya sikap bertangguh untuk membuat tuntutan harta pusaka si mati iaitu ‘tanah kubur masih merah’ menyebabkan harta pusaka si mati tidak dibuat tuntutan segera untuk EET 11 Antara usaha itu ialah dengan melakukan pindaan ke atas Peraturan @embahagian) Pusaka Kecil 1955 pada 1989 dengan memasukkan peraturan 6(4) yang memberi kuasa kepada Pentadbir Tanah untuk menggugurkan permohonan pemohon yang tidak hadir sebanyak tiga kali untuk perbicaraan. Hakikatnya, masalah tunggakan tidak selesai cuma ianya sekadar tidak diaktifkan sebagai kes tunggakan. Lihat Abdullah bin Muhammad, Ke Arah Penyelesaian Harta Pusaka Kecil yang Lebih Bersepadu, Cekap dan Cemerlang, dalam Konvensyen Perwarisan Harta Islam, Amanah Raya Bhd, Kuala Lumpur, ms 69. 12 Lihat Md Yazid bin Ahmad dan Ibnor Azli Ibrahim, Bidang Kuasa Mahkamah Syariah dalam Kes Tuntutan Harta Orang Islam di Malaysia, Jurnal Islamiyyat (30), Fakulti Pengajian Islam, UKM, 2008, ms 99-127; Ahmad Ibrahim, Ke arah Islamisasi Undang-Undang di Malaysia, dalam Pentadbiran Undang- Undang Islam di Malaysia, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Kuala Lumpur, 1997, ms 41-60. 13 Sheikh Ghazali bin Hj Abd Rahman, Kedudukan dan Realiti Bidang Kuasa Mahkamah Syariah dalam Soal Pengurusan Pentadbiran Harta Pusaka Orang Islam, dalam Kertas Kerja Bengkel Kajian Semula Bidang Kuasa & Pemakaian Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955 Ke Atas Orang Islam, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya, 22-23 Jun 2009, ms 6. 36 Shariah Law Reports [2010] 4 ShLR waris yang berhak ketika membuat tuntutan” termasuk waris yang hidup ketika pemilik harta mati tetapi telah tiada (mati) ketika membuat tuntutan pusaka. Selain itu, sikap suka ambil mudah ini juga menyebabkan hutang- hutang si mati tidak dapat diuruskan dengan sempurna, begitu juga dengan pihak-pihak lain yang berhutang dengan si mati. Situasi ini mengakibatkan hak-hak yang terdapat ke atas harta pusaka tersebut tidak dapat dilaksanakan dengan baik. Perbalahan dan pertelagahan Perbalahan dan pertelagahan yang wujud di kalangan waris-waris si mati juga akan menyulitkan dan menyukarkan urusan penyelesaian pembahagian harta pusaka.* Perbalahan dan pertelagahan ini berkemungkinan telah wujud semasa si mati masih hidup atau pun baru timbul selepas kematian si mati termasuklah kes-kes poligami contohnya dalam kes Fumaaton dan satu lagi lwn Raju Hizaruddin [1998] 6 MLJ 556; [2004] CLJ (sya) 10.7¢ Keadaan ini menyebabkan urusan tersebut menjadi rumit selagi perbalahan dan pertelagahan itu tidak diselesaikan dengan baik kerana pihak-pihak yang terlibat tidak akan memberikan kerjasama yang baik kepada pihak yang akan melaksanakan urusan tersebut. Terdapat juga di kalangan ahli-ahli waris yang tidak sependapat antara satu sama lain ini mengambil langkah enggan melibatkan diri atau enggan memberikan kad pengenalan masing-masing sebagai tanda bantahan dan kadangkala hingga ke tahap enggan menghadiri perbicaraan.*’ Malah ada yang sanggup bersumpah tak mahu berjumpa waris sesama waris akibat sesuatu perselisihan. Ada juga di kalangan waris yang tidak hadir disebabkan wujudnya pertindanan kepentingan di atas harta tak alih si mati. 24 Ratna Zuhairah bt Abdul Halim, Pentadbiran Harta Pusaka Orang-orang Islam di Malaysia: Satu Kajian Mengikut Akta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955, Disertasi Sarjana, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, 2003, ms 103. 25 Pakhriah Hj Said, Pembahagian Harta Pusaka Kecil Orang-orang Islam di Wilayah Kedah Utara dan Tengah: Masalah dan Penyelesaian, ms 82. 26 Dalam kes ini, si mati, Allahyarham Raja Nong Chik Raja Ishak mempunyai dua orang isteri dan sepuluh orang anak. Perayu yang pertama dan kedua adalah balu kedua si mati dan anak hasil pernikahan kedua itu, manakala tesponden adalah anak si mati daripada balu pertama. Perkara yang dituntut oleh kedua-dua perayu adalah saham dalam sebuah syarikat yang didaftarkan atas nama responden itu adalah cebenarnya harta pusaka peninggalan si mati dan bukan harta mutlak responden, oleh itu perlulah dibahagi-bahagikan kepada semua ahli waris si mati mengikut hukum faraid. Penentang telah menafikan tuntutan itu. 27 Rafidah bt Mohamad Khushairi, Isu-isu Pengurusan Pembahagian Harta Pusaka Orang-orang Islam di Malaysia: Satu Kajian di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Disertasi Sarjana, Jabatan Syariah dan Undang-Undang, Bahagian Pengajian Syariah, APIUM, Kuala Lumpur, 2004, ms 125-126. Pengurusan Harta Pusaka: Permasalahan Sikap Masyarakat Islam di Malaysia dan Penyelesaiannya [2010] 4 ShLR Menurut Perspektif Islam 37 Begitu juga dengan waris-waris yang tidak berpuashati dengan keputusan yang dikeluarkan oleh Pegawai Penyelesai Pusaka dan tidak membuat rayuan, walau pun diberitahu. Ini semua akan menyulitkan urusan perbicaraan dan akan melambatkan proses urusan pembahagian harta pusaka. Stkap bergantung harap pada pihak-pihak tertentu Apabila berlaku sesuatu kematian, terdapat di kalangan ahli-ahli waris yang terlalu bergantung harap pada seseorang di kalangan mereka untuk menyelesaikan urusan pembahagian pusaka dan biasanya meletakkan tanggungjawab tersebut pada anak sulung”® sedangkan pihak yang diharapkan itu tidak mampu dari sudut masa ataupun dari sudut pengetahuan. Lebih memburukkan keadaan ialah jika mereka yang diletakkan tanggungjawab ini mempunyai sikap ‘berkira’ untuk menguruskan harta pusaka terscbut kerana ia urusan tersebut memerlukan perbelanjaan dan pihak yang lain hanya berdiam diri tanpa memberi bantuan sedangkan mereka tetap akan mendapat hasil mengikut perkiraan faraid nanti. Ini pasti menjejaskan usaha untuk menguruskan pembahagian tersebut dengan cepat. Sikap tamak dan mementingkan diri Terdapat juga di kalangan ahli-ahli waris mempunyai perasaan tamak dan haloba. Ia ingin membolot semua harta pusaka si mati atau pun menginginkan bahagian yang lebih banyak daripada harta pusaka tersebut berbanding ahli-ahli waris lain yang berhak. Kadang-kadang mereka sanggup melakukan tindakan-tindakan tertentu yang boleh mengganggu-gugat urusan penyelesaian pembahagian seperti menghilangkan atau gagal menyerahkan dokumen-dokumen penting untuk urusan tersebut.”” Antara keperluan-keperluan yang gagal ditunaikan atau dikemukakan oleh ahli waris berkaitan dengan dokumen ini ialah pembuktian surat kematian, pembuktian dokumen mengenai status waris seperti dokumen. perkahwinan, perceraian, anak angkat, pertukaran agama, dokumen berkaitan aset milik dan liabiliti si mati dan lain-lain®° yang kesemuanya itu akan mengakibatkan urusan tersebut menjadi tergendala dan lambat 28 Wan Abdul Halim Wan Harun, Pengurusan dan Pembahagian Harta Pusaha, ms 334, 29 Abdullah bin Muhammad, Isu-isu dan Masalah-masalah dalam Pengurusan Pembahagian Pusaka Kecil, ms 30. 