Minit Mesyuarat GEOGRAFI BIL.1 - 2019

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ASYAKIRIN

MINIT MESYUARAT PANITIA GEOGRAFI KALI PERTAMA 2019

TARIKH : 18 Januari 2019 (Jumaat)


TEMPAT : Ruang Rehat Bilik Guru,SMK Asyakirin.
MASA : 11.45 Pagi

KEHADIRAN : Pn. Sia Leh King - Ketua Panitia / Pengerusi


Cik Doreen Anak Pasang - Setiausaha
Encik Hamizan bin Hussain
Encik Ahmad Suhaimie bin Zokifli
Pn. Zulina Anak Sikun
Pn. Nur Farah Shahira binti Bagong

TIDAK HADIR BERSEBAB:


Pn. Azrin binti Raduan – CUTI SAKIT
Pn. Nafisah binti Mohd Akhir – MENGHADIRI MESYUARAT PANITIA MORAL

1. Ucapan alu-aluan Ketua Panitia


1.1 Ketua Panitia mengucapkan terima kasih kepada semua guru atas kehadiran ke mesyuarat panitia
Geografi kali pertama tahun 2019.

2. Pengesahan minit mesyuarat Panitia Geografi kali keempat 2018.


2.1 Pencadang- Pn. Zulina Anak Sikun
2.2 Penyokong- Encik Ahmad Suhaimie bin Zokifli Hussain
Tindakan : Setiausaha

3. Perkara-perkara Berbangkit
3.1 Agihan tugas untuk menyediakan Rancangan Pengajaran Tahunan 2019 secara terperinci dan ringkas.
3.1.1 Berikut adalah pengagihan tugas bagi menyediakan RPT 2019 bagi panitia Geografi.

Tingkatan Guru yang menyediakan RPT


1 Pn. Nur Farah Shahira binti Bagong
2 Pn. Nafisah binti Mohd Akhir
3 Encik Ahmad Suhaimie bin Zokifli
4 Pn. Azrin binti Raduan
5 Pn. Sia Leh King

Tindakan : Makluman

4. Perkara-perkara yang dibincangkan


4.1 Carta Organisasi Tahun 2019
4.1.1 Rujuk lampiran 1.
Tindakan : Makluman

4.2 Penetapan sasaran kerja tahunan panitia (SKTP).


4.2.1 Rujuk lampiran 2.
4.2.2 Ketua Panitia akan mengedarkan SKTP kepada ahli untuk menyemak dan membuat
penambahan jika perlu.
Tindakan : Makluman

4.3 KSSM Tingkatan 1 hingga tingkatan 3 dan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
4.3.1 Ketua Panitia menyatakan bahawa KSSM Tingkatan 3 bermula tahun ini dan semua PdP mesti
selaras dengan DSKP.
4.3.2 Selain itu, menekankan PBD perlu dilaksanakan selaras dengan DSKP dan perlu dihantar pada
bulan November.
Tindakan : Makluman

4.4 Senarai tugas penyelaras tingkatan


4.4.1 Memastikan semua guru dalam panitia mempunyai Sukatan Pelajaran, Huraian Sukatan
Pelajaran dan Rancangan Pengajaran Tahunan.
4.4.2 Menghantar tiga set hardcopy RPT terperinci dan ringkas manakala soft copy diemelkan kepada
ketua panitia untuk simpanan fail panitia selewat-lewatnya pada 23 Januari 2019.
4.4.3 Menyediakan analisis peperiksaan selepas peperiksaan tamat.
4.4.4 Perbincangan dan mengenal pasti SWOT selepas membuat analisis peperiksaan.
Tindakan : Penyelaras Tingkatan

4.5 Buku Rekod Pengajaran (BRP)


4.5.1 Pengerusi mengingatkan guru panitia bahawa penghantaran buku rekod pengajaran kali
pertama adalah pada 25 Januari 2019. Justeru itu, semua guru perlu melengkapkan buku rekod
pengajaran dengan sukatan pelajaran, huraian sukatan pelajaran, rancangan pengajaran
tahunan yang terperinci dan ringkas serta Jadual Prestasi Pelajar untuk Peperiksaan peringkat
sekolah.
4.5.2 Penyediaan rancangan pengajaran tahunan perlu meletakkan minggu dan tarikh bagi
memudahkan ahli panitia membuat rujukan.
4.5.3 Penetapan TAKE-OFF VALUE (TOV). Penetapan TOV bagi tahun 2019.

Tingkatan Penetapan TOV


Tingkatan 2, 3 dan 5 Markah Peperiksaan Akhir Tahun 2018 (100%)

4.5.4 Penghantaran RPH dibuat setiap 2 minggu dan penghantaran kali pertama ialah pada 26 Januari
2019 (Jumaat).
Tindakan : Makluman

4.6 PLC
4.6.1 Penetapan Tingkatan yang akan dijalankan PLC adalah seperti berikut:

Tarikh Tingkatan
08/04/2019 Fasa 1 (Menengah Atas)
28/06/2019 Fasa 2 (Menengah Rendah)
Tindakan : Makluman
4.7 Penyediaan kertas soalan peperiksaan
4.7.1 Jadual Penyediaan kertas soalan bagi tingkatan 1 hingga 5 adalah seperti berikut:

Tingkatan Peperiksaan Peperiksaan Akhir Peperiksaan Akhir


Pertengahan Penggal 1 Penggal 1 Penggal 2
Tingkatan 1 Pn. Nur Farah Pn. Zulina En. Hamizan
Tingkatan 2 Pn. Nafisah Cik Doreen Pn. Nur Farah
Tingkatan 3 Pn. Sia Leh King En. Ahmad Suhaimie Pn. Azrin
Tingkatan 4 Pn. Azrin Pn. Azrin Pn. Azrin
Tingkatan 5 Pn. Sia Leh King Pn. Sia Leh King Pn. Sia Leh King

4.7.2 Format penyediaan soalan bagi tingkatan 1, 2 dan 3. Mengikut format Instrumen PT3 tahun
2019. (Rujuk Lampiran 3)
Tindakan : Makluman

4.8 Analisis Pencapaian PT3 2018 ( Rujuk Lampiran 4 )


Tindakan : Makluman

4.9 Analisis Item Peperiksaan


4.9.1 Semua guru bagi semua tingkatan mestilah membuat analisis item peperiksaan bagi setiap kali
peperiksaan.
4.9.2 Ketua Panitia dan ahlinya mesti membuat rumusan analisis item dan didokumentasikan untuk
tindakan serta merancang intervensi berfokus berdasarkan pencapaian murid.
Tindakan : Makluman

4.10 Kelas tambahan 2019


4.10.1 Semua kelas dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 digalakkan mengadakan kelas tambahan
mengikut keperluan.
4.10.2 Guru perlu mewajibkan semua murid hadir kelas tambahan yang dijalankan.
Tindakan : Makluman

4.11 PCG
4.10.1 Ketua Panitia meminta idea setiap ahli panitia tentang bahan bantu mengajar yang diperlukan.
Tindakan : Makluman

5. Hal - hal lain


5.1 Cikgu Suhaimie mencadangkan pembelian kertas A4 putih dan mesin laminator.
Tindakan : Makluman

6. Penutup
6.1 Pengerusi mengharapkan semua guru dapat menjalankan tugas dengan baik.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 12.30 tengah hari.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

............................................. ........................................
(Cik Doreen Anak Pasang) (Pn. Sia Leh King)
Setiausaha Panitia Geografi Ketua Panitia Geografi

You might also like