Download as pdf
Download as pdf
You are on page 1of 2
KBTUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA Director General of Education Malaysia Level 8, Block E8 KOMPLEKS gE Complex E Tel: 03-8884 6077 PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN Federal Government Administrative Centre Faks: 03-8889 4548 (62604 PUTRAJAYA Laman web: www.moe.gov.ay SULIT Ruj. Kami: KPM.BPSM.S.500-4/7/7(25) Tarikh + a-Gdulai 2019 ‘Semua Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri Semua Ketua Bahagian Kementerian Pendidikan Malaysia YBhg. Datuk/ Dato’/ Dr./ Tuan/ Puan, PENEMPATAN SEMULA PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP) GRED DG42 DAN KE BAWAH YANG MEMPUNYAI PENGALAMAN SEBAGAI GURU BESAR DAN GURU PENOLONG KANAN BAGI MENGISI KEKOSONGAN JAWATAN GURU BESAR DAN GURU PENOLONG KANAN DI BAWAH PELAKSANAAN PENSTRUKTURAN SEMULA KPM Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara tersebut di atas. 2. Seperti YBhg. Datuk/ Dato’) Dr) Tuan/ Puan sedia maklum, pelaksanaan penstrukturan semula Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui Waran Perjawatan Bil. S90 Tahun 2019 akan melibatkan perubahan penempatan semula pegawai-pegawai Gred DG42 ke bawah termasuk ke sekolah 3. Sehubungan dengan itu, bagi memastikan pengoperasian struktur baharu berjalan dengan baik, PPP Gred DG42 dan ke bawah yang sebelum ini mempunyai pengalaman sebagai Guru Besar dan Guru Penolong Kanan perlu diberi keutamaan secara pertimbangan khas untuk ditempatkan semula sebagai Guru Besar! Guru Penolong Kanan di sekolah-sekolah berdasarkan kekosongan yang ada. 4. Penempatan PPP Gred DG42 dan ke bawah yang mempunyai pengalaman sebagai Guru Besar bagi mengisi jawatan Guru Besar boleh dilaksanakan walaupun mereka belum mengikuti Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan (NPQEL). Pegawai-pegawai ini diberikan pengecualian NPQEL bagi membolehkan mereka ditempatkan dahulu sebagai Guru Besar sebelum mengikuti NPQEL kemudiannya 2 SULIT SULIT -2- 5. Sementara itu, bagi PPP yang pernah memegang jawatan Guru Penolong Kanan juga hendaklah diberikan keutamaan bagi mengisi jawatan Guru Penolong Kanan di sekolah-sekolah terlebih dahulu. Bagi yang telah lulus pentaksiran dan memenuhi syarat-syarat umum dan khusus untuk penempatan Guru Besar, pegawai- pegawai boleh kemudiannya diperakukan untuk kelulusan pelantikan sebagai Guru Besar. 6. _Pelaksanaan pertimbangan Khas ini adalah terhad kepada bagi PPP Gred DG42 dan ke bawah yang mempunyai pengalaman sebagai Guru Besar dan Guru Penolong Kanan sahaja. Ini bermakna penempatan semula mereka hanya akan dilakukan bagi mengisi kekosongan jawatan berkenaan dan pengecualian ini adalah sehingga 31 Mei 2020. 7. Perakuan pegawai-pegawai yang terlibat dengan penempatan semula PPP Gred DG42 dan ke bawah ke jawatan Guru Besar dan Guru Penolong Kanan ini perlu dikemukakan kepada Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), KPM terlebih dahulu sebelum Arahan Penempatan boleh dikeluarkan. ‘Sekian, terima kasih. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menjalankan amanah, for (DATUK DR-AMIN BIN SENIN) Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Kementerian Pendidikan Malaysia sk. KSU TKPPM (SPPK) TKPPM (SOP) TKPPM (Dasar) Pengarah IAB SULIT

You might also like