30 Habsah Bakar, Pengalaman Amanah Raya Berhad (ARB) dalam Pentadbiran Harta Amanah Orang Islam, dalam Harta Amanah Orang Islam di Malaysia: Perspektif Undang-Undang dan Pentadbiran, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 2006, ms 141-143. 38 Shariah Law Reports [2010] 4 ShLR selesai. Kegagalan seperti ini juga boleh menyebabkan sesuatu tuntutan nasab oleh seseorang berhubung dengan pusaka ditolak seperti dalam kes Wan Mohamad lwn Haji Isa (1980) 5 JH 215.3! Wujud juga keadaan di mana ahli-ahli waris yang berhak tidak mahu menyelesaikan dengan segera urusan tersebut kerana_ terlalu mementingkan diri khususnya bagi ahli waris yang menduduki tanah ataupun rumah atas nama si mati. Ini disebabkan mereka terlalu lama tinggal di rumah ataupun tanah tersebut dan merasa selesa dengan keadaan demikian dan ditakuti dituntut oleh ahli waris lain yang berhak yang mengakibatkan mereka terpaksa meninggalkan ataupun berkongsi rumah ataupun tanah tersebut. Dan bagi sesetengah ahli waris yang lain pula tidak mahu mengungkit perkara tersebut untuk mengelakkan hubungan yang tidak baik dengan waris yang tinggal di rumah atau tanah pusaka tadi.*? Stkap cuai ahli waris Sikap cuai ahli waris juga merupakan salah satu faktor yang turut menyumbang kepada kesulitan untuk membuat tuntutan menguruskan harta pusaka seperti mana dalam kes Dollah lwn Abdullah (1980) JH 1(1) 60.* Antara sikap tersebut ialah kegagalan waris mengemukakan bukti Kematian si mati disebabkan surat mati telah hilang ataupun mati di luar Malaysia.** Rentetan daripada itu, Unit Pembahagian Pusaka JKPTG Daerah sering menerima surat sumpah atau surat mati yang dibuat sendiri oleh waris-waris berkenaan. Mereka membuat akuan dengan mencatatkan tarikh dan tempat mati kemudian menandatangani surat tersebut dengan disaksikan oleh dua orang saksi. Surat sumpah seperti ini tidak boleh diterima walaupun ia dibuat oleh anak atau isteri si mati sendiri kerana ia merupakan bukti yang tidak boleh diterima. Pegawai Penyelesai Pusaka 31 Dalam kes ini mahkamah menolak tuntutan nasab harta pusaka bagi menyatakan hubungan warisnya dengan Wan Selamah bt Abdullah (arwah) kerana antaranya pihak yang menuntut memberikan keterangan yang lemah dan tidak membuktikan dengan jelas kepada mahkamah yang dia adalah waris kepada arwah Wan Selamah seperti yang didakwa dan hanya mempunyai seorang saksi sahaja. 32 Wan Abdul Halim Wan Harun, Pengurusan dan Pembahagian Harta Pusaka, ms 335, 33 Kes ini adalah kes rayuan atas keputusan Mahkamah Kadi Besar yang telah menolak tuntutan pihak yang menuntut kerana tidak dapat meyakinkan pihak mahkamah untuk membuktikan bahawa dia merupakan waris si mati tanpa mengemukakan dokumen bertulis dan sah, dan hanya bergantung kepada keterangan saksi-saksi yang diragui. 34 Abdullah bin Muhammad, Isu-isw dan Masalah-masalah dalam Pengurusan Pembahagian Pusaka Kecil, dalam Zamzuri Zakaria et al (pnyt), Prosiding Seminar Kebangsaan Pengurusan Harta dalam Islam, ms 30. Pengurusan Harta Pusaka: Permasalahan Sikap Masyarakat Islam di Malaysia dan Penyelesaiannya [2010] 4 ShLR Menurut Perspektif Islam. 39 akan menolak permohonan ini dengan meminta surat sumpah surat mati yang sah.?° Ketiadaan hakmilik kerana kehilangan, kerosakan ataupun enggan diserahkan oleh pemilik bersama atas bahagian yang belum dipecah sempadan.* Selain itu, sikap cuai ahli waris dalam mengisi surat-surat penyerahan sebagaimana yang disyaratkan menyebabkan maklumat yang diberikan tidak lengkap dan melambat-lambatkan penyerahannya untuk perbicaraan juga menyebabkan penyelesaian urusan pembahagian mengambil masa yang lama. Akibatnya, sekiranya ahli waris terbabit merasa sukar dan bosan untuk meneruskan tuntutan maka usaha tersebut tidak diteruskan dan situasi seperti ini akan menyebabkan urusan pembahagian akan tergendala dan tidak dipedulikan. Stkap tidak mementingkan pengurusan harta selepas kematian Sikap tidak mahu mengambil tahu atau menitikberatkan hal-hal berkaitan dengan pengurusan harta selepas kematian oleh si mati khususnya berhubung dengan penyimpanan dokumen boleh mengakibatkan harta- harta yang diperolehinya pada masa hidup, hilang ataupun terpendam begitu saja. Situasi ini boleh terjadi sekiranya si mati mengumpul hartanya secara sembunyi tanpa pengetahuan isteri atau suaminya dan ahli-ahli waris yang lain dengan tidak menyenaraikan ataupun menyimpan dokumen harta-harta tersebut seperti saham-saham, polisi insuran ataupun takaful, tanah kebun dan sebagainya. Ini ialah kerana dokumen-dokumen mengenai pemilikan harta oleh si mati seperti geran tanah, rumah, kereta, sijil, akaun bank dan sebagainya perlu ditunjukkan sebagai bukti bagi mengenal pasti harta-harta yang akan diagihkan kepada waris-waris.”” Begitu juga sekiranya si mati tidak menyenaraikan hutang-hutangnya beserta dokumen-dokumen tertentu sebagai pembuktian sama ada hutang kepada individu lain (penghutang) ataupun individu lain yang berhutang dengannya (pemiutang). Hal ini terbukti penting jika ada pihak-pihak tertentu yang mendakwa sebagai pemiutang membuat tuntutan hutang kepada ahli waris yang sukar untuk dipastikan ketulenannya. Adapun jika si 35 Sharifah Kamaliah Syed Ager, Penyelesaian Pusaka: Satu Kajian di Daerah Jerancut, Pahang, Lathan IUmiah, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, 1990, ms 78. 36 Abdullah Hj Muhammad, Pembahagian Harta Pusaka Kecil — Perspektif Masa Kini dan Cabaran Alaf Baru, kertas kerja Seminar Harta Pusaka, anjuran Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (KPTG), Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), 24 November 1997, ms 16. 37 Ahmad Hidayat Buang, Prinsip dan Pemadbiran Pusaka, dalam Ahmad Hidayat Buang (pnyt), Undang-undang Islam di Malaysia — Prinsip dan Amalan, Penerbit Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 2007, ms 326. 