KERTAS KERJA HARI PENDAFTARAN Prasekolah

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 4

SEKOLAH KEBANGSAAN PARIT GANTONG

________________________________________________

PROGRAM
PENDAFTARAN PRASEKOLAH
2018
_______________________________________

TARIKH :
28HB DISEMBER 2017
(KHAMIS)

TEMPAT:
KELAS PRASEKOLAH AR-RAHMAN
KERTAS KERJA PROGRAM HARI PENDAFTARAN PRASEKOLAH AR-RAHMAN
SEKOLAH KEBANGSAAN PARIT GANTONG TAHUN 2018

PENDAHULUAN
Pendidikan Prasekolah berfokus kepada usaha untuk menyediakan peluang
pembelajaran yang menyeronokkan dan bermakna kepada kanak-kanak berumur empat
hingga enam tahun. Fokus utama adalah proses pengajaran dan pembelajaran yang
berpusatkan kanak-kanak, menekankan kepada inkuiri penemuan, dan menggunakan
pendekatan pengajaran dan pembelajaran bersepadu, bertema, belajar melalui bermain,
pembelajaran kontekstual dan pembelajaran berasaskan projek. Prinsip utama yang
digunakan adalah pendekatan dan kandungan pembelajaran perlu sesuai dengan
peringkat perkembangan kanak-kanak dan mengambil kira perbezaan antara individu.
Melalui proses pengajaran dan pembelajaran ini, kanak-kanak akan memperoleh konsep
dan kemahiran asas yang akan membantu mereka meneruskan pembelajaran ke sekolah
rendah kelak.
Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan digubal dengan memberikan
penekanan kepada standard kandungan dan standard pembelajaran yang patut diketahui
dan boleh dilakukan oleh kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun.Dengan
adanya program pendaftaran ini ibu bapa akan mendapat pendedahan tentang
Kurikulum Prasekolah dan program-program yang akan dilaksanakan untuk anak mereka.

MATLAMAT
1. Memberi maklumat kepada ibu bapa tentang program -program prasekolah yang
akan dilaksanakan sepanjang persekolahan anak mereka.
2. Memberi pendedahan kepada ibu bapa tentang kurikulum prasekolah dan
bagaimana ia dilaksanakan.

OBJEKTIF
1. Mewujudkan silaturrahim dan kerjasama antara ibu bapa dan guru dalam
merancang dan menjalankan program –program prasekolah
2. Menggalakkan ibu bapa dalam memberi apa jua sumbangan kepada pendidikan
prasekolah dan melibatkan diri secara aktif melalui penubuhan jawatankuasa
waris prasekolah.
3. Memastikan ibu bapa sentiasa mengambilberat , memberi sokongan dan
memantau perkembangan anak mereka melalui program-program yang akan
dijalankan.
4. Mendedahkan ibu bapa kepada pendidikan awal kanak-kanak bahawa
perkembangan yang menyeluruh dari aspek jasmani, emosi, rohani, interlek dan
sosial amat penting supaya kanak-kanak mempunyai ilmu dan sahsiah yang tinggi
sebagai persediaan ke tahun satu.

SASARAN
- Ibu bapa, penjaga dan murid-murid prasekolah bagi tahun 2018

TENTATIF PROGRAM

8.00 pg : Ketibaan ibu bapa/ penjaga dan murid prasekolah

8.30 pg : Pendaftaran dan penyerahan borang maklumat


murid

9.00 pg : Taklimat Prasekolah mengenai Kurikulum


Prasekolah
program-program yang akan dijalankan sepanjang tahun

10.00 pg : Perlantikan AJK Waris dan persetujuan tentang


sumbangan

11.00 pg : Menandatangani borang akujanji peraturan


prasekolah dan
menyerah sumbangan yang telah dipersetujui.

12.00tghr : Bersurai

RUMUSAN

Di harap dengan adanya program ini ibu bapa mendapat maklumat tentang
perlaksanaan kurikulum prasekolah dan mengetahui bagaimana ia dilaksanakan.
Harapan kami juga ibu bapa dapat memberi kerjasama dalam melancarkan program
prasekolah demi masa depan anak mereka.

Disediakan Oleh ; Disemak oleh;

--------------------------------
---------------------------------
(PN NORAISYAH BINTI RAHMAN) ( EN.MOHD HUSAINI
BIN MUSA)
Guru Prasekolah Ar-Rahman Guru Penolong Kanan 1
SK Parit Gantong, Sg Rambai SK Parit Gantong, Sg
Rambai
Melaka

Disahkan oleh;

-------------------------
(EN.ROSTAM BIN JALIL)
Guru Besar
SK Parit Gantong, Sg Rambai

You might also like