Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 4

Kertas Cadangan ‘In House Training’

Kursus Peningkatan Kurikulum Pendidikan Islam KBSM


Berasaskan Pendekatan Islam Hadhari Tahun 2006

1. Pendahuluan

Sebagai tindakan susulan daripada Kursus Peningkatan Kurikulum Pendidikan


Islam KBSM berasaskan Islam Hadhari yang telah dilaksanakan pada 16 hingga 19
September 2006 bertempat di Hotel Chandek Kura, Langkawi, satu ‘In House Training’
diadakan kepada guru-guru Pendidikan Islam SMK Sanglang. Program tersebut
bertujuan mendedahkan maklumat kursus dan menekankan konsep Islam Hadhari dalam
PnP bagi semua GPI.

2. Rasional

Konsep Islam Hadhari telah diperkenalkan oleh kerajaan pada 2004 . Islam
Hadhari merupakan suatu pendekatan pembangunan manusia, masyarakat dan Negara
Malaysia yang bersifat menyeluruh, berdasarkan kepada perspektif Tamadun Islam.
Salah satu kaedah pendedahan konsep Islam Hadhari bagi masyarakat ialah
menerapkannya dalam pendidikan. Sehubungan itu, konsep Islam Hadari diserapkan di
dalam PnP Pendidikan Islam sebagai satu langkah mewujudkan Negara berasaskan
Tamadun Islam yang sebenar.

3. Objektif

i. Menyampaikan maklumat kursus kepada GPI yang lain di sekolah


ii. Mendedahkan pelaksanaan Konsep Islam Hadhari di dalam PnP
iii. Meningkatkan tahap pemahaman GPI kepada ‘Strategic Planning’ dan isu-
isu Pendidikan Islam.
iv. Mendedahkan teknik peta minda sebagai satu kaedah PnP

3. Tarikh
Fasa 1 : 10 Oktober 2006 ( Ahad )
Fasa 2 : 11 Oktober 2006 ( Isnin )

4. Tempat
Bilik Mesyuarat , SMK Sanglang
5. Jadual Program

Tarikh : 10 Oktober 2006 ( Ahad )

MASA 2.00-3.00 ptg 3.15-4.00 ptg 4.10-5.00 ptg

Kurikulum PI PnP dan Konsep SWOT


berasaskan Komunikasi
pendekatan Islam berkesan
Hadhari

Tarikh : 11 Oktober 2006 ( Isnin )

MASA 2.00-3.00 Ptg 3.10-4.00 Ptg 4.10-5.00 ptg

Kaedah Jawi Panduan Membina Konsep Peta Minda


Pentaksiran
Pendidikan Islam

7. Penutup

Semoga perancangan bagi menerapkan Konsep Islam Hadhari di dalam PnP


Pendidikan Islam dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Disediakan oleh,

………………………….
(WAN NORNAJMIWATI BT WAN AB RAHMAN)
Setiausaha Panitia Pendidikan Islam
SMK Sanglang
Kedah.
Laporan ‘In House Training’
Kursus Peningkatan Kurikulum Pendidikan Islam KBSM
Berasaskan Pendekatan Islam Hadhari Tahun 2006

‘ In House Training’ yang dirancang dapat dilaksanakan dengan lancar pada 10


dan 11 Oktober 2006. Semua guru Pendidikan Islam yang terlibat memberi komitmen
yang baik dan memahami hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia di dalam menerapkan
Konsep Islam Hadari di dalam PnP Pendidikan Islam.

1. Slot Kurikulum PI berasaskan pendekatan Islam Hadhari


Semua guru Pendidikan Islam memahami untuk menerapkan Konsep Islam
Hadari di dalam setiap tajuk matapelajaran Pendidikan Islam. Slot ini dijalankan
dengan bahan yang dibekalkan semasa kursus. GPI dimaklumkan berhubung
penguatkuasaan PnP berasaskan Islam Hadhari bermula tahun hadapan.

2. Slot PnP dan komunikasi berkesan


Slot ini amat berkesan di mana GPI amat berminat untuk meningkatkan ilmu
dalam melaksanakan komunikasi berkesan. Aspek ini amat penting terutama
melibatkan hubungan GPI dengan pentadbir, rakan sejawat, ibu bapa, dan pelajar.

3. Slot Konsep SWOT


‘Strategic Planning’ yang di bentangkan dapat menambah kecekapan guru-guru
dalam pengurusan dan menyelesaikan masalah-masalah yang berkaitan GPI.

4. Slot Kaedah Jawi


Semua GPI yang terlibat bersetuju untuk mengadakan program pengukuhan
Kaedah Jawi. Program pengukuhan tersebut akan dirancang dan mungkin
dilaksanakan pada awal tahun 2007.

5. Slot Panduan Membina Pentaksiran Pendidikan Islam


Semua GPI yang terlibat memahami tajuk yang dibentangkan.

6. Slot Konsep Peta minda


Semua GPI yang terlibat berminat untuk melaksanakan konsep Peta Minda dalam
PnP . Setiap guru diberikan tajuk dan mencuba untuk mengahsilkan peta minda
berasaskan tajuk yang diberikan.

Secara keseluruhannya, semua GPI memahami maklumat kursus dan mencapai objektif
yang digariskan.

Disediakan oleh, Disahkan oleh

……………………. ……………….
(WAN NORNAJMIWATI BT WAN AB RAHMAN) ( AHMAD B. HJ AWANG)
Setiausaha Panitia Pendidikan Islam Ketua Panitia
SMK Sanglang SMK Sanglang
SMK SANGLANG

Laporan ‘In House Training’

Kursus Peningkatan Kurikulum


Pendidikan Islam KBSM
Berasaskan Pendekatan Islam Hadhari

10 & 11 OKTOBER 2006

You might also like