40 Shariah Law Reports [2010] 4ShLR mati pula sebagai pemiutang maka hutang yang belum diselesaikan itu menjadi pusaka kepada waris yang berhak dan sudah pasti tidak dituntut kerana ahli waris sendiri tidak tahu kewujudan mereka disebabkan tiada senarai dan dokumen yang berkaitan ditinggalkan oleh si mati. Tidak mempunyai pengetahuan undang-undang pusaka Islam Kebanyakan daripada masyarakat Islam kurang mempunyai pengetahuan tentang undang-undang pusaka Islam, tidak terkecuali mereka yang berkerjaya dan mempunyai latar belakang akademik yang baik sama ada daripada kakitangan awam mahupun swasta.** Terdapat juga orang-orang Islam yang mempunyai pegangan dan cara perkiraan mengikut kepentingan sendiri yang tidak selari dengan syarak. Ada yang berpendapat adik-beradik yang sulung mesti mendapat bahagian yang paling besar sebab yang paling tua. Bagi ibu atau bapa yang meninggal dunia disebabkan sesuatu penyakit, ada yang mendakwa pihak yang paling lama atau paling banyak menjaga mereka semasa dalam keadaan sakit itu berhak mendapat bahagian yang lebih besar atau pun wasi perlu menambah bahagian mereka berbanding dengan adik-beradik yang tidak menjaga ibu atau bapa mereka.” Tidak kurang juga yang mendakwa bahawa ‘bahagian lelaki menyamai dua bahagian perempuan’ adalah satu kenyataan yang tidak adil dan berbau penindasan ke atas kaum wanita dan menafikan hak keadilan sosial mereka dalam pemilikan harta melalui pembahagian harta (unequal gender distribution). Ita semua adalah dakwaan mengikut rasional dan logik akal 38 Tidak terkecuali kakitangan-kakitangan kerajaan sebagai contoh di Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia Negeri Perlis dan pekerja swasta, contohnya di Ibu Pejabat Tenaga Nasional Bhd (TNB), Jalan Bangsar, Kuala Lumpur. Lihat Nazatul Aza bt Hasim, Menganalisa Tahap Kefahaman Orang Islam Terhadap Proses Pengagihan Harta Pusaka Menurut Faraid: Kajian di Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia Negeri Perlis, Latinan Imiah, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, 2009, ms 101-103; Azmi bin Sabdin, Tahap Kefahaman dan Repentingan Anggota Kerja TNB di Ibu Pejabat TNB, Jalan Bangsar, Kuala Lumpur Mengenai Hukum Pusaka Berdasarkan Undang-undang Islam, disertasi ilmiah, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, 2009, ms 97. 39 Abu ‘Isam Nur al-Din Musleh al-Din Bukhari, Treatise on Inheritance in Islam, terjemahan Abd Al-Majid al-“Ubaidiy, Matabi’ al-Rashid, Madinah, 2004, ms 3. 40 Situasi ini dapat dilihat dalam peruntukan perkara 16, Convention on Elimination of All Forms of Discrimination Against Women 1979 (‘CEDAW’) berdasarkan UN Resolution 34/180, yang tidak mengambilkira kunfliknya terhadap hukum Syarak dan undang-undang yang sedia terpakai di negara- negara anggota khususnya negara-negara Islam, merangkumi perkara yang berhubung dengan pengurusan harta (termasuk harta pusaka). Lihat Noor Aziah Hj Mohd Awal dan Sharifah Hayaati Syed Ismail al-Qudsy, The Convention on Elimination of All Forms of Discrimination Against Women (CEDAW): How Far is it Contrary 10 Hukum Syarak and the Domestic Law in Malaysia, kertas kerja laporan Research on CEDAW and Syariah Law by SUHAKAM, 2007, ms 26-27. Pengurusan Harta Pusaka: Permasalahan Sikap Masyarakat Islam di Malaysia dan Penyelesaiannya [2010] 4 ShLR Menurut Perspektif Islam 41 semata-mata*' sedangkan dalam hal ini, Allah SW'T telahpun menegaskan‘? dalam firmanNya yang antaranya bermaksud: Allah perintahkan kamu mengenai (pembahagian harta pusaka untuk) anak-anak kamu iaitu bahagian seorang anak lelaki menyamai bahagian dua orang anak perempuan.” Surah an-Nisa (4): 11 Firman Allah SWT lagi yang bermaksud: Dan sekiranya mereka (saudara-saudaranya itu) ramai, lelaki dan perempuan, maka bahagian seorang lelaki menyamai bahagian dua anak perempuan. Surah an-Nisa (4): 176 Jelas bahawa apabila berkumpul antara waris lelaki dan perempuan, waris lelaki akan mengambil bahagiannya dalam pembahagian pusaka Islam yang menyamai dua bahagian waris perempuan, iaitu dengan kata lain waris perempuan mendapat setengah daripada satu bahagian yang diperuntukkan untuk waris lelaki.4 Dari sudut sosiologi, undang-undang pusaka Islam adalah gambaran struktur ikatan keakraban kekeluargaan dan penerimaan nilai-nilai sosial serta tanggungjawab di dalam masyarakat Islam.*? Keadilan dalam pengagihan harta pusaka menurut Islam adalah selaras dengan kelayakan dan tanggungjawab khusus yang telah ditetapkan oleh Allah SWT ke atas lelaki dan perempuan serta peranan mereka dalam masyarakat.#° Rahsia 41 Dakwaan-dakwaan yang dilontarkan seolah-olah menunjukkan apa yang telah terlepas pandang oleh Allah SWT dalam hukumNya. Lihat Yusuf al-Qardhawi, Malamih al-mujtama’ al-muslim allazi nansyuduhu, Maktabah Wahbah, Qaherah, 1993M, ms 107. 42 Allah SWT memberi peringatan melalui firmanNya pada bahagian akhir ketiga-tiga ayat Surah an-Nisa (4): 11, 12 dan 176 yang bermaksud: ‘.. (Pembahagian harta pusaka dan penentuan bahagian masing-masing seperti yang diterangkan itu ialah) ketetapan dari Allah: sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Amat Bijaksana,’ (Surah an-Nisa (4): 11). ‘ ... (tiap-tiap satu hukum itu) ialah ketetapan daripada Allah. Dan (ingatlah) Allah Amat Mengetahui lagi Amat Penyabar’ (Surah an-Nisa (4): 12); ‘ ... Allah menerangkan (hukum ini) kepada kamu supaya kamu tidak sesat. Dan (ingatlah) Allah Amat Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.’ (Surah an-Nisa (4): 176). 43° Semua terjemahan ayat-ayat al Quran dalam tulisan ini berdasarkan Tafsir Pimpinan al-Quran kepada Pengertian al-Quran (Ed 8) Kuala Lumpur: Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri, 2002M. 44 Muhammad Shaltut, A/-Islam, Agidah wa Syariah, Dar-al-Shurug, Qahirah, 1987M/1407H, ms 237. 45 NJ Coulson, Succession in the Muslim Family, Cambridge University Press, London, 1971, ms 3. 46 Muhammad Mustafa Khan, Islamic Law of Inheritance — A New Approach, Kitab Bhavan, New Delhi, 2005, ms 216. 2 Shariah Law Reports [2010] 4 ShLR dan hikmah penganugerahan dasar pembahagian itu oleh Allah SWT kepada pihak lelaki adalah atas asas tanggungjawab dan bebanan yang telah ditetapkan ke atas mereka dan perlu dipikul serta dipenuhi sebagai dari sudut ekonomi dan kewangan*’ dan sebagai penjaga dan pelindung kepada wanita** dalam rumahtangga, keluarga, masyarakat dan agama. Seseorang lelaki itu dipertanggungjawabkan memberi nafkah kepada isteri dan anak-anaknya dari sudut tempat tinggal, makanan, pakaian, pendidikan dan perubatan termasuk membayar mahar kepada isterinya.® Justeru itu, seseorang perempuan itu terjamin dari aspek keperluan dan perbelanjaannya kerana ia tidak dipertanggungjawabkan untuk memberi nafkah kepada sesiapapun® ataupun mengeluarkan wang untuk dirinya sekalipun ia sangat kaya’! malah ia sentiasa dihormati dan dimuliakan sama ada di rumah bapanya ataupun di rumah suaminya. Selain itu, lelaki juga bertanggungjawab atas kebajikan ibu bapanya, membantu saudara- saudaranya (lelaki ataupun perempuan) yang susah dan fakir.2? Kesempurnaan dan keistimewaan undang-undang pusaka Islam diiktiraf oleh masyarakat bukan Islam sehinggakan mereka menjadikan undang-undang pusaka Islam ini sebagai mekanisme yang mampu menyelesaikan permasalahan pusaka di kalangan mereka.” Dapat dirumuskan di sini bahawa undang-undang pusaka Islam merupakan undang-undang yang komprehensif, unik, sempurna dan bersifat_ lestari serta berupaya menyelesaikan dan menguruskan permasalahan manusia sejagat yang berkaitan pusaka. LANDASAN SYARIAH SEBAGAI ASAS PENDEKATAN PENYELESAIAN Matlamat asas hukum Syarak adalah mensasarkan pemenuhan kehendak maslahah dan menolak kerosakan* dengan maksud merealisasikan 47 Hanira Hanafi, Gender Perspective of the Faraid System: Is it Bias Against Women?, dalam Jurnal Syariah 15(2), Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2007, ms 97. 48 Moulavi MH Babu Sahib, al-Faraid — The Law of Inheritance in Islam, Al-Islam Publishers & Book Sellers, Singapore, 1979, ms 14. 49 Muhammad Ali al-Sabuni, a/-Mawarith fi al-Shari’ah al-Islamiyah fi Dhaw’ al- Kitab wa al-Sunnah, Dar al-Qalam, Damsyik, 1988M/1409H, ms 18. 50 Ibid. 51 Yusuf al-Qardhawi, Malamih al-mujtama’ al-muslim allazi nansyuduhu, ms 326. 52 Ibid. 53 Contohnya, penduduk beragama Kristian di Syria. Lihat Muhammad Ali al- Hashimi, The Ideal Muslim Society (al-Mujtama’ al-Muslim), terjemahan Nasiruddin al-Khattab, International Islamic Publishing House, Riyadh, 2007, ms 484. 54 Sa’ad bin Nasir al-Shathriy, Mugaddimah fi ‘im magasid al-syari’ah, Dar al- Muslim li al-Nasyr wa al-Tawzi’, Riyadh, 1994M/1415H, ms 5. Pengurusan Harta Pusaka: Permasalahan Sikap Masyarakat Islam di Malaysia dan Penyelesaiannya [2010] 4 ShLR Menurut Perspektif Islam 43 Kemaslahatan manusia dan memeliharanya serta menolak kemudharatan yang boleh menimpa manusia.% Justeru itu, intipati perundangan sebagaimana yang dimaksudkan oleh Allah SWT itu ialah bagi memenuhi maslahah-maslahah ukhrawi dan duniawi.** Ini adalah kerana Allah SWT sebagai Pencipta yang mewujud, membentuk dan mengukuh prinsip- prinsip Syariah, jauh lebih mengetahui terhadap keperluan dan kehendak fitrah manusia berbanding mana-mana ahli falsafah, pemikir ataupun para pengkaji sosial yang terlibat dalam membina dasar-dasar kemasyarakatan.”” PENDEKATAN TAUHID SEBAGAI ASAS KESEJAHTERAAN SOSIAL Sejajar dengan syarak sebagai wahana untuk merungkai dan menyelesaikan permasalahan tersebut, maka perlulah individu Muslim yang menerima hakikat kedudukannya sebagai hamba Allah yang mengikat keimanannya kepada Penciptanya, melaksanakan segala urusannya dalam apa jua bidang berlandaskan kepada tauhid.3* Lantaran itu, dalam membincangkan signifikan ajaran tauhid ini dalam kehidupan sosial insan, Sayyed Qutb merumuskan bahawa ia akan melahirkan sifat semulajadi yang kekal dalam pemikiran dan hati insan yang mendidik jiwa insan dengan disiplin yang menghapuskan kebimbangan, kesamaran dalam penerimaan dan keraguan terhadap sesuatu nilai itu.>? Mohd Affandi Hassan (1990) berpendapat ia memerlukan kepada pengurusan yang bertunjangkan paradigma tauhid (tawhidic paradigm) yang menjurus kepada pelaksanaan kewajipan (iaitu amanah) sebagai amal salih secara kerjasama berasaskan syura untuk membina tamadun yang diredai Allah SWT bagi mencapai al-falah, iaitu kesejahteraan dunia dan akhirat, seterusnya membendung al-fasad iaitu penyelewengan dalam maknanya yang lebih luas.© 55 Abd Al-Karim Zaydan, al-Wajiz fi usul al-figh, Muassasah al-Risalah, Beirut, 1987M/1407H, ms 378. 56 Ibrahim ibn Musa Abu Ishaq al-Shatibi, al-Muzwafagat, Dar al-Ma’rifah, Beirut, 1997/1417H, Jil 2, ms 350. 57 Muhammad Ali al-Hashimi, The Ideal Muslim Society (al-Mujtama’ al-Muslim), ms 30. 58 Sheikh Ghazali Sheikh Abod, Pengurusan Perniagaan Islam — Suatu Perbandingan, dalam Sheikh Ghazali Sheikh Abod dan Zambry Abdul Kadir (pnyt), Pengurusan Perniagaan Islam, Hizbi Sdn Bhd, Shah Alam, 1991, ms 7. 59 Muhammad Wasiullah Khan, Pendidikan dan Masyarakat dalam Dunia Islam, terjemahan Mohamad Nordin Zainuddin, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1989, ms 8. 60 Mohd Affandi Hassan, The Tawhidic Approach in Management and Public Administration — Concepis, Principles and Alternative Model, Institut Tadbiran Awam Negara, Kuala Lumpur, 1992, ms 56. 44 Shariah Law Reports [2010] 4 ShLR Justeru itu, al-Qaradhawi (1993) mengutarakan pandangannya yang berpegang bahawa intipati asas yang menjadi teras bagi membina masyarakat Islam yang unggul ialah terletak pada pemeliharaan dan penjagaan kesucian aqidah Islam yang merupakan tanggungjawab utama masyarakat Islam dan sekali gus memancarkan cahayanya ke seluruh alam.*' Tidak dinamakan sebagai masyarakat Islam jika meminggirkan aqidah dari dijadikan sebagai penggerak atau pengaruh paling utama dalam kehidupan dan mengenepikan al Quran sebagai sumber hidayah, undang- undang dan hukum.? Menginsafi situasi yang berlaku sebagaimana dinyatakan di atas, seseorang muslim itu hendaklah sentiasa bermuhasabah diri dan memahami pengertian Islam dengan sebenar-benarnya dan berpegang teguh bahawa sctiap pengurusan itu hendaklah berpaksikan tauhid kepada Allah SWT bukan sekadar untuk kesejahteraan dan kebahagiaan di dunia malah untuk meraih kemenangan hakiki di akhirat nanti. PEMILIK MUTLAK ADALAH ALLAH SWT DAN PELANTIKAN MANUSIA SEBAGAI KHALIFAH UNTUK MENUNAIKAN TANGGUNGJAWAB Harta menurut kacamata Islam adalah merujuk kepada nas-nas al Quran yang menggariskan dasar-dasar pokok tentang harta iaitu pencipta dan pemilik hakiki seluruh harta di alam semesta ini dalam apa jua bentuk dan jenisnya serta segala isi kandungannya adalah Allah SWT. Justeru itu, jelas bahawa pada hakikatnya hak pemilikan adalah hak Allah SWT, keupayaan dan kemampuan manusia untuk memiliki sesuatu di dunia ini adalah kerana pemberianNya. Konsep ini adalah berteraskan kepada dua elemen iaitu pertama, segala sesuatu adalah milikNya sebab berasal daripadaNya dan kedua, Allah SWT telah menjelaskan melalui firmanNya dalam al Quran bahawa harta adalah milikNya.® Firman Allah SWT: Dialah jua yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi serta yang ada di antara keduanya dan juga yang ada di bawah tanah basah di perut bumi. Surah Ta Ha (20): 6 Maka dengan itu jelaslah bahawa tiada lain selain Allah SWT yang empunya segala-galanya termasuk alam sejagat ini dan apa jua yang mengisi 61 Yusuf al-Qaradhawi, Malamih al-mujtama’ al-muslim allazi_ nansyuduhu, Maktabah Wahbah, Qahirah, 1993/1414H, ms 9. 62. Ibid, ms 26-27. 63. Tagiyy al-Din al-Nabhani, Nizam al-lgtisad fi al-Islam, Dar al-Ummah, Beirut, 1990, ms 68. Pengurusan Harta Pusaka: Permasalahan Sikap Masyarakat Islam di Malaysia dan Penyelesaiannya [2010] 4 ShLR Menurut Perspektif Islam 45 dan menghiasinya. Kedudukan manusia hanyalah melaksanakan amanah sebagai khalifah dalam menunaikan tanggungjawab mentadbir dan mengurus bumi berlandaskan kepada peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Sehubungan dengan itu, hak yang ditentukan oleh Allah SWT kepada manusia hanyalah hak sebagai pemegang amanah dan hanya merupakan wakil maka tidak harus ia menisbahkan harta yang diperolehinya semata- mata kerana usahanya tanpa mengambilkira pergantungannya pada pemilik yang hakiki iaitu Allah SWT.* Allah SWT mengurniakan limpah rahmatNya kepada umat manusia agar manusia melaksanakan tanggungjawabnya memakmurkan bumi ini dan menggunakan segala kemudahan untuk mereka menerokainya dan juga sebagai ujian dariNya. Allah SWT telah berfirman: Dialah yang menjadikan kamu dari bahan-bahan bumi, serta menghendaki kamu memakmurkannya. Surah Hud (11): 61 Penguasaan ke atas harta adalah lebih kepada tanggungjawab dan bukannya hak milik mutlak dan dalam konteks harta pusaka adalah mengurus dan mentadbir harta pusaka tersebut dengan penuh amanah agar ahli-ahli waris yang berhak mendapat hak masing-masing demi untuk mendapatkan keredaan Allah SWT. HARTA SEBAGAI WASILAH MELAKSANAKAN KEWAJIPAN DAN KEBAJIKAN Harta dalam Islam mendapat pengiktirafan sewajarnya dan memandang bahawa harta boleh dijadikan sebagai wasilah untuk melaksanakan amalan mulia demi untuk kesejahteraan umat manusia. Memandangkan harta tidak lebih daripada alat atau wasilah untuk mencapai sesuatu yang baik atau sebaliknya maka ia tidak boleh dijadikan matlamat sesuatu usaha dan tidak boleh dijadikan tujuan hidup manusia.* Kita dikehendaki mencari harta tetapi mencari sebanyak mungkin harta itu bukanlah matlamat hidup secara hakiki yang mana segala usaha ditumpukan untuk memperolchinya dengan mengenepikan segala kewajipan dan hak-hak yang perlu ditunaikan bersama dengannya. Selaras dengan itu, individu-individu yang diamanahkan dengan sumber-sumber rezeki (harta), perlu memeliharanya sebagai suatu amanah 64 Yusuf al-Qaradhawi, Malamih al-Mujtama’ al-Muslim Allazi Nansyuduhu, ms 193, 65 Sobri Salamon, Ekonomi Islam — Pengenalan Sistem dan Kemungkinan, Al- Rahmaniah, Petaling Jaya, 1989, ms 127. 46 Shariah Law Reports [2010] 4 ShLR: dan berhak mendapat faedah darinya dan dinikmati bersama dengan orang lain untuk mewujudkan suatu suasana yang dapat menjamin kebajikan sosial dan kemajuan seluruhnya.®* Firman Allah SWT: Dan carilah pada apa yang dianugerahkan Allah padamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu daripada (kenikmatan) duniawi, dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerosakan di (muka) bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berbuat kerosakan. Surah al-Qasas (28): 77 FirmanNya lagi: Berimanlah kepada Allah dan RasulNya dan nafkahkanlah sebahagian daripada hartamu yang Allah telah jadikan kamu menguasainya, maka orang-orang yang beriman di antara kamu dan menafkahkan (sebahagian) daripada hartanya (nescaya) ia memperoleh pahala yang besar. Surah al-Hadid (57): 7 Manusia dianugerahkan harta, tetapi ia hanyalah melambangkan hak memanfaatkan kekayaan milik Allah SWT dan disalurkan kepada yang berhak melalui cara yang dianjurkan oleh Syariah. Penguasaan ke atas harta adalah lebih kepada tanggungjawab dan bukannya hak milik mutlak iaitu tanggungjawab mengurus dan memanfaatkan untuk diri_ sendiri, masyarakat dan agama seperti yang telah diamanahkan demi untuk mendapatkan keredhaan Allah SWT. LARANGAN PENYELEWENGAN TERHADAP HARTA SEBAGAI AMANAH Islam meletakkan harta sebagai salah satu keperluan manusia yang paling penting dalam memperjuangkan kelangsungan hidup di dunia ini. Fitrah dan tabiat semula jadi manusia itu sendiri adalah terlalu mencintai harta benda, menuruti kecenderungan untuk mengumpulkan harta dengan bersungguh-sungguh yang boleh membawa kepada bakhil.*” Justeru itu, ia memerlukan kepada kawalan syarak agar tidak terkeluar dari landasan dan amanah yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Firman Allah SWT: Dan kamu pula kasihkan harta secara tamak haloba. Surah al-Fajr (89): 20 66 Afzal al-Rahman, Doktrin Ekonomi Islam, terjemahan Mustafa Kassim, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1994, Jil 1, ms 40. 67 Sayyid Qutb, Social Justice in Islam, terjemahan John B Hardie, Islamic Book Trust, Kuala Lumpur, 2000, ms 130. Pengurusan Harta Pusaka: Permasalahan Sikap Masyarakat Islam di Malaysia dan Penyelesaiannya [2010] 4 ShLR Menurut Perspektif Islam 47 Namun Allah SWT telah memberi peringatan dan amaran kepada manusia agar menjauhi sifat-sifat buruk akibat daripada terlalu menyukai dan mencintai harta hingga sanggup melanggar hukum-hukum Allah SWT. FirmanNya lagi: Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu makan (guna) harta-harta kamu di antara kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan (jalan) perniagaan yang dilakukan dengan suka sama suka di antara kamu. Surah an-Nisa (4): 29 Bagi memperlihatkan perihal pentingnya kedudukan ini, telah dijelaskan di dalam hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Alqamah bin Wa’il bin Hujr, daripada bapanya: ‘Daripada Ummu Salamah ra, isteri Nabi SAW: seorang lelaki dari Hadramaut dan seorang lelaki dari Kindah telah datang menemui Rasulullah SAW. Lelaki Hadramaut berkata: ‘Wahai Rasulullah SW’, sesungguhnya lelaki ini (dari Kindah) telah mengambil tanah kepunyaan saya.’ Kemudian lelaki dari Kindah berkata: ‘Tanah itu adalah kepunyaan saya dan dia tidak berhak ke atas tanah itu.’ Rasulullah SAW bertanya kepada lelaki dari Hadramaut: ‘Adakah kamu mempunyai bukti.’ Lelaki itu menjawab: ‘Tidak.’ Rasulullah SAW bersabda lagi: ‘Maka bagi kamu sumpahnya.’ Maka lelaki dari Hadramaut itu berkata: ‘Wahai Rasulullah, sesungguhnya lelaki dari Kindah itu buruk perangainya dan tidak menjaga dirinya terhadap suatu perkara.’ Lalu’ Rasulullah SAW bersabda: ‘Kamu tidak mempunyai hak daripadanya melainkan demikian. Kemudian lelaki dari Kindah beredar untuk melakukan sumpah kepada lelaki dari Hadramaut, lalu setelah lelaki (dari Kindah) itu beredar, Rasulullah SAW bersabda: ‘Jika dia bersumpah untuk memakan hartamu secara zalim, nescaya dia akan menemui Allah SWT dalam keadaan Allah SWT berpaling daripadanya.’®* . Rasulullah SAW juga memperingatkan bahawa harta hendaklah daripada sumber yang halal kerana sumber yang haram akan membawa kepada kesengsaraan dan akan menjadi saksi di akhirat kelak. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: ‘Sesungguhnya harta itu. manis mempesona. Sebaik-baik harta seorang muslim ialah harta yang disedekahkan kepada anak yatim, orang miskin dan ibn sabil. Dan seorang yang makan harta bukan dengan cara halal maka ia seperti seorang yang banyak makan tetapi tidak pernah merasa kenyang dan harta itu akan menjadi saksi baginya di hari kiamat nanti.’® 68 al-Tarmidhiyy, Abu Isa Muhammad ibn Isa ibn Sawrah, Sunan al-Tarmidhiyy, kitab al-ahkam, bab ma ja’ fi anna al-bayyinah ala al-muddai wa al-yamin ala al-mudda’a alayh, Dar al-Fikr li al-Tiba‘ah wa al-Nashr wa al-Tawzi, Beirut, 1980M, Juz II, ms 398, 69 Abd Rahman Ahmad bin Shu’ib bin Ali al-Khurasani al-Nasai, Sunan, kitab al-zakat, bab haq al-yatim, Dar al-Kutub al-Ilmiyyah, 1995M/1416/, Juz 5, ms 66. 48 Shariah Law Reports [2010] 4 ShLR Selaras dengan itu, kita perlu berhati-hati dalam melaksanakan tindak- tanduk kita dalam hal-hal berkaitan dengan harta khususnya pusaka dan pengurusannya agar tidak menguasai dan memakan secara batil dan haram. seterusnya menganiaya pihak-pihak yang berhak. Berdasarkan kepada huraian di atas, dapatlah disimpulkan bahawa segala yang ada di alam semesta ini termasuk yang dipunyai oleh umat manusia iaitu segala harta benda yang bermacam-macam _ jenis, kesemuanya adalah hak milik mutlak Allah SWT dan manusia hanyalah diberi amanah untuk mentadbir, mengurus dan memeliharanya untuk sementara sahaja. PENDIDIKAN ILMU TERAS PEMULIHAN KEJAHILAN Pendidikan ilmu yang betul dan terarah yang berteraskan nilai-nilai Islam merupakan kaedah yang terpenting untuk pemulihan kejahilan seterusnya pemangkin kepada kesejahteraan sosial. Ilmu yang berteraskan akidah yang diperolehi melalui usaha pembelajaran akan menyumbang kepada pembangunan sahsiah dan pembangunan masyarakat yang sesuai dengan kemajuan ilmu.” Ia mempunyai pertalian yang erat dengan institusi kekeluargaan, masjid, sekolah dan media massa. Namun tunjang kekuatannya bergantung kepada institusi kepimpinan dan pengurusan yang bertanggungjawab menterjemahkan idea-idea dan rancangan plan tindakan dalam bentuk yang lebih efektif bagi menjadikannya satu kenyataan.” Sebagaimana yang telah dinyatakan bahawa sekolah merupakan medium yang mempunyai pertalian yang erat dengannya, maka bagi situasi di Malaysia, masyarakat perlu diberi pendedahan dan pendidikan asas mengenai ilmu faraid seawal yang mungkin. Untuk mencapai hasrat ini maka ia boleh dilaksanakan dengan menerapkan ilmu faraid dalam kurikulum Pendidikan Islam di sekolah-sekolah.” Jika selama ini pendidikan yang berkaitan dengan ilmu faraid hanya diajar di sekolah- sekolah aliran agama, maka ia sewajarnya diperluaskan lagi ke sekolah aliran kebangsaan dan juga swasta. Sehubungan dengan itu, pembinaan masyarakat dalam konteks merubah sikap ke arah yang lebih positif perlu dilaksanakan berasaskan kepada tiga prinsip utama iaitu tidak mengganggu perjalanan atau sunnah alam, mendidik dan merubah manusia adalah berdasarkan nilai-nilai Islam dan menggunakan kuasa pemerintah hanya apabila anggota-anggota 70 Malik bin Nabi, Ja’ammulat, Dar al-Fikr, Damsyik, 1979, ms 140. 71 Mohammad Wasiullah Khan, Muhammad Wasiullah Khan, Pendidikan dan Masyarakat dalam Dunia Islam, ms 9-10. 72 Zulquarnain Ali, Persepsi Masyarakat terhadap Keperluan Ilmu Faraid dalam Kurikulum Pendidikan Islam KBSM, Desertasi Sarjana, Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, 2009, ms 6. Pengurusan Harta Pusaka: Permasalahan Sikap Masyarakat Islam di Malaysia dan Penyelesaiannya [2010] 4 ShLR Menurut Perspektif Islam 49 masyarakat tidak dapat dibentuk atau mengelakkan diri daripada nilai-nilai Islam.” Merujuk kepada asas ini, al-Ghazali melontarkan pandangannya dengan menyatakan bahawa latihan jiwa merupakan proses terbaik pembentukan sahsiah yang melaluinya akan menerbitkan sifat-sifat terpuji dan sifat-sifat terpuji yang telah menjadi tabiat itu seterusnya menjadi salah satu ciri sahsiah yang kekal kepada individu tersebut.”* Justeru itu, pendidikan ilmu berhubung dengan harta pusaka Islam termasuk pengurusan, perancangan dan perundangannya perlu disemai, dipupuk dan diperkasakan melalui penghayatan dan praktis sebagai teras pemulihan kejahilan tentang undang-undang pusaka Islam yang membelenggu masyarakat Islam di Malaysia. MEKANISME SULH DAN SYURA PENYUBUR UKHUWWAH Sulh merapakan satu mckanisme akad atau konuak yang dilakukan untuk menyelesaikan pertikaian (Qal’ajiyy, Qunaybiyy & Sanu, 1996: 248)75 dalam keadaan saling reda meredai’® bagi untuk mencapai perdamaian antara dua pihak yang berselisih faham.”” Firman Allah SWT: Perdamaian itu lebih baik (bagi mereka daripada bercerai-berai). Surah an-Nisa (4): 128 Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: Perdamaian adalah perkara harus (dibolehkan) antara orang-orang Islam, kecuali perdamaian untuk menghalalkan perkara haram atau mengharamkan perkara halal.’* Mekanisme sulh yang baik perlulah melalui proses syura iaitu permesyuaratan, perbincangan dan perundingan, keredaan dan 73 Syed Abul A’la al-Maududi, Economic Systems of Islam, Lahore, Islamic Publications Ltd, 1984, ms 29. 74 Hamid Fahmy Zarkasyi, Pemikiran al-Ghazali tentang Pendidikan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1990, ms 19. 75 Muhammad Rawwas Qalajiyy, Hamid Sadiq Qunaybiyy dan Qutb Mustafa Sanu, Mu’jam lughat al-fugaha’, Dar al-Nafa’is, Beirut, 1996M/1416H, ms 248. 76 Shams al-Din Muhammad al-Khatib al-Sharbiniyy, Mughni al-Muhtaj ala al- Minhaj, Dar al-Ma'rifah, Beirut, 1997M/1418H, Juz 2, ms 230; Sulayman al- Bujayrimiyy, hashiyat Bujayrimiyy ‘ala al-khatib, Dar al-Fikr, tp, 1981M/ 1404H, Juz 2, ms 70. 77 ‘Ton Qudamah, al-Mughni, Maktabah al-Qahirah, Juz 4, t.th, ms 476. 78 al-Tarmidhi, Sunan, kitab al-Ahkam, bab Ma Dhukira an Rasul Allah fi al-Sulh Bayn al-Nas; Ibn Majah, Sunan, kitab al-Ahkam, bab al-Sulh. 50 Shariah Law Reports [2010] 4 ShLR persefahaman waris yang berhak kepada harta pusaka tersebut bagi menghasilkan persetujuan dan ia selaras dengan nilai-nilai positif yang dianjurkan dalam Islam. Konsep syura sebagaimana yang dianjurkan oleh Islam, adalah berasaskan kepada firman Allah SWT yang bermaksud: Dan bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan soal-soal keduniaan itu). Kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya. Surah Ali Imran (3): 3 Firman Allah SWT lagi yang bermaksud: Dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang-orang yang menyahut dan menyambut perintah Tuhannya serta mendirikan sembahyang dengan sempurna; dan urusan mereka dijalankan secara bermesyuarat cesama mereka; dan mereka pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepadanya. Surah al-Shura (42): 38 Sebenarnya, mekanisme su/h dan syura ini terkandung dalam sistem faraid melalui konsep takhany."? Oleh yang demikian, kita perlulah memahami faraid itu secara komprehensif bukan terbatas dari sudut tertentu sahaja. Konsep takharyj ini mempunyai pelbagai bentuk dan kaedah pengiraannya sendiri. Namun demikian, selain dari proses permesyuaratan, perbincangan ataupun perundingan, persefahaman dan keredaaan, mekanisme su/h dan syura yang betul hendaklah berlandaskan kepada kejujuran dan keikhlasan serta dengan penuh pengetahuan (ilmu faraid). Ini adalah untuk mengelakkan tipu muslihat yang akan menimbulkan perbalahan dan pertelagahan serta hubungan yang tidak harmoni sesama ahli waris pada masa akan datang dan mungkin berpanjangan hingga ke beberapa generasi. Justeru itu, matlamat su/h dan syura adalah untuk menghapuskan pertelingkahan dan permusuhan di antara orang Islam agar mereka dapat melalui kehidupan harian dalam situasi aman dan tenteram dengan suasana penuh ukhuzwwah khususnya dalam konteks pengurusan dan pembahagian harta pusaka. 79 Konsep takharuj dalam faraid ialah persetujuan kesemua atau sebahagian waris atas penatikan diti scbalagian mereka daripada pembahagian pusaka dengan balasan harta tertentu. Lihat Munir Abdullah Khidir, Figh al- mawarith, Dar al-Nahdhah, Damsyik, 2006, ms 185; Ataupun persepakatan para waris bertujuan untuk mengeluarkan sebahagian daripada mereka (dengan persetujuan waris-waris tersebut) daripada harta pusaka dengan balasan tertentu sama ada melalui harta pusaka itu atau harta-harta lain. Wahbah al-Zuhayliyy, al-Figh al-Islamiyy wa adillatuh, Dar al-Fikt, Damsyik, 1985M/1405H, Juz 8, ms 440. Pengurusan Harta Pusaka: Permasalahan Sikap Masyarakat Islam di Malaysia dan Penyelesaiannya [2010] 4 ShLR Menurut Perspektif Islam 51 MERAIKAN KESEIMBANGAN MEKANISME PELUPUSAN HARTA MENERUSI HIBAH Pegangan bahawa faraid sebagai satu-satunya mekanisme pelupusan harta yang dianjurkan oleh syarak di kalangan masyarakat Islam kini, perlu diuraikan dengan meraikan amalan hibah yang juga merupakan salah satu mekanisme pelupusan harta yang diiktiraf oleh syarak. Adapun pelupusan harta melalui mekanisme hibah ini merupakan satu amalan rabarru’ yang bersifat kebajikan dengan tujuan untuk mengeratkan silaturrahim dan diberi ganjaran oleh Allah SWT. Jika dilihat dari sudut istilah syarak, hibah ialah pemberian milik sesuatu secara tabarru’ (tanpa balasan) semasa hidup* yang dibuat secara sukarela*! berbeza dengan wasiat kerana pemilikan dalam wasiat berlaku selepas Kematian.*? Hibah, hadiah dan sedekah mempunyai pengertian yang hampir sama dan kesemuanya adalah merujuk kepada pemberian milik yang berlaku semasa hidup tanpa balasan atau gantian.® Justeru itu, prinsip ini dapat mengelak daripada terpinggirnya individu tertentu sedangkan ia telah berjasa kepada si mati tetapi tidak tersenarai sebagai waris dalam faraid, contohnya anak angkat. Ataupun amalan hibah ini dilaksanakan kepada waris-waris terdekat bagi mengelak daripada berlakunya perbalahan dan pertelingkahan di kalangan mereka selepas kematiannya. + PERANCANGAN HARTA MELALUI MEKANISME WASIAT DAN AL-WISOYAH Perancangan harta berdasarkan mekanisme wasiat dan al-wisoyah akan memudahkan dan mempercepatkan urusan pelupusan harta pusaka selepas kematian dan tidak bergantung semata-mata kepada instrumen faraid sahaja dan ia sekali gus dapat mengelakkan ketidakadilan, kezaliman dan penganiayaan kepada pihak yang berhak. 80 Muhammad Rawwas Qalajiyy, Hamid Sadiq Qunaybiyy and Qutb Mustafa Sanu, Mu'jam lughat al-fugaha[], Dar al-Nafa’is, Beirut, 1996M/1416H ms 270; Muhammad al-Zuhri al-Ghamrawi, al-Siraj al-wahhaj, Maktabat Mustafa al-Babi al-Halabi wa Awladuh, Mesir, 1933/1352H, ms 307. 81 Shams al-Din Muhammad al-Sharbiniyy al-Khatib, Mughni al-muhtaj ila ma’rifat ma’ni alfaz al-minhaj, Dar al-Ma’rifah, Beirut, 1997/1418H, Juz 2, ms 512; Sayyid Sabiq, Figh al-Sunnah, Dar al-Rayyan li al-lurath, Kaherah, 1987/1408H, Juz 3, ms 458. 82 Muhammad al-Zuhri al-Ghamrawi, al-Siraj al-wahhaj, ms 307; Shihab al-Din Qalyubi wa Umayrah, Qalyubi wa Umayrah, Dar al-Kutub al-Arabiyah sa al- Babiyy al-Halabiyy wa Shurakah, Mesir, Juz 3, ms 111. 83 Abu Zakariyya Muhy al-Din bin Sharaf al-Nawawi, Majmu sharh al- muhadhdhab, Maktabat al-Irsya d, Jeddah, t.th, Juz 16, ms 340. 52 Shariah Law Reports [2010] 4 ShLR ‘Wasiat ialah pemberian milik kepada seseorang yang lain yang berlaku setelah kematian,®* atau pemberian sesuatu secara sukarela yang disandarkan kepada waktu selepas berlaku kematian.** Dengan kata lain, wasiat merupakan suatu pemberian harta kepada seseorang yang lain dengan sukarela melalui perkataan wasiat ataupun perkataan lain yang membawa maksud wasiat dengan keadaan pemindahan hak milik tersebut berlaku selepas kematian pewasiat.®° Al-wisoyah pula merupakan konsep pemegangan amanah yang menjurus kepada penyerahan hak oleh seseorang lelaki sebelum kematiannya merangkumi pengurusan harta, pelaksanaan wasiat, pembayaran hutang, pemulangan barang pinjaman, penjagaan anak dan apa-apa tanggungjawab yang diamanahkan kepada seseorang yang tidak menyalahi syarak*’ dan dilaksanakan semasa hidup mahupun selepas kematiannya. Dengan kata lain, pihak tersebut berperanan sebagai wasi, wakil, wali dan yang seumpamanya yang berbentuk sebagai pemegangan amanah bagi memelihara kepentingan dan kebajikan pihak yang mengamanahkan. Dalam konteks di Malaysia, bagi pengurusan dan perancangan harta yang sistematik, amalan wasiat dan al-wisoyah ini dibuat dalam bentuk dokumen bertulis sebagaimana yang dilaksanakan oleh agensi-agensi tertentu seperti Amanah Raya Bhd (ARB), Waiyyah Shoppe Sdn Bhd, Zar Perunding Pusaka, Watikah Pusaka Resources dan lain-lain yang berfungsi sebagai surat pemegangan amanah kepada pihak tertentu untuk menguruskan harta pusaka kecil si mati di unit Pusaka Kecil, JKPTG dan digunakan untuk mendapatkan Surat Kuasa Tadbir dan Surat Kuasa Probet di Mahkamah Tinggi bagi menyelesaikan urusan pentadbiran harta pusaka dengan cepat dan lancar. APLIKASI PENDEKATAN SIYASAH SYAR’IYYAH OLEH KERAJAAN Bagi menangani permasalahan sikap masyarakat Islam di Malaysia berhubung pengurusan harta pusaka, pihak kerajaan boleh mengambil tindakan berdasarkan pendekatan styasah syar’tyyah melalui medium media massa dengan melaksanakan beberapa langkah seperti: (a) menerbitkan iklan-iklan kesedaran yang bertemakan ‘celik pengurusan harta pusaka’ di semua rangkaian televisyen, radio dan di laman-laman web agensi berkaitan. 84 Muhammad Rawwas Qalaijivy, Hamid Sadiq Qunaybiyy and Qutb Mustafa Sanu, Mw’jam lughat al-fugaha, ms 504. 85 Shams al-Din Muhammad al-Sharbiniyy al-Khatib, Mughni al-muhtaj tla ma’rifat ma’ni alfaz al-minhaj, Juz 3, ms 39. 86 Shihab al-Din Qalyubi wa Umayrah, Qalyubi wa Umayrah, ms 156. 87 Mustafa al-Khin, Mustafa al-Bugha and Ali al-Sharbaji, al-Figh manhaji ‘ala madhhab al-imam al-Shafi’i, Dar al-Ulum al-Insaniyyah, Damsyik, 1989, Jil 2, ms 261. Pengurusan Harta Pusaka: Permasalahan Sikap Masyarakat Islam di Malaysia dan Penyelesaiannya [2010] 4 ShLR Menurut Perspektif Islam 53 (b) menyediakan manual ringkas berbentuk risalah atau brosur di tempat- tempat tumpuan awam seperti di pusat-pusat perniagaan, agensi- agensi kerajaan yang berurusan dengan orang ramai dan lain-lain. (c) menawarkan insentif-insentif tertentu bagi menggalakkan produser- produser tempatan menerbitkan drama, filem atau slot-slot dalam rancangan di rangkaian televisyen tempatan yang disiarkan secara berkala berhubung dengan kepentingan pengurusan harta pusaka. (d) mewujudkan klinik bergerak berbentuk ‘non-commercialised clinic? dengan mengadakan road show secara percuma dan dilaksanakan berterusan di seluruh negara. (e) memperkasa program berbentuk dialog antara agensi-agensi yang bertanggungjawab secara langsung dalam pengurusan dan pentadbiran harta pusaka seperti Unit/Seksyen Pusaka Kecil JKPTG Negeri-negeri, Amanah Raya Bhd (ARB) dan lain-lain dengan masyarakat Islam bagi memupuk kesedaran berhubung pengurusan tuntutan harta pusaka dan implikasinya jika berlaku kelewatan. () membentuk satu arus pemikiran baru berhubung pengurusan harta pusaka bagi mengubah persepsi minda masyarakat Islam yang selama ini berpegang kepada mekanisme pembahagian pusaka secara faraid kepada perancangan dan pelupusan harta semasa hidup melalui mekanisme wasiat dan al-wisoyah yang sekali gus mampu mengurangkan jumlah kes tuntutan pusaka tertunggak di seluruh negara. (g) mengadakan dan menguatkuasakan seterusnya menghebahkan secara meluas kepada masyarakat beberapa peraturan untuk mengenakan denda atau penalti berhubung perbuatan melewat-lewatkan urusan harta pusaka secara sengaja. Justeru itu, kerajaan melalui pendekatan siyasah syar’iyyah perlu bertindak proaktif melalui saluran media massa bagi membentuk dan mendidik sikap masyarakat Islam agar sentiasa bersikap positif dalam hal-hal yang berhubung dengan pengurusan harta pusaka bagi mengelakkan implikasi yang negatif terhadap masyarakat, bangsa, agama dan negara. RUMUSAN Pensyariatan undang-undang pusaka Islam oleh Allah SWT adalah semata- mata bermatlamatkan kepada kebahagiaan dan kesejahteraan umat manusia sejagat baik di dunia mahupun di akhirat. Undang-undang ini mempunyai dasar yang jelas dan bersifat syumul kerana ia merupakan ketetapan Allah SWT yang lebih mengetahui segala-galanya. Bertitik tolak dari pendekatan penyelesaian sebagaimana yang dianjurkan menurut syarak, teras untuk melahirkan masyarakat Islam yang unggul yang menghayati dan mengamalkan nila-nilai murni akhlak Islam dalam semua dimensi kehidupan adalah bermula dari pembentukan sahsiah 54 Shariah Law Reports [2010] 4 ShLR- individu muslim itu sendiri yang berpaksikan kepada konsep tauhid kepada Allah SWT. Justeru itu, penyelesaian berasaskan Syariah yang mendukung citra dan gagasan undang-undang pusaka Islam yang diperkasakan dengan hikmah dan falsafahnya yang tersendiri ini merupakan solusi yang efektif dan pragmatik bagi menangani permasalahan berhubung sikap negatif yang sekian lama membelenggu masyarakat Islam di Malaysia terhadap pengurusan harta pusaka. Sehubungan dengan itu, pihak kerajaan menerusi institusi-institusi tertentu perlu mengambil tindakan proaktif bagi meluaskan lagi maklumat untuk menyedarkan umat Islam di Malaysia berhubung dengan permasalahan ini dan penyelesaiannya melalui road show, Klinik nasihat yang tidak berteraskan komersial, ceramah-ceramah termasuklah melalui media massa dan internet. RUJUKAN (1) Abu ‘Id, ‘Arif Khalil, a/-Wajiz fi al-Mirath, 1998, Amman: Dar al- Nafa’is li al-Nasr wa al-Tauzi’. (2) Md Yazid bin Ahmad dan Ibnor Azli Ibrahim, Kekangan Statut ke atas Bidang Kuasa Mahkamah Syariah dalam Pentadbiran Harta Orang- Orang Islam di Malaysia, Prosiding Seminar Kebangsaan Pengurusan Harta Dalam Islam, 2006 ms 151-165. (3) Md Yazid bin Ahmad, Amir Fazlim Yusoff dan Nor Adila Mohd Noor, Konflik Bidang Kuasa Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah berhubung Harta orang Islam di Malaysia: Analisa Ringkas Kes-kes yang Berkaitan, Prosiding Konvensyen Kebangsaan Pengurusan Harta Pusaka, Wasiat & Wakaf, 2008, ms 305-316. (4) Utusan Malaysia, 24 Julai 2007.

You might also like